Selasa, 26 Julai 2011

LAKUKANLAH TAUBAT NASUHA



 di masjid nabawi tempat mengampun dosa.


Bila diri terasa terlalu banyak melakukan dosa-dosa
Sama ada sengaja atau terlupa terjebak  bersubahad
Eloklah pergi ke masjid nabawi bertaubat kepada allah swt
Sama ada dalam bulan ramadan , saaban dan sebelumnya
Disitulah memohon ampun mengaku melakukan dosa mereka
Jika benar mereka orang-orang yang berkata mereka beriman.


Sebenaranya mereka ini orang yang menerima keraguan
Tanpa disedari atau tidak sengaja telah terjebak dirinya
 dengan rela melakukan banyak dosa-dosa  yang fasik
Jikalau  mereka ikhlas dan kesal pasti akan diterima Allah swt
Sesungguhnya Allah amat mengetahui akan segala  sesuatu
Allah juga boleh menerima taubat dan mengazabkannya.


Justeruitu jangan sebuk mengabil tahu kisah orang lain
Perlu nilai akan harga diri kita sendiri terlebih dahulu
Kerana ada orang datang ke masjid dengan niatnya lain
Cuma sengaja mahu memecah belah perpaduan umat Islam
Berbagai cara dan helah mereka lakukan seperti Abu Amir
Demi  menjayakan agenda jahat  yang akhirnya mati dikutuk.


Oleh: Nurimanja
Catatan Sajak terbaru kuliah subuh.
Tanggal  26 julai, 2011.  Jam tujuh pagi hari.





45 ulasan:

Pena Utara berkata...

ULASAN:


cuma petekan maksud!

sajak ini meningatkan kita pada zaman nabi dahulu ada orang
yang mengaku islam, tetapi enggan untuk pergi berperang di medan perang. ada setengahnya cuma diam di masjid saja.

apa pun ada seorang daripadanya bernama abu amir, niatnya hanya
mahu memecah belahkan islam.tetapi buat mereka yang benar sedar
dan isaf akan kecelaruan minda ini, eloklah bertaubat nasuha
di masjid nabi atau nabawi di madinah.tetapi biarlah taubat itu
yang benar-benar ikhlas. kerana allah itu amat maha mengetahui.
amin !

oleh: Qalam mutiara.

Nurimanja berkata...

2.ISRAK DAN MIKRAJ FASA 2. 7/7/2010

2.2.1. Setelah melalui lapisan langit yang ke tujuh, Nabi Muhamad saw melihat berbagai
sehingga nabi dibawa ke Sidratul muntaha . Disinilah nabi Muhamad saw dapat melihat akan wajah malaikat Jibrail yang sebenarnya

2.2,2, Nabi juga dibawa melihat syurga yang lapan tingkat dan neraka tujuh tingkat. malah nabi juga diperlihat dengan penghuni masuk syurga dan penghuni masuk neraka Malah kebanyakkan penghuni orang masuk syurga ini terdiri daripa orang mikmin dan penghuni masuk neraka pula kebanyakkannya kaum wanita.

2.2.3. Nabi juga dimikrajkan sehingga sampai di satu tempat yang dinamakan "Mustawa" sehinggalah telinga nabi terdengar Qalam yang menulis di Luhil Mahfuz. nabi naik lagi sehingga ke Arasy dan disinilah nabi bermunajat dengan Allah swt.

2.2.4. Makan kemuncak dari Israk dan Mikraj ini, adalah keperluan ibadat solat. Pada mulanya ibadat solat ini difardhukan seanyak 50 waktu. tetapi di atas nasihat nabi Allah Musa,nabi berulang alik meminta Allah mengurangkan sehingga menjadi lima waktu sahaja seperti yang dikerjakan pada hari ini.

BERSAMBUNG lagi.

Maisarah An Nisa berkata...

