Memaparkan catatan dengan label anugerah rabiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anugerah rabiah. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2011

ANUGERAH UNTUK RABIAH (SM)1




pemenang sayembara Cr. Jun 2011
 
 
Kau bagai seorang abid
Yang sering rindukan munajat
dalam nafas reda dengan jihat
untuk menagih simpati
biar tikar lusuh pendamping setia
asalkan kau tak terpukat
dengan gemercik pedang durjana
tak serik memancing muslihat
di ufuk kamar mega syahdu
dalam dakapan kerinduan
antara hamba dengan Zat yang Mulus.
Hingga dinihari masih tekal
"Lailahailallah Muhammad Rasullah"
sedangkan kolam matamu
acapkali berkaca di kala diutus
seutas zabarjat milik syurgawi
buat anugerah untukku Rabiah.

 
Oleh  Ustaz Zulkarnain
sajak ketuhanan8 Julai 2011 1:30 PM