Ahad, 19 Februari 2012

KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA



 
cuma renungan


Terasa bagaikan patah ke imanan di hati
apabila melihat kemungkaran berluasa seorang tokoh yang amat berkewibawaan
bisa saja  melanggar apa yang dilarang tuhan dimana kini rakyat jelata bisa saja  menilai
akan sebuah keperibadian yang tiada lagi leluhur

Aku pun rasa bagai terjebak dan bersubahat
dengan ungapan kata yang memutar belitkan kini keyakinan  hati dan akal yang waras luntur
dengan sikap keangkuhan dan kesumbungan kerana lalai masih enak duduk di kerusi lembut
bila rakyat tidak mengundi engkau nilailah sendiri.

Perpecahan bangsa kita kerana tolak perpaduan
yang nyata di ajar Islam  nabi junjungan akhir zaman kini kita mendewakan Al Quran  hadis dan nasnya
semuanya ada muslihat kepentingan peribadi  semata elok hentikanlah segara  watak lakonan sandiwara
yang ternyata jijik dan meloyakan genarasi  anak muda.

 
 Oleh: Nurimanja,
catatan bila rasa perlu ditegur berkata benar walaupun pahit bagai jadam.
tanggal 4hb, Jun, 20011. pagi hari sabtu kena selsema





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN:

Sajak en nuri kali ini bertajuk KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA . Ternyata ungapan rengkas dan adasadikit sinis yang penuh maana, mungkin buat mereka yang mengerti dan faham situasi politik tanah air lewat kebelakangan ini , amat mencurigakan. orang yang kita hormat dan sanjung bisa melakukan perkara yang luar biasa. lebih menyedihkan lunturnya leluhur yang amat di harapkan oleh rakyat yang telah mengangkat menjadi yang berhormat. (YB) Bila berada di kerusi lembut, iman yang tebal pun boleh susut dan hanyut

Oleh: Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN KOMIDI LAGENDA BLOG CITRA RASA BETAJUK: CINTA TUKANG SAPU OLEH :NURIMANJA.

11.

Di malam hari mamat mengharap biar daun -daun kering banyak yang gugur ke bumi, semoga akan lamalah dia menyapu di halaman rumah tuannya nanti, dan akan mencuri pandang bila Suminah lalu di hadapan rumah tuannya nanti.

Awal pagi Mamat sudah menanti dengan sebatang penyapu dan bakul sampah di tepi pagar berhampiran dengan jalan utama taman perumahan warga mewah itu, Penyakit rindunya bukan kepalang kepada Suminah yang berkerja sebagai tukang masak di rumah jirah sebelah “Suminah kau belum lalu?” Betak hati Mamat penuh terharu.

Mamat terus menyapu dalam kepura-puraannya ,ukan sahaja daun kering yang disapunya malah tahi kucing kering pun dicampurnya sekali. Kerana fikirannya yang tidak menentu. Sesekali Mamat nampak wajah Suminah senyum mengulum kepadanya: mungkin Suminah agak jongang sadikit, tetapi tetap manis dan manja. Bisik hati mamat.

Mamat cuba mencari secebis kertas di longgokkan sampah, Mamat cuba cari sepotong arang di tempat pembakaran sampah. Mamat terasa ingin menuliskan sesuatu. Tetapi untuk melakukannya Mamat tidak tahu.

Mamat Nampak lambang CINTA di awan biru, untuk melukis Mamat tidak tahu. Tetapi dalam hati Mamat terasa bagai hendak memekek , biar seluruh alam ini tahu, bahawa aku Mamat anak kepada Ludin ingin mengatakan “Suminah! Aku cinta kamu?”


BRSAMBUNG ESOK.

Malik Wariya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Malik Wariya berkata...

TERBANG

Andai aku bisa terbang
melengkari tiap langkah dan arah
Seandainya aku bayu
pastinya dapat ku cium
pada setiap senja beralun
malam pastinya datang mengunjungi
kerdipan bintang dan sinar bulan


Malik Wariya
sajak fantasi

Ustaz Nasarudin berkata...

BUKAN MUDAH

Bukan mudah untuk bersaudara,
paling bukan mudah untuk kekalkan,
apatah lagi untuk teruskan
Tapi semuanya kerana keramat
buat diri terasa selamat
Dalam menongkah arus
perjuangan tanpa sempadan
Aku kerap berasa bimbang,
bawa sinar harapan terus bertahan

Ustaz Nasarudin
sajak simbolik

Zain Issac berkata...

HARI DEMI HARI

Hari demi hari
langkahdisusun di sisi
Dengan harapan dapat di isi,
apakah perlu dipenuhi agak
tiada mati biarkan diri diredhai
diri yang selalu sepi,
tiada usaha mahu mengisi,
Bukalah mata dari nyenyak mimpi
Yang mengalir terasa jauhnya diri

Zain Issac
sajak sedih

Prof Lanang berkata...

