Khamis, 14 Julai 2011

KERANA SATU KURUSI



sajak pilihan warga Cr.


Kerana satu kerusi
kawan jadi lawan
kawan makan kawan
kawan jadi buta
kawan jadi duri
tiada lagi ketawa mesra
tiada lagi tangisan hiba
tiada lagi sapa menyapa
tiada lagi bicara sesama
kerana satu kerusi
nyamuk di sana jelas
gajah di hadapan kabur sahaja
pantang terkurang pantang terlebih
sejelasnya jadi tontonan
jadi bahan jadi tohmahan
jadi caci jadi tempelak
memang dasar tempayan
mana mungkin ditutup mulutnya
memang adat manusia
mulut pasti menutur kata
kerana satu kerusi
siapa jadi arang
siapa jadi abu
siapa bersinar terang
mana pergi si jebat
mana pergi si tuah
yang ada cuma panglima ketot
pantang nampak hidangan manis
habis dijilat sampai licin
pak kaduk jua jadi ikutan...


Oleh: Sulaiman Embong
Buat rakan sepejuangan/2010 Julai 7 15:02





31 ulasan:

Viger berkata...

ULASAN:

Dulu telah diulas oleh en nuri ,mungkin terdelek. apa pun terserah pada ahli Cr
membuat ualasan dan andaiannya. Agakmudah maksud yang ingin disampaikan oleh
sudara Sulaiman Embong.

Geletek Petang. berkata...

Pembangkang pesong niat Bersih

KUALA LUMPUR 9 Julai - Penglibatan pemimpin pembangkang yang membawa agenda 'reformasi' semasa menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara jelas memesongkan tujuan utama perhimpunan itu diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda yang dilaungkan itu dilihat lebih menonjol berbanding apa yang disuarakan mereka mengenai tuntutan Bersih sebelum ini.

"Dalam insiden yang berlaku, jelas kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran. Penganjur perhimpunan hilang peranannya dan gagal mengawal keadaan."

Bukan lagi soal SPR yang timbul tetapi sebaliknya penglibatan pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

"Mereka terus menerus melaungkan reformasi dan mencetuskan kacau ganggu. Perhimpunan ini ternyata hilang arah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang telah tercetus," di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan pembangkang yang berterusan membohongi rakyat termasuk tergamak mencetuskan huru-hara cukup dikesali dan mereka langsung tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap masa depan negara.

Mereka, jelasnya, ternyata mempunyai tujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan serta bermatlamat agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

Pembangkang mahu Malaysia dilihat sebagai tidak stabil dan akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik.

"Justeru, kerajaan akan tetap mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan menggunakan segala peruntukan sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, penyertaan penyokong Bersih dalam perhimpunan haram jelas menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menghuru-harakan negara dan mengharapkan mereka ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

"Kita bersyukur kerana polis berjaya mengawal keadaan dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi."

Segala tindakan ini berjaya menghindari daripada berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

"Saya juga bersyukur kerana pihak berkuasa telah membuat siasatan yang rapi dan menjalankan tugas dengan sebaiknya termasuk berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan-bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya dalam perhimpunan hari ini," tambahnya.

KOMENTAR

PEMBANGKANG seperti harimau yang terluka, bertambah luka. Apabila perhimpunan yang konon tiga ratus ribu tak cukup stadium. Kini cuma 6,000 orang saja yang ikut serta, Sama juga dengan cerita 16 september.Bertambah peleh Bersih ada pula Takbir dan Refomasi pakah jadahnya mereka ini dengan Bersih .Kini rakyat ternyata dapat menilai maksud yang tersurat dan tersirat. Niat jahat ingin meniru budaya Negara Thailand. Berharap niat jahat pembangkang patut dibayar dengan undi tidak percaya pada pilahan raya umumakan datang. Rakyat patut ajar mereka yang Mengunakan nama rakyat untuk kepentingan parti mereka. Termasuk parti yang mempergunakan agama Islam. bukannya mengikut ajaran Islam melarang umatnya berpecah belah. Allah tidak akan merastuinya..

Ku Dania berkata...

