Isnin, 4 Julai 2011

PENGEMBARA DAN AWAN



sajak pilihan warga Cr.

Belum lagi jemu
mengintai celahan awan,
jangan sampai awan
lebur dihembus angin.
pengembara memujuk awan
berlari redup lindungnya
daripada kejamnya
ultra ungu dan rumah hijau
menggigit setiap inci kulit

aku rayu awan
kirimkan titis-titis hujan
buat kau redakan amarah alam
supaya kau sentiasa nyaman
terlukis senyuman di wajahmu
jadi belahan jiwa angan-angan
yang tak pasti penghujungnya.

 
Oleh: Adi Cana
Sarawak/2010 Jun 13 16:09




30 ulasan:

Viger berkata...

ULASAN:

Sajak ini telah hilang ulasannya. Mungkin dulu telah
diulas oleh en nuri.Apa pun sila buat ulasan sajak ini.

Nurimanja. berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________

Siri Ke sembilan.


Berbahgialah Putra yakir dengan Tuan Puteri dan Dan Kasturi sebagai pangsan suami isteri diberi gelaran kebesaran ke bawah duli banginda di negeri sunyi sepi kepada negeri yang kini gegak gempita. Begitulah suasana rasa kegembiraan yang diterima bagi puteri dan putra kesayangan baginda sultan Dan Dan Badrolshah.
Kini sang ular sawa batik jawa sahabat jelmaan pun amat terasa bahagia kerana jasa dan budi Putra Syakir telah pun dapat dibalas. Dia berkira untuk pulang kembali ke lembah paya tempat kediamannya untuk menemui anak isterinya yang tercinta.

Maka tinggalah sahabat jelamaanya sang katak mondok masih terharu dan termanggu untuk membalas Jasa dan budi Putra Syakir yang belum lagi terbalas olehnya. Dengan lenangan air mata dia terpaksa melepaskan sahabatnya jelmaannya ular sawa batik jawa, pergi dengan rela hati.

Setelah berapa purnama tinggal di istana tuan puteri itu bersama Putera Syakir , sang katak mondok jelmaan tetap menjadi hamba kepada keduanya, malah diberi kuasa ketua pengawal kepada pengawai dan dayang-dayang di istana itu dibawah jagannya.

Satu hari yang tidak i duga semasa tuan Putri Dan Dan kasturi bermain di tepian telaga tua di istana itu. Tetiba cincin kesayangan pemberian neneknda nya yang telah lama mangkat terjatuh di dalam telaga tua yang berusia ratusan tahun lamannya.

Berita ini telah dikabarkan kepada putera Syakir yang baru sahaja pulang dengan sang katak mondok jelmaanya. Dalam keadaan yang amat sedih dan pilu nampaknya jelas wajah tuan puteri bermuram durja. Sehingga enggan makan dan minum Cuma mengalirkan air mata.

Putra Syakir menjadi seba salah dengan masalah keadaan ini. Dia termenung sejenak untuk memikirkannya bagaimana cara untuk mendapatkan kembali cincin permata warna jinga kesayangan tuan Puteri Dan Dan kasturi isterinya itu.

Sepanjang malam dia memkirkan, sehingga tidak dapat tidur, mundar mader di luar istana . keadaan ini diperhatikan oleh sahabat jelmaanya. akhirnya sang katak mondo memberi jaminan.

“jangan bersedih Putra Syakir, malam ini juga hamba akan terjun ke dalam telaga tua berusia ratusan tahun lamanya itu, untuk mencari cincin kesayangan tuan Putri Dan Dan Kasturi itu,”. Kata sang katak mondok sahabat jelmaanya itu.

BERSAMBUNG.

Ustaz Zulkarnain berkata...

