Khamis, 23 Februari 2012

TAHANANYA BILA JARUM BERJALAN





buat mereka yang mengerti

Inilah tahana dan akibatnya!
bila jarum  menyusuk telah berjalan lalu akan menukar secara senyap
aoabila keputusan agak mengejutkan
ternyata ulamak telah dipinggerkan.

Inilah tahana dan akibatnya!
bila menolak perpaduan dalam Islam jarum erdegon telah menguasai semua
 kini jangan cuba menafikannya  pula
suara ulamak telah kecil dan diketepikan.

Inilah tahana dan akibatnya!
kerana sering bermain penafian fitnah  putar belit dan ingin meluluskan
Islam bukan lagi ditempat tertinggi
bila ramai ketuanya bukan lagi orang agama.

Inilah tahana dan akibatnya!
apabila iman telah dikuasai rasa nafsu jarum agenda berjalan dalam senyap
lalu menikam dan mencucuk  hati pengundi
kini pemilihan diharap terbukti pecah jadinya.

Oleh: Nurimanja,
catatan jumaat dua hari lalu Inilah  bahana dan tahana  ucapan berapi
mengutuk kepimpinan saudara sesama Islam sendiri .
Jam 6 Pag,  hari Isnin  6hari bulan 6, tahun 2011




31 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN

Sajak en nuri semacam mengeloh pula walaupun saya tahu dia berdiri secara bebas. kerana condongnya kepada Islam sdra. seagama ,bangsa dan Negara. Rasanubarinya terlontar untuk mencatat dalam ungapan bicara puisinya. Itulah jiwa penulis, mudah tersentuh. Dengan kata lain Berkatalah dengan benar dengan apa yang terjadi dan perbetullah keadaan , jika menolaknya terimalah tahana , bahana dan akibatnya. Bila sebuah perti yang diwar-warkan Islamicnya telah terjerat menjadi Islam erdogannya.

Oleh: Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

POLITIK
1
Berdosa sokong Pas?

KOTA BHARU 20 Feb. – Seorang tokoh agama di negeri ini berpendapat, adalah berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi untuk menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, beliau sangat kecewa apabila pemimpin Pas yang selama ini lantang bercakap menegakkan Islam dan menuduh UMNO memperjuangkan kebangsaan, kini bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.
“Saya sangat-sangat kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang bercakap menegakkan Islam, tetapi menipu diri sendiri apabila masih lagi bersama Anwar yang menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel, seteru umat Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendirian Pas yang terus menjalin kerjasama dengan Anwar dalam pakatan pembangkang di sebalik kenyataan Ketua Pembangkang itu kepada akhbar The Wall Street Journal, menyatakan sokongan terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Mengenai cadangan tokoh akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid supaya Pas mengambil alih kepimpinan pakatan pembangkang daripada Anwar, Abdullah berpendapat, perkara itu mustahil kerana ia sudah tentu mendapat tentangan daripada dua sekutunya. Petekan Berita.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN KOMIDI LAGENDA BLOG CITRA RASA BETAJUK: CINTA TUKANG SAPU OLEH :NURIMANJA.

V

Kini wajah Mamat menjadi kurus dan cengkong. Hatinya diamuk berahi yang amat sangat. Makan dan minum Mamat rasa tidak berselera. Terasa semacam pasir nasi disuap dan terasa api air diminum.

“Suminah! Aku cinta kamu” pekek hati kecil Mamat. Bila ada kelibat orang lalu di Hadapan pagar rumah tuannya Mamat akan membunyikan batuk kecil, kalau-kalau Suminah yang lalu, pasti dia akan melemparkan senyuman yang mengelumnya untuk Mamat.

Biasanya selepas Suminah memberi senyuman Mamat akan melompat-lompat rasa kegembiraan, dia akan memeluk pokok kelapa dara tepi pangar tempat bakar sampah. Dia mengangap pokok kelapa dara itulah bagaikan Suminah yang dicintainya.

Tetiba Mamat nampak kelibat seorang perempuan melentasi di luar pagar rumah tuanya. Sambil berpayung dan bertudung kepala. Di sebelah tangannya ada sebiji raga yang Sering dibawa oleh Suminah setiap hari pergi balik ke pasar, untuk membeli barang keperluan majikan Rumah bangle besar seberang jalan itu.

