Rabu, 27 Julai 2011

BILAL BIN RABAH



Sajak pilihan warga CR.


biar pun si hitam legam
ke mana pergi penuh cacian
jadi hamba kaum bangsawan
dalam isinya putih melepak
sinaran hidayah terpancar jelas
walau diseksa penuh azab
walau terjemur di terik mentari
walau dada terhempap batu
walau tiada daya kuasa
tidak sekali ia menyerah
hanya lidah mampu melawan
ahad...ahad...ahad...Allahu Ahad
si gelap penghuni syurga
nama harum sepanjang zaman
nama kekal ke akhir dunia

 
Oleh:Ustaz Rahman
Teluk Kumbar, Pulau Pinang
Surau ql fulqan/2010 Oktober 7 02:07

 

47 ulasan:

Pena Utara berkata...

ULASAN:

Ustaz Rahman daripada Teluk Kumbar telah pun mengetengahkan sajak Bertajuk BILAL.satu sirah atau sejarah perjuangan seorang hamba Allah berkulit hitam iaitu Bilal bin Rabah, penyeru azan yang tidak ada tolok badingnya. Kerana lauangan azannya sehingga naik sampai ke langit para malaikat pun mendengarnya.

Walaupun dia seorang hamba orang bangsawan arab dia diseksa dan diazab setelah dia dengan berani mengistiharkan dirinya Islam, seperti dijemur dan dihempat dengan batu besar, tapi kerana imannya yang kuat dan keyakinan aqidah yang kental, dia tetap mengatakan tuhanku satu, satu. Lalu dia dikurniakan balasan syurga oleh Allah swt. Amin, syabas buat ustaz rahman. Amin usaha lagi.

Oleh Qalam Mutiara.

Nurimanja berkata...

______________________________________________________________________

Siri Ke duapuluh satu
(maaf siri ini sebenarnya siri ke 20, sudah pun tertukar jadi siri 21) .

Putera Wira Syakir terasa dia bagai tersedar dari mimpi yang panjang. terpingnga-pingnga jadinya, dan masih terdengar , ketawa memanjang suara dan wajah nenek kebayan yang hilang ghaib bersama teratak usang, dan kawansan itu di penuhi hutan dan batu besar kembali seperti mana dia mula datang ke situ. (BUANG)
Dalam perjalanan menuju puncak yang penuh cubaan dan liku dan ranjang batu tajam kerekel , luruh jurang dan dalam, jika tergelencer mautlah padahnya.

Seketika dia berjalan bersama dengan kudanya yang telah beberapa kali berhenti, dan ada masa dia mengheret tali kudanya dan ada kalanya dia dapat menonggang kembali kuda kesayangnya itu.

Tetiba Putra Wira Syakir terasa berada di satu kawasan yang asing seram dan mengerikan, entah bagai mana dia berada di sebuah perkampungan yang tenang, kabus tebal dan nipis mengelilinginya, terasa dia berada di awan-awangan. Tidak Nampak pula ketinggian yang sepatutnya dia mendaki, malah kudanya juga bagaikan terpegun melihat keadaan yang mempersonakan.

Udara sejuk dan nyaman, Kecauan ungas dan cengkerek bagaikan satu irama melodi yang mengasyikkan. Cukup terasa aman damai dan tenang .

Putra Wira Syakir berhenti seketika dan berehat bersama kuda tunggangannya. Di bawah sepohon pokok beringin rentang. Bagi menghilangkan keletihan dan cuba memekirkan suasana yang amat mempersona itu, Dia cuba meletakkan punggulnya di atas se buah busut kecil putih dan cantek seperti sebuah kerusi marmar .

Putera wira Syakir amat terkejut sekali, tempat yang cuba diduduki itu satu busut yang sama bentuknya dengan sebuah kerusi marmar itu adalah sarang makhluk halus sang anai-anai. Apa bila diamatinya , ada terdapat kesan runtuhan kecil berlaku dan baru diperbaiki.

Tetiba keluar saekor ratu anai-anai dan bersama beribu ekor lagi panglima dan hulubalang serta rakyatnya dari bawah tempat berdiri Putra Wira Syakir sambil bersuiara dengan marahnya, tetapi suara itu tidaklah mengerunkan Putra Wira Syakir , ratu anai-anai itu pun berkata;

“Wahai manusia? Tidakah tuan hamba tahu busut tempat tuan hamba ingin duduk itu adalah istana kami, makhluk yang kecil ini. Enyah tuan hamba dari sini, lihat betapa ramainya rakyat dan pekerja –pekerja kami yang terpenyet mati dengan sikap tuan hamba dulu?”

Terkejut Putera Wira Syakir, dan kudanya juga mengangukkan kepalanya sambil kakinya mengais dan menendang tanah untuk membantu anai-anai itu membena kembali istana Sang ratu anai-anai itu. Tanpa segan silu Putra Wira Syakir memohon maaf di atas kesilapan saudara sulungnya itu. Dan terus dia beredar bersama kudanya meninggalkan kawasan itu.

Bersambung lagi.

