Rabu, 8 Februari 2012

AKU BAGAIKAN SEHELAI DEDAUN KERING (LSS)





 
 Pemenang sajak terutama Cr.

Aku bagai sehelai dedaun kering
yang jatuh lalu terperangkap di muka pintu
bila aku ingin menulis meluahkan buah fikiran
lalu sebaris tulisanku itu luruh satu-satu
terasa dibuang atau dibakul sampahkan
begitu pilu hati kurang menyenangkan
walapun aku disini terasa kerdil dan terpencil
ternyata bagaikan se helai dedaun kering tidak bernilai
Jikalau  ditakdirkan situasi kini berubah
mungkin Tulisan dan bicaraku tidak keharuan lagi
semoga akan memberi pengajaran berpanjangan.

 
Oleh Inspektor Halim
sajak keadaan di tempat kerja saya kerana kebanyakan disini dikuasai 
penyokong sebelah sana  4 Februari 2012 8:54 PTG





30 ulasan:

Tinta Azimad. berkata...

SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Tuan Inspektor Halim kembali lagi masuk kepusingan akhir mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:AKU BAGAIKAN SEHELAI DEDAUN KERING. Tema kisah benar nya bagaikan terpinggir dan padangannya bagai diperkecilkan Ini situasi yang hendak diperbetulkan atau dilakukannya selama ini. Semoga PRU13 mendapat kemenangan .Amin ..Layak diberi peluang untuk tempat yang ke pertama dalam sayembara Januari 2012 ini. (LSS).

Tinta Azimad berkata...

CERPEN UNTUK SAHABAT DAN TETAMU CITRA RASA TERSIAR MAJALAH WARTA JOHOR 1981 BERTAJUK P U L A N G ! Oleh: Nurimanja.Pk

siri 2

Setelah tiba jalan masuk ke kampung Ustaz Nur hatinya bertambah sayu, bila dilihatnya pohon kelapa dara kini kian tinggi, banyak berubah. Setiba di halaman rumah kampung Tanjung Nipis. Rumah Ustaz Nur sudah penuh keluarga sudah lama menanti. Sepanjang malam itu Ustaz Nur berbual mesra dengan kaum keluarga.

Sesekali kedengaran bunyi ketawa, dan sesekali kedengaran pula bunyi tangisan kanak-kanak kecil silih berganti.Tidak tidur Ustaz Nur malam itu kerana melayani pertanyaan kaum keluarganya malam itu.

“Bagaimana dengan orang Melanau yang Pak Nur cerita dalam surat itu? Samakah mereka dengan kita di sini? Mereka pandai mengaji Quran?Bagaimana Pak Nur mula sampai dulu? Pak Nur tak takut?”

Begitulah tanya Saliza anak abang ngah yang baru menduduki darjah lima.Sementara Sabri, Azam, Nani dan Titah berceratuk mengelilingi Ustaz Nur. Maklum sekian lama mereka tidak pernah bersua.

“Mereka ada dua golongan yang satu Islam melayu melanau,,satu lagi itu bidayuh mereka tinggal kawasan bukit ada Kristian, mereka sama seperti kita, Cuma adatnya berlainan sadikit,ada juga yang pandai baca al quran dengan berlagu lagi,. Mula-mula sampai Pak Cik Nur rasa semacam kena buang pulau. Takut dan bimbang itu memang ada juga,tapi Pak Cik Nur banyak ingatkan Allah.”

“Mereka pandai cakap bahasa Malaysia?” Tanya pula Sabri,
“Pandai juga, tetapi bila pulang ke rumah, ,mereka guna bahasa mereka sendiri,” Jawab Pak Ustaz Nur rengkas.

“Pak Cik nur faham?” Tanya Nani pula, menyampok..
“Mula-mula dulu, kena buat kamus sendiri, sekarang tidak perlu lagi, malah Pak Cik Nur sendiri pun cakap Melanau, ada seorang kawan Pak Cik Nur dia dari negeri Pahang,ustaz Isa Rashib, pas sekali cakap Melanau, tidak sampai setahun terus kawin dengan cikgu Dayang orang Melanau kampung Rajang.” Terang Pak Cik Nur, sambil ketawa.dalam hati Ustaz Nur berkata ,jodoh dia.

bersambung esok siri 3.

Datuk Hasbi berkata...

