Isnin, 18 Julai 2011

KETIKA KITA DI SINI DI SANA LAIN




Sajak pilihan arga Cr.


ketika semua sedang asyik
meruntuhkan benteng di tepi sungai
tembok lain sedang terbina
meninggi menguat biar tak ada
yang menembus masuk
ketika engkau lihat matahari
dengan sinaran teriknya
di balik awan itu adalah hujan
menangis menyembunyi dibalik gunung
ketika tidur malam mereka lena
ada jaga menghadap ngeri
berdepan sama realiti dan fantasi
sekali gus ketika membaca ini
jangan sangka kenal jangan cuba
 
 
Oleh: Ustaz Kamarudin
maaf qalam dan en nuri kalau tak keberatan harap terima sajak sy
2011 Januari 5 15:41
 
 
 
 

30 ulasan:

Viger berkata...

ULASAN:

Ustaz Kamarudin dengan sajak bertajuk; KETIKA KITA DI SINI DI SANA LAIN. Maksud pengucapannya ada berbagai cerita dalam hidup ini perlu kita renungi dan
mengambil iktibar. Mungkin di sini kita rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai tetapi saudara islam kita di palastine sangsara berdepan dengan melawan penindasan. Mungkin ketika ada rakyat kita hidup senang tetapi jangan lupa ada lagi yang masih menderita dan sangsara yang enggan mendedah rupa. Begitulah keadaan
kita yang tidak mustahil kalau kita sangka panas hingga ke petang, tetapi kekadang hujan juga boleh turun di tengah hari. Semoga keadaan setabil dan ceria selalu dikurniakan Allah swt. . Amin.

Oleh: Qalam Mutiara.

Nurimanja berkata...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 20 : TARIKH 4/7/201

GAMBARAN 15.

IBLIS kerjanya cuba menganggu manusia .

Nabi Muhamad saw telah dihalang di pertengahan jalan oleh sorang tua yang cuba menahan dan mengemukakan beberapa soalan kepada nabi Muhamad saw sebagai percubaan menyekat perjalanan nabi.
Gambaran peristiwa ini ialah, orang tua itu merupakan syaitan yang cuba menganggu manusia dimana saja berada. kerana syaitan telah bersumpah sebelum Allah menhukumnya, berilah dia peluang untuk mengoda setiap umat manusia terjerumus kejalan yang dilaknati Allah.Syaitan juga boleh brjagai bermacam rupa bentuk dan gaya, malah boleh masuk ke dalam saloran darah hati dan jiwa manusia, kecuali hati orang-orang yang benar beriman, contoh seperti khalifah Abu Bakar Al Sidiq, bila ia melalui sesuatu jalan itu, syaitan tidak akan berani melaluinya lagi.Sebab itulah bila kita duduk berdua terutama teruna dan dara, akan ada orang yang ketiga jadi pemujuk berahi iaitu SYAITAN Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1. Umat manusia sepatutnyalah berwaspada dengan bujukan syaitan yang melakukan berbagai cara dan muslihat ini.

2. Iblis dan syaitan ini mempunyai berbagai muslihat dan cara untuk menggoda dengan tipu daya untuk melemahkan iman manusia,

3. Bersikap istiqamahlah dalam hal ibadat, agar dapat menyekat daripada godaan iblis dan syaitan laknatullah ini.(malah bagi orang yang beriman Iblis cuba mengerahkan segala bala tenteranya untuk menghancurkan hati yang telah kebal keimanan bagi
sesaorang, tuk guru, orang alim, ustaz dan utazah, yang kita dengar berbagai hal belaku hari ini , semua nya tertewas dengan godaan syaitan)

Firman l Quran dalam surah Yassin ayat 60, kira maksudnya;

"Bukankah aku telah memerentahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata,"

bersambung esok. Salinan semula Viger

ustazah hamidah berkata...

JAWAB ABANG DAN KAKAK

kakak berapa umur kakak
enam tahun nanti besar nak jadi apa
jadi doktor kenapa nak jadi doktor
nak tolong orang sakit
nak tolong mak ayah
abang berapa umur abang
lima tahun nanti besar nak jadi apa
jadi imam muda kenapa nak jadi
nak tolong orang ramai
nak tolong mak ayah
bila mak ayah mati nanti
alhamdulillah
semoga kakak dan abang
berjaya capai impian
jadi solehah dan soleh

Ustazah Hamidah
sajak berdialog bersama anak2 sy

Maisarah AN Nisa berkata...

