Ahad, 10 Julai 2011

ANUGERAH UNTUK RABIAH (SM)1




pemenang sayembara Cr. Jun 2011
 
 
Kau bagai seorang abid
Yang sering rindukan munajat
dalam nafas reda dengan jihat
untuk menagih simpati
biar tikar lusuh pendamping setia
asalkan kau tak terpukat
dengan gemercik pedang durjana
tak serik memancing muslihat
di ufuk kamar mega syahdu
dalam dakapan kerinduan
antara hamba dengan Zat yang Mulus.
Hingga dinihari masih tekal
"Lailahailallah Muhammad Rasullah"
sedangkan kolam matamu
acapkali berkaca di kala diutus
seutas zabarjat milik syurgawi
buat anugerah untukku Rabiah.

 
Oleh  Ustaz Zulkarnain
sajak ketuhanan8 Julai 2011 1:30 PM

 





30 ulasan:

Viger berkata...

ULASAN:

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG
ANURAH UNTUK RABIAH oleh Ustaz Zuikarnain kini mengetengahkan dengan sebuah puisi ketuhanannya.

Pengucapannya Punya tinggi nilai daya kreatif dan puitis. Pembicaraannya berkisar kepada seorang solehah atau pun daie, ataupun mereka yang berjiwa mursik. Cinta pada rabani lebih dari cinta segala-galanya ,
sama ada duduk berdiri dan baringnya.Sentiasa zuhud dan tidak perlu kemewahan duniawi semata,
tetapi dianugerahkan tempat dan darjat di Syuga nanti. mereka yang benar-benar terpilih oleh Allah swt.

Thahniah! Kerana berjaya sampai ke kemuncak hujung sayembara ini. (SM)1

Nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 12 : TARIKH 26/6/201

GAMBRAN 7.

Melihat Nabi melihat manusia berenang dalam lautan dara dan dibaling pula dengan batu.
Ini adalah amalan orang suma makan duit riba, seperti duit unga, kena bayaran balik yang berlipat kali ganda, malah berniaga mngambil untuk lebih dari dua atau tiga ratus peratus pun dikira semacam riba, begitu juga skim cpat kaya, dan berbagai lagi, apa saja yang dikira, memujuk, dan cuba menipu, dengan janji yang ikenakan semacam cuba menindas, ada berdosa dan riba, bgitu jua pinjaman perumahan yang mengambil faedah yang tinggi membankan pinjam 25,000 kena bayar balik 60 hingga 70 ribu, bila sesuatu yang dikira penindasan .Islam mengharamkannya.kecuali sama berpayung sama buruntung.

Iktibar dari peristiwa ini:

1. Amalan riba dilarang keras dalam Islam, kerana dia punca penindasan dan kezaliman dalam mayarakat.mangsa yang meminjam menyebabkan melarat sepanjang hayat. akibat bayar bunnga atau faedah yang berlipat ganda.

2. Mereka yang mengamalkannya, termasuk yang memberi, menerima , yang menjadi saksidan pencatat perjanjian, semuanya akan menerima balasan seksa daripada Allah saw.

3. Islam mengalakan tolong mnolong, bantu membantu dan saling mengasihi dikalanganindividu dan masyarakat, bukan salin dendam mendendam kerana penindasan perpanjangan.

Dalil Al Quran surah Al Baqarah, ayat 278, kira ertinya:

Wahai orang beriman bertaqwalah kepada Allah, dan tinggalkan menunut lagi riba (yang ada pada orang yang berhutang) jika benar kamu orang-orang yang beriman,jika kamu tidak juga mahu atau cuba memberhentikannya, Ingatlah Allah dan rasulnya akan memerangi kamu, jika kamu bertaubat hak kamu asal harta kamu, kerana kamu tidak berlaku zalim dan kamu juga tidak akan dizalimi oleh sesiapa.

Bersambung esok.

Balqish berkata...

AKU JADI TAK PEDULI

Aku tak peduli nyata atau maya
hadir beri arti sendiri
Seperti bias pelangi senja
dihujung bumi kupeluk erat
detak hati selalu terbawa mimpi.
Beri hariku mimpi agar menari
meski semua takkan menjadi biru
Ku menjadi tak peduli
hadirmu slalu memberikan inspirasi
Seperti embun yang sejukan bumi.
ketika pagi awal hari

Balqish
sajak jiwa2

Faezawatie berkata...

KU BERTEMANKAN SEPI

terdiamku disini berteman sepi
mengharap hadirnya
terbisu hariku sendiri
menanti senyum manis
tapi sekian lama menunggu
kau tak datang jua
tak seperti hari-hari lain
kau selalu hadir di sini
untuk sirami hatiku yang beku

Faezawatie
sajak tentang perasan

Anis Syahila berkata...