Mamat terpaku , hendak bertanya teasa malu. Tetapi hatinya meronta ingin tahu . Apakah Suminah kah itu?

Mamat yakin, raga itulah yang dibawa oleh Suminah setiap hari, dan payong itu jugalah yang dipakai olh Suminah ketika hari panas atau pun hujan.Mamat terasa ingin memekek sekuat hatinya, kerana sekian lama tidak melihat wajah Suminah.

BRSAMBUNG ESOK. (VI)

Capricorn berkata...

HITUNG SEMULA

hitung semula semua langkah kakiku,
namun tidak juga dapat kutemui,
di manakah hilangnya saat dulu,
ketika baru mengenal erti kehidupan
walaupun cuba kuputarkan kembali,
namun langkah kaki semakin berat,
kemana harus ku tuju,
bukan semangat yang diberikan,
semangat ku kumpul selama ini

Capricorn
sajak peribadi

husni kola berkata...

TAK PERLU

Sebelumn pergi renunglah di sini
Kerna mungkin terjadi takkan bersua
Anggaplah pertemuan terakhir
tak usah kesali apa yang terjadi
Banyak pengorbanantelah pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidup yang tak perlu

husni kola
Sajak Sedih

Hamba Allah berkata...

TALI ALLAH

Banyak orang menipu orang lain
Kita menipu diri sendiri
Tapi kita tidak sedari
Perhati dan fikirlah
Kita jadi hamba suasana merdeka
Kerana otak orangbukan konsep Ilahi
Kita papa dalam kekayaan
Kuasa ekonomi dipegang orang dagang kita lemah dalam ramai
Kerana kita tidak diikat tali Allah

Hamba Allah
sajak nasihat

Tinta Bayu berkata...

JAUH DARI SEMUANYA

Dunia dalam hati lari dari mati
Fizikal sahaja digilap
Hati mati bodoh dalam cerdik
Dengan ilmu yang ada
tidak sanggup berdikari
Kalau tidak menyerahkan
nasib dengan orang lain
Kita jauh dari semuanya

TInta Bayu
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

57. Capricorn berkata...

HITUNG SEMULA (LSS)

hitung semula semua langkah kakiku,
namun tidak juga dapat kutemui,
di manakah hilangnya saat dulu,
ketika baru mengenal erti kehidupan
walaupun cuba kuputarkan kembali,
namun langkah kaki semakin berat,
kemanakah arah harus ku tuju ,
mencari sadikit suntikan semangat,
atau perlukan aku melawan keadaan
dengan penyeksaan musibah sepajang zaman….

Oleh: Capricorn
sajak peribadi/24 Februari 2012 1:39 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Capricorn masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HITUNG SEMULA.Tema peribadi katanya Pengucapannya bersahaja boleh diterima.Maksudnya cuba mengenang nasib yang selama ini kurang muhasabah diri memjadikan semuanya kerja bagaikan tidak menjadi, Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

58.husni kola berkata...

TAK PERLU (TBD)

Sebelumn pergi renunglah di sini
Kerna mungkin terjadi takkan bersua
Anggaplah pertemuan terakhir
tak usah kesali apa yang terjadi
Banyak pengorbanan telah pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidup yang tak perlu

Oleh: Husni Kola
Sajak Sedih/24 Februari 2012 1:47 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Husni Kola masih setia dengan blog Cr. Kali ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TAK PERLU Temanya sedih katanya. Pengucapannya biasa dan boleh dikatakan jiwa2, Maksudnya tersa sedih dan kecewa bila budi yang ditabur tiadak balasannya.Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

59. Hamba Allah berkata...

TALI ALLAH (LSS)

Banyak orang menipu orang lain
Kita menipu diri sendiri
Tapi kita tidak sedari
Perhati dan fikirlah
Kita jadi hamba suasana merdeka
Kerana otak orang bukan konsep Ilahi
Kita papa dalam kekayaan
Kuasa ekonomi dipegang orang dagang
kita lemah dalam ramai
Kerana kita tidak diikat tali Allah

