Selasa, 12 Julai 2011

KU DENGAR (SM)3.




 Sajak pilihan warga Cr.

Aku dengar suara air gemercik
aku bau pohon cemara yang wangi
disaat temenung diam menatap rasa
jantungku tersentak bagai terantuk batu,
tertusuk duri ada senyum ramah
dibawah hangat wajah sang alam
disaat itu kulihat burung helang
melayang hinggap dimata dia menari…
diam mengalir tenang menanti
akan sesuatu yang dicari….

Oleh Syeikh AL Habib
sajak simbolik
Penulis keturunan Arab Mesir.



30 ulasan:

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTA RASA AKHIR JUN 2011 DIANTARA AHLI DAN P/BLOG


KU DENGAR sajak oleh Syeikh Al Habib dengan sajak sekadar menyatakan simboliknya saja.
Pengucapanya agak kabur, Apa pun pembicaraanya bagai menyatakan sesuatu yang didengar, kini ternyata membawa berita yang mengejutkan, terasa kecewa, apa yang akan terjadi, masih tidak menentu, mungkin memikirkan tentang negaranya. kini berlaku huruhara. Cuma gambaran, penceritaanya terasa agak kabur dan mengelirukan uat mereka yang
kurang mengerti. Apapun Thahniah! Kerana sampai juga sajak anda ke penghujung sayembara ini. (SM)3

Nurimanja berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________

Siri Ke empat belas.


Putra Syakir mencari jalan bagaimana dia ingin melepaskan dirinya dari menjauhkan daripada terjebak dengan kemesraan yang di inginkan, dia berpura-pura mengadakan mulai esok dia terpaksa untuk ke kmncak gunung Mentra Alam itu lagi, menamatkan ilmu kebatinannya yang belum tamat dia berguru dengan Tuk Guru Harimau Berantai di puncak gunung itu.

Esoknya dengan penuh harapan Putra Syakir bersiap sedia berangkat menuju ke kaku gunung mentera Alam dengan kelengkapan yang disediakan, bersama kuda kesayangan dia meninggalkan Istana dan isteri saudara sulungnya dengan lenangan air mata kerana baru sahaja bertemu dan kembali pula berpisah lagi tanpa menekmati kemesraan yang diharapkan.

Dalam perjalanan yang penuh dengan dugaan dan canbaran. Putra Syakir perlu berhati-hati . Dia juga dapat mengetahui dari orang kampung dan istana , ramai mereka yang naik ke punca gunung Mentra Alam itu tiak akan dapat kembali lagi ke kampung Halamannya. Dia juga mengetahu , bagaimana Abangnya membunuh naga kepala tujuh yang turun dari puncak gunung itu.

Dari sanjungan dan pujian orag kampung dan istana terhadapnya bersama gaya wataknya yang agak sama dengan kember seirasnya, memudahkannya membuat pengiipan dengan orang ramai. Dari resek dan siasatannya ternyata saudara sulungan telah banyak membuat pengorbanan di negeri ini dan layak untuknya menperisterikan Puteri Rambulan Seja itu.

Dalam perjalanan yang pernah dilalui oleh saudara sulungnya itu, dia masih dapat mengesan jejak langkah kuda saudara sulung kembar seirasnya. Dia juga terpaksa meredah hutan dan batu kerekel yang tajam dan besar itu, . Malah menyelinap di celah akar kayu dan serta pokok-pokok kecil dan besar.

Bebrapa kali dia terhenti dan mengarah kudanya mengesan jejak langkah kuda sakti saudara sulungnya Putra Syahir. Dan cuba meninjau keadaan sekeliling hutan itu, sebelum dia meneruskan perjalanan mendaki ke puncak gunung Mentera Alam itu

BERSAMBUNG.

Noor Syahirah berkata...

BILA MATI?

Alam kubur gelap gelita
Terbujur sendiri
tiada sanak saudara menemani.
Bekal di bawa terasa tak mencukupi
Bagi mereka yang mencari harta.
Dunia ini tiada arti.
Bagi mereka yang mencari ibadah
Mati adalah rahasia ILAHI
Tak seorang tahu bila akandidatangi
Baik yang sakit maupun sehat.
Baik yang lemah maupun kuat

Noor Syahirah
sajak kematian

Sanesha Khoo berkata...

PANDANG WAJAHMU

Suatu saat aku gelisah dalam resah
tiba-tiba kudengar hembusan nafasmu
Perlahan bertoleh pandang wajahmu
Bertahun kita saling pandang
Tapi kali ini ada yang berbeda
Kau tak pernah tahu
Betapa damainya wajahmu
walau sekejab saja
kau menyembunyikan dirinya

Sanesha Khoo
sajak teringat seseorang

Dewi Sageenta berkata...

HATI MENANGIS

Hatiku selalu menangis…
Jiwaku terhenyak belum bisa
menerima semua ini
Semua yang pernah kau katakan…
Yang selalu buatku
merasakan bangga akanmu…
Waktu semakin berlalu…
Dan kini kau meninggalkanku…
Kau bilang kita berbeza…
Aku tak ingin kau terluka
Karena semua itu percuma
Aku masih disini..
Menunggu cintamu kembali…

Dewi Sageenta
sajak kesedihan

Azura Waheeda berkata...

