Rabu, 22 Februari 2012

MANA MUNGKIN?




Simpati buat kawan.

Ramai aku lihat
rakyat kita ternyata tenat
bagaimana mungkin boleh hidup jika saban hari menanggung beban
biasakah kita bernafas dalam lumpur

Ada yang kaya
senang bertambah kayaraya
yang miskin pula kian papa kedana jika kos keperluan  semuanya naik.
sedangkan pendapatan berkurangan

Mana mungkin
Hidup akan selesa dan bahgia
jika segalanya tidak terdaya mendapatnya belanja bulanan  sudah lari  jadi harian pula
untuk simpanan tahunan sudah jadi bulanan nampaknya.


Oleh:Nurimanja,
Keluhan yang terpaksa ditanggung.buat kawan,
 pohon cuti dan berhenti nampaknya.
Tanpa Tarikh .2011-2012





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN:

Sajak En Nuri kali ini , cuba membicarakan keluhan hidup masyarakat lewat kebelakangan ini, bila keadaan semasa menghimpit dan menckek ruang nafas kehidupan seharian kita. Adakah yang kaya bertambah kaya yang miskin kian papa kedana? Terutamanya bila pendapatan menjadi berkurangan dari pembelanjaan seharian, semuanya telah bertukar tahun menjadi bulan dan seterusya.mana mungkin boleh menyimpan lagi.

Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN KOMIDI LAGENDA BLOG CITRA RASA BETAJUK: CINTA TUKANG SAPU OLEH :NURIMANJA.

1V

Setelah hamper seminggu Mamat termanggu dilanda kerinduan yang amat sangat kepada Suminah, siang jadi impian, malam jadi igauwan, Mamat benar-benar mengharap kasih Suminah yang belum lagi berbalas.

Mamat melihat saekor rama-rama jantan berwarna hitam berkilat , garang lagaknya. Lalu hinggap di atas sekuntum bunga ros merah. Mamat mengalamun seketika; dalam hatinya berkata,

“Alangkah baiknya jika aku menjadi rerama dan Suminah menjadi bnga ros merah itu, Aku akan setia menjaganya agar kau tidak akan layu. Dan segar mungar sepanjang masa.” bisik hati Mamat

Lamunan Mamat terhenti apabila dengungan saekor nyamuk dating lalu hinggap mengigiti pipinya. Mamat mengaru - garu pipinya. Leher Mamat panjang menjengah ke luar pagar. Kalau ada Suminah lalu, namun Mamat menjadi hampa bila wajah Suminah yang dirinduinya itu masih juga tiada.

Mamat berdiri ditepi kolam ikan yang airnya jernih. Dua ekor ikan lampam jawa sedang bercumbu-cembuan mesra.; Mamat pun berkhayalan lagi. “Ahh! Alangkah baiknya jika ikan-ikan Itu aku dan Suminah.”. Sesekali Mamat trasa ingin menglkhabarkan kepada rama-rama dan bunga, serta ikan-ikan di kolam itu tentang kisah cintanya pada Suminah.

BRSAMBUNG ESOK. (V)

Qalam Mutiara berkata...

45. Simsalabin berkata...

CINTANY (LSS)

Semalam berlalu terus ku tinggalkan
berdiri tanpa sedar ada titisan
tidak dapat tertahan lagi di hati
mengenang diri yang menyimpan dosa
bolehkah kiranya aku di ampunkan?
Suatu hari hati akan dijentik rasa
bukan cinta biasa tapi cinta kepadaNya

Oleh: Simsalabin
sajak ketuhanan/22 Februari 2012 11:38 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Simsalabin masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: CINTANYA. Tema ketuhanan katanya. Pengucapannya bersahaja dan pasrah. Maksudnya semacam dicengkam kerisauan , namun hati penuh parah kepada Allah swt agar memberi pertunjuk jalan yang lurus. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

46. Pak Awang berkata...

JIHAD (LSS)

Aku terkesima tersayat dikalbu
hariku mendung tak bermaksud celaru
tetapi entah mengapa barangkali
aku belum bersedia belum berani
memasuki bulatan itu walau pun
haruskah aku berjihad dijalan itu

