Khamis, 16 Februari 2012

TERAPUNG DI ATAS GELOMBANG




Sayembara puisi ke 6

Seseorang dianggap tak bersalah,
sampai dia dibuktikan bersalah ini ungkapan terdengar disini
semakin semaklah sebuah kisah, tapi beliau ketawa terbahak- bahak
kerana matahari dua kali sudah tenggelam di langit barat,
Gelombang datang kala air pasang beliau bangga terapung di atasnya
kerana banyak orang yang tenggelam tak mampu timbul lagi sepertinya
Bagaimana membuktikan ia bersalah, kalau kulitnya tidak dapat dijamah
Apatah lagi menyentuh dari jauh,
Atau cuba memegang dari dekat, dia akan tetap terlepas jua

Oleh Penyair Agung
sajak buat sipolan sesumpah
Tanggal 4 Februari 2012 8:45 PTG





30 ulasan:

Tinta azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Ustaz Penyair Agung kini kembali lagi masuk kepusingan akhir kali kedua mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TERAPONG DI ATAS GELOMBANG Tema sinis tajam pada pihak tertentu. Pengucapannya bersahaja ttapi terlalu terang dan nyata .Mesejnya peringatan buat rakyat yang akan menghadapi PRU13 ini Bila anda minum air dari telaga, ingatlah orang yang mengalinya. Jangan terpengaruh dengan orang yang bercakap tidak serupa bikin yang pandai bertukar warna bermain sandiwara. . Maaf ada persaingan hebat sajak berbau politik Kami terpaksa memilih satu di antara 4 buah diketengahkan. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda terhenti.(TBD)

Tinta Azimad berkata...

CERPEN UNTUK SAHABAT DAN TETAMU CITRA RASA TERSIAR MAJALAH WARTA JOHOR 1981 BERTAJUK P U L A N G Oleh: Nurimanja.Pk

Bersambung siri 7 terakhir
“Dan jangan lupa Tok Siak, jika ada mesyuarat agong jawatan kuasa baru masjid nanti,tolong syorkan kepada semua AJK , bahawa nama masjid kampung Tanjung Nipis ini ditukar kepada Masjid Wan Abdullah, ini mengenangkan jasa beliau yang banyak membantu mengajar dan mendermakan wang ringgit membina balai lintang dan tandas masjid ini dahulu, walaupun beliau bukan orang tempatan.” Jelas Ustaz Nur serius.

“Baik juga cadangan Ustaz Nur itu, saya akan cuba kemukakannya.kepada AJK masjid nanti, Insyaallah” Jawab Tok Siak Mat Haidir bersemangat nampaknya.

“Baik Tok Siak! Saya minta diri dulu, saya cuti tidak lama, walau pun ada 7 minggu tapi 5 minggu sudah habis berkusus di maktab perguruan Batu Lintang Khucing, dalam perjalanan balik pergi habis seminggu, kini tinggal berapa hari saja lagi.esuk lusa terpaksa pulang,. dan satu lagi Tok Siak , jarang beri tahu sesiapa pun derma ini, nanti tak ikhlas pula.”

Kata Ustaz Nur, sambil bersalaman dan berpelukan dengan Tok Siak Mat haidir, kemudian berlalu dari situ. Selepas seminggu Ustaz Nur pulang kembali ke Serawak. Orang-orang kampung menjadi hairan melihat di tanah perkuburan itu ada terbina bangsaal kecil bersama batu nisan dan tembuk kecil bersemen di pusara Tuan Haji Wan Abdullah bin Syeid Alwi.

Malah di dalam masjid pula banyak terdapat sejadah baru dibentangkan, bersama kipas daun palas disediakan. (dulu tidak ada kipas angin) Orang-orang kampung bertanya sesame sendiri.

“Jangan beri tahu sesiapa pun Tok Siak, tentang derma saya ini.kalau dihebuhkan rasa macam tidak ikhlas pula,”Begitu pesan Ustaz Nur kepada Tok Siak Mat Haidir di masjid kampung Tanjung nipis.


Dalam mesyuarat AJK yang baru lalu tok Siak Mat Haidir telah mengemukakan cadangan nama masjid yang baru itu. Malah AJK masjid sebulat suara pula bersetuju, mula ada sadikit bangkangan, tapi bila ada ura-ura cadangan itu datang dari ustaz Nur, terus jadi sebulat suara, tanpa bangkangan lagi.

