Isnin, 18 Julai 2011

BUKAN BICARA KOSONG





Sajak pilihan warga Cr.

bukan lagi sebarang bicara kosong,
angan bakal jadi nyata.
jarak dua puluh satu hari terlampau jauh.
mungkin sehari dua didekatkan.
aku sudah jumpa malam
ada bintang dan bulan,
bukan langit kosong seperti selalu
aku sudah ada matahari,
bukan siang yang mendung.
aku sudah rasa bayu,
bukan kering yang tak berhawa.
aku sudah rasa titis air bila mandi
bukannya tak basah lencun
aku sudah rasa hangat.
walau ungkap jarang
muncul ke telinga
aku sudah ada dan aku rasa cukup
walaupun jauh masih boleh digapai.
walau jarang tapi masih boleh temu.
setidak-tidaknya


Oleh: Ustaz Indera Viyaja
Saya sahabat encik qalifatullah
saya dari seberang2011 Januari 4 16:22



30 ulasan:

Viger berkata...

ULASAN:

BICARA KOSONG atau BUKAN BICARA KOSONG sajak daripada sdra Pak Ustaz Indera Vijaya orang seberang saudara seagama dan serumpun bangsa sanusantara. Terasa bicaranya tentang kehidupan yang telah dikecapi, tidak perlu menapi atau mendustai kenyataan ini lagi. Apa yang dicari dan dihajati telah pun diperolehi. Allah Bagai telah menglabulkan segala hajat, kini si penulis sudah merasai sekadar lebih dari cukup, malah tercapai akan segala cita, itulah kebarangkalian pengucapan Pak Ustaz Indera Vijaya. Sekadar cuma andain. Semoga sukses dikekalkan Allah. Amin.

Oleh: Qalam Mutiara.

Nurimanja berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________

Siri Ke lapan belas.

Sesampai saja di teratak Nenek tua itu pun mempersilakan masuk dan bertanya kabar akan hal tujuan Putra Syakir untuk mendaki ke puncak gunung Mentera Alam itu. Putra Syakir dengan penuh ikhals menceritakan tujuannya yang ebenar dengan apa yang telah di ketahuinya.

Mendngar kata-kata Putra Syakir itu . lantas orang tuatúa itu berkata ambil tersenyum dan penuh mengerti akan hajat Putra Syakir.

“Jangan susah hati cucu, kau selamat di sini, Di sini apa saja tujuan yang ikhlas dengan niat yang baik akan dapat mengatasi segala-galanya. Faham pesan nenek itu wahai cucu yang baik hati,”

Nenek kebayan tua itu pun menceritakan akan apa yang telah terjadi kepada saudara sulung Putra Wira Syahir yang pernah menerima rawatan dari nenek itu setelah terjauh dari kudanya. dan stelah pulih dia meneruskan perjalanannya.

Bila terdengar suara menyebut namanya sebagai cucu dan menceritakan apa yang telah terjadi kepada saudara sulunyanya.

Putra Syakir berasa begitu gembira sekali ternyata ada seorang tua bongkok seperti nenek kebayan Kulitnya hitam gelap, rambutnya putih mengerbang tidak bersikat. percakapannya bunyi bergetar, seperti orang mengerang kesakitan. sudi memberi pengakuan dirinya sebagai cucunya,

“Terima kasih nenek, apa pun hamba tidak boleh lama di sini,Hamba terpaksa menjejak langkah saudara sulung yang telah mendaki gunung Mentara Alam ini sehingga ke kemuncaknya.” Kata Putra Syakir dngan pnuh semangat yang membara.

“Cucu ini ada hajat besar sehingga sanggup menadaki gunung Mentra alam ini? Demi menjjak langkah saudara sulung” Kata nenek kebayan tua bongkok itu lagi, sambil merenung tajam ke muka Putra Syakir. Di tangannya ada menatang se gelas air untuk diberinya kepada Putra Syakir.

“Minumlah air telaga di puncakunung ini, agar diberi tenaga yang laur biasa untuk cucu meneruskan perjalanan ke kemuncak gunung Mntra Alam itu.” Kata Nenek Kebayan itu sambil tesenyum.

BERSAMBUNG> (Ditaip semula)Viger

Faezawatie berkata...

TUNJUKANLAH

Ketika hati sendu,sedih dan rindu
rasa kehilangan menghantui hariku
kulalui kesedihan dan kehampaan
akankah akan terus seperti ini
kemanakah cinta dahulu kurasakan
batinku seakan berontak haus cinta
ingin hati menjerit sekuat tenaga
tak peduli pada apa pun yang ada
duniaku kini penuh aturan
yang mengekang kebebasanku
bebas seperti burung
pengobat hatiku yang pilu
bilakah kepiluan ini akan berakhir
kemanakah harus kucari
tunjukkanlah jalanku

Faezawatie
sajak jiwa2

Azura Waheeda berkata...