Oleh: Pak Awang
sajak kemushkilan/22 Februari 2012 11:41 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Pak Awang masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: JIHAD .Temanya kemushkilan di hati. Pengucapannya bersahaja dalam permasalah. .Maksudnya terasa mengilirukan hati dalam meneruskan perjuangan.sama lurus atau tersesat perjalanan. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

47. Ziarah Makrifat berkata...

SESUATU YANG HILANG (TBD)

Entah kenapa terasa begitu
sukar mencari sesuatu yang hilang
ke mana menghilang pergi?
aku tahu harus mendapatkannya
tetapi sudahku paksa diri ini..
mencari dan terus mencari..
sudah ku usahakan agar ia kembali..
hadir dalam diriku harus berpura
seolah-olah aku mendapatnya semula
kenapakah ianya begitu sukar??

Oleh: Ziarah Makrifat
sajak simbolik/22 Februari 2012 11:43 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ziarah Makrifat masih setia dengan blog Cr. Kali ini sajaknya yang bertajuk: SESUATU YANG HILANG Temanya simbolik, tetapi semacm mencari sesuatu. Pengucapannya agak berteka teki dan sadikit mengelirukan, Maksudnya juga terlalu sukar untuk tangkap atau dibuat andaikan. (melainkan iman saja yang sekejap ada sekejap kurang dan hilang) Maaf kerana ada lagi persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

48. Panglima Ketot berkata...

GAGAH BERDIRI (LBD)

Semalam aku bermimpi
Kepeningan mula bermain
saat bangkit dari lena
Menjelang petang aku kembali
menunggu azan berkumandang
kepeningan mulai pergi
tika aku sedang menjamah makanan
Hening malam mengigilkan sendi
namun aku cuba gagah berdiri
hingga tak berdaya lagi

Oleh: Panglima Ketot
sajak cerita ketika sakit sendi2

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Panglima ketot masih setia dengan blog Cr. Kali ini dengan sajaknya yang bertajuk: GAGAH BERDIRI Temanya ditimpa musibah. Pengucapannya biasa dan sadikit mengelirukan, Maksudnya semacam diserang demansakit tulang sendi (denggi ke?)., Maaf kerana ada lagi persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Ustaz Saad berkata...

BIMBINGAN

aku tidak bisa menoleh lagi..
harus terus melangkah
walaupun jalan kabur dan gelap..
semangat yang hilang
hadirlah kembali berikan kekuatan..
menghadapi hari mendatang..
sesungguhnya aku lemah..
tanpa bimbingan

Ustaz Saad
sajak pasrah

Satria Juragan berkata...

KAWAN SETERU

kini aku tersenyum sinis
bila aku dikhianati
pedihnya bak tusukan belati
pernahku bertanya pada awan
mengapa aku jadi sandaran
takkan pernah terjangka aku
kawan sendiri menjadi seteru
Kini aku akan cuba berlalu
dari masa silam lepaskan masa lalu.

Satria Juragan
sajak buat rakan sy yang kini sudah putus kawan

Pak Ngah But berkata...

RODA MEMORI

Roda memoriku berputar lagi
bergolek melalui jalan-jalan lama
Lorong yang sarat dengan rasa
Liku-liku yang berkerikil
Serta susur simpang yang pernah menjemput bingung datang menyinggah
Aku terus menyusuri
Semakin lama semakin jauh ke dalam

Pak Ngah But
sajak simbolik

Porf Naquib berkata...

MENADAH LANGIT

Aku langut menadah langit
Memerhatikan warna kelam malam
Cerahnya mentari
Gebunya kepulan awan
Sinarnya alam tatkala mendung
redup alam yang sedapdipandang
Segalanya kelihatan sama
Terus melalui kenangan nan lalu

Porf Naquib
sajak tentang keindahan alam

Qalam Mutiara berkata...

