Sabtu, 4 Februari 2012

SEBUAH PARTI YANG TERJERAT






-Semoga ada kesedaran di bulan maulidur rasul ini


Sedih bila melihat
 Sebuah parti yang terjerat 
Menyokong yang membawa rebah
dimana pejuangan kita dahulu 
Ingin menegakkan syiar agama Islam
Di bumi bertuah dan keramat ini?

Hari ini ternyata hanyut
disebabkan kuasa kebendaan
ulamak dihalang dari penyakit mabuk kuasa
bila bersahabat dengan ikon keduniaan 
kisah onar mungkar diam seribu bahasa.
Melaikan angguk dan tunduk.

Dulu kita sanggup dipenjara
Disebabkan pasukan kreket Yahudi  
Malah mengkapirlah mereka yang bersahabat
tidak  sebulu mengikut ajaran agama kita 
tetapi kini semacam mentebalikkan semuanya.
Sehinga aqidah pun hanyut bersama.

Keriman:  :Suara Pulau,
Sembilan pagi . Khamis 2hb. February 2012.
Catatan Akhbar Utusan Malaysia.
Petekan Hassan Ali @ Hassan Basri.



30 ulasan:

Geletek Petang berkata...

Amat sedih jika Ada penyokong PAS sering berkata, "Rakyat sudah pandai
menilai," Silap besar nampaknya
kerana rakyat kini melihat apa yang benar dan telus, Bukan cakap tidak serupa bikin?

Jika Pas kalah, Parti lain dlm PR juga akan rebah!

Qalam Mutiara berkata...

1. Zainal Arifin berkata...

SURAM DAN KELAM (TBD)

Malam ini suram sekelam nurani
Hatiku sepi parah dimamah rindu,
Secubit rindu jadi seribu sendu,
Lidah kelu lecur dicarik sembilu,
Hati sakit pedih bagai mahu mati
Langit tidak lagi biru di mataku
Malam pasti tak secerah siang
Unggas bersiul berarak pulang
tapi bintang tetaphias langit malam
Hatiku ditutup mendung kesunyian
perpisahan ini terpaksa aku relakan
walaupun terasa pilu dihatiku

Oleh: Zainal Arifin
sajak sedih/4 Februari 2012 1:10 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

En Zainal Arifin kini kembali masuk pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: SERAM DAN KELAM Tema semacam dalam kesedihan nampaknya. Pengucapannya biasa dan bersahaja Mesejnya. Soal peribadi berkaitan dengan keluarga agaknya Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. Mesej baik pengucapannya sadikit terkeluar (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

3. Roy Rashid berkata...

SAYAP (TBD)

sayap kasih terbentang
akan naluri kehendak ingin satu perasaan
pengertian kasih yang terbang
jangan di biarkan ia
berlalu begitu saja
sayap burung bebas dan terbatas
kasih dipinjam kasih dibuang
hargai satu keasyikkan
jangan biarkan ia hilang
tanpa sayap tdak satu
pun mampu berkasih

Oleh: Roy Rashid
sajak simbolik/4 Februari 2012 1:14 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Roy Rashid kini kembali masuk pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: SAYAP Tema simbolik tanpa penerangan nampaknya. Pengucapannya kabur dan penutup cerita mengelirukan. perlu diperbaiki Mesejnya. Soal peribadi brkaitan dengan kasih yang hilang. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. Mesej baik pengucapannya sadikit terkeluar (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

5. Penyair Agung berkata...

DAHAN TELAH PATAH (LSS)

Dahan janji telah patah dengan ngeri
menggugurkan dedaun yang bersaksi
kita tidak boleh berteduh lagi
kerana disitu ribut sedang melanda
semua bukti ranap dan mati.
Tiada lagi angin damai dari benua
menyimbah ego fatamorgana
lena tiada lagi sinar ceria
memagari sepi cekerawala
Apakah kita akan berakit bersama
atau hanyut ke kuala sengsara

Oleh: Penyair Agung
sajak sinis/4 Februari 2012 1:17 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Ustaz Mahfuz kembali lagi masuk pusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: NIKMATILAH .Tema memji keindahan alam nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima. Maksudnya sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang ada Allah berikan kepada tanah air kita ini dengan penuh rasa kedamaian. Layak dibri peluang untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

6.Ustaz Mahfuz berkata...

