Rabu, 13 Julai 2011

POKOK PUN MENGERTI.





Papaku seorang yang anih
Biasa berbicara dengan pokok
Di tengah malam buta
Di dalamkebun kelapanya,

Kadangkala aku pun hairan
Dia juga berbicara denan sampan,
Air sungai kurau, udang galah,
juga ikan siakap dan baung.

Apakah itu puisi karyatif
terpantul keluar dari emonsinya
yang tidak tahu membaca dan menulis
kerana buta  huruf gagal di sekolah dewasa.

satu hari,
Pernah dia berkata
Kepada pokok kelapa dara,
Kau kalau tidak berbuah setahun dua,
Aku akan tebang, hidup buat semak saja,

Selepas dua atau tiga  tahun
Sudit sulung kelihatan keluar
Dari celah pelepah kelapa dara
Semacam pokok pun mengerti,

Aku pun sama menirunya,
Bebicara dengan pokok pisang
Di tepi surau dekat pagar SK Sg. Ara
Minta sebiji pisang serendah  masak 
Buat buka puasa sebelum bersara

Sesekali aku fakir,
Aku dan papaku adalah sama
Sepeti orang gila yang berbicara.
Dengan alam pokok dan alam benda..

Oleh; Nurimanja,
Setelah ziarah kampong,hati pun sayu
Melihat tempat lahirku yang sudah tiada apa-apa.
Syawal lalu 1430 setelah selesai puasa enam .



30 ulasan:

Viger berkata...

ULASAN :

Mulai hari ini sajaka- sajak lagenda en nuri kali ini tidak dibenarkan warga blog Cr mengulasnya. Cuma buat ahli dan P/blog Cr sahaja diminta atau dibenarkan mengulasnya. Harap maklum.Terima kasih!


semua sajak berunsur atau tema agama dan ketuhannan.Dalam pembentukkan insan yang berakhlak mulia dan anda boleh diharapankan membina negara masa depan..


(en NUri)

Nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 15 : TARIKH 29/6/201 (BB)

GAMBARAN 10.

Nabi diperlihatkan gambaran manusia mengunting lidahnya dengan gunting api neraka, setelah digunting bercantum semula, dan begitulah keadaannya.rengkasnya kata orang yang bercakap tidak serupa bikin. Cuma pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakannya,janji kosong, banyak dusta atau banyak auta sahaja.kata pepatah "Sungguh pandai bermain lidah dan tanam tebu di bibir sahaja".

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1. Islam mengutuk orang yang pandai bercakap tetapi tidak dilaksana apa yang diucapkannya.jangan cakap tak selupa bikin.

2. Setiap orang Islam mesti bercakap benar dan melaksanakan apa yang dikatakannya, jangan cuba main putar belit, manusia benci Allah mengutukkannya.

3. Orang yang bercakap dusta adalah ciri-ciri orang yang munafik, umat manusia sepatutnya menjauhkan diri dari orang-oang yang seperti ini, dikhuatiri bersubahat dan berdosa.

Dalil Al Quran, dalam surah Ast Sad ayat 2 dan 3. kira maksudnya;

Wahai orang yang beriman , Mengapa kamu perkatakan apa yang tidak dapat kamu lakukan, Amat besar kebencian Allah kepada orang yang berkata sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan atau dilakukannya.

bersambung esok.

Jalal Rafzee berkata...

A

1 putera damien------------
2 ungku zubir--------------
5 nik aziman---------------
7 yusri nawab--------------

===========================

B

3 Faezawatie===============
4 Maisarah An Nisa=========
6 Mawar Harum==============
8 Srikandi Juwita==========

===========================

C

1 pak bostamam=============
2 pak awang================
4 orang lama===============
6 haji khali===============

===========================

D

2 yasmin davidson==========
6 Nurul Lisa Kim===========
7 Noor Syahirah============
8 Azura waheeda============

Salam berkata...

PESAN ORANG TUA ITU

kata pak tua orang itu
tak payah sembahnyang puasa
dan bayar berzakat
semua pakat terlopong
pandang sama sendiri
apa nyanyukkah si tua ini
itukan suruhan tuhan dan wajib
orang tua itu senyum
pandang kami semua
ertinya mudah itu sememangnya
sembahyang,puasa,zakat itu wajib
tapi yang payah cuma diri kita
selalu lalai leka cari alasan
walhal itu kewajipan
usah cuba bantah
sekarang baru kami faham

Salam
sajak nasihat org tua aku

Pak Kassim berkata...

DEBU INGIN MENGGAPAI BUNGA

Aku hanya sebutir debu
Bermimpi ingin menggapai bunga
Namun adakah diriku salah
ketika aku mendamba untuk
dapat berdekatan selalu
Menghiasi malam dan
habiskan sisa kehidupan

Pak Kassim
sajak simbolik

Jalil Janggut berkata...

MENGAYUH BASIKAL

rempat di hujung terminal di pasar
Menunggu penumpang
Mencari penghasilan
Mengumpulkan kekayaan
Berbekal tenaga dengan kekuatan kaki luar biasa mengayuh basikal
Mengangkut penumpang
dan barang banyak menyusuri jalan
Hanya dengan tenaga dan keringat
Tak peduli kereta lalu
Tak peduli panas terik
Tak peduli jalan becak
Tak peduli jarak yang jauh
Terus mengayuh menuju destinasi


Jalil Janggut
sajak bila melihat org tua mengayuh basikal dalam hujan

Abul Hassan berkata...