Ali Conan berkata...

eh! solat ada 50 rupanya

Pedang Kesatria berkata...

selamat la nabi minta kurang kalau sampai 50 susah jgk tu

Mawar Harum berkata...

byk btol sampai 50 solat!!

Ustaz Zulkarnain berkata...

solat 5 waktu pun ramai org malas nak buat dulu sampai 50

Ustaz Zulkarnain berkata...

terima ksih en nuri sbb beri sy peluang menang bulan lps moto bru sy dpt hari ni ambik kt balai polis td pagi terima ksih syukur alhamdulilah sbb selama ni moto yg mmg asyik meragam saja... terima ksih kpd semua yg terlibat dlm pemberian moto ni kpd sy...

Inspektor Halim berkata...

skrg hanya syeikh al habib x bagi alamat tempat tinggal lagi hrp beri secepat mngkin sbb ustaz zulkarnain dah sy hantarkan moto kpd ddia

Ummu Akilah' berkata...

eh! 50 waktu! mcm mana tu

Lagenda Pulau berkata...

kalau sampai skrg 50 waktu x makan dan x tido la kita

Syeikh Al Habib berkata...

dulu 50 waktu xde org mengeluh pun skrg 5 waktu pun susah org nk buat

Ustaz Sahzan berkata...

syukur nabi minta kurang kalau x susah jgk

Dam Catur berkata...

yg 5 waktu pun rasa mcm payah x sangka dulu 50 waktu!

Gelora Maya berkata...

byk btol sampai 50 solat ke!!! wow!

Tinta Bayu berkata...

kenapa sampai byk sgt 50 waktu

Zainal Arifin berkata...

gila pnya byk sampai 50 waktu!!!

Satria Juragan berkata...

boleh mati kita semua kalau sampai 50 waktu susah tu!!!!

Nurul Syahirah berkata...

kenapa sampai 50 solat plak? byk giler tu

Hamba Allah berkata...

kalau 50 waktu 1 solat berapa rakaaat ye?

Tetamu Malam berkata...

eh! 50 waktu ke 50 rakaat?

Nabil Quldi berkata...

kalau 1 solat 50 rakaaat ke?

Badrolshah berkata...

byk btol sampai 1 solat ada 50 rakaat 24 jam pun x habis mcm tu

Tanpa Wajah berkata...

aik! dia mengais plak busut tu x runtuh ke?

Ustaz Majusi berkata...

wah! bgus syakir ni x ambik hati

Sufian Al Zahri berkata...

kalau syahir belah mcm tu je langsung x minta maaf berbeza dgn syakir

Sohibul Wakdiamin berkata...

mmg baik budi pekerti syakir ni

Si Kecil berkata...

wah! siap perbetulkan balik busut tu bgus btol

nuri Jaguh berkata...

mmg x sombong syakir ni

Pak Kassim berkata...

dulu kalau x salah itik kenapa kali ni anai2 plak?

Panglima Ketoto berkata...

dulu itik kali ni anai2 lps ni msti lebah plak

Ai Kutubudin berkata...

mmg baik btol syakir ni

Anis Syahila berkata...

eh! siap perbetulkan balik plak

Jengking Perak berkata...

mcm batu marmar busut tu berkilat ke?

Petulang Tiga berkata...

mcm mana plak busut berkilat plak?

salina berkata...

busut berkilat! wah!

ustazah hamidah berkata...

mcm marmar ke busut tu msti berkilat dan bercahaya

Jalil Janggut berkata...

msti licin busut tu sbb mcm marmar

COmel berkata...

bgus btol syakir ni

Tan sri Yunus berkata...

nampaknya dia perbetulkan semua salah abang dia

Pak Bostamam berkata...

TUGU

tugu itu terjemur lamanya disitu,
banyak mencatatkan orang terkubur
tapi masihkah ia seperti kelmarin, bersama letusan yang hingga kini
masih belum merdeka
di jalanan yang ada seribu pasir
Ibu Tiwi bersenandung
dalam linangan air mata berkaca
mengenang apa yang dicuri
orang tetangga tak tahu
cara mengenang budi walau
dia menjaga untuk mereka
tapi keangkuhan kuasa menguasainya
tapi sebelum bangkai saudara kami
kelihatan enak ketimbang warung
jadi kita harus bangkit!
sebelum pemimpin kita
dijadikan tugu di kemudian hari!

Pak Bostamam
sajak pejuangan politik

Pangeran Indera berkata...

BATU NISAN ITU

Siang terik mentari membakar
desah angin mengerunkan
Seketika itu aku membuka sepatu
Sambil menghitung langkah
ku terdengar diantara gemercik air
pada malam itu aku bersimpuh panjatkan doa tiba-tiba jantung
umpama tangkai kamboja yang luruh
kemenyan menyesakkan ruang ronggaku
lidah lelangit semakin pudar
sektika ku terlibat
tulisan di batu nisan
nama aku yang tertulis
mati tepat pada tarikh lahirku
tersentak aku rupanya
pada malam tu aku sekadar bermimpi

Pangeran Pertawa
kejadian aneh berlaku sewaktu berhenti solat di masjid waktu tgh malam

Pak Kassim berkata...

