Khamis, 17 Februari 2011

PINTU TUTUP



sajak pilihan ahli Cr.


Sewaktu aku perlahan membuka pintu,
kau kulihat melangkah rumah lain,
cuma sekali kau tegur rumah ini,
bertanya khabar bercerita panjang,
selebihnya lebih gemar bersama dia,
pintu yang terbuka sedikit,
perlahan-lahan aku tutup kembali,
kerana rumah yang itu lebih menanti.

Oleh: Ustaz Saad
di pejabat sekolah sewaktu rehat
10pagi
Diterbitkan semuala tangal 17hb/02/2011.





50 ulasan:

Geletek Pagi. berkata...

Tanpa Nama Hantu Raya berkata...

ISSU SEMASA NAMPAKNYA PKR TENAT BERTAMBAH PARAH. OLEH GELETEK PAGI


Kita hairan kenapa parti komponan BN tak terbit akhbar semacam parti pembangkang, seperti harian harakah, sinar rakyat, suara keadilan, roket, malah tiap kerjaan negeri pun ada terbit bulten harian untuk cuba mematahkan serangan pihak lawan. Jangan tidur dan lena mereka dah kempen di surau dan masjid tak cukup melayu cina perempuan pun mereka bawa masuk surau dan masjid

Sepatutnya BN perlu menangkis Semua yang mereka putar. BN patut belit balik apa yang mereka putar. Barulah depa nampak rasa tersepit.

Lagi pun depa suka duk gempar , dan duk bangan ramai orang sokong mereka, malah hari-hari WR pembangkang ini aku duk nampak bukan kempen lawan dengan WR indiviu BN tetapi kena lawan dengan rakyat dan indiiu yang perseorangan , ternyata mereka gagal kena lawan dengan pengundi yang bagi mata satu undi kepada mereka dahulu yang boleh mereka menang besar ahulu Janji kena tunai dulu. Baru boleh buka cerita baru.. Itu yang mereka mahu..

Mereka ini tak mahu dengar cerita kedepan. Atau kata janji. Mereka mahu Penasihat PKR tunaikan janji dahulu 2008. Jika tidak hang tak uah cakap apalah. Rakyat yang tertipu tidak akan setuju… Ini serius mereka dah cop cakap tak serupa bikin, dengar boleh percaya jangan. Dengar cakap kerana terlalu ramai yang sudah mula menyumpah . malah ada yang mengelarnya sebagi saekor sesumpah. Nampaknya buat Panisat parti PKR kian parah.Apatah lagi selagi dia tak mahu bersumpah dengan lafah niat wallah dan wabillah.

17 Februari 2011 11:46 AM

Jalal Rafzee berkata...

KUMPULAN D

1 ENCIK ADBULLAH GADAFI
2 USTAZ MAJUSI
3 PAK KASSIM
4 PENYAIR AGUNG
5 JALAL RAFZEE
6 USTAZ RAHMANABANG
8 PUAN ROSNAH

Pak Kassim berkata...

PARUT PERIT

Sebenarnya kau di padang lalang
sering tunduk pada angin kering
kejam akar keangkuhanmu itu.
sebenarnya aku hanya memiliki
arcamu di cermin senja
sayap malam pun menghadiahkan
sebuah kehilangan sebenarnya
kita telah menamatkan cerita ini,
di kota kaca impian pecah sudah
bersama waktu menyerpih
menjadi parut perit.


Pak Kassim
sajak kenangan dulu

PENYAIR AGUNG berkata...

PAKU PADA TANGGA

suatu ketika kata guru
pakukan rasa malu
untuk mengulangi setiap kesilapan
kerana tiada tangga ke atas
walau sekali cuma jatuh tetap sakit
sambil memberikan banyak kayu
untuk kupakukan menjadi tangga itu
ketika tahun baru itu berulang.
di setiap ruang persegi
berhari-hari lamanya
kuhauskan setiap kaki kerusi.
sedang papan hijau itu
tiada kedekut dengan ilmumu.
kata ibu kau harus dirikan
tiang untuk rumahmu sendiri
moga anak muridmu
turut menggenapkan kemudiannya.
sambil menyarungkan buku harapan
ke dalam beg kasih sayangnya
ketika tahun baru itu tiba.
di bahu kiri bertahun lamanya
kupikul beg itu sedang
buku harapanmu semakin menebal.


