Jumaat, 17 Februari 2012

SAYAP KECIL




Sayembara puisi ke 7

baru kemarin kau ke singgahsana
sejak hari itu kau lagak bagai raja
siang malam kau ukir cerita
sehingga ramai yang berkelana
tika lembut sayap kecilmu terhempas
kau mengangkat dengan kepakan tawa
sambil memberi cengkaman maut,
tak ku sangka kecil sayapmu
begitu sungguh berbisa

 
Oleh Bos Kacak
sajak pengajaran  tanggal 4 Februari 2012 8:44 PTG




30 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

25 Syed Faizal berkata...

RASSULLAH (LSS)

Rasulullah telah mengingatkan
rebutlah lima perkara
waktu muda sebelum tuamu
waktu lapang sebelum sibukmu
waktu senang sebelum susahmu
waktu sihat sebelum sakitmu
waktu hidup sebelum matimu".
dalam perut kota ini
anak-anak muda memburu keseronokan
membesar di tangga-tangga kompleks.
orang-orang tua dan kaya
mendakap perempuan muda
dalam gelap pesta dangdut
di manakah peribadi yang terbaik

Oleh: Syed Faizal
sajak nasihat/17 Februari 2012 2:00 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Syed Faizal masih setiadengan blog Cr. Kembali kini mencuba nasib masuk kepusingan kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: RASULULLAH.Tema keagamaan nampaknya. Pengucapannya sebahagian petekan himpunan hadis 40 dan boleh diterima Maksudnya perlu merenung kata nasihat dan jangan membuang masa.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

26. Dam Catur berkata...

PENYANYI POPULAR (TBD)

Dulu Aku menanamkan azam
menjadi seorang penyanyi popular
Seorang yang amat digilai
tapi impian hanya tinggal kenangan
tidak boleh dikecapi lagi
Dengan diriku yang sebegini
tidak mempunyai rupa dan bakat
Sekarang aku hanya terkenang
zaman cita-citaku dahulu

Oleh: Dam Catur
sajak terkenang/17 Februari 2012 2:01 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Dam Catur kini masih setia kembali lagi mencuba ke ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PENYANYI POPULAR Tema terkenang katanya. Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya mengenangkan kisah peribadi.di masa rumaja dahulu..Harap maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

27.Pak kassim berkata...

HANYA MAMPU TERPAKU (TBD)

Aku insan yang lemah lagi hina
tercampak di daerah asing
jiwaku rabak nafasku sesak
sesat dalam terang cahaya
hanya sejengkal di depan mata,
tapi hatiku tertutup rapat
terduduk aku di lorong gelap
merintih hiba mengharap bantuan
sedang hujan mengila lebat
aku hanya mampu melihat dan terpaku

Oleh: Pak kassim
sajak peribadi/17 Februari 2012 2:03 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012
MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Pak Kassim masih setia kini kembali lagi mencuba masuk kepusingan kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:HANYA MEMPU TERPAKU .Tema semacm peribadi nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Maksudnya seakan terpegun kaku diri pada keadaan waktu yang mengoda terlalu berat untuk kembali diri memperbetulkannya. . Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

28. Harimau Berantai berkata...

KUAT (LSS)

Aku seorang yang kuat
Tapi sekarang aku boleh rasakan
darah merahku mengalir keluar
dari kepala jiwaku tenggelam
Apakah yang dimaksudkan kuat
Aku sendiri dah tak pasti lagi
sudah tak guna lagi mungkin
aku bukan kuat seperti disangka
Mungkin ia satu RAHMAT!!

Oleh: Harimau berantai
sajak simbolik/17 Februari 2012 2:05 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Harimau Berantai masih setia, kini kembali lagi mencuba masuk kepusingan kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KUAT .Tema seakan rasa simbolik katanya. Pengucapannya sedikit berbau sinispolitik. Maksudnya seakan menempelak kepada pihak tertentu yang dulu gagah dan kuat. . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Tinta Azimad berkata...

Ulasan sajak RU Kacak Bos dalam sayembara puisi yang lalu dapat tempat ke tujuh:

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Bos Kacak kini kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SAYAP KECIL Tema pengajaran tidak dinyatakan penerangan munkin buat pihak tertentu. Pengucapannya bersimbolik tetapi bersahaja . Mesejnya bagai punya dua makna sama ada berbau politik atau sebaliknya. Mungkin isu semasa atau sinis pada pihak yang tertentu. Cuma andaian . Maaf ada persaingan hebat dengan sajak berbau politik kami kena pilih satu di antara 4 buah sajak lain diketengahkan. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda terhenti .(TBD)

Tinta Azimad berkata...

Maaf Cerpen SEBII JAMBU MAWAR belum dapat dikesan, tak dapat disiarkan hari ini.

Apa pun kami ingin menarik perhatian Sdra Bos Kacak ( seniman jalanan) sewaktu bersama dengan Sayembara Muzik . Dimana lagu puisi yang anda berdua nyanyikan tidakkah di rakam atau disimpan. terutama bila en nuri benarkan anda berdua menyanyikan lagu2 puisi ciptaannya.

Kerana sekarang lagu2 puisi sangat digemari oleh pencinta seni....

Bos Kacak berkata...

lagu2 tu sy x simpan smua sayembara yg simpan dia dh meninggal isteri dia pun dh buang semua lagu2 yg direkod sbb anak2 dia x minat seni ni... sy pun dh setahun x main keyboard dgn petik gitar dh x ingat dh mcm mana

Petualang Tiga berkata...

tajuk sajak penyair agung agak mengancam jgk

Mozaire berkata...

cerpen mana

Nabil QUldi berkata...

sajak bos kacak plak kali ni

Saudagar Emas berkata...

cerpen dh xde ke kali ni

Tetamu Malam berkata...

ni yang mula dh bosan sbb cerpen xde

Saizul Maizav berkata...

kali ni cerpen mana

Jalal RAfzee berkata...

aik! kosong je kali ni

Anis Syahila berkata...

mne cerpen en nuri

Tanpa Nama berkata...

