Selasa, 28 Februari 2012

SEBUAH PERJALANAN HAMPER TAMAT





-Buat mereka usia 60an-

Sebuah lagu yang ku dengar
Dinyanyikan amat menyedarkan -Suara merdu yang berkumandang
Dengan memanggil memuji nammmu Ilahi -Sedarlah perjalnan kita hampir tamat.

Buat kita berada di hujung senja
Kerinduan dan kecintaan dicurahkan -Buat pengabdian pada yang maha esa
Agar pemergian kita tidak menyesal -Setelah kita semua sekembalinya nanti.

Ingatlah dunia pentas sementara
Kita semua pasti  akan kembali nanti -Yang tinggal hanyalah  kenangan sahaja
Ingatlah diri sendiri sebelum terlewat- Kerana perjalanan kita hampir tamat.

Oleh : Nurimanja,
Catatan bila mendengar sebuah lagu.
Pada tanggal 5hb, Mei, 2911, pagi hari sebelum subuh.




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Ulasan:

Kebangkalian en nuri menulis sajak ini sewaktu mendengar lagu yang pernah juga saya dengar yang berbunyi “Perjakanan kita hamper tamat” Lagu ini berunsur dakwa juga , kalau tak salah penyanyi M. Nasir. Apa-apa pun penceritaannya membawa kesedaran atau cuba mengingatkan kita terutama Golongan warga emas yang berusia 60an. Ingatlah akan perjalanan kita yang hampir tamat. kini tidak perlulah lagi untuk membuat onar dan mungkar menjual temberang atau memutar belitkan keadaan.Jika ada orang menyeru pada kebaikan eloklah kita sambut bukan menolak usaha perpaduan yang diajarkan oleh nabi Muhamad saw. Jangan jadikan diri kita terperangkap dalam kekeliruan minda, sebagai mana nabi hampir kecewa dengan dakwahnya di Mekah apabila kaumnya begitu fanatik terhadap agama lamanya. Oleh Qalam Mutiara

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERTAJUK: PERGINYA BERSAMA IGAUAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG. 10/12/1983

Siri ke 2

Tetapi sayang Fatimah Zahrah yang baru sahaja berkhawin tiga tahun dengan suaminya Tamin, cuma sempat melahirkan dua orang anak; Sanah dan Suria, kemudian dia telah pun dijemput kembali ke pangkuan Ilahi.

Dua orang anak perempuan inilah yang telah menjadi bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Tuk Limah dan Tuk Wan Durani, semata-mata untuk membesar dan mendidikkan kedua cucunya Sanah dan Suria ini.

Dari tanggunjawab ini jugalah yang membuat Tuk Limah dan Tuk Wan Durani bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, malah lebih cegal dan gigih mencari rezeki setiap hari.

Berbagai usaha dan kerja dilakukannya untuk menadapat rezeki bagi menanpong perbelanjaan hidup mereka empat mulut , agar tidak mati kelaparan atau kebuluran.Demi menyambung sisa-sisa hidup yang tinggal sadikit saja lagi.

Di sebelah malam Tuk Wan Durani membuat bubu buluh untuk kegunaannya dan sebahagian lagi dijualkannya ke pasar hari, jika ada orang menempah, Tuk Wan Durani akan membuat sebanyak mngkin yang terdaya olehnya.

Di siang hari Tuk Wan Durani akan berhmpas pulas di kebun getahnya yang sudah tua dan malas mengeluarkan lagi hasil susunya .Tetapi kerana Sanah dan Suria, Tuk Wan Durani tidak menenal erti penat dan lelah.

Kekadang Tuk Wan Durani tidur telalu sadikit, sehingga ayam berkokok dua tiga kali baru dia masuk tidur dan merebahkan diinya sebentar.Tetapi sebelum murai berkicau Tuk Wan Durani telah bangun bersiap sedia dengan keperluan barang pergi ke kebun.

Tepat jam empat atau empat setengah pagi Tuk Wan Durani telah turun dengan bekalan lampu luhnya meredah kabus pagi menyembah pokok getahnya unuk memungut hasil toresan getah tua di kebunya, kerana waktu begitulah banyak dapat getahnya mengalir.

BERSAMBUNG ESOK.

Pak Hussin berkata...

NAFASKU

Awal segalanya adalah ambang senja
Saat sepi menumpahkan kerinduan seribu luahan hanya jadi kebiasaan
hati perasaan mungkin tak peduli
Dalam diam kita pun luruh
kedamaian dan kebahgiaan
lembaran yang kita isi
penuh dengan ukiran keinginan
Hari telah menjadi lukisan indah
nafasku satu dan berpadu

Pak Hussin
sajak terkenang

Simsalabin berkata...