KU TEMUKAN JALAN

malam kutemukan jalan
namun siangku tlah hilang
mencapai nirwana penuh pesona
kurindukan hadirnya damai di dunia
hitam pekat selimut mendung
mendung hitam dalam arang
hitam tak tentu hitam
hitam bisa jadi putih

Anis Syahila
sajak simbolik

Maisarah An Nisa berkata...

HANCUR HIDUPKU SENDIRI

Aku takut hanya membuat cahaya mu
meredup bila bersama ku…
Walaupun aku sendiri bingung
apa yang ada di hati,
Terkadang kau membuatku
merasa untuk maju,
Tapi terkadang kau seperti mengusir
Sekarang apa kau inginkan dariku…
atau mahu aku
menghancurkan hidupku sendiri.

Maisarah An Nisa
sajak kekecewaan

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

AKU JADI TAK PEDULI oleh Balqish . Pengucapnya agak longgar dan kurang menyakinkan,baaimana untuk melahirkan daya keatif dan puiti? Contoh aku tak peduli nyata atau maya. Sepatutnya Aku tak peduli palsu atau nyata, dan ayat dihujung bumi kupeluk erat.kurang menyakinkan. Kerana terlalu banyak sajak pada keseluruhannya bertemakan jiwa-jiwa atau dilamun oleh perasaan hati muda kami terpaksa memilih yang benar-benar mengambarkan sajak realiti yang punya daya kreatif dan puitis pada gambaran yang boleh diterima. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011


AKU BERTEMANKAN SEPI oleh Faezawatie .Pengucapanya telah diperbetulkan agar lebih puitis dan kreatif sadikit. Sajak jiwa-jiwa perlu penghayatan yang kuat untuk menyakinkan hati para pembaca. Mejes yang menyakinkan boleh memberi satu daya kepuasan pada kyalayak atau audience ,Harap Maklum. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011


KUTEMUKAN JALAN oleh Anis Syahila. Pengucapanny agak turun naik, kadang menarik dan menyakinkan gambarannya, tetapi kini agak lemah. Pada awal ungapan menarik di tengahan dan hujung penceritaan mengelirukan dan hilang keyakinan. Kerana terlalu banyak sajak pada keseluruhannya bertemakan jiwa-jiwa atau dilamun oleh perasaan hati muda kami terpaksa memilih yang benar-benar dapat mengambarkan sajak realiti yang punya daya kreatif dan puitis pada gambaran yang boleh diterima. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011


HANCUR HIDUPKU SENDIRI oleh Maisarah An Nisa.Pengucapannya terpaksa diperbetulkan sadikit
untuk lebih menyakinkan. Kini mungkin bergelut dengan dua orang anak yang perlu membesar.
Bersama tugas yang jauh KL dan Sabah agak menyusahkan juga melihat keluarga yang jauh.Apa
Pun mesej jelas keadaan boleh menjadikan orang tersayang kekadang ada angin baik dan buruk.disebabkan ditekan perasaan.Apa pun ujian dan banyak bersabar sedikit masa keadaan akan menjadi baik. Mejes yang menyakinkan pembaca, Harap Maklum. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Comel berkata...

cerpen xde ke?

Mozaire berkata...

gambaran 6 dan 7 cerpen mana?

Muhamad Akmal berkata...

duit unga tu apa?

Apek Liew berkata...

riba tu bukan paha ka?

Geletek Malam berkata...

selamat la aku x terlibat dgn amalan riba kwn2 mmg ramai terlibat

Putera Damien berkata...

bahaya kalau ambik riba ni walau sikit pun

Wasiril Aswad berkata...

btol tu niaga kena jujur mana boleh ambik riba

Ustaz Muda berkata...

bahaya jgk riba ni

Ustaz ZUlkarnain berkata...

btol2 buat apa2 pun kena jujur

Ezad Emir berkata...

btol tu jauhi la amalan riba ni

Saizul Maizav berkata...

riba dgn rasuah sama ke?

Brader Joe berkata...

1 atau 2 terlebih sikit pun kira riba ke?

Nuri Jaguh berkata...

bahaya jgk amalam riba ni

Comel berkata...

cerpen mne?

Ummu Akilah berkata...

aik! cerpen xde plak ke?

Penghuni MAya berkata...

apa jadi kt syakir cerpen xde?

Hadi Hamzah berkata...

mana cerita kembar seiras tu?

Abang berkata...

cerita ayshir dgn syakir xde ke?

Nabil QUldi berkata...

byk jgk gambaran nabi nampak

Sarah berkata...

semua menakutkan gambaran nabi nampak