sayembara pusisi tempat ke 3
Angin barat bergerak di langit
kalbu pula sedang melahap waktu
angkasa melayang hanya tersesat
sendirian tak tahu di mana jalan pulang.
Gugur musim jatuh bersama sunyi
diantara noktah yang menjelma
mencari ribuan bintang yang sebenar
sampai mata tertutup gelap .tataplah dengan mata hati
kerana sebutir bintang yang telus
cuma nyanyian pengantar tidur .tapi sinar bintang yang palsu
hanya benderang dalam impiannya sahaja.
Oleh Mat Noh
sajak sinis pada rakyat4 Februari 2012 8:43 PTG
kalbu pula sedang melahap waktu
angkasa melayang hanya tersesat
sendirian tak tahu di mana jalan pulang.
Gugur musim jatuh bersama sunyi
diantara noktah yang menjelma
mencari ribuan bintang yang sebenar
sampai mata tertutup gelap .tataplah dengan mata hati
kerana sebutir bintang yang telus
cuma nyanyian pengantar tidur .tapi sinar bintang yang palsu
hanya benderang dalam impiannya sahaja.
Oleh Mat Noh
sajak sinis pada rakyat4 Februari 2012 8:43 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Mat Noh kini kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:BILA BINTANG BERNYANYI Tema sinis pada rakyat membuta tuli katanya. Pengucapannya biasa dan bersahaja cuma sadikit kabur Mesejnya ada peringatan buat rakyat yang akan menghadapi PRU13 ini Bila anda minum air dari telaga, ingatlah orang yang mengalinya.belajarlah berterima kasih pada yang member. Jangan dengar nyanyian bintang yang bersinar palsu kerana ada agenda disebalik sinar cahayanya.! Layak diberi peluang untuk tempat ke ketiga dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).
CERPEN UNTUK SAHABAT DAN TETAMU CITRA RASA TERSIAR MAJALAH WARTA JOHOR 1981 BERTAJUK P U L A N G ! Oleh: Nurimanja.Pk
Siri ke 4
Wajah Tok Wan Dollah terbayang di ruang mata Ustaz Nur. Dia masih teringat lagi sewaktu dia berlajar di sebuah sekolah menengah agama rakyat Shamshul Maarif Al Wataniah, di pekan kecil Tanjung Piandang, Perak. Tok Wan dollah datang ke pondoknya.
:Nur! Belajarlah bersungguh-sungguh, ilmu sangat berguna dan menilai dari harta.lagi pun pahala bagi orang yang belajar agam a ini lebih besar dari orang kerja solat sunat seribu raat. Ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, dan segala para malaikat mengembangkan sayapnya memayungkan kita serta berdoa kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.
Begitulah pesanan dan kata perangsang yang diucapkan oleh Tok Wan Dollah kepada Ulstaz Nur sebelum dia pulang meninggalkan pondok Ustaz Nur, Dia sempat menghulurkannya sepuluh ringgit untuk Ustaz Nur buat belanja harian.
Ustaz Nur memang menghormati orang tua itu, dari wajah dan wataknya, sudah cukup menunjukkan seorang tua yang beriman dan kuat beribadat kepada Allah SWT. Disamping amal baktinya kepada masyarakat dan orang perseorangan.
Nama Tok Wan Dollah memang dikenali di kalangan masyarakat di kampung mahu pun di pekan kecil Parit Buntar,di daerah kerian.Dia juga merupakan seorang tokok yang cukup disegani dan dihormati kerana kuat berpegang teguh dengan ajaran Islam.Dia meniggal setelah melawan cucu perempuannya yang berkawin dengan orang kampung Tanjung Nipis dan dikebumikan di perkampungan sempadan (diantara perak dan nibung tebal-pulau pinang ) itu.
Bersambung siri 5.
KISAH JAMBU MAWAR 1
Bila ingat jambu mawar memang en nuri masa kecil-kecil dulu. Bapak dia ada benang atau sawah padi sesekali dia akan
pergi ke bawah pokok jambu mawar tua yang condong dalam sawah padi. Apa yang menarik kata en nuribiji , setiap kali
dia pergi mesti ada sebiji atau dua biji jambu mawar masak wangi untuknya makan. Patutlah isteri en nuri pun bila
mengandung mengidam buah jambu mawar juga. susah payah jugalah en nuri cari. sampai dia rakam dalam cerpenya.JAMBU MAWAR.
