Rabu, 15 Februari 2012

TEGAKAN KEPALA





Sayembara puisi ke 5

Jika kau tetap menegakkan kepala
Ketika perbuatanmu tetap salah
kau jangan percayai dirimu sendiri
Atau membohongi kehidupan,
jangan melakukan kebohongan
hidup dalam kebencian
Jangan berbicara terlalu bijak
Jika kau tak dapat berfikir
Namun jangan harap menguasai diri
Jika kau tetap berpijak
pada kebenaran kau yang palsu

Oleh Ustaz Mahfuz
sajak sinis4 Februari 2012 8:37 PTG




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Ustaz Mahfuz kini kembali lagi masuk kepusingan akhir kali kedua mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TEGAK KEPALA Tema sinis tajam pada pihak tertentu. Pengucapannya bersahaja cuma sadikit kabur Mesejnya peringatan buat rakyat yang akan menghadapi PRU13 ini Bila anda minum air dari telaga, ingatlah orang yang mengalinya. Jangan terpengaruh dengan orang yang bercakap dengar boleh , percaya jangan. . Maaf ada persaingan hebat sajak berbau politik kena pilih satu di antara 4 buah diketengahkan. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda tersekat.( TBD)

Tinta Azimad berkata...

CERPEN UNTUK SAHABAT DAN TETAMU CITRA RASA TERSIAR MAJALAH WARTA JOHOR 1981 BERTAJUK P U L A N G ! Oleh: Nurimanja.Pk


SAMBUNGAN siri 6

Tok Wan Dollah mengeleng-gelengkan kepalanya , sambil mengurut jangutnya, tanpa berkata sepatah kata, dengan renungan yang tajam dia melihat telatah manusia yang sungguh berani melanggar perentah Allah swt mendustai diri dalam hidup ini dengan melakukan perkara kemungkaran dan kemaksiatan.’

“Anih sungguh orang tua ini?” Bisik hati ustaz nur, sambil bangun dari kerusi di kedai kopi cina itu dan mengiringi Tok Wan Dollah keluar.

“Esok, ingat bila kau sudah besar, kau lihat ada kemungkaran, kau cuba mengatasinya dengan cara yang baik dan berhemah” Pesan Tok Wan Dollah kepada Ustaz Nur.

“Insyaallah Tok Wan,” jawab ustaz Nur sambil menganggukkan kepalanya. Beralan beriringan

Ingatan inilah yang membuat air mata Ustaz Nur jatuh berdera, sebagai air mata kasih , bila mengenangkan aruah Tok Wan Dollah yang sungguh dihormati dan telah banyak mengajar dan mendorongnya menjadi manusia yang berguna dan diredhai Allah SWT.

Petang itu, Ustaz Nur pulang dengan perasaan yang sayu di hati. Sebelum dia meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu, Ustaz Nur telah menemui Tok Siak masjid kampung tanjung Nipis terlebih dahulu.

“Tok Siak! Tolong buatkan bangsal berbumbung dan bina tembuk, serta letakan batu nisan yang baik sadikit di kubur Tok Wan Dollah itu. Ini wangnya RM500.00, kalau ada lebihnya belikan sejadah untuk masjid. Dan ini upah Tok Siak RM100.00. terima kasih.” Begitu kata Ustaz Nur, nampak sayu wajahnya melihat kubur Tok Wan Dollah tidak terurus.

“Insyaallah Ustaz, saya akan melaksanakannya.” Jawab Tok Siak Mat Haidir yang baru ganti Tok Siak Lebai Noh yang baru berpindah mengikut anaknya bekerja di Kuala Lumpur,.sambil jari-jarinya membilang duit yang diberi oleh Ustaz Nur kepadanya.

Setelah Ustaz Nur melangkah dua tiga langkah ke hadapan untuk pulang, tetiba Ustaz Nur berpatah balik. Tok Siak Mat Haidir juga belum sempat mengalih pandang. Apa lagi yang Ustaz Nur hendak perkatakan?

Esok sambung siri ke 7 (akhir)

Qalam Mutiara berkata...

17. Atan Yahoo berkata...

PASRAH BERSUJUD (LSS)

Malam ini aku bersujud
memohon apa sahaja pertunjuk
yang harus meredakan keloh kesah di hati
kerana selama ini ketika aku ingin berbicara,
lidahku tidak juga bergerak kelu terasa
mungkin aku harus berjalan kembali
tanpa harus peduli badai melanda
mungkin itu alasanku sampai kesaat ini
pun jua masih belum mengerti.


Oleh: Atan Yahoo
sajak pasrah/15 Februari 2012 12:30 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Atan Yahoo kini kembali lagi cuba masuk kepusingan kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PASRAH BERSUJUD .Tema peribadi nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi boleh diterima Maksudnya seakan mengharap hidayah Allah agar memberi kekuatan berdepan dengan segala masalah memilih pasangan hidup. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

18. Jalil Janggut berkata...

TELATAH HARI JUMAAT (TBD)

Hari jumaat datang lagi
gembira rasa hati boleh berehat diri
kerja separuh hari begitu tenang rasa hati
berlagu riang sewaktu balik dari pagi
kaum adam berbaju melayu kacak sekali
walaupun mahu menunaikan kewajiban ilahi
tidak salah bergaya lagipun ikut sunat nabi
datanglah awal ke masjid cuma seminggu sekali…
untuk mendapat nasihat dan pengajaran
buat memperbetulkan diri sendiri