LAYANGKAN

Salahkah aku bintang..
mengalah sebelum bermula
berserah sebelum berdoa
menjadi kaku bersuara tanpa kata
hasrat tanpa niat jatuh tanpa sedar
menjadi hempedu merayu memujuk
menjadi kelam jua tarikat terhenti
mimpi yang suram segala hambar...
padamu bintang ku layangkan

Prof Lanang
Sajak simbolik

Tanpa Nama berkata...

erheher

Tanpa Nama berkata...

erherherh

Tanpa Nama berkata...

htrhrthtrj

Salam berkata...

suminah ni sapa

Raja Muda berkata...

jiwa2 btol mamat ni

Anjang Aki berkata...

angau teruk mamat ni

Sharifah Al Habsi berkata...

kwin saja la klu dh kemaruk nk berbini mamat ni

Bos Kacak berkata...

kesian pendam dlm hati je mamat ni

Usop Nayan berkata...

kisah benar ke en nuri

Warga Emas berkata...

gila bayang btol mamat ni

Lagend aPulau berkata...

mamat ni ibarat mandi x basah tido x lena

Ali Cona berkata...

cerpen betol ke ni?

Saizul Maizav berkata...

cerita ni mmg wujud ke rekaan

Nahul Hidzar berkata...

teruk sgt dia punya suka kt suminah ni

Tok ahat berkata...

jgn dia culik sudah suminah ni nnt

jalal rafzee berkata...

aik! mamat ni xkn kwin atau dia duda

Orang Lama berkata...

umur dh 30an mamat ni msih x kwin2

Badrolshah berkata...

mamat ni perasan lebih la

Nur Atikah berkata...

aik! mamat ni umur berapa

Qalam Mutiara berkata...

37. Malik Wariya berkata...
TERBANG (TBD)

Andai aku bisa terbang
melengkari tiap langkah dan arah
Seandainya aku bayu
pastinya dapat ku cium
pada setiap senja beralun
malam pastinya datang mengunjungi
kerdipan bintang dan sinar bulan


Oleh: Malik Wariya
sajak fantasi/19 Februari 2012 11:20 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Malik Wariya masih setia dengan blog CR. Kini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TERBANG.Tema fantasi nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan menarik Maksudnya cuma sebuah fantasi yang luar biasa dapat dilaksanakan. Maaf kerana ada persainganyang lebih hebat ,cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

38. Ustaz Nasarudin berkata...

BUKAN MUDAH (LSS)

Bukan mudah untuk bersaudara,
paling bukan mudah untuk kekalkan,
apatah lagi untuk kita teruskan
Tapi semuanya kerana keramat
buat diri terasa selamat
Dalam menongkah arus
perjuangan tanpa sempadan
Aku kerap berasa bimbang,
bawa sinar harapan terus bertahan

Oleh: Ustaz Nasarudin
sajak simbolik/19 Februari 2012 11:21 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ustaz Nasarudin masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BUKAN MUDAH Tema dalam dilema nampaknya. Pengucapannya bersimbolik boleh diterima Maksudnya ada rasa kebimbangan dengan situasi gendarasi masa kini dengan kecelaruan minda yang parah. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

39.Zain Issac berkata...
HARI DEMI HARI (TBD)-P

Hari demi hari
langkahdisusun di sisi
Dengan harapan dapat di isi,
apakah perlu dipenuhi agak
tiada mati biarkan diri diredhai
diri yang selalu sepi,
tiada usaha mahu mengisi,
Bukalah mata dari nyenyak mimpi
Yang mengalir terasa jauhnya diri

Oleh: Zain Issac
sajak sedih/19 Februari 2012 11:23 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Zain Issac masih setia dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HARI DEMI HARI. Tema sedih nampaknya. Pengucapannya biasa dan sadikit mengelirukan Maksudnya semacam mencari sesuatu yang ingin diisi dalam hati yang begitu tenat dim amah sepi (sajak lama agaknya). Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

40. Prof Lanang berkata...

LAYANGKAN (LSS)

Salahkah aku bintang..
mengalah sebelum bermula
berserah sebelum berdoa
menjadi kaku bersuara tanpa kata
hasrat tanpa niat jatuh tanpa sedar
menjadi hempedu merayu memujuk
menjadi kelam jua tarikat terhenti
mimpi yang suram segala hambar...
padamu bintang ku layangkan

Oleh: Prof Lanang
Sajak simbolik/19 Februari 2012 11:26 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Prof Lanang masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: LAYANGKAN .Tema simbolik katanya. Pengucapannya berbau sinis bersahaja Maksudnya semacam dicengkam keharuan, namun hidup kita punya kebebasan hak sendiri untuk memilih . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)