Memaparkan catatan dengan label satu sinis tajam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label satu sinis tajam. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

BANYAKNYA RUNTUH




Sajak pilihan aga CR.

Ada durian runtuh
tanah runtuh
jambatan runtu

stadium runtuh
bangunan runtuh
sekolah runtuh
masjid runtuh
gerai runtuh
bangsal kereta runtuh
stesen bas runtuh
menara runtuh

kes runtuh begitu heboh
ramai yang berseloroh
negeri itu bakal runtuh?
berdiri teguh
bercerai runtuh

akhlak runtuh?
kenapa kurang heboh?
tak macam jom heboh
runtuh tetap runtuh

berdiri megah sesuatu bangsa
kerana tinggi akhlak mulia
menjadi kuat sesuatu negara
kerana penyatuaan rakyat jelata

 
Oleh: Ustaz Muda
Kedah
20.4.201/2010 April 28 15:36




Isnin, 18 Julai 2011

KETIKA KITA DI SINI DI SANA LAIN




Sajak pilihan arga Cr.


ketika semua sedang asyik
meruntuhkan benteng di tepi sungai
tembok lain sedang terbina
meninggi menguat biar tak ada
yang menembus masuk
ketika engkau lihat matahari
dengan sinaran teriknya
di balik awan itu adalah hujan
menangis menyembunyi dibalik gunung
ketika tidur malam mereka lena
ada jaga menghadap ngeri
berdepan sama realiti dan fantasi
sekali gus ketika membaca ini
jangan sangka kenal jangan cuba
 
 
Oleh: Ustaz Kamarudin
maaf qalam dan en nuri kalau tak keberatan harap terima sajak sy
2011 Januari 5 15:41