Jumaat, 1 Julai 2011

KELDAI




sajak pilihan warga Cr.


keldai yang berlagak pandai
tidak bisa menari disalahkan lantai
mengadap pelangi mendabik dada
berjaya menambat si anjing betina
diharap dapat mengusir gerhana
pelangi tetap indah meninggi
dulu menggesel di hujung kaki
naga sudah bertahta
habis retak segala permata
hati keldai diisi iri
walau telah mencapai mimpi
menjilat hampas terasa lazat
manakan dapat dirasa kelat
keldai masih berasa hebat
pada semua tepukan khianat
 

Oleh: Datuk Borhan
jam 5ptg
di halaman rumah/2010 November 11 20:23

 


30 ulasan:

Viger berkata...

Qalalm berkata...

Sajak nukilan Datuk Bohan ini dengan tajuk sinisnya KELDAI berbau politikus sadikit;
cerita kebodohan yang amat sangat dilakukan oleh sang keldai yang berlagak terlebih pandai
sehingga tidak pandai lagi, bila cerita kian banyak orang ramai ketahui. Itupun mahu melenting lagi,
cabar mencabar, kekuatan masih ada, masih berkuasa dan jangan siapa berani cuba mengganggu gugat pula.
Akan dihalau seperti kerbau gila. lihat siapa yang jadi mangsa, kawan makan kawan dari keldai gila mambuk kuasa. Yang sering menjanjikan apa saja untuk kepentingan dirinya.Itulah cerita keldai tua yang tungu hari untuk rebah kerana terlalu banyak main helah. Semoga cepatlah begitu . Amin.

Oleh: Qalam Mutiar11 November 2010 3:43 PM

Nurimanja berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________

Siri Ke enam

KEDUA sahabat Syakir itu pun pergilah mengintip berhampiran istana, Alangkah terkejutnya mereka bila mereka berdua mendengar suara tangisan dan sendu yang begitu menyayukan hati. Keduanya juga telah mngalirkan air mata kerana tidak tahan mendengar tangisan pilu itu.

Setelah mereka bedua bertanya khabar sambil berlenangan air mata, seorang daripada pengawal di istana itu menceritakan dengan sebak dan sendu yang cukup mengaharu birukan hatinya.

“Tuan hamba berdua ingin tahu? Kami bersedih kerana tuan Puteri Dan Dan Kasturi koma dipatuk ular berbisa semasa bermain di taman surga loka bersama dayang-dayangnya, sehingga kini tidak ada seorang pun dukun yang dapat mengubatinya” Kata pengawal istana itu.

“Oh! Begitu keadaannya, barulah hamba berdua faham. Terima kasih ,hamba berdua akan cuba mencaridukun yang mahir untuk membantu tuan putri Dan Dan Kasturi itu,” Jawab sahabat sang ular dan sang katak pula menganguk-angukkan kepalanya. Kemudian mereka meminta diri untuk beralu,

Sesampai tempat penginapan mereka. Syakir pun bertanya dengan kedua sahabat jelmaannya, Apakah berita yang mereka dapat atau mengetahui menyebabkan keadaan di luar istana menjadi suyi dan sepi. Lantas diceritakan oleh dua oang sahabat jemaanya itu akan keadaan yang sebenar.

Maka hati Syakir pun terasa ingin meronta-ronta untuk melihat akan keadaan tuan puteri Dan Dan kasturi itu dalam kadaan gering yang amat sangat. Ia cuba mencari jalan untuk masuk ke Istana tuan putri itu. Lama dia bermenung.

Akhirnya sahabat jelmaan sang ular sawa batik jawa memberi cadangan kepada Putra Syakir dengan menyamar Sebagai dukun di raja dari negeri matahari naik. Pada mulanya Putra Syakir bimbang kerana dia tiada kepakaran untuk mngubatinya, tetapi atas desakkan sahabat jelmaannya sang ulasr sawa batik jawa. Lalu ia pun bersetuju.

“Inilah masanya untuk hamba membalas jasa dan budi Putra Syakir!” Bisik hati kecil sahabat jelmaan sang ular sawa batik jawa sambil tersenyum.

BERSAMBUNG.

PENYAIR AGUNG berkata...

GUGUR SANG PEJUANG

kita pernah mendaki puncak
bersama sisipan senjata
buat bekalan menelusuri tanah juang
Di sebalik kegelapan malam
gelisah sering bertandang
Kerana khuatir jerkah sang musuh dan jerangkap samar
Langkah harus waspada
namun apakan daya
ketika kita berjaya menawan puncak
si musuh keparat membuat angkara
darah merah membuak-buak keluar
seakan tekad sentiasa tegar
sebagai pembela maruah bangsa.
bila kamu gugurmbukan sebarang
kerana namamu tetap dijulang.

PENYAIR AGUNG
sajak simbolik

Diana Sanubari berkata...