Penyair Agung
sajak tentang pejuangan

Jalal Rafzee berkata...

DIALOG PANTAI DAN OMBAK

aku belai betingmu pantai
dengan putih ombakku
aku larikan cengkerang mati,
bersih wajahmu dengan biru air
aku tiada jemu bertandangan
tanpa henti musim tetap ke sini
aku tiada tercabar arah mata angin
tetap serupa bagiku
bicara pantai kau selalu bohong,
geloramu menyakitkan
kau melukakan, airmu tidak biru
kau tidak setia selagi ada beting
kau hadiri kau terlalu angkuh,
tanpa angin kau lesu


Jalal rafzee
harap sajak aku menang kali ni.. hehe

Abang berkata...

PINTU

kefahaman penuh
mengertilah aku ini
tiada tahu memuja.
terlalu banyak kata
pasti mendustai pasti melukai.
pintu ini tetap satu
terbuka seluasnya untukmu.
mengapa masih berdiri di luarnya ?.
keluarkan dirimu sebenarnya.
pintu ini tetap satu
seluasnya terbuka untukmu.


Abang
sajak simbolik

Encik Abdullah Gadafi berkata...

sajak sy mungkin boleh menang ni

Puan Rosnah berkata...

msti sajak sy terisngkir dulu ni

Ustaz Rahman berkata...

nampaknya skrg kemenangan sy mngkin 50-50 jgk

Ustaz Majusi berkata...

sajak sy mngkin kalah ni

Abang berkata...

x psti boleh menang atau x sajak aku tu

PENYAIR AGUNG berkata...

sajak sy nmpknya mcm tipis nk menang

Pak Kassim berkata...

penyait agung dan ustaz rahman ada sah aku kalah ni

Jalal Rafze berkata...

nampaknya kumpulan ni hebat2 tersingkir kot aku nnt?

Muhamad Badawee berkata...

dua buah pulau apa ni? langkawi dan penang ke?

Muhamad Rabbi berkata...

sajak pasal jiwa2 ker?

Seri Suri berkata...

2 pulau? sajak pembandingan ker

Nur Ayikah berkata...

kenapa sajak ni ada 2 pulau?

Teksi Manaf berkata...

sajak politik ke 2 pulau ni?

Danial berkata...

sajak simbolik ke 2 pulau ni?

Haji Atang berkata...

2 pulau ni tentang apa?

Encik Sanusi Rostam berkata...

nampak mcm sajak perumpamaan jer

Ustaz Rahman berkata...

sajak psal perlancongaan ke pulau langkawi dgn penang ni?

Mak Mah berkata...

pintu tutup ni apa ustaz saad?

Saizul Maizav berkata...

pintu tutup? mcm sajak hantu jer

Nuri Jaguh berkata...

sajak apa plak pintu tutup ni?

Golok Buta berkata...

nmpknya dua2 sajak susah nk phm kali ni

Ustaz Sahzan berkata...

dua2 sajak politik ke ni?

Mat Noh berkata...

sajak ustaz saad susah nak tangakp sajak en nuri pun susah jgk

Serulilng Kelana berkata...

sajak kali ni simbolik dua2 sekali

Tan Sri Yunus berkata...

bru perasan bila geletek pagi bagithu ni BN xde akhbar sendiri nnt nk cadangkan kepada YB

Suara Rakyat berkata...

sepatutnya BN kena ambik la berita harian dan utusan

Jengking Perak berkata...

pembangkang pnya byk paper?? bn xde langsung plak?

Harimau Berantai berkata...

kenapa najib x terbitkan paper khas utk BN plak?

Bulan Terang berkata...

sekarang ni pembangkan kuasai akhabar sepatutnya kena ada balance

Datuk Hasbi berkata...

sian BN apa yg di fitnah dorg x boleh tangkis sbb xde akhbar

Ambuyak berkata...

nampaknya najib kena sedar pasal isu ni

Sulaiman Embong berkata...

BN kena terbit jgk 1 paper bru adil

Nuri Ketitel berkata...

pembangkang pnya byk paper BN xde plak?

Aziz Moktar berkata...

nmpkny BN x boleh tangkis la sbb xde paper sendiri

Datin Maimun berkata...

