Ahad, 26 Februari 2012

DENGAN HASIL RIBA MEREKA MEMBUNUH



cuba renungkanlah

Orang-oang Arab takut pada riba atau bunga
tetapi simpan wang di bank Swiss wang itu diternak dan beranak-pinak
lalu mereka orang kapir dan orang Yahudi mengambilnya
membuat senjata moden membunuh orang-orang Islam
kini ternyata apa yang kita lihat di bumi Asia barat hari ini.

kini lihatlah! Gaya saudara kita  Husni Mubarak!
Berbelioun simpan di bank konvensional yang untung wang ternak dan beranak-pinak itu
bukan untuk membantu kesusahan saudara sesama Islam sendiri
tetapi untuk menyerang memusnahkan apa yang dinekmati
dengan menyembeleh dan membunuh saudara kita sesama  Islam sendiri.

Oleh: Nurimanja,
catatan apa yang dilihat, apa yang dirasa.
tanggal seminggu lalu February,2011.





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN

Sajak ini agak lama tersorok dan terlepas pandang untuk disiarkan, cuma sebagai cattan biasa, tapi ada baiknya buat renungan mereka yang disebelah sana.

Terutamanya yang cuba menyokong zonis dan memberi perlindungan kepadanya, sepatutnya jihat yang layak untuk mereka. jangan cuba bersekongkol dengan musuh Islam.

Tinta Azimad berkata...

POLITIK

Sokongan Pas terhadap DAP, PKR hancurkan umat Islam – Abdullah
KOTA BHARU 21 Feb. – Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.

“Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.

“Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.
Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.
Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.

“Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.

“Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya.


Petekan Akhbar Harian.
Geletek Pagi. Saudara fikir sendiri!

Datuk Hasbi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Datuk Hasbi berkata...

KUM 1
1 Guest
2 Mozaire
3 Karim Ghani
4 Atan Yahoo

KUM 2
1 Sohibul Wakdiamin
2 saudagar emas
3 Guru yahya
4 Usop Nayan

KUM 3
1 Prof Lanang
2 Salam
3 hambali maliki
4 Roy Rashid

KUM 4
1 Capricorn
2 Nahul Hidzar
3 Harimau Berantai
4 Syed Faizal

KUM 5
1 Ustaz Muda
2 Raja Muda
3 Saizul Maizav
4 ustaz Nasarudin

KUM 6
1 Pendekar Waja
2 Suara Rakyat
3 Ustaz Saad
4 pak awang

KUM 7
1 simsalabin
2 pak Ngah But
3 haji abkam
4 Pak Hussin

KUM8
1 sang arjuna
2 Hamba Allah
3 teksi manaf
4 gelora maya

kumpulan 1 hingga 8 yang sy susun secara rawak setelah jalal beri senarai peserta yang terpilih

Guru Yahya berkata...

JANGAN LUPA TUHAN

Tuhan adalah sangat diperlukan
Di dalam sebarang keadaan,
Jangan tinggalkan Tuhan
kelak nanti kehidupan tak bererti
kerana Tuhan ada dalam
kehidupan setiap insan
Buatlah apa sahaja bersama Tuhan,
sertakan di dalam
perjuangan menuntut ilmu
jangan lupa Tuhan adalah segala,
Jangan cuba tinggalkanNya

Guru Yahya
sajak ketuhanan

Usop Nayan berkata...

TIADA TITIK NOKTAH

Bersahabat biarlah setia
Perasaan kenalah dijaga
Kepentingannya utamakan diri kita
Begitulah jika mahu
bersahabat dengan sesiapa
jika menuju ke daerah bara
mungkin terbakar sebuah perasaan
dalam wangian kuntuman bunga
Perlu kita tahu perjalanan ini tiada titik noktah.

Usop Nayan
sajak buat sahabat

Saudagar Emas berkata...

CINTA HATI

Kadangkala ia melarut merunggut.
kadang kala pedih tapi indah luka.
sedih duka Tangis dalam tawa.
Senyum bahgia Suka dalam kasih
Kadang kala kasih dalam cinta.
Dari mana semut melata
Dari batu turun ke titi
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Saudagar Emas
sajak jiwaw

Sohibul Wakdiamin berkata...