APA DIMILIKI SEKARANG TAK GUNA

Apa kita miliki sekarang?
Dari negeri kaya raya ini
hanya dapat dilihat didengar
Namun tak dirasakan dinikmati
kalau isi laut dijarah
pasir laut dikeruk
sumber mineral dieksploitasi
logam mulia diambil semua
hutan rimba ditebang
harga diri kita terkoyak
kedaulatan tak dihargai
Semua kekayaan kita di rampas

Ustaz Zulkarnain
sajak peringatan

Nahul Hidzar berkata...

LAMPU USANG TUA

lampu tua itu masih menyala
masih mampu menerangi kegelapan
nyalaan masih tetap sama
masih kekal sejak berabad
ingatan bersama masih kekal utuh
sewaktu meniti titian kedewasaan
sinaranmu jelas menunjuk jalan
arah tujuan jelas di hadapan
walau terpalit jelaga hitam
masih tetap jua bersinar terang
walau dimamah usia
dikau tetap jua berbakti
tetap memberi sinar petunjuk
pada insan memerlukan
pada anak bangsa tercinta
pada yang dahaga ilmu

nahul Hidza
sajak simbolik

Datuk Borhan berkata...

MICHAEL JACKSON

terkenang michael jackson
raja pop dunia tiada galang ganti
punya bakat semulajadi
hebat menari punya gaya tersendiri
gaya moonlight tersohor
mengapa dikenang michael jackson
tiada salah cuma teringat
sekadar ingatan mainan
berlalu di angin lalu
baik ingatkan muhammad ada fadilat
insan agung manusia paling hebat
punya kuasa syafaat
semua mahukan syafaatnya
buat lepas api neraka
ingatilah sepanjang masa
bukan sekadar di bibir
hayati segala amalnya sunnahnya
ikut segala ajarannya
pasti sejahtera hidup
kerana dia kekasih Allah
dia sayangkan kita semua
kita ummat Muhammad

Datuk Borhan
sajak nasihat

Haji Khali berkata...

LANTERA

Sebuah Lentera pagi ini
kusambut dengan enggan,
dengan mataku malas,
nafas-nafas kelelahan.
epada matahari aku hanya berkedip
menunduk malas karena tak kujumpai
lagi sebuah lentera,
karena sebuah terang besar,
seringkali menindas dan melupakan darimana aku beranjak
mencari hidup bara kecintaan ini.

haji khali
sajak simbolik

Mat Noh berkata...

MUNGKIN AKU HARUS PULANG

Mungkin aku harus pulang,
pagi senja yang kutinggalkan
dikelopak kamboja nisan kecemasanku
Mungkin aku harus pulang,
rinduku bercengkerama dengan hujan
mencari segala sunyi
Aku tetap akan pulang
isi lembayung dikamar kerinduanmu
pulang seorang diri
saat senja itu datang lagi
saat kelopak kamboja mekar
ketika hujan mengajakku bercanda
dipangkuan cemas resah sesungguhnya
Hidup adalah kepulangan
aku kan segera pulang

Mat Noh
sajak simbolik

Nasruq Haqq berkata...

SYAIR MATI

syair mati di tengah malam
entah tertidur entah binasa
tapi gelombang sunyi
malam ini menyisakan luka
dari memori malam
di bawah remang bulan
di atas gemerisik rumput bernyanyi
daun pohon kemboja juga bernyanyi
seakan tak pernah terjamah
ini malam sama malam itu

nasruq haqq
bukan sajak sy pinjam sajak ayah di kampung

Lukiee berkata...

PESTA

rasa bodoh menikam hati,
tanpa menyadari hati nurani,
butakan nafsu biadap
tak menyedari akhir kebusukan jiwa
hasutan mulut mula rasa penyesalan
kesucian terbayar omong kosong
janji busuk melakukan biadap
dunia ini penuh orang kecundang
keberanian diri lupakan tuhan,
tanpa hati suci neraka dekati diri
berpesta hancurkan kedaulatan
berpesta dalam kehancuran
biadap nafsu tak berhati telus

Lukiee
sajak utk org yg nk menganjur perhimpuan haram!