KUM A

1 Jalal Rafzee
2 Mozaire
3 Ustaz rahman
4 Hadi Hamzah
5 Abang
6 Guru yahya
7 Usop Nayan
8 Jeffry


KUM B

1 Zainal Arifin
2 Saizul Maizav
3 Ustaz Zulkarnain
4 Salam
5 jengking Perak
6 penyair agung
7 Nuri Jaguh
8 Nahul Hidzar

KUM C

1 En Sanusi
2 Jalil Janggut
3 Karim Ghani
4 Atan Yahoo
5 Ustaz Muda
6 Kembara Budiman
7 Pedang Kesatria
8 Raja Muda

KUM D

1 Hadi hamzah
2 Pak Kassim
3 Harimau Berantai
4 Syed Faizal
5 Jupri Helmi
6 hambali maliki
7 Roy Rashid
8 Muhamad Rabbi

setakat ni byk ni saja penyertaan peserta yg hntr emel kepada saya..

Sohibul Wakdiamin berkata...

PENCIPTA

daun berguguran mendengar langkahku
angin berhembus
mendengar detak jantung ku
katakan padaNyaku merindu kasihNya
melebihi apa pun di alam ni
sama dengan aku merindukan
terik mentari dan purnama kelam
tapi aku lebih
mencintai pada pencipta

Sohibul Wakdiamin
sajak ketuhanan

Mozaire berkata...

PUISI LUAHAN HATI

puisi dikaluti perasaan ini
bersimpul dihujung dakwat ini
diminda dan dikanta mata penyair
tersimpan alumi khazanah puisi
dengan lidah dan mata pena ini
tersurat luahan hati

Mozaire
sajak dari pak saudara

Hadi Hamzah berkata...

SATU DETIk

satu detik itu tak sama
berlalu umpama bayu
sebelumnya dingin saljubeku
berundur bererti kalah
melangkah bererti pasrah
detik itu bagai riak air di kolam
di lontar berkocak berombak...
walau di derai manakan sama
dengan satu detik itu

Hadi Hamzah
sajak simbolik

Ustaz Sahzan berkata...

BERLAYARLAH

Berlayarlah hingga batas
mana cinta pernah diidamkan
Jika patah layarmu karena ombak
Ambil lenganmu sebagai pengganti
Di lautan mana ikan tak lagi menari
di celah ganggang dan rumput laut
Ketika musim karang batu kapur
Cincin yang melingkar di jari
Bagai mutiara kala itu
selami selagi rindu menderu

Ustaz Sahzan
sajak beri semangat

Jalal rafzee berkata...

KUM 1
1 Sohibul Wakdiamin
2 Mozaire
3 Ustaz Sahzan
4 Hadi Hamzah

KUM 2
1 Abang
2 Guru yahya
3 Usop Nayan
4 Jeffry

KUM 3
1 Zainal Arifin
2 Saizul Maizav
3 Ustaz Zulkarnain
4 Salam

KUM 4
1 jengking Perak
2 Guest
3 Nuri Jaguh
4 Nahul Hidzar

KUM 5
1 En Sanusi
2 Jalil Janggut
3 Karim Ghani
4 Atan Yahoo

KUM 6
1 Ustaz Muda
2 Kembara Budiman
3 Pedang Kesatria
4 Raja Muda

KUM 7
1 Dam Catur
2 Pak Kassim
3 Harimau Berantai
4 Syed Faizal

KUM 8
1 Jupri Helmi
2 hambali maliki
3 Roy Rashid
4 Muhamad Rabbi

KUM 9
1 Vijay kumar
2 Sulaiman Embong
3 yusri nawab
4 saudagar emas

KUM 10
1 Malik Wariya
2 Zain Issac
3 Prof Lanang
4 ustaz Nasarudin

KUM 11
1 Pendekar Waja
2 panglima sakti
3 Suara Rakyat
4 nabil quldi

KUM 12
1 panglima ketot
2 simsalabin
3 ziarah makrifat
4 pak awang

KUM 13
1 Ustaz Saad
2 Satria Juragan
3 pak Ngah But
4 Lelangit Biru

KUM 14
1 Pak Hussin
2 pagok lana
3 sang arjuna
4 Ambuyak

KUM 15
1 Hamba Allah
2 Capricorn
3 Tinta Bayu
4 Husni Kola

KUM 16
1 Brader Joe
2 Mat Toopa
3 Rembulan Senja
4 Ismail Harakam

Senarai baru sy terima dari datuk hasbi sendiri... dh cukup koata bagi yg nak masuk nk daftar nama? x boleh nak masuk jugak nama anda di bawak ke bulan depan..

kali ni tiada peryertaan peserta wanita yang ada pun sorg dua jd sy tolak kali ni biar laki semua

Jalal Rafzee berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Jalal rafzee berkata...

mcm di janjikan sy lepas sajak sehari 4 org saja... terpulang kpd encik qalam nk pilih 2 pemenang atau sorg?

kalau sorg pemenang sekejab je dh hbis kalau 2 pemenang lama la sikit...

lps ni mmg sy xleh msuk la sampai bila2 sbb sy dh ke final 8org bulan 1 hari tu... alahai

Jalal Rafzee berkata...

untuk kumpulan 9 sy lupa nak tukar sbb vijay tarik diri jd tempat dia tuan haji abkam ambik... nnt en nuri tolong betolkan

Qalam Mutiara berkata...