PENJURU

Inginnya membahagia cinta
Menjadi tambatan hati
kabur disampingmu takkan
kembali hingga wajahmu lusuh
Namun percayalah diri sendiri
Di hadapan dunia menatap wajahmu
Sekarang cuba bangun dengan senyum
Menebar ceriamu ke segala penjuru

Sohibul Wakdiamin
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

69. Guru Yahya berkata...

JANGAN LUPA TUHAN (LSS)

Tuhan adalah sangat diperlukan
Di dalam sebarang keadaan,
Jangan tinggalkan Tuhan
kelak nanti kehidupan tak keharuan
kerana Tuhan ada dalam kehidupan setiap insan
Buatlah apa sahaja bersama Tuhan,
sertakan di dalam perjuangan menuntut ilmu
jangan lupa Tuhan adalah segalanya,
Jangan cuba tinggalkanNya

Oleh: Guru Yahya
sajak ketuhanan/26 Februari 2012 8:26 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Guru Yahya Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk: JANGAN LUPA TUHAN . Tema ketuhanan katanya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima,Maksudnya, semacam nasihat jangan lupa Tuhan dalam menghadapai perjalanan hidup ini.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS

Qalam Mutiara berkata...

70.Usop Nayan berkata...

TIADA TITIK NOKTAH (LSS)

Juika brsahabat biarlah setia
Perasaan kenalah dijaga
Kepentingannya utamakan diri kita
Begitulah jika mahu bersahabat dengan sesiapa
jika bercakap berfikir dahulu dan setiasa berwaspada
di khuter mungkin terbakar perasaan dan hatinya terluka
dalam ikatan mewangian kuntuman bunga pershabatan
Perlu kita mengetahui dan jaga perjalanan ini tiada titik noktah.

Oleh: Usop Nayan
sajak buat sahabat/26 Februari 2012 8:29 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Usop Nayan Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk: TIADA TITIK NOKTAH .Tema persahabatan katanya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima,Maksudnya, semacam nasihat untuk menjaga tali persahabatan yang boleh kekal lama jadinya.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

71.Saudagar Emas berkata...

CINTA HATI (TBD)

Kadangkala ia melarut merunggut.
kadang kala pedih tapi indah luka.
sedih duka Tangis dalam tawa.
Senyum bahgia Suka dalam kasih
Kadang kala kasih dalam cinta.
Dari mana semut melata
Dari batu turun ke titi
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Oleh: Saudagar Emas
sajak jiwaw/26 Februari 2012 8:31 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Saudagar Emas Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: CINTA HATI Temanya jiwa2 katanya. Pengucapannya semacm jiwa2 danbersahaja, Maksudnya, semacam kisah orang muda punya biasa. .Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

72. Sohibul Wakdiamin berkata...

PENJURU (TBD)

Inginnya membahagia cinta
Menjadi tambatan hati
kabur disampingmu takkan
kembali hingga wajahmu lusuh
Namun percayalah diri sendiri
Di hadapan dunia menatap wajahmu
Sekarang cuba bangun dengan senyum
Menebar ceriamu ke segala penjuru

Oleh: Sohibul Wakdiamin
sajak simboli/26 Februari 2012 8:33 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Sohibul Kali ini masuk pusingan kedua sajaknya yang bertajuk: PENJURU Temanya simbolik katanya. Pengucapannya semacm jiwa2tapi sadikit mengelirukan, Maksudnya, semacam jiwa2 juga namun ceritanya agak dikuburkan (sajak kakak atau adik Sohibul agaknya).Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Prof Lanang berkata...

SUNYI BAHASAKU

Senyap malam menerebus hati di dadaku
Aku harus berganjak
Menambak kibaran api
Membuat mata silau terpejam
Wajahku ini ingin membahasakan
meski setitik tinta sudah pucat
Sunyiku adalah bahasaku

Prof Lanang
sajak simbolik

Roy Rashid berkata...

DI BALIK CERMIN

di balik hati ku ini
ku sembunyikan setiap calar
agar pahit diwajahku
akan segera pudar
bila ku tatap cermin yang membias
kepada cermin yang enggan berkata
jangan deraikan iras wajahku
sejuta calar sekalipun
dalam ladang kenanganku ini

Roy Rashid
sajak sedih tentang diri sendiri

Hambali Maliki berkata...

BERSEDIAKAH AKU?

terpikir sejenak jika ia datang
ketika aku bekerja...
adakah aku akan kehilangan
orang yang aku sayang
aku perlu lebih berhati-hati
jika nikmat aku di tarik nanti
adakah sudah bersedia aku nanti?

Hambali Maliki
sajak simbolik

Salam berkata...

