Ahad, 6 Februari 2011

INGATLAH HIDUP INI





Dalam hidup ini,
buatlah apa saja
yang kamu suka
tapi perlu ingat
tiap perbuatan kamu
ada pembalasanya.

sebenarnya kawan,
nilai orang beriman itu
kekuatannya adalah
pada solat malamnya
yang sering bersujud
meletakan dahi di lantai

Di dalam dunia ini
jika kamu ingin mencari
carilah apa yang kamu mahu
akan tetapi kita perlu ingat
penghujung pencarian kita
ada kematian yang menunggu.

Oleh: Nurimanja,
catatan dari media semasa
tanbggal dua tiga bulan lalau 2011.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 14.
____________________________________________________________________



Satu malam yang hening cuaca malam diterangi cahaya bulan, Ali canon mengambil kesempatan itu berehat di luar terataknya, sambil dia menyedut udara malam yang segar cukup mengasyikan. Keletehan siang hari bekerja di kebun bagai mengalir jatuh di hujung kaki.


Tetiba Ali canon terlihat ada bebayang putih dalam kesamaran cahaya bagaikan satu lembaga putih berupa bentuk manusia, bersembunyi di belakang sebatang pokok meranti tua dipingger hutan itu.

Ali canon segera bergegas ke dalam terataknya , lantas mencapai sebatang paku yang telah dijampi limau perut lada hitam dan bawang tunggal. Ali canon keluar semula di
dapati suasana di sekeliling terataknya berbau harum dan wangi, Ali canon menutup muka
dan hidungnya dari terus menghidu bau- baun bunga hutan itu.

Walau bagaimana pun Ali canon berpura-pura berjalan cundung ruyung sebagai orang yang terkena pukau, beberapa kali pula jumba buat jatuh dan tersemban ke tanah. Diketika itu, Ali canon telah nampak wajah seorang perempuan yang tersenyum manis ke arahnya, dia berpura-pura gagal untuk bangun, namun perempuan itu juga gagal untuk mendekatinya.

Dia cuma dapat mendepakan kedua belah tangannya seolah-olah ingin mencapai tangan Ali canon tetapi bagai ada halangan pula untuk dia menghampiri dan mendapatkannya. Akhirnya dia ketawa mengilai dan menghilangkan diri di celah hutan dalam bayangan samar bulan mengambang 15 haribulan itu.

Setelah perempuan langsuir itu menghilang Ali canon merasa kesal, kerana dia telah membawa tangkai pengandang di tubuhnya, terutama limau perut dan tahi besi, lada hitan dan bawang tunggal. Itu pun cabai kering tidak termasuk lagi keminyan habsi dan rantai bawang putih.


BERSAMBUNG.

Jalal Rafzee berkata...

KUMPULAN A

1.PUAN ROSNAH
2.RAJA YASSIR
3.MISS KIM CHEUNG
4.USTAZ KAMARUDIN
5.AHMAD HASNOL
6.SUBHI SOOD
7 SAUFI NGADIMAN
8 HAJI MASQUR

9.GELETEK MALAM
10.JEFFRY
11.USTAZ MAJUSI
12.USTAZ ZULKAINAAN
13.RAJA MUDA
14 ABUL HASSAN
15 ZAIN ISSAC
16 KERIS SAKTI

=================================


===perlawanan pertama===

1.PUAN ROSNAH
2.RAJA YASSIR
3.MISS KIM CHEUNG
4.USTAZ KAMARUDIN
5.RAJA MUDA
6 ABUL HASSAN
7 ZAIN ISSAC
8 KERIS SAKTI

4 pemenang sahaja................


===perlawanan kedua===

1.GELETEK MALAM
2.JEFFRY
3.USTAZ MAJUSI
4.USTAZ ZULKAINAAN
5.AHMAD HASNOL
6.SUBHI SOOD
7 SAUFI NGADIMAN
8 HAJI MASQUR

4 pemenang sahaja....

================================

jd antara 16 orang di kumpulan A sy akan pilih 8 sahaja pemenang utk bertanding lagi


===harap qalam dan en nuri paham pertandingan sayembara ni berlangsung====

Puan Rosnah berkata...

KONGSI HATI

jika kupunya seratus hati
pasti kuberikan semua sekali
pada teman pada sahabat
pada sang kekasih
namun hatiku cuma satu
cukupkah agaknya
buat dikongsi bersama
rasanya cukup
malahan mungkin berlebih
itulah kuasa hati
walau cuma satu
tersirat dalamnya berjuta rasa
yang bisa dikongsi dengan berjuta
pada saudara tetangga
pada teman sahabat
pada rasul sang pencipta
pada cinta pencinta
pada semua sekali
ayuh mari kita kongsi sepuasnya…


Puan Rosnah
sajak utk sayembara

Raja Yassir berkata...