49. Ustaz Saad berkata...

BIMBINGAN (LSS)

Aku tidak bisa menoleh lagi..
harus terus melangkah
walaupun jalan kabur dan gelap..
dimana semangat yang hilang
hadirlah kembali berikan kekuatan..
menghadapi hari mendatang..
sesungguhnya aku lemah dan pasrah..
jika tanpa bimbingan dan pertunjuk daripadaNya

Oleh: Ustaz Saad
sajak pasrah/22 Februari 2012 2:15 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Dra. Ustaz Saad masih di SKMG. Kenal ustaz Ya curut pekan baru PB. (dia sudah bersara bekas guru besar) Member lama tu. Apa pun sajak anda yang bertajuk: BIMBINGAN Temanya pasrah sahaja. Pengucapannya bersahaja dalam permasalah. .Maksudnya mengingatkan perjalanan dan perjuangan yang leluhur harus diteruskan, sebelum kita berserah kepadaNya Nampak semacam ada sadikit berbau politik juga . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

50. Satria Juragan berkata...

KAWAN SETERU

kini aku tersenyum sinis
bila aku dikhianatinya
pedihnya bak tusukan belati
pernahku bertanya pada awan
mengapa aku jadi sandaran
takkan pernah terjangka aku
kawan sendiri menjadi seteru
Kini aku akan cuba berlalu
dari masa silam lepaskan masa lalu.

Oleh: Satria Juragan
sajak buat rakan sy yang kini sudah putus kawan/22 Februari 2012 2:17 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Satria Juragan masih setia dengan blog Cr. Kali ini dengan sajaknya yang bertajuk: KAWAN SETERU Temanya putus kawan . Pengucapannya biasa dan sadikit mengelirukan, Maksudnya semacam ada kerisis berpanjangan, sebaiknya bermaafan sahaja. Maaf kerana ada lagi persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

51. Pak Ngah But berkata...

RODA MEMORI (LSS)

Roda memoriku berputar lagi
bergolek melalui jalan-jalan lama
Lorong yang sarat dengan rasa
Liku-liku yang berkerikil dan tajam
Serta susur jalur simpang pernang
menjemput kebingung datang menyinggah
Aku tetap terus melalui menyusuri galur
Semakin lama kian jauh ke dalam kepayahan.

Oleh: Pak Ngah But
sajak simbolik/22 Februari 2012 2:18 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. PAK Ngah But masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: RODA MEMORY. Tema simbolik katanya. Pengucapannya bersahaja dalam permasalah. Maksudnya dalam perjalanan. Hidup ini memori lama sering bermain dan berputar dalam ingatan kita seharian. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

52.Porf Naquib berkata...

MENADAH LANGIT (TBD)

Aku langut menadah langit
Memerhatikan warna kelam malam
Cerahnya mentari
Gebunya kepulan awan
Sinarnya alam tatkala mendung
redup alam yang sedap dipandang
Segalanya kelihatan sama
Terus melalui kenangan nan lalu

Oleh: Porf Naquib
sajak tentang keindahan alam/ 22 Februari 2012 2:20 PTG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Porf Naguib masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENADAH LANGIT Temanyakeindahan alam katanya. Pengucapannya bersahaja cuma perlu sadikit kekuatan lebih menyakinka. Maksudnya ingin mengekalkan dan memuji keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Sebaiknya manusia bersyukurlah. Maaf kerana ada lagi persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Pak Hussin berkata...

CAIRAN HATI

Pasir sayu saat kemarau mengomol
aku dahaga kasih sayang
bencikah pada diriku?
hingga diriku diselubungi kehausan
mengharap titis kasih
bahagiakah aku dengan cairan hati
segarkan kembali diriku ini

Pak Hussin
sajak terkenang

Sang Arjuna berkata...

BIAR AKU SENDIRIAN

baru ku sedar hidup di dunia
hanyalah berseorangan
andai ada teman beribu,
jangan kata aku sombong
jika tiada khabar berita
jangan kata aku lupa daratan
jika tidak bersua muka
bila mana aku cuba
memuaskan hati semua orang
biarlah di akhir nanti
aku juga yang sendirian....
sebab itulah takdirnya...

Sang Arjuna
sajak simbolik

Pagok Lana berkata...

NALURI

entah mengapa hati dan akalku
sering tidak seiring
Langsung tidak pantas
membantu membuat pilihan
Akal atau hati? apa harusku ikuti?
Antara naluri dan fikiran?
Mana pula kebenaran?
Logik akalkah atau naluri hati kerap hadir tatkala kesunyian

Pagok Lana
sajak simbolik

Ambuyak berkata...