“Tuan-tuan pun mesti masih ingat dengan Tuan Haji wan Abdullah itu. Dia merupakan orang yang paling banyak menderma untuk kepentingan masjid ini, tidak termasuk kelas fardu ain percuma setiap minggu itu.” Kata Tok Siak Mat haidir beri penerangan kepada orang ramai.

Malah beberapa orang dulunya kaki judi , lupa diri, lupa anak isteri,kini mula berjenak dengan masjid dan mula mengingati Allah SWT. Dan seorang daripa mereka telah diangkat menjadi tok bilal azan solat jumaat. Semuanya bertepuk tangan dan bersetuju di atas cadangan itu.

Hati Ustaz Nur bertambah gembira, bila menerima berita pertukaran nama masjid kampung Tanjung Nipis itu kepada Masjid Wan Abdullah. Begitulah bunyi isi surat daripada abang Ngah yang baru diterimanya.

Ustaz Nur bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempernenankan hajatnya itu . Semoga nama Tok Wan Dollah kekal abadi di kampung Tanjung Nipis itu, sebagai seorang yang beriman dan dermawan . Begitu harapan hati ustaz Nur, sewaktu pulang ke kampungnya dahulu.

SELESAI . amin.

Qalam Mutiara berkata...

21. Kembara Budiman berkata...

WAKTU AKU BOSAN (TBD)

waktu ini aku bosan
jadi aku tuliskan
tentang apa apa sahaja
terlintas dikepala
seperti kebiasaan
aku akan mengarut hilangkan tension
wahai sang langit gelap
temani aku seorang
wahai bebintang adakah mahu
temani aku jua?

Oleh: Kembara Budiman
sajak fantasi/15 Februari 2012 11:28 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENAN GKAP MAKSUD

Sdra. Kembara Budiman masih setia besama blog CR. kini kembali lagi mencuba ke ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: WAKTU AKU BOSAN Tema fantasi katanya. Pengucapannya biasa sahaja . Maksudnya kisah peribadi bila mengenangkan nasib dan cita2 yang lagi belum tercapai agaknya ..Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi.(TBD)

Qalam Mutiara berkata...

22. Ustaz Muda berkata...

KEKOSONGAN JIWAKU (LSS)

Aku bagai sedang beterbangan
bersama khayal di dalam mimpi indah
berharap jiwaku di sisi matahari
sedang mengintai dunia
menanti terbit fajar…
Aku harap terang segera kembali
bangkitkan kau dari tidur lena
agar menemukan nukilan ini…
supayaku tahu hanya kekosongan
yang temani saat kelamku…

Oleh: Ustaz Muda
sajak pasrah/15 Februari 2012 11:29 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ustaz Muda tidak ketinggalan kini kembali lagi mencuba masuk kepusingan kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KEKOSONGAN JIWAKU.Tema pasrah juga nampaknya. Pengucapannya kabur tapi boleh diterima Maksudnya seakan mengharapkan sesuatu bagi mengisi kekosongan ingin menimang cahaya mata agaknya. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

23. Pedang Kesatria berkata...

PERANTAU- P

ketika ini aku masih senyum manis
untuk ku tutup seribu lara di jiwa
semasa disana biarkan parut ini
menjadi penghias hidup di hari muka.
agar nanti aku bisa kenang kembali
suka duka hidupku sebagai perantau
suatu ketika dahulu

Oleh: Pedang Kesatria
sajak terkenang/15 Februari 2012 11:31 PTG


SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Pedang Kesatria kini kembali lagi mencuba ke ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PERANTAU Tema terkenang katanya. Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya mengenangkan kisah peribadi.di perantauwan dahulu..Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

24. Raja Muda berkata...

TIDAK SESAT (LSS)

Malam ini gelita tanpa cahaya
ku mohon jangan palingkan hatiku
biarkan hatiku mendamba cintamu
aku tak terdaya lagi
di saat ingin meraih cahyamu
janganlah kau lepaskan hatiku
dari gengamanMu
janganlah biarkan
aku terkapai-kapai kelemasan
sesungguhnya lindungilah diriku,
lindungilah hatiku
terangilah jalanku agar tidak sesat

Oleh: Raja Muda
sajak pasrah/15 Februari 2012 11:33 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Raja Muda masih setia kini kembali lagi mencuba masuk kepusingan kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TIDAK SESAT .Tema semacm parah nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Maksudnya seakan berserah diri kepada Allah dari segala kemungkaran dan kesesatan. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Tinta Azimad berkata...