56uj76kjtyjgfj

Tanpa Nama berkata...

htrhfgjfj

Tanpa Nama berkata...

tyjgkjrtyhrfvn

Tanpa Nama berkata...

jhgftrjytbfvcbc

Tanpa Nama berkata...

jtyjtykytkty

Tanpa Nama berkata...

jthgkgfhnvbm

Tanpa Nama berkata...

ytjgkhgjmgjgh

Roy Rashid berkata...

SAMPAI BILA

Sampai bila kau berdendam?
sampai kau rebah menyujud bumi?
nafas ini terhenti disini
manusia tidak lari pada kesalahan
tapi ia bukan sebaliknya
aku lupakan konflik semalam
sentiasa meracuni benakku

Roy Rashid
sajak dituju kepada kwn sy apabila ada salah paham sedikit antara sy dgn dia

Muhamad Rabbi berkata...

KEPURA-PURAAN

Kepura-puraan dia itu
telah menghancurkan satu kepastian
tidak akan sesekali aku
tunduk pada kekalahan
walaupun emosi hampir membunuh
tatkala kejatuhan mendatang
takkan ku biarkan diri ini tumbang
hingga terjatuh dalam ruang kelam

Muhamad Rabbi
sajak tak puas hati

Hambali Maliki berkata...

SINARAN MENTARI

Kebodohan kita telah
membiarkan semuanya terjadi
ketika kepercayaan mulai mencair,
kepintaran mula menjelma
hadir bersama kekuatan
walaupun segalanya berpusing
ibarat pusaran air
namun tetap bertahan memegang kukuh
pada tali sebelum semua
hampir lemas di penghujung
ketika lihat sinaran matahari
menyuluhkan diri kita kembali

Hambali Maliki
sajak sinis politik

Jupri Helmi berkata...

PAUT

Hulurkan tanganmu
Pinjamkan aku bahumu..
Agar dapat aku bersandar..
Pautlah aku agar aku tidak rapuh..
Pautlah harapan pada diriku..
Sesungguhnya tanpamu..
Mana mungkin aku seteguh ini..
Mungkin aku terus rebah..

Jupri Helmi
sajak buat isteri semperna ulang tahun pertama perkwinan

Qalam Mutiara berkata...

29. Roy Rashid berkata...

SAMPAI BILA (LSS)

Sampai bila kau berdendam?
sehingga kau rebah sujud ke bumi?
atau pun menanti nafas ini terhenti disini
manusia tidak lari pada kesalahan
tapi ia bukan hukuman berpanjangan
aku telah pun melupakan konflik semalam
yang begitu berat sentiasa meracuni benak hatiku

Oleh: Roy Rashid
sajak dituju kepada kwn sy apabila ada salah paham sedikit antara sy dgn dia/18 Februari 2012 12:24 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Roy Rashid masih setia, kini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SAMPAI BILA .Tema perselisihan faham katanya. Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan.. Maksudnya dimana baiknya hal remeh temeh ini terlalu sukar diselesaikan .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

30. Muhamad Rabbi berkata...

KEPURA-PURAAN (TBD)

Kepura-puraan dia itu
telah menghancurkan satu kepastian
tidak akan sesekali aku
tunduk pada kekalahan
walaupun emosi hampir membunuh
tatkala kejatuhan mendatang
takkan ku biarkan diri ini tumbang
hingga terjatuh dalam ruang kelam

Oleh: Muhamad Rabbi
sajak tak puas hati/18 Februari 2012 12:27 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Muhamad Rabbi masih setia dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:KEPURA-PURAAN .Tema semacm peribadi nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Maksudnya marah pada keadaan dan ingin kembali memperbetulkannya. . Maaf ada persaingan cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

31.Hambali Maliki berkata...

SINARAN MENTARI (LSS)

Kebodohan kita telah
membiarkan semuanya terjadi
ketika kepercayaan mulai mencair,
kepintaran mula menjelma
hadir bersama kekuatan
walaupun segalanya berpusing
ibarat putaran dan pusaran air
namun tetap bertahan memegang kukuh
pada tali sebelum semua
hampir lemas di penghujung
ketika lihat sinaran matahari
menyuluhkan diri kita kembali

Oleh: Hambali Maliki
sajak sinis politik/18 Februari 2012 12:30 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Hambali Maliki masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SINARAN MENTARI .Tema sinis politik katanya. Pengucapannya besrbimbolik Maksudnya bangsa kita perlu cari jati diri dan sedar bukan jadi bangsa bercakaran. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

32. Jupri Helmi berkata...

PAUT (TBD)

Hulurkan tanganmu
Pinjamkan aku bahumu..
Agar dapat aku bersandar..
Pautlah aku agar aku tidak rapuh..
Pautlah harapan pada diriku..
Sesungguhnya tanpamu..
Mana mungkin aku seteguh ini..
Mungkin aku terus rebah..

Oleh: Jupri Helmi
sajak buat isteri semperna ulang tahun pertama perkwinan/18 Februari 2012 12:37 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Jupri Helmi masih setia dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PAUT Tema biasa kisah kasih sayang nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya meletakkan harapan dan sandaran pada si isteri yang selama ini membantunya. Maaf kerana ada persaingan cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)