Khamis, 7 Julai 2011

RASA YANG TERTIPU




sajak pilihan warga CR.

Rasa tak pernah tipu
Perasaan selalu jujur
Kalau itu yang aku rasa
Aku tulis Aku luah
Kenapa malu nak menangis?
Kenapa segan nak mengaku dosa?
Tapi beria-ia meluah cinta
Kau aku kita sama
Mungkin banyak dosa dari pahala
kau ada cinta atau nafsu beraja?
Syurga, neraka kau pilih yang mana?
Kalau syurga kenapa himpun dosa?
Kalau takut neraka
kenapa sinis pada pahala?
Kau mengadap kiblat kau angkat doa
Kau ingat ini suka-suka?
Jangan cakap kau sedar
Tapi tak tau apa yang tak kena.
Antara nikmat dan dosa
Antara cinta dan nafsu
Aku keliru atas dasar apa
aku harus menilai
Perasaan itu datang dan pergi
Sujud dan tafakur silih berganti
Lantai dunia sepi keagungan Illahi
bukti Saat segala taubat terhenti


Oleh: Pak Bostamam
Kedah Utara Tanah Air
11malam/2010 November 3 21:32





30 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:


RASA YANG TERTIPU Sajak berbau politik juga kali ini oleh orang lama dan penuh berpengelaman oleh Pak Bostaman membicarakan tentang seorang yang masih berbangga dengan kerja yang dilakukannya, malah tetap enggan mengaku diri salah atau tidak betul, malah akan mahu terus bermengah dengan
sikap penduhakaannya dan sikap kekejiannya, malah bagai idak takut dengan dosa atau kemurkaan IIlahi. Bagaimanakah untuk menilai syurga atau neraka.

Kerana mengisi hawa nafsu dengan kemabukkan ingin berkuasa, Dan siapa kau, mereka, aku akan perkena, demi cita-cita yang membara di hatinya, tiada siapa
boleh menghalang, biarpun pecah tembelang.Demi mencapai cita-cita berjuang untuk berkuasa. Malaikan Allah sahaja yang mampu untuk memberhentikannya. Amin.

Oleh: Qalam Mutiara.
3 November 2010 3:49 PM

Nurimanja berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________

Siri Ke duabelas.

Berapa lama dalam perjalanan itu Putra Syakir telah singah di sebuah negeri yang mana penduduknya semua dalam ketakutan.Syakir menjadi hairan memekirkannya. Tidak ada wajah yang senyum malainkan dalam keadaan muram durja sahaja.
Lama syakir memekirkannya.

Lalu dia singah di sebuah warung minuman di pingger jalan itu untuk berhenti rehat seketika. Setelah pesanan minuman di minta. Pelayan itu juga bagai berat mulut untuk berkata, semuanya semacam dalam berkeadaan sedeh, takut dan curiga.

Di perkapungan bermuram durja itu orang ramai yang sedang bermuram durja ke atas kehilangan Putra Syahir selama ini menjadi tekejut dan mengerumuninya. Dengan tempek sorak, mereka seolah telah bertemu semula dengan seorang Putra di raja yang menyelamatkan kampung mereka dahulu dari serangan naga kepala tujuh telah pun kembali.

Gendang dan gong pun dipalu oleh penduduk kampong dengan tempek sorak menyambut kepuangan orang yang dihormati. Sekejap sahaja berita kepulangan Putra Syakir yang mereka sangkakan Putra Syahir itu sampai ke pengetahuan orang Istana dan ke telinga Puteri Rabulan Senja yang sangat merindui pemergian suaminya yang tercinta.

Dengan penuh penghormatan dan kegembiraaan para pengawal istana pun datang memberi tabit homat serta menjemput Putra Syakir ke istana tuan puteri Rambulan Senja. Dengan terpingga-pinga Putra Syakir diirengi menuju ke istana . Hati menjadi kacau bilau dibuatnya.

Putra Syakir cuba mencari cerita sebenarnya apa yang telah berlaku ke atas abang sulung sekembarnya Selama ini. Dia mula dapat menangkap ahawa abang sulung kembar seirasnya pernah berkawin dan menjadi orang terhormat di dalam negeri ini. Mungkin ada jasa yang telah dilaksanakannya. Lama dia termenung.

Dia mengkagumi melihat suasana Majlis meaikan kepulangannya yang mereka sangkakan dia saudara abang sulung kembar seirasnya. Putra Syakir beberapa kali menjadi kekok dan tersasul jadinya Bebrapa pengawal terpaksa membantu dan menunjuk jalan mnujuk ke istana uan Putri Rambulan Senja yang sedang menanti di itana itu.

BERSAMBUNG.

Zainal Arifin berkata...

SEMUA TELAH SIAP

Semua sudah dicetak ditulis dicatat
Dikumpulkan diperbanyak dijilid
Begitu sangat rapi
Semuanya sangat terperinci
Kata per kata begitu jelas
Tahap demi tahap telah disiapkan
Semua sangat mengagumkan
Dari rencana A sampai rencana B
bahkan Z semua Jelas sekali
Terperinci lengkap siap dilaksana
Kalau ada yang mahu melaksanakan

Zainal Arifin
sajak simbolik

Ustaz Zulkarnain berkata...

ANUGERAH UNTUK RABIAH

Kau bagai seorang abid
Yang sering rindukan munajat
dalam nafas reda dengan jihat
untuk menagih simpati
biar tikar lusuh pendamping setia
asalkan kau tak terpukat
dengan gemercik pedang durjana
tak serik memancing muslihat
di ufuk kamar mega syahdu
dalam dakapan kerinduan
antara hamba dengan Zat yang Mulus.
Hingga dinihari masih tekal
"Lailahailallah Muhammad Rasullah"
sedangkan kolam matamu
acapkali berkaca di kala diutus
seutas zabarjat milik syurgawi
buat anugerah untukku Rabiah.