1. Sohibul Wakdiamin berkata...

PENCIPTA (LSS)

Daun berguguran mendengar langkahku
angin berhembus detak jantung ku
katakan padaNya aku merindui kasihNya
melebihi apa pun di alam ni
sama dengan aku merindukan
terik mentari dan purnama kelam
tapi aku lebih mencintai pada pencipta

Oleh: Sohibul Wakdiamin
sajak ketuhanan/11 Februari 2012 1:00 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD
Sdra. Sohibul Wakdiamin kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:PENCIPTA. Tema ketuhanan Pengucapannya boleh diterima Maksudnya sebaik manusia mencintai penciptaNya dari segala kebendaan di dunia ini. .Amin .Layak diberi peluang untuk sayembaraseterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

2 Mozaire berkata...

PUISI LUAHAN HATI

Puisi disaluti perasaan ini
bersimpul dihujung dakwat ini
diminda dan dikanta mata penyair
tersimpan alumi khazanah puisi
dengan lidah dan mata pena ini
tersurat apa yang tersirat diluahan hati

Oleh: Mozaire
sajak dari pak saudara/11 Februari 2012 1:01 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD
Sdra. Mozaire kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:PUISI LUAHAN HATI . Tema penciptaan puisi Pengucapannya boleh diterima Maksudnya bagaimana kedatang ilham kepada manusia untuk menulis. .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

3. Hadi Hamzah berkata...

SATU DETIK (TBD)

satu detik itu tak sama
berlalu umpama bayu
sebelumnya dingin saljubeku
berundur bererti kalah
melangkah bererti pasrah
detik itu bagai riak air di kolam
di lontar berkocak berombak...
walau di derai manakan sama
dengan satu detik itu

Oleh: Hadi Hamzah
sajak simbolik/11 Februari 2012 1:08 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. SohHadi Hamzah kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SATU DETIK Tema simbolik katanya Pengucapannya terasa semacm melompat2 ceritanya Maksudnya agak sadikit mengelirukan .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

3. Hadi Hamzah berkata...

SATU DETIK (TBD)

satu detik itu tak sama
berlalu umpama bayu
sebelumnya dingin saljubeku
berundur bererti kalah
melangkah bererti pasrah
detik itu bagai riak air di kolam
di lontar berkocak berombak...
walau di derai manakan sama
dengan satu detik itu

Oleh: Hadi Hamzah
sajak simbolik/11 Februari 2012 1:08 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. SohHadi Hamzah kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SATU DETIK Tema simbolik katanya Pengucapannya terasa semacm melompat2 ceritanya Maksudnya agak sadikit mengelirukan .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

4. Ustaz Sahzan berkata...

BERLAYARLAH (TBD)

Berlayarlah hingga kebatas
mana cinta pernah diidamkan
Jika patah layarmu karena ombak
Ambil lenganmu sebagai pengganti
Di lautan mana ikan tak lagi menari
di celah ganggang dan rumput laut
Ketika musim karang batu kapur
Cincin yang melingkar di jari
Bagai mutiara kala itu
selami selagi rindu menderu

Oleh: Ustaz Sahzan
sajak beri semangat/11 Februari 2012 1:10 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ustaz Sahzan kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BERLAYARLAH Tema beri semangat. Pengucapannya terasa semacam melompat2 ceritanya Maksudnya juga sadikit mengelirukan .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

Abang berkata...

MENCARI

pagi itu ku terlihat dari jauh
berkaca-kaca tampak rautnya
harap tak terbendung dimuka
dibolak-baliknya setiap halaman
mencari diantara urutan nama
setiap abjad huruf dan angka,
tak ada yang terlewat
lalu digerakkan pena ditangannya
tapi itu tidak membuatnya
berhenti mencari malah
semakin bersemangat lagi ia mencari

Abang
sajak cerita tentang apa yg sy dilihat disini ragam manusia

Usop Nayan berkata...

MENGELUH

mereka mengeluh kepada persoalan
aku pun demikian perihnya hati
tapi bukan dengan cara diam
bersembunyi diantara kawan
majulah beriringan biar
engkau tahu apa itu perjuangan
tak ada kata yang bisa di dengar
aku bukan mempengaruhi
hanya ingin memperlihatkan
apa itu hak ingin dipertontonkan bagaimana aku bisa menuntut
kalau aku harus mencari sendiri
tak ada rasa satu sama lain


Usop Nayan
sajak dari rakan di kampung yang lebih tua dari sy

Guru Yahya berkata...

