Memaparkan catatan dengan label cuma kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuma kenangan. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2012

ANAK KECIL BERAMBUT PANJANG 11




siri ke 2


Sudah se bulan  tidak kelihatan 
anak kecil berambut panjang yang persis bagaikan keladangan
kekadang beringus tidak berbaju
jam 6 pagi mula mengetuk pintu rumahku
untuk membeli sebungkus megge mungkin makan bersama ayahnya
van putih pun juga tidak kelihatan
mungkin telah berpindah agaknya gerangan
atau si ibu telah sihat semula atau abang dan kakak  kembali bersama
atau si ayahnya  telah bertukar kerja.
Doaku semoga anak kecil berambut panjang
Hidupnya  kembali tenang. 


Oleh: Nurimanja, 
7hb,/12/2011 Bandar Baru ,Tk kumbar
Pulau Pinang.




Ahad, 27 Mac 2011

MASA LAMPAU



sajak pilihan ahli Cr.


Aku ingin ke masa lampau supaya
dapat tinggal dekat semua planet.
boleh berdiri tanpa
pijak rumput milik Tuhan
Dapat jadi budak kecil macam dulu
yang mana pakcik makcik cubit pipi
waktu kecil bila gemuk pun comel
dapat jadi perempuan cantik
dapat makan KFC macam dulu.
Hari itu aku nampak anak kecil
berbaju hijau dan putih
sarung kaki warn biru muda
Pada ketika aku lihat
dia menghayun kunci kereta ibunya.
mengetuk jam kehabisan bateri
kekal tunjuk angka yang sama
Sejurus itu gitar yang dibawanya
jatuh lalu pecah abangnya marah
Terus aku tanya soal pada alam.
kenapa masa kecilku tak sebegitu

 
Oleh:Puan Rosnah
saya penjaga blog isteri kpd bos harap qalam terima sajak sy
2010 Disember 29 16:06
diterbitkan semula tanggal 27.03.2011.





Ahad, 27 Februari 2011

DALAM KELAS KECIL



 sajak pilihan ahli CR,


Dalam kelas kecilku
Bayu bertiup lembut di samping
tiba-tiba di kantin bau ayam
ketika itu aku di penjuru kelas.
melihat ragam budak nakal
tatacara yang jelik

Namun
mesra mereka di sana
bangku kaki pula bergesel
ketawa lakonan entah apa.
walaupun dilarang ada yang melarang
semua diam padam saja semua.



Oleh: mohamad badawee
di dalam kelas ketika tiada guru
11pagi
2010 Mac 20 19:32
Diterbitkan  semula 26/02/2011






Khamis, 17 Februari 2011

PINTU TUTUP



sajak pilihan ahli Cr.


Sewaktu aku perlahan membuka pintu,
kau kulihat melangkah rumah lain,
cuma sekali kau tegur rumah ini,
bertanya khabar bercerita panjang,
selebihnya lebih gemar bersama dia,
pintu yang terbuka sedikit,
perlahan-lahan aku tutup kembali,
kerana rumah yang itu lebih menanti.

Oleh: Ustaz Saad
di pejabat sekolah sewaktu rehat
10pagi
Diterbitkan semuala tangal 17hb/02/2011.