NIKMATILAH (LSS)

nikmatilah jernihnya air;
dengarlah hayatlah angin berdesir.
Inilah dendang bumi yang kaya
kita warisnya sungguh bertuah.
Di kocak sungai ikan segar menari,
di dahan unggas cergas menyanyi.
Seisi alam ini satu anugerah
syukur tulus kita kepada Allah.
Bumi yang yakin, langit yang tulen
berdakap damai seakrab mungkin.

Oleh: Ustaz Mahfuz
sajak puji keindahan Allah/4 Februari 2012 1:27 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Ustaz Mahfuz kembali lagi masuk pusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: NIKMATILAH .Tema memji keindahan alam nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima. Maksudnya sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang ada Allah berikan kepada tanah air kita ini dengan penuh rasa kedamaian. Layak dibri peluang untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

7. lagenda pulau berkata...

BERSATU (TBD)-P

Kau dan dia harus bersatu,
dia tak lengkap tanpamu,
Kau tempang bila dia tiada,
Kamu amat saling memerlukan,
Coretan lama usah di kenang,
mulakan ceritera baharu,
Kerana dunia bergerak kedepan,
Semua kenangan akan di tinggalkan,
Lembaran sejarah kita kambus,
Kekecewaan lalu kita tebus,
sekarang kamu harus bersatu,

Oleh: lagenda pulau
sajak politik/4 Februari 2012 1:29 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Lagenda Pulau kini kembali masuk pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: BERSATU Tema politik tanah air nampaknya. Pengucapannya biasa dan bersahaja Mesejnya semacam member nasihat agar jangan berpecah tapi perlu bersatu. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. Mesej baik pengucapannya sadikit terkeluar (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

8.Abul Hassan berkata...

BEREHAT DI KAMAR SUNYI (LSS)

aku perlukan waktu untuk sembuh
tak perlu lagi mencari aku
kepada penghuni duniawi
biarlah kehilangan aku berlalu
di bawa oleh angin malam
jangan khuatir dan menunggu
kerena aku akan muncul nanti
ketika ini aku sedang letih berehat
di kamar sunyi walau letih
tetapi mataku tak terlelap
kerena khilafku belum dimaafkan
jadi aku berharap selama aku disini
aku diampunkan agar dapat
aku berehat dan tidur
di kamar sunyi dan tenang ini

Oleh: Abul Hassan
sajak dari abang sy 3 hari sebelum dia kemalangan/4 Februari 2012 1:30 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Abul Hassan Kini kembali lagi masuk pusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BERSEHA DI KAMAR SUNYI .Tema bersiri nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterim. Maksudnya semacam menempelak diri sendiri dengan apa yang telah berlaku. Biasanya berdosa dengan ibubapak balasannya di dunia bukan di akhirat.. Layak dibri peluang untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

4. Datuk Borhan berkata...

SELAUTAN RINDU (TBD)

Andai waktu mampu aku takluk
Akanku setia pada rinduku
Ingin sekali aku genggam tanganmu
Tidak rela aku kehilangan
Walau hanya sekujur bayangmu
Ingin aku ceritakan (khabarkan)
seluruh alam keagungan kasihku
padamu bagaikan selautan rindu

Oleh: Datuk Borhan
sajak terkenang/4 Februari 2012 1:15 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Datuk Borhan kembali lagi masuk pusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SELAUTAN RINDU .Tema kenangan jiwa2 juga nampaknya Pengucapannya bersahaja dan maksudnya Penulis ingin mengkhabarkan pada cinta dan kasihnya bagaikan selautan rindu pada si dia. maaf Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. Mesej baik pengucapannya sadikit terkeluar (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

2. Inspektor Halim berkata...

MAHU BICARA (LSS)

maafkan aku tiada niat mengganggu
segunung tidak sekumanpun tidak
aku hanya suka berbisik
berbicara bersuara bercerita
suka dan duka kongsi bersama
lalu cari aku telinga yang sudi
bersahabat bersama bicara ku
ceritera duka nestapa ku
maaf jika bicara aku tersalah erti
kerana ceritaku adalah sebuah mimpi

Oleh: Inspektor Halim
sajak simbolik/4 Februari 2012 1:12 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Inspektor Halim kini kembali masuk pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk :MAHU BICARA Tema simbolik katanya Nampak macam fantasi. Pengucapannya cerita dan mesejnya.semacam di alam mimpi kerana hujung pangkal tidak menentu.Tetapi layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS).