PKR mmg skrg parah apa nk jd dgn dorg ni

Pedang KEsatria berkata...

alamak! pasal isu politik di malaysia aku xthu nk kata ape

Emily Bayasn berkata...

xthu nk komen ape sy bukan di malaysia

Pengeran Indera berkata...

nampaknya kali ni smua isu politik?

Raja Muda berkata...

klu PKR teruk sgt kena guna kuasa kesultanan Melayu la mcm ni

Irham Kesuma berkata...

mcm2 kes politik di malaysia ni.. xthu nk kata apa?

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
PARUT PERIT oleh Pak Kssim dengan sajak memore yang menyanyat hati sehingga kini luka pedeh parutnya masih terasa perit menikat kehati. Kebiasaanya lama hidu bertambah banyak pengalaman. Dan sesekali cerita lama atau dulu akan datang cuba bermain di hati. lalu berbunyilah kata hati: Kalaulah kalau. Aku jadi dengan dia. Pastinya aku tidak bergini. Semuanya diataur jadi, tidak jadi , suka ataupun duka , semunya ada hikmahnya yang tersendiri. Mungkin sewaktu Pak kassim bermain gitar ada marka yang telah berjanji, kemudian melarikan diri bila dapat teman yang lebihBergaya dan berharta. Cuma kebarangkalian. Layak untuk dicalunkan berdasarkan Cara pengucapannya menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat. (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

PAKU DAN TANGGA. Sajak sdra Penyair Agung seorang pendidik yang bertugas Di negeri Pahang. Amanat atau pesanan guru dan ibinya menjadi semangat dan kekuatan untuk meneruskan keyakinannya .lalu menceburkan diri dalam dunia pendidikan .Tugas seorang pendidik atau orang yang menerima pendidikan tidak akan terhenti begitu sahaja, mungkin sepanjang hayat bagi kedua-duanya. Jika tidak mana mungki Nabi berkata tuntutlah ilmu dari buai sampai ke liang lahat. Mungkin juga proses pembelajaran sampai kemati, kerna ada sola jawab lagi di dalam kibur nanti. “Siapa tuhan kamu?” Apa-apa pun kita yang hidup dalam menempuh segala cabaran ini adalah satu perjuangan juga, walaupun tidak sehebat berjihat berberang di medan perang, atau menghunus senjata, tetapi cuma sekadar tinta atau kapur dan papan hijau, dengan keikhlasan adalah nilainya lebih besar di sisi Allah swt Amin! Layak untuk dicalunkan seterusnya (TU)tp.

Qalam mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

DAILOG PANTAI DAN OMBAK sdra Jalal Al Rafzee Pb Cr. dengan sajaknya yang berkelakan pantai dan ombak dua nama yang sukar dipisahkan. Kekadang tersasar jua
Kalau tidak ombak, biasanya pantai pula buat onar. Keduanya bisa salah menyalah. Siapa yang menghakiskan pantai, merobohkan tebing, pastinya ombak. Tetapi tanyalah pula pada pantai. Kenapa mendedahkan diri, merelakan, membenarkan ombak datang menerkam lalu mencumbuinya. Ternyata disini keduanya tidak boleh disalahkan. Sudah jadi naluri kehidupan alam .maka keduanya perlu saling menerima dan cuba menjaga kedamaian. Pantai tidak pernah berdusta, ombak juga tidak berniat untuk mempermainkannya. Manusialah yang perlu belajar dari kejadian ala mini. Layak untuk dicalunkan seterusnya (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
PINTU sajak simbolik daripada seorang pensyarah Uitm di sebelah pantai timur negeri terangganu. Walaupun berasal dari bumi kenyalang. Cucu kepada atuknya penulis Ziarah Makrifat. Sajak rengkas pengucapannya. Menyentuh tentang bicara kata anak muda dini hari, selalunya kurang bijak bermain kata, mereka perlukan sesuatu yang tepat dan terbuka, berbeza dengan zaman dahulu, ada bunga dan berbelit pula untuk bertutur kata. Tidak hairan dahulu kerja meresek sejam jadi berminggu Apa-apa pun kalau kita punya hati buka dan terangkan dengan jujur, banyak berkata , mungkin tersalah dan dusta pula. Hati pula menjadi luka.Justeruitu jika mahu kata kan sudi, tidak perlu ternanti-nantii. Jika sudah berkenan pintu hati terbuka untuk mu. Amin. Layak sekadar untuk (U) .