KEKASIGKU SENYUM

kekasihkusenyummu terbayang dimata
hati berdegub merindupertama dituju
berbagi suka dan duka
sekian lama kita berbagi hidup
cinta tidak juga meredup
bersatu melintas badai
namun bagiku belumlah memadai
saat kau tawarkan sebuah ikatan
wajah terukis senyuman
hatiku beranjak menjauh
tapimungkin kau pasangan jiwaku

Maisarah An Nisa
sajak kenangan

Nurul Lisa Kim berkata...

HURUF BESAR

tentangmu selalu ada yang menarik
salah satunya yang mengagumkan itu
juga kebiasaanmu menyerapah satu kata dalam huruf BESAR
biasanya terngiang-ngiang di pelupuk telingaku
seperti baru pulang dan mulai bicara dengan bantal sendiri
tentang ketakutan tak berkesudahan
hingga tertinggal di senja
berdesakan dengan malam
biasanya segalanya kembali
eperti semula tatkala dini hari


NUrul Lisa Kim
sajak simbolik

Srkiandi Juwita berkata...

GARIS MATI


Mengejarmu adalah garis mati
yang mengikatku dalam satu purnama
Sebentar rembulan tenggelam
Tapi di mimpi kau menjelma berbagai lukisan mencipta warna
Seribu malam satu tatap mata
Aku bintang bagi layar dan perahu
lampu itu cahaya senyum menyala
Ada cemara dan pohon bakau
Dimana dermaga kau sebagai penanda

Srkiandi Juwita
sajak simbolik

Nuri Jaguh berkata...

org tua mengambarkan syaitan plak?

Nabil Quldi berkata...

aik! dia sekat nabi plak

Adi Cana berkata...

btol tu syaitan buat apa saja utk rosakan manusia

Brader Joe berkata...

setan ni mmg celaka dia akan rosakan anak nabi adam

Nahul HIdzar berkata...

dia berupa org tua plak setan ni?

Mei Ling berkata...

setan boleh berupa rupanya

Olie Pajutdy berkata...

setan ni semua org dia goda

Ustaz Sahzan berkata...

setan dia goda org imam kuat je org yg dh rosak dia x goda

Madah Pujangga berkata...

selalunya iman yg lemah dpt kat setan la

Pendekar Waja berkata...

kena jaga2 setan ni musuh kita

Tan Sri Yunus berkata...

hrp2 kita x termakan hasutan syaitan

Sohibul Wakdiamin berkata...

qulbai dgn jamil la contoh org yg lemah iman termakan pujukan setan

Muahamd Akmal berkata...

hrp2 kita semua dilindungi oleh setan

Pak Hussin berkata...

setan ni mmg dia akan hasut kita sampai kiamat

Mak Mah berkata...

kena selalu solat bru setan lari

Nurse Lisa berkata...

solat kena jaga bru setan takut

Emily Osman berkata...

setan ni mmg jahat segala yg jahat!

Harimau Berantai berkata...

dia menjelma jd org tua ke?

Bob Kuli berkata...

nabi pun setan kacau rupanya

Panglima Ketot berkata...

mmg berpengajaran kisah nabi ni

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011


Pn. Ustazah Hamidah . Pembicaraa kisah biasa buat kanak-kanak pra tadika . dia akan berkata mengikut keadaan atau masa apa yang dilihat dan ditotonnya dipengaruhi situasi alam sekellignya. Maaf cuma tema biasa di sini terpaksa berhenti (TK)

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Pembicaraannya mungkin nostalgia pada kenangan lama. Yang masih kental dalam ingatan Walaupun kini terasa bergelut dalam kekalutan berlayar bahtera kehidupan.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Pena Utara. berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Sajak kabur pebicaraanya simbolik pada sesaorang yang bergelar, semacam ada ugutan pula rasanya. Bila erngkali berua atau mendenagr kata-katanya. Dalam keadaan kemelut ini sering mejadi serba salah. Sehingga menanti suasana menjadi tenang kembali. Diberi peluang anda layak seterusnya. (SM)

Pena Utara. berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN KEDUA JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Pembicaraan bagaikan tiak terdaya mengikut apa yang hendak dikejar. Berapa lama lagi mesti mentaati sehingga terbawa dalam mimpi. sebagai seorang yang boleh diharapkan.Maaf cuma di sini terpaksa berhenti (TK)