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1
1 Bos Kacak
2 Doktor Hasmawi
3 Jalal Rafzee
4 Mat Noh
5 Inspektor Halim
6 Abul Hassan
7 Penyair Agung
8 Ustaz Mahfuz

final kali ni cuma penyair agung dgn ustaz mahfuz yg pernah ke final yg lain2 baru pertama kali termasuk aku jgk

Ustaz Mahfuz berkata...

TEGAKAN KEPALA

Jika kau tetap menegakkan kepala
Ketika perbuatanmu tetap salah
kau jangan percayai dirimu sendiri
Atau membohongi kehidupan,
jangan melakukan kebohongan
hidup dalam kebencian
Jangan berbicara terlalu bijak
Jika kau tak dapat berfikir
Namun jangan harap menguasai diri
Jika kau tetap berpijak
pada kebenaran kau yang palsu

Ustaz Mahfuz
sajak sinis

Jalal Rafzee berkata...

PELUPUK MATA

Dunia ini memang fatamorgana,
seringkali kita tertipu
gelora yang melenakan
setelah sedar tiba-tiba sudah tiada
pasrah dalam penyerahan dekapan
seringkali teramat mahal
untuk bisa kita jamah
Berdoa saja bukan apa-apa,
sekedar penyegar bagi jiwa lelah
tubuh yang meronta kesepian.
sedang menunggu usia tetap melaju
kenangan ketika ditinggalkan,
berdiam di balik helai rambut
ketika kabur di pelupuk mata

Jalal Rafzee
sajak simbolik kehidupan

Mat Noh berkata...

BINTANG BERNANYI

angin barat bergerak di langit
kalbu pula sedang melahap waktu
angkasa melayang hanya tersesat
sendirian tak tahu
di mana jalan pulang
gugur musim jatuh bersama sunyi
diantara noktah menjelma
mencari ribuan bintang yang sebenar
sampai mata tertutup gelap
tataplah dengan mata hati
kerana bintang yang telus
cuma nyanyian pengantar tidur
tapi bintang yang palsu
hanya benderang dalam impiannya

Mat Noh
sajak sinis pada rakyat

Inspektor halim berkata...

SAYAP KECIL

baru kemarin kau ke singgahsana
sejak hari itu kau lagak bagai raja
siang malam kau ukir cerita
hingga ramai yang berkelana
tika lembut sayap kecilmu terhempas
kau mengangkat dengan kepakan tawa
sambil memberi cengkaman maut,
tak ku sangka kecil sayapmu
begitu sungguh berbisa

Inspektor halim
sajak pengajaran

Penyair Agung berkata...

TERAPUNG DI ATAS GELOMBANG

Seseorang dianggap tak bersalah,
sampai dia dibuktikan bersalah
ini ungkapan terdengar disini
semakin semaklah sebuah kisah,
tapi beliau ketawa terbahak- bahak
kerana matahari dua kali
sudah tenggelam di langit barat,
Gelombang datang kala air pasang
beliau bangga terapung di atasnya
kerana banyak orang yang tenggelam
tak mampu timbul lagi sepertinya
Bagaimana membuktikan ia bersalah,
kalau kulitnya tidak dapat dijamah
Apatah lagi menyentuh dari jauh,
Atau cuba memegang dari dekat,
dia akan tetap terlepas jua

Penyair Agung
sajak buat sipolan sesumpah

Doktor Hasmawi berkata...

SEJEMPUT KATA

sejemput kata kutitip rindu
walau pilu tak lagi memburai
resah tak lagi menyesakkan dada .
adakah nanah dalam hidupku kini?
masih adakah dian dalam redupku?
masih adakah gelora dalam hatiku?
Hidup takkan bermakna tanpa drama
puisi tanpa kata kata
atau bilangan tanpa angka
bahkan panorama tanpa warna
tak usah diratapi karena
tidak ada sesuatupun
pasti terangkan redupku,

Doktor Hasmawi
sajak keresahan yg membelanggu

Inspektor Halim berkata...

DAUN KERING

aku bagai sehelai daun kering
jatuh lalu tertancap di pintu
bila ku khabarkan pendapat
sebaris tulisan ku itu luruh
terlihat pada buangan yang silau
itu bukan perasan yang menyenangkan
ku disini terasa bagaikan
hanya daun kering yang takdipandang
bagai buangan walau cuba
meneriak menagih perhatian
tapi dikatakan tak tertahuan

Inspektor Halim
sajak keadaan di tempat kerja saya kerana kebanyakan disini dikuasai penyokong sebelah sana

Abul Hassan berkata...