YAKINI BULAN

meyakini bulan bahwa aku boleh buat
untuk tanahku yang semakin retak
Tubuhku terlepas dari lilitan malam
coba menghibur dalam cahaya bulan
yang damai dan sunyi tapi disana
kulihat bintang telah menyeksakan bagiku dan jiwaku untuk lelap

Azura Waheeda
pinjam sajak ayah

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

BILA MATI sajak oleh Sdri Noor Syahirah orang baru penjaga blog agaknya? Pengucapnya tema sedih kematian. Pembicaraanya cuba pula mengisahkan atau mengambarkan kisah kematiaan sesaorang, apabila tiba waktu dan ajalnya yang telah ditetapkan, tanpa terlewat dan terlebih sesaat pun. Kita akan dijemput kembali. Justeruitu bersedialah dengan amalan dan ibadat yang berlbihan disamping mengumpul hata benda di dunia ini.Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

PANDANG WAJHMU sajak oleh Sanesha Khoo P.Blog baru agaknya, mana Jala dapat tak tahu, kerja bawah jagaan Jalal agaknya? Pngucapannya boleh diterima. Tapi kerana tema jiwa-jiwa dan persaingan lain lebih mencabar maka sajak kisah orang muda punya biasa tepaksa di ketepikan dahulu ,kerana terlalu ramai yang meluahkannya. Penceritaanya bagaikan mengharap bagaikan tungu buah durian tak jatuh. (Sebenarnya en nuri engan menerima sajak politik dan jiwa-jiwa. Kami diarah menangkap maksud sahaja atau mesej yang hendak diampaikan penulis) Apa pun usaha lagi. Harapmaaf Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011
Sewi Sageenta dengan sajaknya yang bersiri kisah sedih yang belum berhenti, bertajuk HATI MENANGIS atau Hatiku menangis lagi.Pembicaraanya tentang hatinya yang teluka atas segala kesedihan yang menimpa sepanjang masa,cinta diberi kekasih pula menghilangkan diri. terasa beban asmara ini bagai tidak tertanggung lagi. Sanggupkah anda setia menanti.? (Sebenarnya en nuri engan menerima sajak politik dan jiwa-jiwa. Kami diarah menangkap maksud sahaja atau mesej yang hendak diampaikan penulis) Harap maaf cuma disini terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUSINGAN KELAYAKAN BULAN JULAI CINTRA RASA AHLI DAN P.BLOG CITRANURI 2011

Sdri Azura Waheeda dengan sajak tulisan ayahnya bertajuk: YAKINI BULAN. Pengucapanya bagaikan memuja bulan ada berbau politik sadikit. (Sebenarnya en nuri engan menerima sajak politik dan jiwa-jiwa. Kami diarah menangkap maksud sahaja atau mesej yang hendak disampaikan penulis) Kami berkata apa yang benar. Pembicaraanya mungkin kisah politik tanah air yang mana parti bulan telah dipermainkan oleh si bintang PKR dan DAP. Kerana turut serta dalam tindak tanduk yang mencemarkan kedaulatan raja dan negara,malah lebih parahmembiarkan bukan islam mempermainkan al quran dan hadis. Sebagai pengundi yang memberi YB undi . mereka juga turut bersubahat.memilih YB Islam yang berkepentingan, tetapi tidak membela kesucian agama Islam. Contohnya di Selangor. Fikirkanlah. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

Harimau Berantai berkata...

aik! tok guru harimau berantai plak? hahaha nama aku ada jgk rupanya

Harimau Berantai berkata...

eh! sekejab je dia singgah?

Jalil Janggut berkata...

kenapa dia xnk terus terang je?

Kembara Budiman berkata...

bini dia x syak apa2 ke?

Nik Aziman berkata...

dia naik jgk atas gunung tu nampaknya

Zainal Arifin berkata...

eh! dia pergi jgk gunung tu x berbahaya ke?

Olie Pajutdy berkata...

dia jmpa abang dia jadi batu la xde guna la nnt

Seri Suri berkata...

dia jmpa abang dia jd si tanggang kena sumpah jd batu?

Nuri Jaguh berkata...

mcm mana dia nak selamatkan abang dia yg jd batu tu?

Salina berkata...

boleh ke dia selamatkan abang dia

Badrolshah berkata...

mcm mana dia nak selamatkan abang dia kan dh jd batu?

Lagenda Pulau berkata...

eh! bini dia bagi plak dia pegi lagi

Abang berkata...

nampaknya semakin byk pengembaraan

Tetamu Malam berkata...

harap2 syakir brjaya kali ni

Comel berkata...

sambung lagi menarik jgk

Saudagar Emas berkata...

panjang jgk cerita ni

Wasiril Aswad berkata...

mcm mana dia hadapi atas tu nnt?

Simsalabin berkata...

hrp2 dia x jd mcm abang dia sombong

Adi Cana berkata...

tercapai ke hasrat syakir nk ke gununng tu nnt

Tinta Bayu berkata...

makin lama makin menarik plak?