Oleh: Jalil Janggut

sajak cerita ibadah /15 Februari 2012 12:38 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Jalil Janggut kini kembali mencuba ke ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TELATAH HARI JUMAAT Tema cerita unsur komedi nampaknya. Pengucapannya agak sedikit benbetulan. Maksudnya kisah peribadi untuk peringatan diri kepada ibadat, kerana ada persaingan hebat. ..Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

19. Karim Ghani berkata...

JIWA PENDIDIK (LSS)

Kamu tahu dalam dunia
masih wujud jiwa pendidik
mereka berjalan di tengah kemelut
agar jadi serasi meredah titis air dari langit,
merentas panas mentari membakar diri
Mereka yang berjiwa pendidik bekerja keras
mengeluarkan suara kegunaan masa hadapan
njlai hargai pengorbanannya bukan setimpal
namun kerana jasa mereka luas berteraburan
buat anak bangsa membentuk jiwa kemanusiaan
semoga di kemudain hari nanti mereka dapat
menjalani tanggungjawab kehidupan seharian….

Oleh: Karim Ghani
sajak perjuangan buat rakan-rakan sy/15 Februari 2012 12:41 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Cikgu Karim Ghani kini kembali lagi mencuba masuk kepusingan kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:JIWA PENDIDIK .Tema perjuangan nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi boleh diterima Maksudnya seakan mengharap masyarakat dapat menilai tugas seorang berjiwa pendidik. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

20. En Sanusi berkata...
LEMBARAN (TBD)

Bermula dari sebuah kekosongan
Aku mulakan perjalanan ini
Mengembara di alam tanpa batasan
Mencari mereka yang sudi dan mengerti
Memberi aku erti sebuah persahabatan
Kini terpahat indah dalam kenangan
Sesudah sampai waktu dan ketikanya,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Langkahku melewati di akhir nokthah
Bukan untuk selamanya kekal kerana
Lembaran baru pastinya akan bermula


Oleh: En Sanusi

sajak simbolik/15 Februari 2012 12:42 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. En Sanusi kini kembali lagi mencuba ke ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: LEMBARAN Tema simbolik katanya. Pengucapannya agak sedikit benbetulan. Maksudnya kisah peribadi untuk peringatan setiap yang bermula akan berakhir, kerana ada persaingan hebat. ..Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

Kembara Budiman berkata...

WAKTU AKU BOSAN

waktu ini aku bosan
jadi aku tuliskan
tentang apa apa sahaja
terlintas dikepala
seperti kebiasaan
aku akan mengarut hilangkan tension
wahai sang langit gelap
temani aku seorang
wahai bebintang adakah mahu
temani aku jua?

Kembara Budiman
sajak fantasi

Ustaz Muda berkata...

KEKOSONGAN JIWAKU

ku bagai sedang beterbangan
bersama khayal di dalam mimpi indah
berharap jiwaku di sisi matahari
sedang mengintai dunia
menanti terbit fajar…
Aku harap terang segera kembali
bangkitkan kau dari tidur lena
agar menemukan nukilan ini…
supayaku tahu hanya kekosongan
yang temani saat kelamku…

Ustaz Muda
sajak pasrah

Pedang Kesatria berkata...

PERANTAU

ketika ini aku masih senyum manis
untuk ku tutup seribu lara di jiwa semasa disana biarkan parut ini
menjadi penghias hidup di hari muka.
agar nanti aku bisa kenang kembali suka duka hidupku sebagai perantau
suatu ketika dahulu

Pedang Kesatria
sajak terkenang

Raja Muda berkata...

TIDAK SESAT

Malam ini gelita tanpa cahaya
ku mohon jangan palingkan hatiku
biarkan hatiku mendamba cintamu
aku tak terdaya lagi
di saat ingin meraih cahyamu
janganlah kau lepaskan hatiku
dari gengamanMu janganlah biarkan aku terkapai-kapai kelemasan
sesungguhnya lindungilah diriku,
lindungilah hatiku
terangilah jalanku agar tidak sesat

Raja Muda
sajak pasrah

Mat Noh berkata...

aik! ustaz nur patah balik kenapa

Salam berkata...

aku rasa msti ustaz nur nk minta balik duit dia bagi hehe

Kevin Khairudin berkata...

eh! ustaz nur buatkan bangsal utk tok wan dollah bagus btol

Bos Kacak berkata...

aik! patah balik msti ni suruh buat kenduri kot

Emily Osman berkata...

tok wan dollah ni atok ustaz nur ke

Penyair Agung berkata...

tok wan dollah mcm pnh dgr saja nama ni

Paloi Atang berkata...

wah! rm500 byk btol ustaz nur bagi

Nahul Hidzar berkata...

sedih aku baca psl tok wan dollah ni

Ustaz Mud berkata...

tok wan dollah ni xde anak ke

Raja Muda berkata...

tok wan dollah pnya anak x ganti dia ke

Anjang Aki berkata...

ustaz nur???? ke ustaz nuri???

Datuk Hasbi berkata...

al fatihah buat tok wan dollah

Lagenda Pulau berkata...

teringin nk tahu mcm mana rupa tok wan dollah

Olie Pajutdy berkata...

tok wan dollah ni asal dari mana

Orang Lama berkata...

tok wan dollah ni ketua kampung ke? sbb smua org kenal dia

Sohibul Wakdiamin berkata...

dia sempat x turunkan ilmu dia kat ustaz nur

Vijay Kumar berkata...

aik! tok wan dollah ni meninggal ustaz nur masih di semanjung ke

Mr tan berkata...

mmg agak menyedihkan cerpen kali ni

Bulan Terang berkata...

tok wan dollah ni sebatang kara ke

Saizul Maizav berkata...

mana family tok wan dollah