TERLUKA

kini kurasakan juga
dahulu aku tak pernah percaya
begitu perih terluka karna cinta
akhirnya kini kurasakan juga
ternyata aku benar-benar menderita
terbunuh dah terluka oleh cinta
seakan hidup ini tiada lagi berguna
hanya ada derita dan nestapa
tidak lagi ada rasa apalagi rasa
benar perasaanku telah terluka

Azura Waheeda
sajak sedih

Nurul Syahirah berkata...

TUPAI

tupai riang sekali kamu
terloncat ke sana sini
pantas kamu melompat dari dahan
tanpa sekali jatuh pandai sungguh kamu sungguh licik habis
rambutan manggis kelapa kau tebuk
habis rosak semua
kasihan si kelapa dara
merintih seorang diri
kau tinggal begitu tiada berguna
tapi ingat wahai tupai
sepandai pandai kamu melompat
pasti terjatuh jua ke tanah
tunggulah pembalasannya
nanti pasti ada jaga-jaga tupai
peluru penabur sudah sedia

Nurul Syahirah
sajak simbolik

Emily Osman berkata...

DI KENINGMU

lamaku menunggu di tebing jalan
berdiri bersama angin
yang datang bersama malam
terpikir aku apa yang kau bawa
tiba-tiba kereta besar berhenti
di pintu lebar
bersahut suaramu memanggil
agar ku segera turut serta
tapi di keningmu menunjukan
garis lurus berkerut memandangku
hinggaku mensyaki sesuatu
sampai dijambatan keningmu berkerut
aku membalas dengan keningku
kamu tersentak dan menoleh ke lain
dalam hatiku mungkin
kamu terpegun melihatku

Emily Osman
sajak komedi apabila menghadiri party

Yusri Nawab berkata...

oh.. kalau ikhlas boleh mengatasi segalanya

Salina berkata...

oh..yg penting hati kena ikhlas la

Saudagar Emas berkata...

rupanya hati kena ikhlas kalau nak naik gunung tu

Lelangit Biru berkata...

oh... nenek tu ceritakan semuanya

Mona berkata...

kalau hati iklas boleh atasi segalanya

Cikgu Rahim' berkata...

rupanya nenek tu tahu syakir ikhlas

Cikgu Rahim berkata...

rupanya nenek tu tahu syakir ikhlas

Abang berkata...

agaknya dia jmpa x abang dia

Kembara Budiman berkata...

abang di kan dah jd batu boleh pulih ke?

Badrolshah berkata...

agaknya syakir ni boleh bajaya ke?

Petualang Tiga berkata...

aik! dia bagi air telaga plak?

Tetamu Malam berkata...

aik! kt abang dia nenek tu x bagi pun air telaga

Seri Suri berkata...

air telaga dia minum x kotor ke?

Zainal Arifin berkata...

wah! dpt minum air telaga plak?

Pak Ngah But berkata...

msti dia ada kuasa lps minum air telaga tu

Ali Conan berkata...

air telaga tu air ajaib ke?

Putera Damien berkata...

wah! syakir ni nampaknya mcm boleh berjaya

Simsalabin berkata...

rasanya syakir msti lulus ujian

Hamba ALlah berkata...

aik! nenek tu dh thu rupanya

Lagenda Pulau berkata...

wah! makin menarik plak

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Pmbicaraan dri terasa bagaikan khilangan seperti apa yang diharapkan. Kini benar-bnar agak kecewa dengan menghacurkan hati nurani dan kini menanti untuk melepakan diri dari rasa cengkaman penyakit rindu ini. Maaf tema biasa , cuma di sini terpaksa berhenti (TK

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011


Azura Waheeda . Pembicaraanya menyeduh tntang patah hati dan kecewa dalam dunia percintaanya Yang berkesudahan dengan putus cinta agaknya. Ini cerita biasa dalam kehidupan alam rumaja. Maaf tema biasa , cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Perbicaraan anda menyentuh simbolik pada saekor tupai mungkin seorang Casanova yang pandai bermain sandiwaranya . Buah-buahan anak gadis dijadi mangsanya. Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (SM)

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011


Sdri Emly Osman.Pmbicaraanya mungkin besua dengan seoang yang kaki betina agaknya. Patang melihat dahi lincen akan guna keninganya untuk memikat,kini dia kena dengan kening yang menyangkahnya. Utuk sebuah party. Layak untuk diberi peluang sayembara setesnya. (SM)