SELAMAT TINGGAL

Kau datang dikala hatiku tidak siap
Takut mencoba kadang berpikir,
Apakah kau diluar jangkauan
hanya aku harus berpaling,
menjauh darimu atau
harus persiapkan hati untukmu?
Waktu telah berlalu.
Tiada kutemukan hasrat menggapai
Tangan tak lagi berusaha
Sempat hatiku enggan melepaskanmu,
Namun kini kuberanikan diriku,
ucapkan selamat tinggal.

Maisarah An Nisa
sajak kenangan dulu2

Emily Osman berkata...

INGIN CARI SINAR

ingin mencari sinar cahaya
terkapai di sudut gelap
pekat hitam berkilat
arah tak nampak cangkuk berselirat
melemah saraf urat luntur kudrat
terpandang ada wajah hitam
menghantui sepanjang jalan
menyeringai mencebik sinis
menggetarkan setiap langkah
tiada mampu terlangkah
disuruh aku mengalah cari sinar
tapi mujur ada suara halus
sentiasaberbisik dangan suaralembut
membenam ke dasar hati
menyuruhku jangan lelahdan mengeluh
dari mencari sinar cahaya itu

Emily Osman
sajak pengalaman dalam mimpi sehari sebelum memeluk islam

Siti Hajar berkata...

KITA MEMANG BODOH

memang kita bodoh tak cukup pandai
tapi aku bukan bangang
sentiasa mmandai perasandiri pandai
mengikut baghal zahir bagai kancil
hadir penuh akal selirat muslihat
sayang diri terjerat termakan tuan
sia-sia kerana ilmunya
cuma setitis tinta
macam mana nak celik mata
cuba pandang dirimu juga kelilingmu
belajarlah terima hakikat
kita sememangnya bodoh
kerana itu wajib ilmu dituntut
sampai mata tertutup

Siti Hajar
sajak nasihat

Nurul Lisa Kim berkata...

JANGAN DEDAH

kupinta usah ditayang lurah dadamu
betis buntingmu solid bodimu
badan kerenggamu tolonglah aku
tolonglah kami semua
lelaki-lelaki lemah iman
lelaki-lelaki bermata telus
mata suka pemandangan indah
pada sekujur tubuhmu
jangan dedah lagi
jika kainmu tiada cukup
aku rela dermakan minta pada aku
aku pasti tunaikan
labuhkan apa terdedah
lenyapkan dari pandangan
itu sahaja aku pinta

Nurul Lisa Kim
sajak buat kwn sy yg suka pakai seksi2

Mawar AHrum berkata...

ATAP

kau lindung kami dari hujan badai,
dari panas mentari,
kau menamabah elok rumah kami,
kau menpayungi kami sepanjang hari,
jadi pelindung yang baik,
buat kami merasa aman selalu nyaman
jangan terus bermimpi tinggi hati,
jangan pula lupakan kami,
selalu ada tiang yang menyokongmu,
selalu ada dinding menguatkanmu
ada pewarna yang memperindahmu,
bila usia telah memakanmu,
saat yang tepat tuk menggantimu,
namun jasa dan pengorbananmu,
kan ku ingat selalu,

Mawar Harum
sajak sedih apabila ayah ingin mengantikan atap yang baru sedangkan atap yg lama byk berjasa

Qu Yasmin Davidson berkata...

JIKALAU

jikalau tak sanggup gapai bintang
tak sanggup sambut mimpimu
tak sanggup bernafas untukmu
Langit hatiku semakin sunyi
Bersama butiran air hatimu
Dalam gelap jiwaku
Ku hanya bisa meraba dan mencarimu
Tanpa ku tak tahu ada dimana
Menghilang sebagai sinarku
terangi jalan cintaku selamanya
Aku disini Dengan sejuta kenanganmu
masih bertahan Seperti malam itu

Qu Yasmin Davidson
sajak jiwa2

Nurul Syahira berkata...