YANG

yang tidak terasa
yang tidak menangis
yang tidak ambil kisah
yang tidak bangga diri
yang tidak kedekut
itu yang merasa
itu yang menggembira
itu yang diambil berat
itu yang boleh dibangga
itu yang senang dibelanja
jumpa cuma seorang
sebab tu aku terlalu sayang
kalau hilang sumpah
tak dapat bayang
cuma dia yang masuk jiwa
aku harap dia tak keluar
sampai bila-bila

Raja Yassir
sajak agak jiwa2 sikit

Miss Kim Cheung berkata...

HANYA MAMPU BERDOA

apa lagi yang boleh aku lakukan
Selain daripada memanjat doa
Semoga jika dia itu aku perlu
Maka Kau permudahkanlah
jalan untuk kami bersatu.
Kerana aku ini wanita
tak sanggup meluka insan tersayang
Bila mana aku sendiri pernah merasa
Pedihnya hati tika yang dicinta,
mencinta yang lainnya
Hati aku ini hanya
berdoa semoga semuanya
berakhir baik-baik belaka
Biar semua kan temui bahagia
sebenarnya telah ditentukan olehNya


Miss Kim Cheung (Nur Nisa Cheung)
sajak utk sayembara kali ni

Ustaz Kamarudin berkata...

LUAHAN HAMBAMU

Perjalanan manusia berliku-liku
Banyak dugaan dan rintangan
Dugaan sungguh berat ditanggung
Bagaikan memikul batu amat besar
Selepas satu dugaan
berjaya ditempuhi
Satu lagi dugaan menjelma
Lebih hebat daripada dugaan lalu
Aku seorang manusia
lemah tidak berdaya
Aku tidak kuat menempuhi semua ini
Walaupun orang lain melihat
kehidupanku senang gembira
Namun di dalamnya
Hanya Tuhan Yang tahu
Betapa sedihnya aku
Betapa kecewanya aku
Betapa peritnya kesakitan aku alami
Apa yang aku harus lakukan?
membetulkan keadaan hampir retak
Aku tidak sanggup melihat semua
Tolonglah aku YA ALLAH
Hanya KAU yang boleh membantu aku
Perbaikilah seperti sediakala
Sesungguhnya aku hanya
hambaMU yang lemah..


ustaz kamarudin
sajak ketuhanan saya buat selepas solat tahajud

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

KONGSI HATI sajak oleh Puan Rosnah dengan pengucapannya ada sadikit punyarasa kelainan. Bila hati yang sekeping ini jika dijadikan seratus hati ingin dikongsikan bersama malah ingin diberikan kepasa semua selepas diberikan pada kekasih. Tetapi apakan daya hati yang satu ini pun telah boleh membuat beribu macam kerenah, kalau ia tidak terkawal, kerana sifat hati suka berubah-ubah. Justeruitu Allah cuma menjadikan satu hati yang penuh dengan berjuta perasaan. Adakah manusia mampu menanggung? Ada motif membuka minda Amin (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

YANG sajak nukilan oleh Raja Yassir , pengucapannya ada juga kelaianannya. Tetapi pengunaan perkataan penyambung ayat yang boleh dikira menarik juga. cuma Penceritaanya hal pemilihan mencari pasangan, cuma penceritaan ini tertalu biasa dan sadikit ada menyentuh perasaaan atau jiwa-jiwa buat rangmuda punya biasa. Apa pun syabas! Buat Raja Yassir kerana Berjaya mencari pasangan seperti yang diharapkan dan diidamkan . Amin (U) tk.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

HANYA MAMPU BERDOA sajak nukilan citarasa oleh sdri. Miss Kim Cheung Pb.( Nur Nisa Cheung) Pengucapannya semacam menyerah kepada takdir Illahi akan apa yang berlaku ke atasnya . Ini sudah ada bukti Miss Kim atau Nur nisa sudah boleh dikatakan Mamtap keimanan. Kerana setelah bertawakal lalu menyerah kepadaNya. Soal kekasih atau bf. Semuanya itu ketentuan Allah. jika ada jodoh tidak akan kemana. Berdoa selalu dan yakin kepadaNya. Angaplah apa yang berlaku ujian tuhan untuk Menilai keimanan kita. Amin (U)tk.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
LUHAN HAMBAMU Sajak nukilan oleh Ustaz Kamarudin menulis atas kebenaran. Pengucapannya bagai apa yang dirasai, mungkin dulu kejutan musibah kerana sahabat dan pekerjaan, setelah selesai, timbul pula satu lagi musibah mungkin kerana tidak ada sehaluan pula dengan keluarga. Ini biasa berlaku, sanggup pula berpisah kerana tidak sependapat. Siapa yang mengajur petua ini, diakhirat, akan diperhitungkan. Tiap pemimpin akan disoal akan kepempinan kamu. Adakah kamu menyatupadukan umat atau memecah belahkan keluarga? Bersedialah daripada sekarang untuk jawab di padang mahsyar.. Amin. (TU)tp.

