Sabtu, 25 Februari 2012

BERKATA POKOK GETAH TUA





buat mereka yang mengerti

Dahulu aku tidak diperdulikannya
kini bila ada harga, aku dibanggakan aku didekati saban hari pagi petang
malah batangku ditorehnya berkali-kali
sehingga ada tiga pot pada satu batang

Begitulah keadaannya dunia dini hari
jikalau tiada harga hidup kita dicerca bila ada memfaatnya dibelai dan dipuja
kerana nilai susu getahku terlalu tinggi
maka semuanya memuja aku seluruh dunia

Inilah gambaran kisah hidup kita di dunia
kata orang: Hina besi kerana berkaratnya  dan hina manusia pula kerana hidup melarat
Namun, getah muda dijaga dan dipelihara rapi
pokok getah tua di toreh sehari tiga kali.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan  berita diudara dua tiga hari lalu /Feb. 2011.





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN RENGKAS

Sajak ini agak sinis juga bunyinya. buat mereka yang mengerti, khuusnya warga felda yang dulu susah , kini boleh menghayun langkah sama gagah denga orang yang bekerja dengan kerajaan yang berpendapatan empat angka.

Jadi sebaiknya jangan makan tohmah dan fitnah demi masa depan warga felda dan gendarasi 2 dan 3 nya.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN KOMIDI LAGENDA BLOG CITRA RASA BETAJUK: CINTA TUKANG SAPU OLEH :NURIMANJA.

V1.

Perempuan itu semankin hampir dengan Mamat, Dari gaya berjalan berpayung dan bertudung kepala itu persis semacam Suminah buah hati pengarang jantungnya . Hati Mamat kian kencang berdebar-debar, terasa jantungnya juga bedegap- degup kencang.

Mamat bepura-pura menyapu daun-daun kering yang sudah pun disapunya pagi tadi. Kini dia cuma menunggu masa bila Suminah hampir sampai sahaja dengan pagar besi tuan rumahnya. Mamat becadang untuk melompat. Sambil berkata , “ Suminah aku cinta kamu!”.

Tetapi apabila perempuan itu sampai sahaja di tepi pangar besi rumah tuannya. Mamat pun segera melompat.“Suminahh!!...” Cuma sekerat nama Suminah sahaja yang terlontar, Entah kenapa suara itu tertahan atau tersekat daripada bibir Mamat.

Mata Mamat trbliak , mukanya pun tetiba menjadi tebal , rasa malu bukan kepalang , Mahu rasanya dia menarik balik lontaran suaranya itu tadi. Tetapi apakan daya , perkara telah berlaku. Perempuan itu menoleh kepada Mamat sambil tersenyum, ternyata wajah seorang perempuan tua,

“Suminah telah berhenti kerja di rumah majikannya, Makcik ini pengantinya., nama anak ini Mamat ya? Suminah ada beri tahu, nama Makcik Kelentum Muin,”. Mamat pun menjadi cemas cintanya pada Suminah telah hilang. Seperti hilangnya se batang gigi Makcik Kelentum Muin yang rompong di hadapannya. SELESAI.

Badrolshah berkata...

kelemtum muin??? hahahahha

Saizul Maizav berkata...

kelemtum muin??? kenapa buruk sgt nama

Salikin Samsudin berkata...

kelemtum muin??? apa pnya bapak dia letak nama anak mcm ni

Ezad Emir berkata...

kelemtum muin??? hahahha dh xde nama lain ke

Dayang berkata...

kelemtum muin? org mana ni pelik btol nama

Jengking Perak berkata...

kelemtum muin? xkn la nama dia mcm ni hodoh sgt ni... hahhaa

Jupri Helmi berkata...

bangang pnya nama makcik ni... hahaha

Mozaire berkata...

buruk btol nama serupa mcm muka dia jgk x? hahahha

Ustaz Rahman berkata...

nama paling lawak pnh sy dgr nama makcik ni

Nahul Hidzar berkata...

hahahha pnya lawak nama dia

Jeffry berkata...

kesian dia dpt nama buruk ni... hahaha

Pak Kassim berkata...

apa la dosa dia nama btol2 lawak dn pelik... hahahhahaa

Salina berkata...

dia ni org asli ke? pelik nama hahahha

Orang Lama berkata...