LAMUNAN PILU

Merenung di ujung lamunan yang pilu
sejenak teringat kata2 kau ucapkan
yang meluluhhatiku…..
saat terakhir aku mendengar suaramu
padahal waktu sungguh ku lagi rindu
dengan suaramu kedengaran merdu
lalu kau berkata padaku
lupakan saja diriku
karena aku bukan milikmu
ku terlahir bukan untukmu


Ku dania
sajak pisah dgn bf

Mona berkata...

MALAM KELMARIN

aku ingin kembali malam kemarin
pada malam yang tak ada dingin
aku kini dibelenggu waktu itu
hingga tak bisa pagi ini datang
betapa inginnya aku kembali
melihat keramaian dari jembatan layang dan berbincang-bincang sampai lupa waktu kasihku,
mungkin mimpi kita terlalu indah
karena ternyata berjanjilah
nanti saat kepastian datang padaku
seperti malam kemarin

Mona
sajak simbolik

Puteri Bunian berkata...

SUCIKAN HATI

Sucikah hati murnikah jiwa..
Bila hati selalu gundah gulana
Bimbang akan dosa lama tak kunjung
Desir angin ratapan malam
Gemuruh hujan deras air mata
jiwa yang tersayat luka..
Kerinduan setiap detak jantung
hela nafasku dahagaku akan dalam setiap tetes darahku,
denyut nadiku jiwaku terasa hampa
Tetaplah bersamaku tak lagi berjiwa

Puteri BUnian
sajak simbolik

ZUraifah berkata...

AIR MATA BASAH

air mataku basah berlumuran
di hari-hari tangan ini
tak lagi dapat menahan kesedihan
Biarlah kisah ini
kusimpan dengan setia
Di dakapanku sambil aku
Berjalan tegar di lemahnya

Zuraifah
sajak sedih

Salina berkata...

ravi ni asyik sajak sedih je

Abul Hassan berkata...

ravi ni kalau tension jd sami berhenti la

Wasiril Aswad berkata...

huh! ape sedih2 ni ravi

Ezad Emir berkata...

ravi dgn mat noh asyik sajak sedih je

Ungku Zubir berkata...

kesian pun ada aku baca sajak ravi ni

Bos Kacak berkata...

pokok tu jelmaan kot?

Lukiee berkata...

rasanya pokok tu org kena sumpah kot?

Mr Casanova berkata...

pokok mana en nuri yg paham en nuri? sy nk pegi ptg ni nk tgk2 jer

MOna berkata...

pokok tu mmg misteri

Datuk Hasbi berkata...

entah2 ada pontinanak kot bertenggek atas pokok tu

Petualang Tiga berkata...

mcm mana pokok tu boleh paham pelik

Ustaz Rahman berkata...

pokok tu kalau tahu kat org kaki nombor hbis la dipuja nnt

Badrolshah berkata...

pokok pisang ke? selalu pokok pisang mmg berhantu

Jengking Perak berkata...

pokok pisang? sah tu hantu pokok pisang

Raja Muda berkata...

ada lagi ke sampai skrg pokok tu en nuri?

Roslan Bidin berkata...

kenapa en nuri x hantar kat majalah mastika msti dorg tulis psl pokok ni

Panglima Ketot berkata...

pokok tu ada penunggu la

Geletek Malam berkata...

x sangka ravi boleh menang

Mr David berkata...

ravi org indai pertama menang! tahniah!!!!

Mr Tan berkata...

india ada cina pun ada menang mmg 1 malaysia la

Viger berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa
cuba lagi.(TK)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa
cuba lagi.(TK)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011



Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa cuba lagi.(TK) Apa pun saya cuba letak (SM) di kepala sajak atau tajuknya.lihat dalam UPSCR2. Saya tidak dapat ulas banyak kerja Jalal boleh lihat (SM) .VIGER

Viger berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa cuba lagi.(TK)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRARASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

Semua sajak hari ini tidak ada yang diletakan oleh Mentari Senja (SM) melainkan (TK) semuanya. Sebab kebanyakkan bertemakan jiwa-jiwa, fantasi dan perasaan. Harap maaf tepaksa cuba lagi.(TK)