Oleh: Hamba Allah
sajak nasihat/24 Februari 2012 1:49 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Hamba Allah masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TALI ALLAH Tema naihat katanya.. Pengucapannya bersahaja boleh diterima.Maksudnya orang Isalam kurang berjaya kerana sering lupa pada ingatkan Allah Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

60. Tinta Bayu berkata...

JAUH DARI SEMUANYA (TBD)-P

Dunia dalam hati lari dari mati
Fizikal sahaja digilap
Hati mati bodoh dalam cerdik
Dengan ilmu yang ada
tidak sanggup berdikari
Kalau tidak menyerahkan
nasib dengan orang lain
Kita jauh dari semuanya

Oleh: Tinta Bayu
sajak simbolik/24 Februari 2012 1:50 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Tinta Bayu masih setia dengan blog Cr. Kali ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: JAUH DARI SEMUANYA Temanya semacam sinis bersimbolik nampaknya. Pengucapannya agak mengelirukan Maksudnya seperti mengingatkan kita dalam hidup ini jangan terlalu mengharap sangat kepada orang lain...Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Teksi Manaf berkata...

REFORMASI

Reformasi menentang segala korupsi
menyanggah sehingga mati
junjung keadilan menjulangketelusan
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil
Kemanakan bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah
ku teruskan membuka jalan
perjuangan yang takkan basi

Teksi Manaf
sajak pejuangan

Gelora Maya berkata...

IZIN TUHAN

Menebar luas keterbukaan hati
membaca ruang tenang pemikiran
terlahir keikhlasan di sini
mendoakan indah erti kejayaan
mungkin tak terlafaz pengucapan
namun menadah memohon izin Tuhan..

Gelora Maya
sajak simbolik

Rembulan Senja berkata...

KAKI MELANGKAH

Ketika kaki melangkah
hayunan kemas tersusun
di balik hati terbakar cuba dingin
bersama senyum kecil dibibir
esok lusa tidakkan pasti
boleh jadi kau akan tahu
jika sekarang aku pergi
terjaminkah akan aman nanti?

Rembulan Senja
sajak simbolik

Ismail Harakam berkata...

KEKUATAN

Malam senyap aku harus merayap
Berharap Mencari serpihan hati
Bertebaran di jalan
kasihlah aku kekuatan
Tinggalkan ketakutan
Biarkan aku berani mencintaimu
Dengan sisa hati ini

Ismail Harakam
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

61.Teksi Manaf berkata...

REFORMASI (LSS)

Reformasi menentang segala korupsi
menyanggah sehingga mati
junjung keadilan menjulang ketelusan
bila ada pejuang berpaling tadah
yang tinggal cuma selogan keadilan
tetapi aku tahu ada yang lebih adil
Kemanakan pergi bawa diri
bila kroni silih berganti
Janji pula tinggal jani
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah
aku akan tetap teruskan membuka jalan
perjuanganku tidak akan ada berkesudahan

Oleh: Teksi Manaf
sajak pejuangan/24 Februari 2012 6:01 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Teksi Manaf masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: REFORMASI Tema perjuangan katanya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima.Maksudnya dalm hidup kita mesti menyokong perjuangan sebenar di jalan Allah jika sebaliknya , ramai penyokong dan pengikut yang akan berpaling tadah. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

62.Gelora Maya berkata...

IZIN TUHAN

Menebar luas keterbukaan hati
membaca ruang tenang pemikiran
barulah terlahir keikhlasan di sini
mendoakan indah erti satu kejayaan
mungkin tidak terlafaz pengucapan
namun menadah tangan memohon doa
penuh harap dengan keizinan Tuhan..

Oleh: Gelora Maya
sajak simbolik/24 Februari 2012 6:03 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Gelora Maya masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: IZIN TUHAN Tema simbolik katanya.. Pengucapannya bersahaja boleh diterima.Maksudnya sebagai orang Islam setelah berusaha berdoa dan bertawakal pada Allah untuk mendapat keizinanNya.Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

berkata Rembulan Senja....

KAKI MELANGKAH (TBD)

Ketika kaki melangkah
hayunan kemas tersusun
di balik hati terbakar cuba dingin
bersama senyum kecil dibibir
esok lusa tidakkan pasti
boleh jadi kau akan tahu
jika sekarang aku pergi
terjaminkah akan aman nanti?