BUTA WAKTU

benarkah ia tak peduli
Pada kesunyian dan terasing
Mungkin tak ada yang harus dijawab
Karena hati bukan batu terpahat
Karena jika sesuatu menjadi lapuk
Seiring hujan badai di sana
mungkin satu hari ia
menjadi buta seiring waktu dunia

Guru Yahya
sajak sinis

Jeffry berkata...

SAAT DINGIN

Saat dingin malam mul
menyelimuti tidur malamku,
aku tidak gagal untuk kembali
saat aku membawa masa lalu,
bagai angin yang lembut
dengan bisikan angan
memeluk aku erat hatiku\

Jeffry
sajak fantasi

Tinta Azimad berkata...

5. Abang berkata...

MENCARI (TBD)

pagi itu ku terlihat dari jauh
berkaca-kaca tampak rautnya
harap tak terbendung dimuka
dibolak-baliknya setiap halaman
mencari diantara urutan nama
setiap abjad huruf dan angka,
tak ada yang terlewat
lalu digerakkan pena ditangannya
tapi itu tidak membuatnya
berhenti mencari malah
semakin bersemangat lagi ia mencari

Oleh: Abang
sajak cerita tentang apa yg sy terlihat disini ragam manusia/11 Februari 2012 4:22 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Abang kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENCARI Tema ragam pelajar. Pengucapannya mengelirukan cerita Maksudnya juga sadikit kurang berkeyakinan . Apa pun mungkin tugas pelajar andaian saja. . .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

Tinta Azimad berkata...

6.Usop Nayan berkata...

MENGELUH (LSS)

Mereka mengeluh kepada persoalan
aku pun demikian perihnya rasa di hati
tapi bukan dengan cara berdiam
atau bersembunyi diantara kawan
bangun dan majulah beriringan
biar engkau tahu apa itu perjuangan
tak ada kata yang bisa di dengar
aku bukan ingin mempengaruhi
hanya mahu memperlihatkan
apa itu hak ingin dipertontonkan
bagaimana aku bisa menuntut
kalau aku harus mencari sendiri
dimana ada rasa hak satu sama lain


Oleh: Usop Nayan
sajak dari rakan di kampung yang lebih tua dari sy/11 Februari 2012 4:29 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Usop Nayan lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENGELUH. Tema keluhan rasa nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya. Semacam ituasi yang kurang menyenangkan bila kampong dilanda dua fahaman politik dengan kecelaruan minda yang kurang matang. .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Tinta Azimad berkata...

7. Guru Yahya berkata...

BUTA WAKTU (LSS)

Benarkah ia tak peduli
Pada kesunyian dan terasing
Mungkin tak ada yang harus dijawab
Karena hati bukan batu terpahat
Karena jika sesuatu menjadi lapuk
Seiring hujan dan badai di sana
mungkin satu hari ia menjadi buta
seiring dengan putaran waktu dunia

Oleh: Guru Yahya
sajak sinis/11 Februari 2012 4:31 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Guru Yahya kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BUTAWAKTU .Tema sinis nampaknya. Pengucapannya agak kabur tapi boleh diterima Maksud sinisnya seakan sama dengan buta sejarah bila ada kepentingan sesuatu.sanggup melupakan segala. . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Tinta Azimad berkata...

8. Jeffry berkata...

SAAT DINGIN (TBD)

Saat dingin malam mu
menyelimuti tidur malamku,
aku tidak gagal untuk kembali
saat aku membawa masa lalu,
bagai angin yang lembut
dengan bisikan angan
memeluk aku erat hatiku.

Oleh: Jeffry
sajak fantasi/11 Februari 2012 4:34 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN CITRANURI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Jeffry kembali lagi masuk kepusingan kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SAAT DINGIN Tema berfantasi nampaknya . Pengucapannya terlalu biasa, kisah hati dibuai fantasi. Maksudnya juga sadikit mengelirukan .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti di ini (TBD)

Zainal Arifin berkata...

wah! semua keliling ustaz nur plak

Emily Osman berkata...

mmg friendly ustaz nur ni

Kembara Budiman berkata...

ustaz nur ni x kwin ke

Saizul Maizav berkata...

eh! mcm pnh baca je cerpen ni

Tinta Azimad berkata...

Cerpen PULANG ini sebahagian sambungan daripada siri kedua daripada cerpen yang pernah tersiar
terdahulu HATI ORANG KAMPUNG

Tinta Azimad berkata...

Tetapi dalam crpen Pulang ada diselitkan cerita dia atas cerita. sedutan Pak Tuan Dolah, seorang boleh dikatakan wali keramat juga.