aik! dh berhnti ke suminah tu

Syeikh Al Habib berkata...

lps ni jangan mamat tergila2 kt makcik tu sudah

Ustaz Muda berkata...

aku rasa lps ni makcik tua tu plak tergila dgn mamat hahaha

Nurse Lisa berkata...

tu la mamat ni lambat sgt kan dh melepas

Tok Mahat berkata...

apa pnya malang mamat ni melepas dh dia

Jalal Rafzee berkata...

lps ni suruh dia angau kt makcik nama lawak tu... hahhaha

Pendekar Waja berkata...

apa la pnya buruk nama byk2 nama kelemtum muin jgk dia ambik hahahha

Sarah berkata...

aiK! suminah tu berhenti kerja sbb x tahan kena gangguan dgn mamat ke

Mawar Harum berkata...

kesian mamat menyesal seumur hidup la dia

Datuk Hasbi berkata...

xpe mamat jgn sedih2 lps ni ambik saja makcik tu plak hahaha

Doktor Hasmawi berkata...

mak cik tu janda ke? elok la bagi je kt mamat ni hahhaa

Qalam Mutiara berkata...

65.Guest berkata...

LIPATAN (TBD)

Walau dihimpit kesempitan masa
dibiar berlalu diamnya terhenti rindu
Di hati ingatan tetap sama
pernah hadir dulu terpahat
satu memori menjadi tugu
Diabadikan dalam lipatan
kenangan penuh bermakna

Oleh: Guest
sajak kerinduan/25 Februari 2012 2:52 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Guest Kali ini masuk pusingan kedua sajaknya yang bertajuk:LIPTAN Temanya kerinduan katanya.Pengucapannya semacm jiwa2 dan boleh diterima, Maksudnya, semacam mengenangkan kisah yang lalu datang mengusik jiwa. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

66 .Mozaire berkata...

BERGANTI (TBD)

Ada yang hilang tak berganti
Memiliki masih jua sepi
Merindui kisah lama senandung hati
Dalam keriuhan dirasakan sunyi
Terpendam biar jadi rahsia di hati
agak sukar hendak dimulakan
Terbuka pintu hati lama terkunci
minda mewaraskan tindakan
Kekurangan disimpan kemas
masa yang telah dilupakan
moga dendam terkubur mati


Oleh: Mozaire
sajak kenangan/25 Februari 2012 2:53 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Mozaire Kali ini masuk pusingan kedua sajaknya yang bertajuk: BERGANTI Temanya kenangan katanya. Pengucapannya semacm jiwa2 dan boleh diterima, Maksudnya, semacam terkenang cerita lama, namun kini semuanya telah dikuburkan .Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

67.Atan Yahoo berkata...

KALIMAT SYAHDU (LSS)

Tersapaku di sejadah kalimat shahdu
Bait kata menyentuh kalbu
Memecah kesunyian di hati yang beku
Terpendam rasa syukur
Memandang ke langit biru
Mencongak keindahan kebesaran
Tersentuh di jiwa yang kaku
disusun bersatu di sejadah rindu
Menadah tangan memohon restu
Moga tak terlupa masa berlalu


Oleh: Atan Yahoo
sajak ketuhanan/25 Februari 2012 2:55 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Atan Yahoo Kali ini masuk pusingan kedua sajaknya yang bertajuk: KALIMAH SYAHDU emanya ktuhanan katanya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima, Maksudnya, semacam kisah pasrah kepadaNya dengan apa sahaja yang berlaku. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

65. Karim Ghani berkata...

PERJALANAN PANJANG (LSS)

Hulurkan sepotong simpati
agar dapat kaurasai
gelombang yang bergelora
di tengah lautan hiba.
Hulurkanlah segunung harapan
agar dapat kau sirami
lahar merapi mengalir ganas
di tengah hutan impian.
Berikanlah secubit kekuatan
buat menjunjung sebuah kekentalan.
buat aku mengharungi perjalanan yang masih panjang

Oleh: Karim Ghani
sajak kehidupan/25 Februari 2012 2:56 PT

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Karim Ghani Kali ini masuk pusingan kedua sajaknya yang bertajuk: PERJALANAN PANJANG. Tema kehidupan katanya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima, Maksudnya, semacam mengharap satu kekuatan atau semangat dalam menghadapai perjalanan hidup ini.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).