SUARA BERGEMA

Terbang mencari di atas cakrawala merentangkan rindu terjagalah aku
Setapak berpaling pantangku
hentikan walau selangkah..
suara luahan yang bergema
tak kunjung henti

Simsalabin
sajak fantasi

Haji Abkam berkata...

MUHASABAH DIRI SENDIRI

mengatakan perkara tak dilakukan
seolah tiada mahu peduli
Persoalkanlah diri dan hati
Mampukah diri bertawajjuh
dalam mahkamah Ilahi
Atas kesalahan sebelum ini
Dalam tindak tanduk sehari-hari
Muhasabahlah diri sendiri

Haji Abkam
sajak nasihat

Pak Ngah But berkata...

KERANA ALLAH

kita bersaudara kerana takdir,
Kita berhubung kerana kasih sayang,
Kita bersama kerana hati,
Kita berpisah kerana cita-cita
Kita kekal kerana kuatnya ukhwah,
bergaduh kerana kurang 1 ikatan.
Tapi adalah yang paling penting
semuanya terjadi kerana Allah

Teksi Manaf berkata...

BAGAI MUALIM

setengah abad aku bertatih
menyeberangi sempadan sejarah
menyusun kembara merentasi liku
Aku mengenali budi manusia
memburu pelangi hidup
di kota metropolitan
menjalin rona di pedalaman
segalanya bagaikan seorang mualim
menyaring warna dosa dan pahala.

Teksi Manaf
sajak tentang perkejaan saya

Hamba Allah berkata...

PINTAR MEMILIH

Akal pintar memilih yang terbaik
andai terpilih mempelam berulat
kuterima takdir yang tersurat
reda menerima badai dan taufan
terus berikhtiar mensyukuri kehidupan
insaf akan balasan dan ujian Tuhan.

Hamba Allah
sajak nasihat

Gelora Maya berkata...

SERAT MENGIKAT

pada hari itu bulan membeku
mengunyah malam yang jadi sunyi
Aroma musim yang sendu
Lukisan sejuta asa
Pepohonan waktu senja
berbisik pada dahannya
Aku minta segalanya balutlah
aku dalam hasrat gelora
bagai serat yang mengikat

Gelora Maya
sajak simbolik

Sang Arjuna berkata...

RENCANA TUHAN

Ketika musibah tiba ……….
Bawah sadarku berkata dan bertanya.
Apakah ini nyata tiba-tiba
jiwaku berontak amarah….
Inikah jawaban atas segala doa….
setiap saat aku panjatkan?
tidak adakah jawaban yang baik…..
atas do’aku selama ini?
Rencana apakah yang Tuhan buat?

Sang Arjuna
sajak kecewa

Qalam Mutiara berkata...

89.Pak Hussin berkata...

NAFASKU (LSS)

Akhir segalanya adalah di ambang senja
Saat sepi menumpahkan kerinduan
seribu luahan hanya jadi kebiasaan
hati perasaan mungkin tak peduli
Dalam diam kita pun luruh
hilanglah kedamaian dan kebahgiaan
kerana lembaran yang kita isi
penuh dengan ukiran keinginan
Hari –hari telah menjadi lukisan indah
dalam mengela nafasku satu dan berpadu
sebelum meninggalkan kenangan yang panjang.

Oleh: Pak Hussin
sajak terkenang/28 Februari 2012 3:01 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Pak Hussin Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk:NAFASKU .Tema terkenangan masa lalu. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya. ketika usia diambang senja, segala kenangan lama dating bermain kembali sebelum menghimbus nafas terakhir .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

90. Simsalabin berkata...

SUARA BERGEMA (TBD)

Terbang mencari di atas cakrawala
merentangkan rindu terjagalah aku
Setapak berpaling pantangku
hentikan walau selangkah..
suara luahan yang bergema
tak kunjung henti

Oleh: Simsalabin
sajak fantasi/28 Februari 2012 3:03 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Simsalabin Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: SUARA BERGEMA Tema fantasi katanya. Pengucapannya agak sadikit mengelirukan, Maksudnya juga gagal diterjemahkan pada cerita yang hendak disampaikan.. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

91. Haji Abkam berkata...

MUHASABAH DIRI SENDIRI (LSS)

Mengatakan perkara tak dilakukan
seolah tiada mahu peduli
Persoalkanlah diri dan hati
Mampukah diri bertawajjuh
dalam mahkamah Ilahi
Atas kesalahan sebelum ini
Dalam tindak tanduk sehari-hari
Muhasabahlah diri sendiri

Oleh: Haji Abkam
sajak nasihat/28 Februari 2012 3:05 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Haji Abkam Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk:MUHASABAH DIRI SENDIRI .Temanasihat buat mereka yang lupa.. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya. perbanyakkanlah muhasabah diri dalam melaksanakan tinda tanduk kita seharian perlu berlandaskan ke arah syariatNya . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