LELAH TANGAN MENULIS

ketika lelah tanganku menulis
hingga fasih sudahku
bicara apa ku tulis
maka ku gantung pena
lalu berhenti merangkai kata
sudah terlalu banyak aku menulis
nanti takut bosan pula
malam ini langit tak lagi ku gores
tapi ku undang bintang
berbincang bersamaku
meski tak merdu menggema
aku tetap belajar sebuah masa
di mana aku lebih memilih diam
agar kesunyian dengar aku bicara
jangan lagi membaca tulisanku
karena kata-kata ini ternyata
tak mengarti jika terlalu banyak

Pak Kassim
sajak berkenaan diri sendiri

Orang Lama berkata...

TUA DI KAKI LAUT

seorang tua di kaki laut
tatkala tirai siang mula tertutup
di saat tabir malam mula berlabuh
di waktu sang camar mula berteduh
bilal mula melaungkan panggilan
kakinya masih terasa kaku
tiada daya mengatur langkah
sudah hilang upaya dirinya
tongkat peneman tergenggam erat
terbayang sejenak waktu dahulu
waktu sebegini lincah
kaki mengorak langkah
menggalas beban rezeki laut
pantas mengejar 27 pahala
ke sana ke sini tiada halangan
namun itulah ketentuan kehidupan
usianya kini sudah di lewat senja
kudrat tua jelas membatasi diri
cuma hanya mampu berserah
agar perjalanannya dipermudah

Orang lama
sajak mengenang nasib diri

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Pak Bostaman dengan sajaknya bertajuk TUGU .Pengucapannya tegas dan bersahaja, mudah difahami. satu mercu tanda buat kenangan anak genarasi muda yang jarang diperkatakan. Justeru itu mereka mudah lupa hasil perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang terkorban angkara kumonis demi mempertahankan tanah air tercinta. Tetapi hari ini, ada segelenter anak generasi muda yang dicelarukan minda mereka sangguh menjadi pengkianat pada negara, memperlekehkan negara sendiri diluar negara. Demi menjayakan agenda politik kotor dan sempit mereka yang cuba memporaperandakan negara. jadi kita perlu bangkit, menentang segala keganasan. jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Kita tidak perlu membena tugu lagi. Seperti sadam dan marcos . Dinobatkan sebagai pemenang sayembara bulan julai 2011. Dengan sajak perjuangan politik sempena perayaan bulan sambut ulang tahun merdekaan negara kali 54 . sajak ini dikategorikan sebagai sajak terutama.(1)

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Sdra Pangeran Pertawa dengan sajaknya bertajuk; BATU NISAN ITU . Pengucapannya terasa agak misteri dan anih, walaupun Cuma di dalam mimpi. Kekadang mimpi itu permainan tidur, kadangkala ada juga mimpi yang membawa petanda. Banyak-banyak berastaffar, bersedekah Atau buat kenduri, jamu makan pada fakir meskin kerana jika sudah berada di dalam kubur, jauh sekali untuk bangun malam mengerjakan solat tahajud dua rakaat. Rasanya tuhan masih lagi sayang kepada anda diberi peringatan sewajarnya. Amin. Tahniah sehingga keperingakat akhir. Layak untuk tempat yang ke tiga dalam kategori sajak terbaik (3)

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Pak kassim dengan sajak peribadinya bertajuk : LELAH TANGAN MENULIS . pengucapannya terasa ungapan biasa. Bila seorang itu terlalu banyak menulis atau berbicara dan sehingga jauh malam. sesekali dia terasa Sunyi bila teman yang berbicara telah pergi. kini terasa ingin diam cuma berbicara dengan sepi.lagi pun Jika banyak berkata, banyak pula dosanya. Menjadikan orang bosan dan menjauhkan diri pula. Eloklah kita kurang berbicara pada perkara yang sia-sia, terutama bulan puasa. Apa pun thaniah layak sehingga ke peringkat akhir sayembara ini , walapun di beri kedudukan pada tempat yang ke empat tategori sajak baik (4)

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI TEMA BEBAS PUSINGAN AKHIR JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P. BLOG 2011

Orang Lama nampaknya masih bertenaga mencipta sajak dengan tajuknya agak menarik. TUA DI KAKI LAUT . Pengucapannya sememang menarik pada tiap ungapan punya daya kreatif.dan puitis memaparkan cerita. walaupun tema biasa , isu kecil mengenang nasib diri seorang pelaut tua, .disamping usianya yang kian mengesut di hujung senja, namun nostalgianya bersama tugas harian mencari rezeki di kaki laut, masih kental semangat untuk merebut peluang 27 pahala solat berjumaah. Malah ketuaannya merampas segala pergerakannya. Kini cuma fasrah agarperjalanan nya lebih mudah diperkenankan allah swt. Amin. Apa pun tahniah kerana sampai ke penghujung sayembara ini. Walapun di berikan tempat kedua dalam kategori lelaki utama (2).