MENUJU KE KOTA

tak larat merasi kehidupan desa
Tiada kemajuan Tiada harapan
Tiada cita-cita Tiada kerja
disini hanya layak
untuk orang berkelulusan menyangkul di sawah
penggembala di kandang
pencari ikan dan pengumpul kayu api
Disini tak menguntungkan
tapi di kota banyak kesempatan
Dengan modal niat
Ditambah sedikit nekad
Dengan duit sedikit belanja
Tanpa kelulusan menuju kota
Mengejar impian mencari harapan
Berharap mendapat banyak wang
Walau ramai kata kota kejam
tak berbelas kasihan

ABul Hassan
sajak ni khas utk bapak aku yg tak bagi aku keja kat KL!!!

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

Salam dengan sajaknya PESAN ORANG TUA ITU sebaiknya bertajuk: PESAN PAK TUA.Ternyata pengucapannya mudah dan menarik hati pembaca. Walaupun ungapan biasa dan mudah ditangkap maksudnya. Walaupun ada sedikit kami buat pembetulan. Pembicaraannya agak mudah , mukin di rumah atau kedai kopi. Ada saja cerita yang di kata oleh seorang tua yang banyak pengalaman akan mula bercerita dan berpesan kepada anak muda dengan cara berseloka. Apa pun layak untuk seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011


Pak Kassim sajaknya adakah telah tersiar di RU depan CR. Kumpulan Pak. Kurang pasti lagi.Kali ini sajaknya bertajuk: DEBU INGIN MENGAPAI BUNGA. Pengucapannya ada rasa simbolik pada ungapannya. Nampak semacam ulat bulu naik daun pula? Apa pun kalau ada kemampuan dan sering berdepan dengan keadaan begitu. Ikut cara yang halalan taiyiban, sementara ada kemampuan dengan bunga-bunga yang galak dan berselerak. Lipat sajaklah.. Osam laden pun pasang 4. Lagi hebat.Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

PENGAYUH BASIKAL TUA oleh Jalil Janggut. Pengucapannya boleh diterima, satu rakaman
Yang yang dilihat dan dirasa dalam hatinya. Ada rasa daya kreatif menyusun baitnya dengan ungapan kata yang bersahaja. Penceritaannya jelas dengan tema ksusahan dan penderitaan seoang pengayuh basikal tua. Mencari rezeki dengan mengambil upah membawa barang dagangan dan penumbang , ada Sadikit pembetulan untuk lebih menghidupan critanya. Layak untuk sayembara seterunya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

Abul Hassan kini mulai menceritakan apa yang sebenar. Menampakkan kemampuan baktnya Dengan sajaknya bertajuk MENUJU KE KOTA. Sebaiknya AKU INGIN BEHIJRAH KE KOTA Pengucapannya ternyata berterus terang tanpa simbolik. Apa pun ada sadikit pembetulan sebagai contoh untuk menulis puisi yang lebih mantap.Tema kecewa bila oang tua menghalang cita-citanya untuk berhijrah menuku ke kota. Sajak ini bersaing dengan Jalil Janggut dan Pak kassim. Kerana sajak Pak kasim walaupun pendek lebih daya kreatif dan puitis sadikit dari sajak anda. Jadi terpaksa penyertaan anda terhenti disini saja.Harap maaf, usaha lagi. (TK)

mei Ling berkata...

huh! gunting lidah plak

Apek Liew berkata...

en nuli tulis celita ni wa baca mcm ada bohong la mana boleh sudah potong boleh tumbuh balik lidah..

Vijay Kumar berkata...

mcm susah nak percaya lidah boleh sambung balik?

Putera Damien berkata...

mmg kena kat anuar la gambaran ke 10 ni

Tan sri Yunus berkata...

anuar ibrahim org yg akan kena potong lidah la nnt

geletek malam berkata...

byk org politik skrg ckp x srupa bikin

Atan Yahoo berkata...

selalu cakap tp x laksana org politik la

Harimau Berantai berkata...

hrp2 kita x jd mcm ni kena potong lidah

Jalil Janggut berkata...

kata2 msti di laksana jgn pandai ckp je

Abang berkata...

btol tu kata2 msti dikota bahaya nnt kena potong lidah

Mr Tan berkata...

mcm tipu je cerita en nuri ni

Lukiee berkata...

org islam je ke yg kena org bukan islam pun termasuk sekali?

Brader Joe berkata...

putar belit ni mmg anuar la sapa lagi mngkin dia kena potong lidah

Badrolshah berkata...

byk jgk gambaran

Nurul Syahirah berkata...

berapa gambaran dia nampak ni

Dayang berkata...

bahaya jgk ckp x serupa bikin ni

Panglima Ketot berkata...

btol tu kata msti dikota nnt kena potong lidah

Pedang Kesatria berkata...

eh! cakap x serupa bikin tu apa???

Comel berkata...

menarik jgk cerita ni sambung lagi