GELAP PANDANGAN

ketika suatu hari nanti
pandanganku gelap gelita
adakah hatiku akan berkata-kata
tapi apakah otakku tertanya-tanya
apa yang terjadi pada jiwa ini
melayang di awangan ke langit
dapatkah ku ke sini lagi
atau hingga tiba hari perbicaraan
baru ku sedar ketika penguasa
menyingkap hasil usaha dan amalan
kiniku hanyabertawakal kepada Ilahi
agar disana nanti aku ditempatkan
bersama orang yang dikasihi.

Abul Hassan
sajak dari abang sy semasa dia strok dia bacakan sy tulis apa yg dikatakan melalui sajak ni

Tinta Azimad berkata...

Maaf sajak kali ini diminta anda yang pernah terpilih mendapat sajak terutama dalam sayembara puisi cinta rasa selama ini . Iaitu bermuladari Ziarah Marifat hingga ke untaz Rahman
ntuk menundi sajak yang sepatutnya menadap tempat pertama hingga ke empat. Siapa dianta mereka yang dapat banyak undi pilihan nomber satu
atau ke dua , ke tiga dan ke empat.maka itulah kedudukannya.

Tinta azimad berkata...

Sajak politik kali ini lebih daripada 4 buah, walau bagaimana pun syabas! Tetapi kami terpaksa pilih satu atau dua sahaja.

Sajak yang terang dan nyata sinisnya
terpaksa diketepikan, kecuali bersimolik sinis penuh pengajaran.
Contoh sajak Suara Pulau agak kasar dan keterlaluan. kp sekadar layang-layang atau punya dua makna yang berlainan.

Qalam Mutiara berkata...

1 Ustaz Mahfuz berkata...

TEGAKAN KEPALA (TBD)

Jika kau tetap menegakkan kepala
Ketika perbuatanmu tetap salah
kau jangan percayai dirimu sendiri
Atau membohongi kehidupan,
jangan melakukan kebohongan
hidup dalam kebencian
Jangan berbicara terlalu bijak
Jika kau tak dapat berfikir
Namun jangan harap menguasai diri
Jika kau tetap berpijak
pada kebenaran kau yang palsu

Oleh Ustaz Mahfuz
sajak sinis4 Februari 2012 8:37 PTG

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Ustaz Mahfuz kini kembali lagi masuk kepusingan akhir kali kedua mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TEGAK KEPALA Tema sinis tajam pada pihak tertentu. Pengucapannya bersahaja cuma sadikit kabur Mesejnya peringatan buat rakyat yang akan menghadapi PRU13 ini Bila anda minum air dari telaga, ingatlah orang yang mengalinya. Jangan terpengaruh dengan orang yang bercakap dengar boleh , percaya jangan. . Maaf ada persaingan hebat sajak berbau politik kena pilih satu di antara 4 buah diketengahkan. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda tersekat.( TBD)

Qalam Mutiara berkata...

2 Jalal Rafzee berkata...

BILA KEKABUR HINGGAP DI PELUPUK MATA (LSS)- kehidupan

Dunia ini memang fatamorgana,
seringkali kali kita tertipu dan terperdaya
dengan gelora yang mengasyik dan melenakan
setelah kita sedar tetiba sudah tiada
maka kita pasrah dalam keinsafan
Kerana dakapan seringkali teramat mahal
untuk kita jamah kehidupan di alam maya ini

Berdoa sajalah buat seketika,
sekedar penyegar bagi jiwa lelah
buat tubuh yang meronta kesepian.
kini sedang menilai usia yang berlalu
telah banyak kenangan ketika ditinggalkan,
perlu berdiam di balik helai-helaian rambut
bila kekaburan hinggap di pelupuk mata

Oleh Jalal Rafzee
sajak simbolik kehidupan4 Februari 2012 8:41 PTG


SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

En Jalal Rafzee kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BILA KEKABURAN HINGGAP DI PELUPUK MATA Tema simbolik kehidupan manusia Mesejnya kita perlu ingat dan berwaspada dalam kehidupan ini yang penuh dengan kepalsuan dan penipuan Apa pun yang benar tetap benar yang dusta dan palsu akan terbongkar juga akhirnya nanti .Apa pun buat mereka yang beriman sedarlah bila ketuaan dan kekaburan mulai hinggap ke pelupuk mata diketika itu tidak berarti lagi. Amin ! Layak diberi peluang untuk tempat ke …..dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