KISAH JAMBU MAWAR 2
SATU lagi kisah pasal jambu mawar juga seorang hamba Allah . Dia duduk di tengah bandar , isterinya mengidam buah jambu mawar.
agak merisaukan juga anak sulung ini. Sedangkah halaman rumahnya ada pokok pelam harum manis saja. Nak jadikan cerita, mungkin
hamba Allah ini orang kuat beibadat solat malam agaknya. Bila satu pagi dia bangun buka pintu ada buah jambu mawar tergolek dua
tiga biji,di bawah pokok pelam harum manisnya.Anih juga ya? Qalam kata dia boleh buat andaian ,mungkin musang buah yang
bawa makan di atas pokok pelam harum manisnya , lalu jatuh , rezeki buat siibu yang mengandung...
oh nama 3 rupanya sy pnya sajak sy ingatkan dpt no akhir sbb sy jangka abul yg menang
ustaz nur ni ke mana smpai 3 tahun x balik?
ustaz nur lari dari rumah ke sebelum ni
ustaz nur balik sorg je bini dia x bawak sekali ke
aik! ustaz nur balik dari indon ke
dia x kwin ke walau dh balik semenajung
ustaz nur ni x cari jodoh ke msa dok sana
tok wan dollah meninggal sbb lawan cucu perempuan??? pelik jgk
mcm mana boleh meninggal ketika lawan cucu perempuan?
xphm la dia meninggal sbb lawan cucu perempuan????????
mmg berguna nasihat tok wan dollah bagi
dia tok guru ke tok wan dollah tu
msti dia guru silat
pelik la cara dia meninggal
cucu perempuan dia bunuh dia ke
inspektor halim rupanya juara bulan 1
mmg rezeki la inspektor halim menang kali ni
sayembara kali ni ada kosong lagi x jalal? aku dgn syah inderapura nak masuk ni
ustaz nur x kwin ke msa ni
aik! ingatkan dia balik dgn bini dia rupanya dia balik sorg je bini dia tinggal sawarak ke
kisah benar ke en nuri tulis ni? mcm cerita btol je
ustaz nur ni jd ustaz sekolah mana
UDARAKU HIRUP
Hatiku tergenggam pejamkan mata
Jiwaku merindu bayangan masih hitam
Memang belum saatnya aku tak tahu
Karena peluh belum kering
ketika sekali lagi kukatakan
Keindahan tak selalu berarti
hanya untuk saat ini
memang kesombongan kutunjukkan
di depan kesunyian tersentak
di atas jalan yang udaranya
tak nyaman lagi ku hirup
jengking perak
sajak simbolik
DIAM BAGAI BATU
kehidupan ketika ku merangkai kata
terasa jantung yang berdegup
pergi entah kemana tanpa perlu
disekat keringat di jemariku
Aku tak bertanya meski aku tahu,
aku harus tak peduli
Karena seharusnya malam ini
aku cuma diam bagai batu
Guest
sajak kesedihan
INGIN CAHAYA SEMULA
Bisakah Undur waktu bina mahligai
untuk melengkapkan cerita?
hadirnya sepi jika hingarnya pergi
gelapnya hati hadirkah cahaya?
bila waktu sudah suntuk
adakah bisa semua mula terkubur?
adakah ufuk di bulan yang cantek
bila semua telah terjadi
perlukah menyesal
bila terkurung mula inginkan cahaya
Nahul Hidzar
sajak tentang masalah peribadi sy
KELU
kelu bila bahagia menyinsing,
rebah jauh dari sudut hati
masih banyak laluan dan halangan
terus melangkah walau seorang diri
walaupun pedih membawa kosong,
tetapku percaya bahawa
semuanya bukan berakhir
jangan pernah menyesal
dengan apa yang ku pilih ini,
walaupun tak pasti apakan terjadi..
Nuri Jaguh
sajak mengeluh
Catat Ulasan