KALAULAH

kalaulah kupu-kupu bisa terbang
aku ingin melayang
kalaulah jalanan lenggang
aku ingin berlari
kalaulah ada hamparan kapet merah
aku ingin menari
kalaulah ada pelangi
aku ingin berjalan diatasnya
kerana aku ingin segala
beribu cara akanku tempuh
walau harus sembunyi wajah
dibalik topeng
walau aku tahu aku ini hina
selalu coba sembunyi
dari apa aku tak punya

Nurul Syahirah
sajak inginkan perubahan

Sharifah AL Habsi berkata...

KEJAR

mana boleh kukejar
kalau aku hanya bayang yang palsu
entah dimana aku berada
kuhanya bayang
bernafas saja aku tak mampu
menyentuh pun aku tak kuasa
perempuan bodoh aku ini
hanya coba mengejar,
tetapi tak terkejar…….

Sharifah AL Habsi
sajak simbolik

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Maisarah An Nisadengan sajaknya SELAMAT TINGGAL . pengucapannya bagaikan membaca secebis memori lama. Terasa kurang daya kreatifnya . pembicaraan menyentuh tentang hati yang belum bersedia untuk menjaling kasih, lantaran keadaan terpaksa dilepaskan,dengan ucapan selamat tinggal. temanya semacam jiwa-jiwa juga. Apa pun syabas! Berjaya keperingat akhir. Namun harap maaf kerana bersaing hebat dengan sajak yang lain. Sajak anda terpaksa berhenti di sini saja (TK)

Tinta Azimad. berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Emily Osman dengan sajaknya bertajuk; INGIN CARI SINAR . Pengucapannya agak biasa dan mengelirukan, tetapi punya maana yang perlu ditapsirkan.kerana dia sebah mimpi bagi seorang yang mendapat hidayanh Allah. Penceritaan bagaikan gambaran perjalanan seorang dari dunia kegelapan mendapat sinar cahaya penerangan dari bisikkan hati kudus , agar menyakini pada sinar cahaya baru atau agama islam yang anda anuti ini. Apa pun layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tinta Azimad. berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Siti Hajar bersama sajaknya bertajuk: KITA MEMANG BODOH. Pengucapannya agak keras dengan tajuk yang sinis. Walaupun daya kreatifnya kurang menyengat, tetapi manusia yang terlalu egonisnya perlu di ajar dengan cara kurang ajar. Kata penyair tongkat waran, sama juga dengan sang kancil yang kecil boleh memperdayakan harimau,buaya yang ganas dan besar dari disinya sendiri.untuk mengelak dari terus bebal hanya dengan menambahkan ilmu pengetahuan kalau boleh,sehingga ke pengajian habis darjah.bukan perasaan hasad dengki.Apa pun anda layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Nurul Lisa Kim dengan sajaknya JANGAN DEDAH. Pengucapannya yang mudah dan penus sinis dalam nasihat., sehingga mencuaikan daya kreatif kerana terlau ingin membicarakan mesej yang hendak dinyatakan. Akirnya dia akan menjadi berita rencana.kisah seharian kehidupan semasa sahabat mungkin ditempat kerja. Terutama yang berwajah seksi , sering mendedahkan Simbul-simbul berahi yang melampau. Apa pun diucapakan syabas! Kerana berjaya kehujung sayembara ini. Disebabkan persangan yang lebih hebat dan mencabar. Sajak anda sekadar di sini sahaja. Harap maaf usaha lagi (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Mawar Harum dengan sajaknya ATAP Pengucapannya agak terlalu biasa , bagaikan mengenagkan sesuatu yang bernah berjasa kepada kita kini diganti dengan yang baru tentulah berasa sedih dan pilu hati, terutama tempat kelahirankan kita dan rumah tempat kita berteduh. Dan boleh juga di andaikan dengan sebuah negara atau pemerentah yang sedia ada yang rakyatnya hidup aman damai.tetiba ingin diganti dengan pemerentah yang tidak ramai mendapat sokongan rakyat. Apa pun sajak ini tidak dinyatakan simboliknya. Apa pun syabas! Hingga ke penghujung sayembara juga . tetapi kerana ada persaingan yang lebih hebat dan mencabar sajak anada terpaksa berhenti di sini (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Qu Yasmin davidson dengan sajaknya bertajuk JIKALAU. Pengucapannya boleh diperbaiki lagi untuk menyakinkan dan agar lebih kreatif. Pembicaraanya tentang kisah orang muda punya biasa yang sering mengharap kasih sayang dan kemesraan , kekadang apa yang diharap belum pasti menjadi atau ternyata berjaya dan bisa sebaliknya. Apa pun syabas! Melewati penhujung sayembara ini, usaha lagi. Harap maaf setakat ini terpaksa berhenti . (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Sdri. Nurul Syahirah dengan sajaknya KALAULAH. Pengucapannya bagaikan berfantasi untuk ingin berubah. Punya perbandingannya yang tersendiri itulah kareatif. Pembicaraanya mungkin tentang memburu cita dengan segala apa daya sekali pun , biar pun kita terpaksa untuk berlakon bagi menyembunyikan wajah.demi mengapai cita walau pun diri rasa terhina dan tidak terdaya. Ada pengajaran untuk kita bersemangat kental untuk berusaha. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN S/AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Sharifah Al habsi dengan sajaknya bertajuk KEJAR. Pengucapan rengkas dan punya daya kreatif yang mudah atau tegas bunyinya. Pembicaraan pada simbolik bayang. Sesiapa pun bisa tahu, bebayang semangnya tidak punya apa-apa tetapi kekadang bisa boleh mengerun dan menakutkan, bila sesaorang dalam keadaan terharu dan keresahan. Tetetapi sebenarnya bebayang itu tidak perlu dikejar kerana timbul cahaya hilanglah dia. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tanpa Nama berkata...