3 Mat Noh berkata...

BILA BINTANG BERNYANYI (LSS)- sinis politik

Angin barat bergerak di langit
kalbu pula sedang melahap waktu
angkasa melayang hanya tersesat
sendirian tak tahu di mana jalan pulang
gugur musim jatuh bersama sunyi
diantara noktah yang menjelma
mencari ribuan bintang yang sebenar
sampai mata tertutup gelap
tataplah dengan mata hati
kerana sebutir bintang yang telus
cuma nyanyian pengantar tidur
tapi sinar bintang yang palsu
hanya benderang dalam impiannya sahaja.

Oleh Mat Noh
sajak sinis pada rakyat4 Februari 2012 8:43 PTG

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Mat Noh kini kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:BILA BINTANG BERNYANYI Tema sinis pada rakyat membuta tuli katanya. Pengucapannya biasa dan bersahaja cuma sadikit kabur Mesejnya ada peringatan buat rakyat yang akan menghadapi PRU13 ini Bila anda minum air dari telaga, ingatlah orang yang mengalinya.belajarlah berterima kasih pada yang member. Jangan dengar nyanyian bintang yang bersinar palsu kerana ada agenda disebalik sinar cahayanya.! Layak diberi peluang untuk tempat ke ….. dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

4 Bos Kacak berkata...

SAYAP KECIL (TBD)

baru kemarin kau ke singgahsana
sejak hari itu kau lagak bagai raja
siang malam kau ukir cerita
hingga ramai yang berkelana
tika lembut sayap kecilmu terhempas
kau mengangkat dengan kepakan tawa
sambil memberi cengkaman maut,
tak ku sangka kecil sayapmu
begitu sungguh berbisa

Oleh Bos Kacak
sajak pengajaran4 Februari 2012 8:44 PTG

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Bos Kacak kini kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SAYAP KECIL Tema pengajaran tidak dinyatakan penerangan munkin buat pihak tertentu. Pengucapannya bersimbolik tetapi bersahaja . Mesejnya bagai punya dua makna sama ada berbau politik atau sebaliknya. Mungkin isu semasa atau sinis pada pihak yang tertentu. Cuma andaian . Maaf ada persaingan hebat dengan sajak berbau politik kami kena pilih satu di antara 4 buah sajak lain diketengahkan. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda terhenti .(TBD)

Qalam Mutiara berkata...

5 Penyair Agung berkata...

TERAPUNG DI ATAS GELOMBANG (TBD)

Seseorang dianggap tak bersalah,
sampai dia dibuktikan bersalah
ini ungkapan terdengar disini
semakin semaklah sebuah kisah,
tapi beliau ketawa terbahak- bahak
kerana matahari dua kali
sudah tenggelam di langit barat,
Gelombang datang kala air pasang
beliau bangga terapung di atasnya
kerana banyak orang yang tenggelam
tak mampu timbul lagi sepertinya
Bagaimana membuktikan ia bersalah,
kalau kulitnya tidak dapat dijamah
Apatah lagi menyentuh dari jauh,
Atau cuba memegang dari dekat,
dia akan tetap terlepas jua

Oleh Penyair Agung
sajak buat sipolan sesumpah4 Februari 2012 8:45 PTG

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Ustaz Penyair Agung kini kembali lagi masuk kepusingan akhir kali kedua mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TERAPONG DI ATAS GELOMBANG Tema sinis tajam pada pihak tertentu. Pengucapannya bersahaja ttapi terlalu terang dan nyata .Mesejnya peringatan buat rakyat yang akan menghadapi PRU13 ini Bila anda minum air dari telaga, ingatlah orang yang mengalinya. Jangan terpengaruh dengan orang yang bercakap tidak serupa bikin yang pandai bertukar warna bermain sandiwara. . Maaf ada persaingan hebat sajak berbau politik Kami terpaksa memilih satu di antara 4 buah diketengahkan. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda terhenti.(TBD)

Qalam Mutiara berkata...