LOPAK

Cuba sentiasa mengingati
lopak serta lubang
menjadikan kakiku mangsa
Terpelecok kernanya
Serta menghitung titis
mutiara yang luruh
Dengan harapan lubang itu
tidak akan dilewati oleh sesiapa Cukuplah hanya sekali aku terjatuh
Aku tak mahu terjatuh lagi

Ambuyak
sajak simboik

Qalam Mutiara berkata...

53.Pak Hussin berkata...

CAIRAN HATI (LSS)

Pasir sayu saat kemarau mengomol
aku dahaga kasih sayang
bencikah pada diriku?
hingga diriku diselubungi kehausan
mengharap titis kasih
bahagiakah aku dengan cairan hati
segarkan kembali diriku ini

Oleh: Pak Hussin
sajak terkenang/23 Februari 2012 11:50 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Pak Hussin masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: CAIRAN HATI Tema terkenang katanya Pengucapannya bersahaja boleh diterima Maksudnya dalam perjalanan banyak kenangan crita suka duka yang kita lalui.sesekali rasa cair dan luluh hati ini. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

54. Sang Arjuna berkata...

BIAR AKU SENDIRIAN (LSS)

baru ku sedar hidup di dunia
hanyalah berseorangan
andai ada teman beribu,
jangan kata aku sombong
jika tiada khabar berita
jangan kata aku lupa daratan
jika tidak bersua muka
bila mana aku cuba
memuaskan hati semua orang
biarlah di akhir nanti
aku juga yang sendirian....
sebab itulah takdirnya...

Oleh: Sang Arjuna
sajak simbolik/23 Februari 2012 11:53 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Sang Arjuna masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BIAR AKU BERSENDIRIAN.Tema kesedaran bukan bersimbolik . Pengucapannya bersahajaboleh diterima.Maksudnya kita datang ke dunia hidup dan mati bersendirian pada hakikatnya Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

55.Pagok Lana berkata...

NALURI (TBD)

entah mengapa hati dan akalku
sering tidak seiring
Langsung tidak pantas
membantu membuat pilihan
Akal atau hati? apa harusku ikuti?
Antara naluri dan fikiran?
Mana pula kebenaran?
Logik akalkah atau naluri hati kerap hadir tatkala kesunyian

Oleh: Pagok Lana
sajak simbolik/23 Februari 2012 11:56 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD
Sdra. Pagok Lana masih setia dengan blog Cr. Kali ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: NALURI. Tema simbolik katanya. Pengucapannya biasa dan sadikit mengelirukan, Maksudnya semacam berbelah bagi dan diserang keraguan dalam hati nampaknya. Maaf kerana ada tiga sajak simbolik persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

56. Ambuyak berkata...

LOPAK(TBD)-P

Cuba sentiasa mengingati
lopak serta lubang
menjadikan kakiku mangsa
Terpelecok kernanya
Serta menghitung titis
mutiara yang luruh
Dengan harapan lubang itu
tidak akan dilewati oleh sesiapa
Cukuplah hanya sekali aku terjatuh
Aku tak mahu terjatuh lagi

Oleh: Ambuyak
sajak simboik/23 Februari 2012 11:58 PG

SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ambuyak masih setia dengan blog Cr. Kali ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:LOPAK Temanya sembolik katanya. Pengucapannya biasa danboleh diterima, Maksudnya nasihat buat mreka yang pernah yrkena perlu berhati-hati dalam hidup ini., Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

Zainal Arifin berkata...

suminah tu pergi mana

Tetamu Malam berkata...

dia x berani ke ckp dgn suminah tu?

Saudagar Emas berkata...

eh! suminah tu wujud ke x? xde pun dlm cerpen

Anis Syahila berkata...

kwin je la mamat tu

Sharifah berkata...

eh! mamat ni truk btol angau dia

Ambuyak berkata...

kwin je la mamat ni xkn dia sengkek sgt kot

Salam berkata...

mamat ni pencen ke atau berkeja

Lagenda Pulau berkata...

mamat xde keluarga ke