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Sajak peringatan dari Ustaz Zulkarnain yang bertajuk : APA DIMILIK SEKARANG TAK GUNA. Pembicaraanya isu semasa ada berbau politik dan sinis tajam juga. Kita melihat di luar negara berapa banyak negara yang kaya raya akan musnah dan hancur jadinya. Begitu juga dengan negara kita bila pihak luar dan berkuasa besar masuk campur .Apa yang kita miliki pasti tidak berguna lagi. Layak untuk sajak seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

Sajak bersimbolikkan LAMPU USANG DAN TUAoleh Sdra Nahul Hidza . Pembicaraanya dan pengucapannya punya daya kreatif dan puitis. Tema mengenangkan jasa sebuah lampu usang tua.Kisah mungkin lampu dijlanan yang telah lama memberi perkhidmatan , sama seperti seoarng tua yang banyak bjasa, tetapi jarang ada orang yang pernah menilai akan jasa dan baktinya selama ini. Ini hati dan citarasa seorang penulis yang ingin jadi penyair,merakam seuatu yang luar jangkaan orang biasa, Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

Menteri Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

Datuk Borhan dengan sajaknya MICHAEL JACKSON .Pembicaraannya menisahkan dengan sinis akan keadaan anak muda dulu.(mungkin sajak lama) tgilakan gaya eorang bintang yang Agak ganjil seribu dalam satu dengan tarian dan nyanyiannya .(kini mendiang) Tetapi ada lebih baiklagi ingatkan seorang nabi Mhamad saw yang membawa safaat kepada kita dihari akhirat.Tema nasihat dan peringatan, Pengucapannya boleh diterima. Mudah ditangkap maksudnya. Tetapi kerana ada persaingan hebat dengan 4 sajak lagi yang lebih mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf Cuma di ini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

Tuan Haji Khali dengan sajaknya LANTERA. Pembicaraan penuh simbolik pada lantera.sama dengan sajak lampu usang tua oleh Nahul Hidzar, Cuma ceritanya agak berbeza dengan skop yang berbeza. Pengucapanya sama kreatif dan puitis , namun LANTERA agak kabur sadikit, sukar menangkap maksud yang sebenar. Apa pun ada kemampuan. Tetapi kerana ada persaingan hebat dengan 4 sajak lagi yang lebih mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf Cuma di ini terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

Tanpa Nama berkata...

45g5454

Tanpa Nama berkata...

g54g45g54

kembara Budiman berkata...

huh! lps dia balas jaga terus dia jd ular balik ke?

Salina berkata...

katak ni nk tolong dia mcm mana plak agaknya?

Qalam Musoffa berkata...

kwin jgk dorg akhirnya

Zainal Arifin berkata...

kenapa dia x jadi manusia terus kenapa jd ular balik?

Nahul Hidzar berkata...

wah! katak tu nk terjun dalam telaga tu ke?

Jeffry berkata...

katak kalau jdtuh dalam perigi ni boleh ke dia naik balik?

Ezad emir berkata...

aik! katak nk terjun dalam telaga tu ke?

Pak Ngah But berkata...

hrp2 katak tu boleh selamatkan dia kali ni

Pak Kassim berkata...

kalau katak tu tolong dia lps katak tu pergi sapa plak nk tolong dia nnt mana ada haiwan lagi????

Puteri Maya berkata...

katak tu boleh ke nk tolong dia/

Abang berkata...

wah! untung syahir semua benda org lain yg tolong

Saizul Maizav berkata...

syahir terlalu bergantung kat sahabat jelmaan dia kalau dua2 dh pergi nk minta tolong sapa plak?

Panglima Sakti berkata...

untung syahir semua dia xpyh buat

Mawar Harum berkata...

eh! ular tu terus pegi kenapa x tunggu lagi?

Wasiril Aswad berkata...

apa cerita dgn abang syakir ni