6 Doktor Hasmawi berkata...

SEJEMPUT KATA (TBD)

sejemput kata kutitip rindu
walau pilu tak lagi memburai
resah tak lagi menyesakkan dada .
adakah nanah dalam hidupku kini?
masih adakah dian dalam redupku?
masih adakah gelora dalam hatiku?
Hidup takkan bermakna tanpa drama
puisi tanpa kata kata
atau bilangan tanpa angka
bahkan panorama tanpa warna
tak usah diratapi karena
tidak ada sesuatupun
pasti terangkan redupku,

Oleh Doktor Hasmawi
sajak keresahan yg membelanggu4 Februari 2012 8:46 PTG

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Doktor Hasmawi kini kembali lagi masuk kepusingan akhir uat kali pertama penyertaannya cuba mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SEJEMPUT KATA Tema semacam keresahan yang membelenggu hati nampaknya Pengucapannya bersahaja tetapi kurang daya kreatif dan puitisnya. Mesejnya masih sajak bersiri kisah peribadi yang diserang penyakit keresahan untuk mendirikan alam berumah tangga. Sebaiknya setelah berikhtiar dan berdoa pasrah saja kepadaNya. kerana kita cuma merancang hanya Allah yang menentukannya Amin! Maaf kerana ada persaingan hebat. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda terpaksa terhenti. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

7 Inspektor Halim berkata...

AKU BAGAIKAN SEHELAI DAUN KERING (LSS)- Terpinggir

Aku bagai sehelai dedaun kering
yang jatuh lalu terperangkap di muka pintu
bila aku ingin menulis meluahkan buah fikiran
lalu sebaris tulisanku itu luruh satu-satu
terasa dibuang atau dibakul sampahkan
begitu pilu hati kurang menyenangkan
walapun aku disini terasa kerdil dipenil
bagaikan se helai dedaun kering tidak bernilai
Jikakalau ditakdirkan situasi kini berubah
mungkin Tulsan dan bicaraku tidak keharuan lagi
semoga akan memberi pengajaran berpanjangan.

Oleh Inspektor Halim
sajak keadaan di tempat kerja saya kerana kebanyakan disini dikuasai penyokong sebelah sana4 Februari 2012 8:54 PTG

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Tuan Inspektor Halim kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:AKU BAGAIKAN SEHELAI DEDAUN KERING. Tema kisah benar nya bagaikan terpinggir dan padangannya bagai diperkecilkan Ini situasi yang hendak diperbetulkan atau dilakukannya selama ini. Semoga PRU13 mendapat kemenangan .Amin ..Layak diberi peluang untuk tempat yang ke …..dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

8 Abul Hassan berkata...

GELAP PANDANGAN (LSS) -Keinsafan

Apakah di ketika suatu hari nanti
pemandanganku menjadi gelap gelita
adakah hatiku akan berkata-kata
dan apakah otakku akan tertanya-tanya
apa yang terjadi pada jiwaku ini?
melayang ke langit terawang-awangan
mungkin dapatkah aku ke sini lagi
atau hingga tiba hari perbicaraan
baru ku sedar ketika penguasa
menyingkap hasil usaha dan amalan
kiniku hanya bertawakal kepada Ilahi
agar disana nanti aku ditempatkan
bersama orang-orang solehin yang dikasihi.

Oleh Abul Hassan
sajak dari abang sy semasa dia strok dia bacakan sy tulis apa yg dikatakan melalui sajak ni

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Abul Hassan kembali lagi masuk pusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: GELAP PANDANGANKU.Tema bersiri kisah benar nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima. Maksudnya Penulis ingin mengkhabarkan pada alam dan penghuninya bagaimana penyeksaan yang ditanggung di atas kesilapan yang telah dilakukannya selama ini. Semoga cepat sembuh .Amin ..Layak diberi peluang untuk tempat yang ke …..dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).

Tinta Azimad berkata...

8 ORANG KE PERINGKAT AKHIR SAYEMBARA PUISI JNUARI 2012. JUMLAH SAJAK KESEMUA 267 BUAH.

1 Bos Kacak-P
2 Doktor Hasmawi
3 Jalal Rafzee@
4 Mat Noh@
5 Inspektor Halim@
6 Abul Hassan@
7 Penyair Agung
8 Ustaz Mahfuz

Yang brtanda @ pemenang.Tempat 1 hingga 4 melalui undian drp semua juara Sayembara puisi yang lalu.

Tinta Azimad berkata...

Harap maaf sajak yang layak kami bebas memperbetulkan ungapannya agar lebih kreatif dan puitis. Agar lebih menghidupkan cerita dan maksudnya.


Harap Maklum drp bagi pihak
pengulas bebas menangkap maksud Qalam Mutiara.