Oleh: Rembulan Senja
sajak simbolik/24 Februari 2012 6:04 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Rembulan Senja masih setia dengan blog Cr. Kali ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk KAKI MELANGKAH Temanya sembolik katanya. Pengucapannya jiwa2 dan perlu diperbaiki lagi untuk lebih menyakinkan , Maksudnya perlu berhati-hati dalam menyerah hati kepada sesaoang (jangan jadi cinta mamat dengan suminah) Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

64. Ismail Harakam berkata...

KEKUATAN (TBD)

Malam senyap aku harus merayap
Berharap mencari serpihan hati
Bertebaran di jalanan
Berilah aku sakit kekuatan
Dan tinggalkan aku ketakutan
Biarkan aku berani mencintaimu
Dengan sepihan sisa hati dalam hidup ini

Oleh: Ismail Harakam
sajak simbolik/24 Februari 2012 6:05 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ismail Harakam masih setia dengan blog Cr. Kali ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KEKUATAN Temanya sembolik katanya. Pengucapannya semacm jiwa2 dan boleh diterima, Maksudnya, semacam mencari kekuatan di atas kekecewaan sekian lama dalam hiup ini. Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1
1 Guest
2 Mozaire
3 Karim Ghani
4 Atan Yahoo

KUM 2
1 Sohibul Wakdiamin
2 saudagar emas
3 Guru yahya
4 Usop Nayan

KUM 3
1 Prof Lanang
2 Salam
3 hambali maliki
4 Roy Rashid

KUM 4
1 Capricorn
2 Nahul Hidzar
3 Harimau Berantai
4 Syed Faizal

KUM 5
1 Ustaz Muda
2 Raja Muda
3 Saizul Maizav
4 ustaz Nasarudin

KUM 6
1 Pendekar Waja
2 Suara Rakyat
3 Ustaz Saad
4 pak awang

KUM 7
1 simsalabin
2 pak Ngah But
3 haji abkam
4 Pak Hussin

KUM8
1 sang arjuna
2 Hamba Allah
3 teksi manaf
4 gelora maya

Guest berkata...

LIPATAN

Walau dihimpit kesempitan masa
dibiar berlalu diamnya terhenti rindu
Di hati ingatan tetap sama
pernah hadir dulu terpahat
satu memori menjadi tugu
Diabadikan dalam lipatan
kenangan penuh bermakna

Guest
sajak kerinduan

Mozaire berkata...

BERGANTI

Ada yang hilang tak berganti
Memiliki masih jua sepi
Merindui kisah lama senandung hati
Dalam keriuhan dirasakan sunyi
Terpendam biar jadi rahsia di hati
agak sukar hendak dimulakan
Terbuka pintu hati lama terkunci
minda mewaraskan tindakan
Kekurangan disimpan kemas
masa yang telah dilupakan
moga dendam terkubur mati

Mozaire
sajak kenangan

Atan Yahoo berkata...

KALIMAT SYAHDU

Tersapaku di sejadah kalimat shahdu
Bait kata menyentuh kalbu
Memecah kesunyian di hati yang beku
Terpendam rasa syukur
Memandang ke langit biru
Mencongak keindahan kebesaran
Tersentuh di jiwa yang kaku
disusun bersatu di sejadah rindu
Menadah tangan memohon restu
Moga tak terlupa masa berlalu

Atan Yahoo
sajak ketuhanan

KArim Ghani berkata...

PERJALANAN PANJANG

Hulurkan sepotong simpati
agar dapat kaurasai
gelombang yang bergelora
di tengah lautan hiba.
Hulurkanlah seguni harapan
agar dapat kau sirami
lahar merapi mengalir ganas
di tengah hutan impian.
Berikanlah secubit kekuatan
buat menjunjung sebuah kekentalan.
Perjalanan masih panjang

KArim Ghani
sajak kehidupan

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Dam Catur berkata...

suminah tu x thu ke mamat gila kt dia

Nuri Jaguh berkata...

mamat tu kemaruk nk berbini ni

Pedang Kesatria berkata...

mamat tu x nk pinang je ke suminah tu

Salam berkata...

xkn la xde duit langsung mamat tu

Kembara Budinan berkata...

aik! mamat tu duda ke