BERUBAH JADI BAIK UNTUKMU

ketika aku tak lagi
menatap dengan penuh
ku jauhkan hatiku
dari rasa tentangmu
kataku tak banyak padamu
ku ingin memuliakan diriku
jalan itu memang sulit…
tapi ketika itu aku tetap
ingin mencoba berubah
menjadi lebih baik kerana untukmu

Salam
sajak buat tunang sy

Qalam Mutiara berkata...

73. Prof Lanang berkata...

SEPIKU ADALAH BAHASAKU (LSS)

Sepi malam menerebus hati di dadaku
Aku harus segera berganjak
Menambak kibaran api
Membuat mata silau terpejam
Wajahku ini ingin membahasakan
meski setitik tinta sudah kering dakwatnya
namun, diam dan sepiku adalah bahasaku

Oleh: Prof Lanang
sajak simbolik/26 Februari 2012 2:12 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Prof Lanang Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk:SEPIKU ADALAH BAHASAKU .Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya puitis dan bersahaja, Maksudnya, ada baiknya kita berdiam sebelum selidik jika melihat sesuatu yang belum tentu betul salahnya, kerana sebaik perkataan itu diam... Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

74.Roy Rashid berkata...

DI BALIK CERMIN (LSS)

di balik hati ku ini
ku sembunyikan setiap calar
agar pahit diwajahku
akan segera pudar
bila ku tatap cermin yang membias
kepada cermin yang enggan berkata
jangan deraikan iras wajahku
walau sejuta calar sekalipun
biarkan dalam kenanganku ini

Oleh: Roy Rashid
sajak sedih tentang diri sendiri/26 Februari 2012 2:14 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Roy Rashid Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk:DIBALIK CERMIN MUKA .Tema keresahan nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima, Maksudnya, semacam ingin meyembunyikan rahsia calar balar yang kekal dalam kenangan di dalam hati... Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

75. Hambali Maliki berkata...

BERSEDIAKAH AKU? (TBD)

terpikir sejenak jika ia datang
ketika aku bekerja...
adakah aku akan kehilangan
orang yang aku sayang
aku perlu lebih berhati-hati
jika nikmat aku di tarik nanti
adakah sudah bersedia aku nanti?

Oleh: Hambali Maliki
sajak simbolik/26 Februari 2012 2:16 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Hambali Maliki Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: BERSEDIAKAH AKU Temanya simbolik, bukan ketuhannan?. Pengucapannya bersahaja, dan sadikit mengelirukan . Maksudnya, semacam mencurigai apa akan terjadi jika musibah atau kematian datang? Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

76. Salam berkata...

BERUBAH JADI BAIK UNTUKMU (TBD)

ketika aku tak lagi
menatap dengan penuh
ku jauhkan hatiku
dari rasa tentangmu
kataku tak banyak padamu
ku ingin memuliakan diriku
jalan itu memang sulit…
tapi ketika itu aku tetap
ingin mencoba berubah
menjadi lebih baik kerana untukmu

Oleh: Salam
sajak buat tunang sy/26 Februari 2012 2:20 PTG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Salam Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: BERUBAH JADI BAIK UNTUKMU Temanya buat tunang katanya. Pengucapannya semacm jiwa2 dan bersahaja, Maksudnyaterasa ingin berubah sikap demi tunangannya. Selamat bertunang! .Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Nahul Hidzar berkata...

LANGKAH BERIRAMA

Langkah berirama menjemput singkat
sebuah titik pertemuan
ketika malam masih bercumbu
lampu jalan linangan hujan.
Di sana tercipta kerinduan.
Terbingkai rapi dalam percakapan
buih-buih minuman senada ingatan tentang kalimat yang pernah
kita perbincangkan

Nahul Hidzar
sajak peribadi

Syed Faizal berkata...

TITIK PERTEMUAN

Aku terduduk seketika
kemudian cuba mencari janji
di sebuah titik pertemuan.
Menanti sesuatu datang
dari arah yang berlawanan.
Tapi masih sempatkah hendak lari
dibawa pergi oleh lantang suara
menuju tepat ke titik pertemuan.

Syed Faizal
sajak tentang persoalan yang bermain di minda

Capricorn berkata...

KALI KEDUANYA

Aku ingat pesanan itu.
Kusaksikan kamu menunggu
sembil mondar-mandir mengutuk malam
ditempat yang pernah kita berdua Disana kamu menungguku
Hingga bayanganmu hilang jadi abu
Hanya aku tak pernah kembali kesana
Aku tak pernah menemuimu buat
kedua kalinya hingga kini

Capricorn
Sajak sedih terkenang

Harimau berantai berkata...

