sajak lagenda en nuri.
Tiap sujudku
Terpaku hati ini
Pada kebesaranmu
Bersama kepuasan
Yang sukar dinilai
Tiap sujudku
Menyerah hati ini
Sehalus debu terbang
Demi mencari ketenangan
KehadratMu Ya Tuhan
Tiap sujudku
Terasa hati ini
Kekerdilan dan kedhaifan
Yang tiada abadi
Menunggu hari mati
Oleh; Nurimanja
catatan lagenda Rajang Sarikei
tanggal 10\10\82
30 ulasan:
ULASAN :
Mulai hari ini sajaka- sajak lagenda en nuri kali ini tidak dibenarkan warga blog Cr mengulasnya. Cuma buat ahli dan P/blog Cr sahaja diminta atau dibenarkan mengulasnya. Harap maklum.Terima kasih!
semua sajak berunsur atau tema agama dan ketuhannan.Dalam pembentukkan insan yang berakhlak muliadan boleh diharapankan membina negara masa depan..
(en nuri)
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 13 : TARIKH 27/6/201
GAMBARAN 8.
Nabi melihat kayu berduri mengait orang yang lalu lalang.
Lewat kebelangan ini, kita sering mendengar budaya lepak, anak muda duduk disimpang jalan menghalang orang lalu lalang,di tangga flat, lepak berdengung di hadapan pintu dan rumah tangga orang, apa saja yang dikira menghalang ketentraman dan ganggu orang ramai, termasuk, kacau anak perempuan orang, tunang orang, dan isteri atau bini orang, yang seksi tak seksi , tertutup atau terdedah, semuanya, bila di hari akhirat nanti, ada sebatang pokok yang macam duri kemaman batangnya akan mengait tubuh badan kita sehinga calar dan berdarah, kerana amalan kita dahulu sewaktu di dunia merenung dan menganggu anak bini orang lalu lalang.
Iktibar daripada peristiwa ini;_
1.Mereka yang suka mengganggu orang lain lalu lalang sama tujuan pergi kerja atau balik pasar atau membuat kerja kebajikan, mereka akan dibalas dengan seksaan yang pedih
2.Islam menggalakkan setiap muslim supaya menjaga dan memelihara keadaan ketenteraman awan dan wujudkan kedamaian di setiap kampung , taman perumahan dan flat tempat tinggal kita.
3.Isalam melarang anak muda membuag masa dengan menganggu lalu lintas orang ramai yang ada kerja-kerja kebajikan adalah perbuatan yang laghou atau sia-sia. Apa yang digalakkan Islam, semoga hari ini lebih baik daripada semalam,jika tidak laghou.
Dalil ayat Al Quran , surah Hud, ayat 113; ertinya;
.
Dan jangan kamu cundung kepada orang-orang yang suka melakukan kezaliman ( jika kamu lakukan juga) Api neraka akan membakar kamu , sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong kamu,yang lain daripada Allah.Kamu tidak akan dapat pertolongan.
Bersambung esok.
INILAH AKU
Berkali-kali terlintas di kepala
ingin kukatakan padamu inilah aku
Aku yang sama yang mencintaimu,
Mengertilah diriku,
Ku mencintaimu apa adanya
dan kuharap kau juga begitu,
Walau kutahu ku bukan tampan
Walau sekarang kau sudah bersamanya
kau sekarang milik orang lain,
Namun aku akan selalu ada untukmu,
masih disini untuk menjagamu
Namun semuanya tanpa kau sadari
karena aku tidak ingin
merosak kebahagiaanmu,
Haji Atang
bukan sajak sy tp ambik sajak anak sulung saya
CINTA KEPADANYA
Aku ingin mencintaiMu sepenuhnya…
Sedalam hati tak pernah terselami…
setinggi ego tak pernah terukur
Sejak aku mengenal rasa
cinta itu yang harus hadir…
Dalam setiap detik perjalanan hidup
Perpaduan emosi dan realiti..