Ustaz Zulkarnain
sajak ketuhanan

PENYAIR AGUNG berkata...

DIA ADALAH

Dia adalah rantai penghubung
Antara dunia ini dan akan datang
Dia kolam air manis jiwa kehausan
Dia adalah sebatang pohon tertanam
Di lembah sungai keindahan
Bagi hati lapar yang mencari.
Dia adalah seekor burung
Menyejukkan jiwa dalam kedukaan
Menaik semangat alunan melodi indah
Dia sepotong awan putih langit
Naik mengembang memenuhi angkasa.
Kemudian mencurahkan kurnia
di atas padang kehidupan.
Membukakelopak bagi menerima cahaya
mengajarkan semua menjadi seniman

PANYAIR AGUNG
sajak buat en nuri

Mat Noh berkata...

CERMIN TELAGA

Bercermin pada telaga
Tanpa terasa dalam keruhnya suasana
Menunggu dalam dua musim berganti
Bulan berbaring disana
Dalam malam lindungan mega
Buta langsung pilihan tak terduga
Entah apa yang terjadi
Terasa tak menent
panik dalam pelukan waktu
Tersenyum kepada alam

Mat Noh
sajak kesedihan

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG


Sajak En. Zainal Arifin bertajuk SEMUA TELAH SIAP. Pengucapannya simbolik pada kerja yang di andaikannya telah siap dan lengkap untuk disahkan penerbitannya sebagai sebuah buku
yang sempurna untuk diterbitkan, kini cuma menunggu meminta kebenaran dan kelulsannya.Sekadar andian sahaja. Pembicaraannya terlalu umum tidak dinyatakan temanya. Menjadi kabur dan sukar untuk menangkap maksudnya. Apa pun Thahniah! Kerana berjaya sampai juga anda ke penghujung sayembara. (SM)8

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG

ANURAH UNTUK RABIAH oleh Ustaz Zuikarnain kini mengetengahkan dengan puisi ketuhanannya. Nyata Pengucapannya berkisar kepada seorang solehah atau pun mereka yang berjiwa mursik. Cinta pada rabani lebih dari segala-galanya , sama ada duduk berdiri dan baringnya. Sentiasa zuhud dan tidak perlu kemewahan jika semuanya boleh melupakan akan segala.Itulah anugerah yang sukar didapati melainkan buat mereka yang benar-benar terpilih oleh Allah swt. Thahniah! Kerana berjaya sampai ke kemuncak hujung sayembara ini. (SM)1

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG

Sdra. Panyair Agung dengan sajaknya betajuk: DIA ADALAH . Penguapanya ada daya kreatif ternyata pada susunan ungapan dan bait-bait puisinya saja, rasa kepuitisannya sadikit longgar nampaknya.Pembicaraanya pada tema dunia penulisan terkini agaknya buat orang tertentu. Apa pun ramai yang menulis melalui blog ini, Cuma Cr. ini bernasib baik digemari. ini semua secara kebetulan dan tidak disengajakan, kata en nuri: sekadar suka-suka menjana minda meniti ke usia senja. Thahniah kerana sampai juga ke penhujung sayembara kali ini (SM)7

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG

Sdra. Mat Noh masih menyambung puisi-puisi kesedihannya yang kian parah dan menyeksakan. Kini dengan tajuk CERMIN TELAGA. Pengucapannya ada daya kreatif yang tinggi dan puitis. Pebicaraanya kali ini agak kabur dan mengelirukan.Cuma kadar andaian boleh juga dimaksukan pada cerita peribadi dan politik terkini. Thahniah kerana terpilih dan sampai juga ke penghujung Sayembara kali ini. (SM)5

Salina berkata...

huh! untung dia disambut mcm tu hehe

Saudagar Emas berkata...

aik! tiba2 dia diangkat plak

Qalam Musoffa berkata...

eh! kembar seiras ni bahaya

Emily Osman berkata...

ha! mcm mana la puteri rembulan senja kenal ke laki dia?

Balqsih berkata...

agaknya puteri tu tahu x bukan laki dia?

Petualang Tiga berkata...

hbis la syakir org dh salah anggap

Ezad Emir berkata...

takut bini syahir plak dia ambik? hahaha

Kembara Budiman berkata...

dia x cerita ke yg dia ada kembar?

Mr Casanova berkata...

aik! sekali dia ke kamar bini abang dia la... hahahaha

Muahamd Rabbi berkata...

alamak! hbis la puteri rembulan senja ingat dia syahir nnt

Ali Conan berkata...

makin menarik jgk cerita ni

Comel berkata...

sambung lagi best jgk

Raja Muda berkata...

harap2 dia beritahu perkara sebenar

Lelangit Biru berkata...

puteri rembulan senja x cam ke bukan laki dia?

Zainal Arifin berkata...

moga2 syakir x ambik kesempatan ke atas bini abang dia... hahahhaa

Tok Mahat berkata...

xkn la dorg xthu tu syahir kembar seiras sgt ke?

Maisarah An Nisa berkata...

apa agaknya akan terjadi nnt?

Zuraifah berkata...

aik! dia xthu ke tu bukan laki dia?

Nuri Jaguh berkata...

kalau check cap cari baru dorg thu dia bukan syahir.. hehe

Roslan Bidin berkata...

boleh tahan jgk jalan cerita ni