Dah habis kisah buah Jambu Mawar
dengan buah Nona.

Ada satu lagi buah ramai oang tak tahu. Bila isteri mngidam baru nak tercari-cari

Buah semangka?
Tahu apa itu buah semangka: Samalah dengan namanya buah tembikai dan satu lagi enak juga dimakan, buah timun betek adik beradik dengan tembikai susu.

Tinta Azimad berkata...

Esok mungkin Gua akan siar cerpen en nuri yang bertajuk : SIBIJI JAMBU MAWAR.

Itupun kalau jumpa baik cerpen itu. Insyaallah.

usop nayan berkata...

nnt nk tanya kt org tua sy psl tok wan dollah ni...

Adi Cana berkata...

wah! nama masjid pun ditukar

Rembulan Senja berkata...

moga2 ada ramai yg jd mcm tok wan dollah ni

Saizul Maizav berkata...

eh! tok wan dollah ni xde anak ke dari semalam aku tanya ni tinta sbb nk tahu jgk

Ustaz Saad berkata...

susah nk jmpa mcm tok wan dollah ni

Ustaz Nasarudin berkata...

wah! derma rm500 tp kena rahsia? bgus btol ustaz nur

Jeffry berkata...

malu plak aku baca cerpen ni sbb aku derma rm5 pun heboh kt org... heehhe

Kembara Budiman berkata...

tok wan dollah ni meninggal masa umor brapa

Anjang Aki berkata...

esk cerpen apa plak

En Sanusi berkata...

aik! dh hbis dh? pendek plak cepren kali ni

Prof Lanang berkata...

mmg 1 dlm setuta la tok wan dollah ni

Porf Naquib berkata...

tok wan dollah ni atok ustaz nur ke

Olie Pajuty berkata...

kita patut contohi tok wan dollah ni

Sohibul Wakdiamin berkata...

cerpen ni kisah benar ke rekaan

Ustaz Zulkarnain berkata...

ustaz nur ni yg btol menderma biar org thu zaman skrg derma pun siap keluar TV

Nahul Hidzar berkata...

masjid pun dh tukar nama? wah!

Muhamad badawee berkata...

semoga kita jd mcm tok wan dollah

Nurse Lisa berkata...

bgus btol ustaz nur dia derma sapa pun xthu

Syed Faizal berkata...

RASSULLAH

Rasulullah telah mengingatkan
rebutlah lima perkara
waktu muda sebelum tuamu
waktu lapang sebelum sibukmu
waktu senang sebelum susahmu
waktu sihat sebelum sakitmu
waktu hidup sebelum matimu".
dalam perut kota ini
anak-anak muda memburu keseronokan
membesar di tangga-tangga kompleks.
orang-orang tua dan kaya
mendakap perempuan muda
dalam gelap pesta dangdut
di manakah peribadi yang baik-baik

Syed Faizal
sajak nasihat

Dam Catur berkata...

PENYANYI POPULAR

Dulu Aku menanamkan azam
menjadi seorang penyanyi popular
Seorang yang amat digilai
tapi impian hanya tinggal kenangan
tidak boleh dikecapi lagi
Dengan diriku yang sebegini
tidak mempunyai rupa dan bakat
Sekarang aku hanya terkenang
zaman cita-citaku dahulu

Dam Catur
sajak terkenang

Pak kassim berkata...

HANYA MAMPU TERPAKU

Aku insan yang lemah lagi hina
tercampak di daerah asing
jiwaku rabak nafasku sesak
sesat dalam terang cahaya
hanya sejengkal di depan mata,
tapi hatiku tertutup rapat
terduduk aku di lorong gelap
merintih hiba mengharap bantuan
sedang hujan mengila lebat
aku hanya mampu melihat dan terpaku

Pak kassim
sajak peribadi

Harimau Berantai berkata...

KUAT

Aku seorang yang kuat
Tapi sekarang aku boleh rasakan
darah merahku mengalir keluar
dari kepala jiwaku tenggelam
Apakah yang dimaksudkan kuat
Aku sendiri dah tak pasti lagi
sudah tak guna lagi mungkin
aku bukan kuat seperti disangka
Mungkin ia satu RAHMAT!!

Harimau berantai
sajak simbolik