Ketika setiap hal dilakukan
harus karena cinta kepada-Nya
Haji Khali
sajak ketuhanan
KILASAN
tak pernah tahu berkali-kali
Di malam yang dingin dan sepi
Dalam gelap aku berbaring
menanti terlelap
begitu banyak kilasan
silih berganti menyinggahi kepalaku
Kilasan peristiwa sudah,
yang sedang berlaku dan
yang akan terjadi
membuatku terjaga jadi cemas
ku cuba usir namun tetap ada
Orang Lama
sajak kenangan
MANUSIA VS SAMPAH
Kita semua tahu apa itu sampah
Sesuatu yang tidak berguna
sudah tidak terpakai kotor jijik
Sesuatu memang layak dibuang
Di mana-mana banyak sampah
Ada sampah berbentuk benda
ada jugak berbentuk manusia
Namun sampah benda masih berguna
kata para pencari sampah
Sebab boleh ditimbang
Dan akhirnya bisa menghasilkan wang
Sedangkan sampah manusia tidak
Ssama sekali ada gunanya
Dan merupakan sesuatu sangat buruk
Bahkan paling buruk dari yang ada
Pak Ngah But
sajak sinis buat penagih dadah
SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011
INILAH AKU sajak oleh anak Haji Atang . Pengucapanya mudah dan ada cerita cinta yang hendah disampaikan, tetapi masih dengan sajak jiwa-jiwa. Apa yang lebih menarik , sanggup menunggu Kekasihannya sehingga oang yang di tunggu dan harap telah menjadi hak orang lain. Malah sanggup Pula menjaga kebahagian orang lain. Kerana sajak anda agak kabur dan sukar ditangkap makudnya sekadar andain saja. Harap maaf, Cuma di sini trpaksa berhenti,usaha lagi(TK)
SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011
CINTA KEPADANYA sajak bertajuk oleh Haji Khali. Pengucapannya juga mudah dimegertikan akan mesej yang hendak disampaikan. Bahawa cinta kita pada Tuhan yang maha esa perlu . Dimana dan dalam keadaan apa sekali pun, segala-galanya cuma berserah kepadaNya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011
KILASAN atau Imbas kembali sajak oleh Orang Lama.Pengucapanya juga mudah ditangkap dan mesejnya juga terang. Bagaimana bila kita menjangkau usia lewat senja. Berbagai Kilasan atau Kenangan kebelakang dan kedepan dan akan datang. Semuanya sering bermain dihati kita , terutama sewaktu mahu tidur di waktu-waktu malam sepi dini hari. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011
MANUSIA VS SAMPAH sajak oleh Pak Ngah But. Pengucapannya bekaitan dengan manusia lawan sampah. Tenyata sampah manusia lebih hina dari longokkan sampah kerana penagihan yang jadi mereka manusia yang tidak berguna bila kena penyakit meagih ini. Tryata lebih buruk dan tidak berguna dari sampah dilonggokkan. Kerana sajak anda agak kabur dan sukar ditangkap makudnya sekadar andain saja. Harap maaf, Cuma di sini trpaksa berhenti,usaha lagi(TK)
aik! ada jgk kayu berduri!
bahaya kayu berduri tu!
aku rasa org teluk kumbar yg akan kena kayu berduri ni
bila baca gambaran 8 ni aku malu duduk teluk kumbar
aik! ada jgk balasan utk org kacau anak dara org ni
takut plak dgr kayu berduri kait
harap2 semua ambik iktibar kisah ni
oh mcm ni rupanya org yg buat kacau akibat
merbahaya jgk kalau kacau anak dara org ni
mcm2 gambaran nabi nmpk
btol ke semua gambaran ni?
mcm mana en nuri tahu psl gambran semua ni?
en nuri reka ke mmg btol gambaran semua ni?
oh mcm ni gambarannya
takut plak dgr gambaran ni
aik! ada jgk gambaran mcm ni
alamak! seram plak gambaran 8 ni
eh! apa lagi gambran seterusnya
brapa semua gambaran nabi nmpk ni?
apa la gambaran yg ke 9 plak?
Catat Ulasan