Tetamu Malam berkata...

eh! walaupun ali conan buat2 pensan tu dia thu jgk hantu tu

Ezad Emir berkata...

eh! kenapa hantu selalu nak melarikan diri kat ali canon?

Danial berkata...

ali conan ni kenapa dia bersungguh nak sgt hantu tu?

Ustaz Rahman berkata...

mcm xde perempuan lain je ali conan ni hantu jgk dia nk?

Jalil Janggut berkata...

sian ali conan dia nak berlakon dpn hantu tu pun hantu thu jgk

Ustaz Muda berkata...

bila dia nak tangkap hantu ni asyik xdpt jer?

Seri Suri berkata...

eh! ali canon x tkut plak walaupun dia nampak susuk tubuh wanita balik pokok?

Brader Joe berkata...

mmg cari penyakit la ali conan ni kena hantu jgk yg dia nak?

Pak Bostamam berkata...

bila agaknya perangkap dia nak mengena sbb asyik hantu tu thu jer...

Jeffry berkata...

susah nak tangkap langsuir ni kalau dapat pun kira bertuah la

Saizul Maizav berkata...

siap mengilai lagi! seram tu

Keris Sakti berkata...

kumpulan A ni xde tentangan hebat sgt? rasanya sy boleh menang semua ni

Raja Muda berkata...

terima kasih jalal! aku dalam kumpulan plak dgn abul,zain issac dan keris sakti?? ada peluang aku nak bolot semua hahha kalau ada ustaz sahzan? penyair agung? susah sikit la...

Abul Hassan berkata...

huh! undian kali ni nmpk mcm xde tentangan sgt tp raja muda dgn keris sakti plak ada? tipis harapan aku nk menang mcm ni

Zain Issac berkata...

rsanya sy x boleh menang sbb sajak sy pun x berapa baik.. rasanya adalam pat raja muda dan keris sakti ni

Miss Kim Cheung berkata...

aduh! hbis la xde harapan nk menang sbb 1 kumpulan plak dgn sifu saya puan rosnah dan ustaz kamarudin

Puan Rosnah berkata...

alhamdulilah xde tentangan hebat cuma mngkin raja yassir dan ustaz kamarudin saja

Ustaz Kamarudin berkata...

nampaknya boleh menang mudah la sy.. sbb raja yassir dan miss kim menang dulu dgn bantuan saja skrg sy x tolong mereka buat sajak dah

Raja Yassir berkata...

kenapa puan rosnah dan ustaz kamarudin sifu aku ada sekali? peluang tipis la... kalau miss kim aku x kisah sgt.. hee

Ummu Akilah berkata...

seram plak cerpen ni

Lukiee berkata...

eh! bulan gambang ke hantu dtg?

Penyajak Istana berkata...

kenapa dia suka tidor kt kebun dia?

Rembulan senja berkata...

eh! kenapa x tido kat rumah asyik kt kebun jer?

Yusof Lim berkata...

eh! kwn dia lagi 3org mana?

Mei Ling berkata...

alamak! hantu tu xdtg jgk la nampaknya

Abang berkata...

dia kena pikir trategi lain sbb hantu tu dh thu

Rossa Long berkata...

eh! kenapa hantu xnk dtg biarlah ali canon nak paku dia nnt dia boleh jd manusia?????

Atan Yahoo berkata...

bila dtg msti bau wangi minyak wangi apa dia pakai? hehehehe

Abul Hassan berkata...

eh! kuat jgk pendinding ali canon ni byk kali dia nk capai bolehj?

Supain Sipaun berkata...

ali conan ni masih x berputus asa lagi nak tangkap jgk nampaknya

Nabil Quldi berkata...

eh! sampai skrg x thu plak apa nama hantu langsuri tu?

Badrolshah berkata...

mcm tgk drama plak bila baca cerpen en nuri ni

Pak Kassim berkata...

lada hitam,cabai,bawang dan limau purut pun ada? mcm nak memasak plak?

Mozaire berkata...

hantu kena masih x muncul jgk ni? kenapa takut sgt?

Saizul Maizav berkata...

kemenyan habsi ni apa bnda? masih wujud lagi ke skrg?

Teksi Manaf berkata...

hantu sorg dia ke x bawak geng ke kaco ali canon?

Harimau Berantai berkata...

ali conan ni pegi cari perempuan manusia la sbb payah sgt nak tangkap hantu

Puan Zainab berkata...

hantu tu tinggal kat mana?

Puan Zainab berkata...

hantu tu tinggal kat mana?

Jengking Perak berkata...

eh! jampi mentera apa dia baca? en nuri x tulis sekali ker?