92. Pak Ngah But berkata...

KERANA ALLAH (TBD)

kita bersaudara kerana takdir,
Kita berhubung kerana kasih sayang,
Kita bersama kerana keikhlasan hati,
Kita berpisah kerana cita-cita
Kita kekal kerana kuatnya ukhwah,
bergaduh kerana kurang 1 ikatan.
Tapi adalah yang paling penting
semuanya terjadi kerana Allah


Oleh: Pak Ngah But
Tema sajak persaudaraan, 28 Februari 2012 3:06 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Pak Ngah But Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: KERANA ALLAH Tema prsaudaraan agaknya. Pengucapannya terasa semacam bermadah pula. Maksudnya jika kita bersahabat sebaiknya ada ukuwah kerana Allah. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

93.Teksi Manaf berkata...

BAGAI MUALIM (LSS)

Setengah abad aku bertatih
menyeberangi sempadan sejarah
menyusun kembara merentasi liku
Aku mengenali budi manusia
memburu pelangi hidup
di kota metropolitan ini
menjalin rona di pedalaman
segalanya bagaikan seorang mualim
menyaring warna dosa dan pahala.

Oleh: Teksi Manaf

sajak tentang perkejaan saya/28 Februari 2012 4:23 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Teksi Manaf Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk:BAGAI MUALIM Temnya tentang pengalaman kerja.. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya segala pengelaman asam garam kehidupan telah banyak mengajar boleh menjadikan seorang itu serba tahu (mualim). Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

94.Hamba Allah berkata...

PINTAR MEMILIH (TBD)

Akal pintar memilih yang terbaik
andai terpilih mempelam berulat
kuterima takdir yang tersurat
reda menerima badai dan taufan
terus berikhtiar mensyukuri kehidupan
insaf akan balasan dan ujian Tuhan.

Oleh: Hamba Allah
sajak nasihat/28 Februari 2012 4:24 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Hamba Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: PINTAR MEMILIH Tema nasihat nampaknya. Pengucapannya terasa semacam bermadah pula. Maksudnya jika kita memilih dengan sebaiknya, tetapi masih terkena juga , pasrah kepada Allah. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

95.Gelora Maya berkata...

SERAT MENGIKAT (LSS)

pada hari itu bulan membeku
mengunyah malam yang jadi sunyi
Aroma musim yang sendu
Lukisan sejuta rasa
Pepohonan waktu senja
berbisik pada dahannya
Aku minta segalanya balutlah
aku dalam hasrat gelora
bagai serat yang mengikat

Oleh: Gelora Maya
sajak simbolik/28 Februari 2012 4:26 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Gelora Maya Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk: SERAT MENGERAT .Tema simbolik nampaknya.. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya. perbanyakkanlah muhibbah ikatan tali persaudaraan kita sesama Islam ini jangan berpecah belah. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

96.Sang Arjuna berkata...

RENCANA TUHAN (TBD)

Ketika musibah tiba ……….
Bawah sadarku berkata dan bertanya.
Apakah ini nyata tiba-tiba
jiwaku berontak amarah….
Inikah jawaban atas segala doa….
setiap saat aku panjatkan?
tidak adakah jawaban yang baik…..
atas do’aku selama ini?
Rencana apakah yang Tuhan buat?

Sang Arjuna
sajak kecewa/28 Februari 2012 4:27 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Sang Arjuna kini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: RENCANA TUHAN Tema kecewa nampaknya. Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja . Maksudnya ada terasa semacam kecewa dengan takdir yang ditetapkan Tuhan, Apa pun ada hikmah dan pasrah kepadaNya. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Anjang Aki berkata...

agak menakutkan sajak kali ni

Zainal Arifin berkata...

ada ke lagu m nasir mcm sajak en nuri ni?

Mawar HArum berkata...

cerita kali ni ada unsur sedih ke gembira?

Dam Catur berkata...

sedih baca sajak dgn cerpen

Pak Kassim berkata...

sajak en nuri ni mmg harus di baca oleh anuar dgn kunco2 dia

Ustaz Rahman berkata...

sajak utk org bersara ke?

Warga Emas berkata...

Agak menghibakan sajak kali ni

Pak Awang berkata...

cerpen kali ni cerita psl apa plak???

Mawar Merah berkata...

cerpen baru nampaknya sbb xpnh baca lagi ni

Jalal RAfzee berkata...

tok limah nnt meninggal ke?

Pak Ngah But berkata...

mmg agak menyedihkan cerpen kali ni

Syeikh Al habib berkata...

cerpen dan sajak nampaknya dua2 agak sedih dan hiba bila baca