KEBAHAGIAN ITU

aku hanya ingin cinta sederhana
di mana aku bisa mendampingimu
menghabiskan hariku
melakukan banyak hal untukmu
menjadi tempatmu berbagi masalah
menggenggam tanganmu sampai
di mana sesekali kita bisa
menghabiskan waktu berdua saja
untuk merasakan kebahagiaan itu

Harimau berantai
sajak buat isteri sy kerana pada ketika ini ada perselisishan paham sikit

Qalam Mutiara berkata...

77. Nahul Hidzar berkata...

LANGKAH KITA SEIRAMA (LSS)

Langkah kita seirama
Lantas menjemput singkat
buat sebuah titik pertemuan
ketika malam masih bercumbu
lampu jalan linangan hujan.
Di sana tercipta kerinduan.
Terbingkai rapi dalam percakapan
buih-buih minuman senada dalam ingatan
tentang kalimat yang pernah kita ungapkan
bersama kita perbincangkan masalah kehidupan

Oleh: Nahul Hidzar
sajak peribadi/27 Februari 2012 1:39 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Nahul Hidzar Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk: LANGKAH KITA SEIRAMA .Tema peribadi nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima, ada sadikit pembetulan.Maksudnya, apa masalah akan dapat diselesaikan bila ada kerjasama faham memahami. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

78. Syed Faizal berkata...

TITIK PERTEMUAN (TBD)
Aku terduduk seketika
kemudian cuba mencari janji
di sebuah titik pertemuan.
Menanti sesuatu datang
dari arah yang berlawanan.
Tapi masih sempatkah hendak lari
dibawa pergi oleh lantang suara
menuju tepat ke titik pertemuan.

Oleh: Syed Faizal
sajak tentang persoalan yang bermain di minda/27 Februari 2012 1:42 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD


Sdra. Syed Faizal Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: TITIK PERTEMUAN Tema cuma persoalan katanya. Pengucapannya biasa tapi sadikit mengelirukan Maksudnya terasa ingin menyelesaikan masalah yang terbuku di kalbu. .Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

79. Capricorn berkata...

KALI KEDUANYA (TBD)

Aku ingat pesanan itu.
Kusaksikan kamu menunggu
sembil mondar-mandir mengutuk malam
ditempat yang pernah kita berdua
Disana kamu menungguku
Hingga bayanganmu hilang jadi abu
Hanya aku tak pernah kembali kesana
Aku tak pernah menemuimu buat
kedua kalinya hingga kini

Oleh: Capricorn
Sajak sedih terkenang/27 Februari 2012 1:44 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Capricorn Kali ini masuk ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertajuk: KALI KEDUANYA Tema rasa sedih katanya. Pengucapannya semacm jiwa2 dan bersahaja, Maksudnya terasa kekesalan pada sikap tidak merujuk kali kedua di atas kesilapan yang berlaku..Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

80. Harimau berantai berkata...

KEBAHAGIAN ITU (LSS)

aku hanya ingin cinta sederhana
di mana aku bisa mendampingimu
menghabiskan hari-hari bersamaku
melakukan banyak hal untukmu
menjadi tempatmu mengadu masalah
menggenggam tanganmu sriratnya
di mana sesekali kita bias merasakan
dengan menghabiskan waktu berdua saja
untuk melahirkan nekmatnya kebahagiaan itu

Oleh: Harimau berantai
sajak buat isteri sy kerana pada ketika ini ada perselisishan paham sikit/27 Februari 2012 1:47 PG

SAYEMBARA PUSIANGAN KEDUA FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Harimau Berantai Kali ini masuk ke pusingan yang kedua dengan sajaknya yang bertajuk:MENGHARAP KEBAHAGIAN ITU .Tema keresahan nampaknya. Pengucapannya bersahaja dansadikit pembetulan, Maksudnya, ingin membina kebahagian buat isteri walaupun ada berbagai masalah dalam hidup ini. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Tinta Azimad berkata...

Tahun ini bulan February ada 29 haribulan. tahun lompat atau bulan lompat atau hari lompat?.

Siapa yang lahir pada hari tersebut, seksa nak cari hari jadinya

Tinta Azimad berkata...

Jalal nak cepat habis kau masuk saja sajak 4 sajak pagi, 4 sajak tengah hari , 4 sajak petang dan 4 sajak malam.

Aku akan terbit. QM kalau dia tenguk ada , dia ulas saja itu pun kalau dia ada masa .