rttrgtrgtr

Tanpa Nama berkata...

gtrgtrgtrgg

Lukiee berkata...

ape plak sidatul muntaha tu?

Rossa Long berkata...

sidatul muntaha tu nama org ke?

Kembara Budiman berkata...

sidatul muntaha tu titi yg manusia akan meniti tu ke?

Ravi Ramachandran berkata...

mcm mana wajah malaikat nabi x cerita ke? tp kalau org india kami pnya dewa ada tangan byk

Seri Suri berkata...

aik! pmpuan yg byk msuk neraka ke?

Nur Atikah berkata...

pmpuan lagi dosa byk dari lelaki rupanya

Emily Osman berkata...

surga ada 8 ke ingatkan ada 7

Abul Hassan berkata...

eh! surga ada 7 saja kenapa en nuri tulis 8 sbb yg sy thu surga terakhir surga firdaus yg ke 7

Muhamad Akmal berkata...

kenapa neraka ada 7 surga 8?

Madah Pujangga berkata...

ingatkan sama2 ada 7 rupanya surga ada 8

Vijay KUmar berkata...

mukmin tu apa?

Puspa Kamala berkata...

mikmin tu apa en nuri?

Salam berkata...

wah! nabi dpt tgk wajah jibril ke!!!

Ustaz Rahman berkata...

hanya org terpilih saja dpt melihat wajah malaikat

Apek Liew berkata...

nabi jmpa itu qalam menulis? haiya..qalam mutiara ka??? wa! nabi pun boleh jmpa itu qalam ka? manyak untung lor...

Muhamad Badawee berkata...

mikraj tu benda apa plak en nuri?

Geletek Malam berkata...

nabi dimikrajkan tu apa?

Harimau Berantai berkata...

apa benda plak mustawa?

Saizul Maizav berkata...

luhil mahfuz tu apa plak?

Mei Ling berkata...

arasy tu apa?

Jessica berkata...

munajat tu apa?

Emily Osman berkata...

munajat tu mcm berdoa ke/

Raju Linggam berkata...

eh! nabi bermunajat? munajat tu utk apa?

Mr David berkata...

nabi ini macam dewa ramayana ke?

Pak Bostamam berkata...

menarik kisah hidup nabi ni...