LAUTAN KATA

Lautan kata tak terseberang
Menanti berhutang pada negeri
Biarkanlah kami Mengarungimu
Karena diharimuKami mencari
Siapa kami Siapa mereka
Siapa kita siapa semua empunya

Diana Sanubari
pinjam sajak ayah

Pak Ngah But berkata...

KUMPUL HARTA SEMENTARA SEMPAT

kumpul harta sementara masih muda
sementara masih berdaya
rebut peluang yang ada
usah tinggalkan sisa
usaha sepenuh jiwa
buat bekalan hari tua
semua tersedia depan mata
tunggu mahu rebut sahaja
harta bukan sebarang harta
harta dunia semua suka
harta akhirat usah dilupa
harta dunia indah sementara
harta akhirat kekal selamanya
harta dunia gelapkan mata
harta akhirat penerang jiwa
harta dunia ramai terleka
harta akhirat penyelamat segala
harta dunia tiada salahnya
harta akhirat jadi sandarannya
rebutlah keduanya dunia dan akhirat

Pak Ngah But
sajak nasihat

Siti Hajar berkata...

LARA DI DADA

Mudahkan hidup
terangi hariku dengan hadirnya
Cahaya mentari menerangi putih
Menepis kegelapanramaikan kehidupan
Menghilangkan kesunyian
Saatku temukan satu tujuan
menuntun langkahku dengannya
Menggenggam sayap dalam kesepian
Akanku cipta satu kisah tentangku
Mungkinkah harapan untuk meredakan
Segala laraku yang merasuk di dada…

Siti Hajar
sajak kesedihan

Julia berkata...

ada org nangis plak bekalang istana?

Rembulan Senja berkata...

eh! ada puteri kasturi plak?

Emily Oman berkata...

dia nk manyamar jd dukukn ke?

Atan Yahoo berkata...

eh! jd dukun plak syahir ni? hahaha

Putera Damien berkata...

mcm mana cara dia nkubat puteri tu?

Pak Haji berkata...

eh! bisa ular nk rawat mcm mana?

Zain Issac berkata...

dia ada kebolehan ke nak rawat org?

Nuri Jaguh berkata...

eh! apa la muslihat syahir kali ni?

Abang berkata...

dorg pandai2 je suruh syahir boleh ke?

Nuri Kecil berkata...

eh! syahir nk jd dukun ke? hehe

Irham Kesuma berkata...

eh! mcm mana dia nk rawat puteri tu?

En Sanusi berkata...

mcm mana nak kluarkan bisa ular ni?

Jalil Janggut berkata...

nnt kena tangkap syahir ni bru dia thu pandai2 nk menyamar

Guest berkata...

apa agaknya akan berlaku nnt

Cikgu Zuki berkata...

boleh ke dia selamatkan puteri tu?

Ustaz Sahzan berkata...

hrp2 dia x gagal mcm abang dia

Puan Rosnah berkata...

boleh ke dia nk mnyamar ni?

Mat Noh berkata...

makin menarik plak cerpen ni

Dayang berkata...

wah! byk plot jgk cerpen ni best2

Panah Arjuna berkata...

x sabar nk thu apa akan berlaku?

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


PENYAIR AGUNG dengan sajaknya GUGUR SEORANG PERJUANG. Pengucapannya agak bersemangat. Pitrotik tema berjuang Pembcaraannya mungkin pada kisah pada seoarng perjuang kemerdekaan atau politik, jika seorang tumbang sepuluh pasti akan bangun. Kerana setiap perjuangan keana agama , bangsa dan negera tetap akan dikenang dicatantan sejarah dan begitu sebaliknya jika jadi pengkianat negara juga akan dikenang. Apapun layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Diana Sanubari dengan sajak ayahnya LAUTAN KATA . Pengucapannya agak bersahaja dan ada sadikit rasa sinis, tema agak bercelaru, tidak punya pengkususkan. Terlalu menyeluruh. Kami sukar menangkap maksud ,Apa pun kisah pribadi dan perjuangan hidup si penulis yang dalam delima menilai tujuan untuk siapa , diri, negeri, mereka, siapa yang empunya.dari intro, isi dan penutup ternyata univesal. Harap maaf, cuba lagi lain kali. Cuma di sini sajak anda terpaksa berhenti. (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


LARA DI DADA oleh Siti Hajar. Penceritaanya agak mengelirukan penucapannya. Masih samar
Menangkap maksud yang hendak disampaikan. Dimana kesedihan yang boleh mengambarkan cerita yang hendak disampaikan? Terlalu umum dan peribadi nampaknya.Kerana persaingan hebat, sajak tema kecewa dan jiwa-jiwa terlalu banyak diutarakan, kini terpaksa diketepikan sementara. Harap maaf usaha lagi lain kali. (TK)

Mentari senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


KUMPUL HARTA SEMENTARA SEMPAT, Cerita mudah dan ada pengajaran dan penuh nasihat. Rajin mencari untaian kata, ada daya kreatifnya. Tema nasihat yang berguna buat pembaca. Walaupun irama ulangan baitnya terlalu banyak di pangkal kata tentang harta.. Apa pun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (TK)