Selasa, 24 Januari 2012

ANAK KECIL BERAMBUT PANJANG 11




siri ke 2


Sudah se bulan  tidak kelihatan 
anak kecil berambut panjang yang persis bagaikan keladangan
kekadang beringus tidak berbaju
jam 6 pagi mula mengetuk pintu rumahku
untuk membeli sebungkus megge mungkin makan bersama ayahnya
van putih pun juga tidak kelihatan
mungkin telah berpindah agaknya gerangan
atau si ibu telah sihat semula atau abang dan kakak  kembali bersama
atau si ayahnya  telah bertukar kerja.
Doaku semoga anak kecil berambut panjang
Hidupnya  kembali tenang. 


Oleh: Nurimanja, 
7hb,/12/2011 Bandar Baru ,Tk kumbar
Pulau Pinang.




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Sajak Anaka kecil Berambut panjang 11 ini sambungan dari Anak Kecil Berabut Panjang 1 dahulu.

Kisah benar uma ceritanya andaian sahaja! Harap maklum!

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI 6 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA. .____________________________________________________________________

BILA berita itu disampaikan kepada isterinya. Kelihatan kedua suami isteri warga emas itu bagai menaruh harapan. Agar kepulangan Taip isteri dan anaknya terus menyerikan lagi rumah desa bernaungan mereka.

Sepanjang malam itu dia seperti tidak sabar lagi menanti hari esok. Kelihatan gelisah sepanjang malam di atas katilnya dan entah berapa kali dia bangun dan keluar masuk di dalam rumah itu , mundar madir ke ruang dapur dan ruang tengah rumah.

Sambil menonton TV dia menangkap segala ucapan PM. Terutamanya bila PM menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan ada kepakaran balik berkhidmat di negara ini, kita akan bayar dengan gaji yang setempal dengan kos kehidupan mereka belajar dahulu.

Dia senyum puas bila melihat anak bangsanya dahulu cuma sekadar layak jadi budak seruhan penjajah kini telah ada yang menjadi pemimpin negara. Dia juga tidak pernah ketinggal bersama perarakan warga emas dalam menjayakan hari ulang tahun kemerdekaan negaranya.

Pagi esok diluar jendela kelihatan sebuah teksi berhenti di hadapan rumahnya. Turun seorang lelaki dan seorang perempuan bersama dengan seorang anak lelaki kecil berambut perang.

Seketika kemudian pintu rumahnya diketuk, salam pun diberi, jelas suara itu agak garau dan besar bunyinya. Isterinya meluru ke pintu setelah salam dijawap. Bila daun pintu di buka, isterinya meluru keluar dan terus memeluk anaknya dengan tangis dan hiba.

Dalam beriringan itu, Taip melangkah ke dalam rumah setelah memperkelkan isteri Dania dan anaknya mohamad akmal, belum pun sempat duduk Taip meluru kepada seorang tua yang lama menunggu. “Ayah!!...”

“Taipp!!” Dia memekek, bila wajah itu muncul di depan matanya. Taip terus sujud di kaki ayahnya. Kemudian berpelukkan, air mata kasih berjujuran jatuh ke pipi. Sebak rasa di dada untuk berkata. Keduanya dalam tangisan pilu dan kasih sayang seorang anak dan ayahnya. Drama itu diperhati oleh isteri dan anaknya.

Kemudian Taip memperkenalkan pula isteri dan anaknya yang berkulit putih dan bermata cokelat itu. Keduanya datang dan mencium kedua tangannya. Di ketika itu dia terasa sebagai menerima satu penghormatan yang amat tinggi diulang tahun menyambut kemerdekaan negaranya.

Kini telah tibalah masanya bangsa kulit putih telah datang mencium kedua tanganku. Seperti mana aku mengangkat tangan memberi hormat kepada tuan Brader Joe bangsa kulit putih ketika berdiri di muka pintu pejabat kastam dahulu. Hatinya kini berasa puas!

S E L E S A I.


Semua nama dipinjam daripada sahabat CR. cerita lama dihidupkan kembali. Ahli Cr drp bumi Kenyalang mungkin dapat tangkap cerita ini.

Tinta Azimad berkata...

KUM 3
1 Ustaz Rahman@
2 Yusri Nawab
3 Usop Nayan-P
4 Prof Lanang@
5 Eddy Gapil
6 Pendekar Waja
7 Inspektor Halim@
8 Bulan Terang@

Tinta Azimad berkata...

KUM 4
1 Raja Muda
2 Abang
3 Haji Abkam
4 Ustaz Mahfuz
5 Sulaiman Embong
6 Suara Rakyat
7 Jengking Perak
8 Penyair Agung

Qalam Mutiara berkata...

1.Haji Abkam berkata...

MUNCUL (TBD)

diantara seribu akankah
dia muncul dengan senyum
seindah mentari timur…
diantara sejuta akankah
dia datang dengan keceriaan
pucat persis embun pagi…
menari-nari dipelupuk mata
membawa kedamaian surga

Oleh: Haji Abkam
sajak simbolik/25 Januari 2012 4:09 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Haji Abkam Kambali kini mengetengahkan sajak yang bertajuk:MUNCUL . Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya agak kabur dan bersahaja. Mesejnya mengambarkan situasi isu semasa semacam andaian apakah akan datang cerita sebenar atau sebaliknya.. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

2. Sulaiman EMbong berkata...

BERGOYANG (LSS)

bergoyang pokok menghembuskan
sepoi angin berlagu merdu
menidurkanku di teriknya hati
menyeruak kegalauan jiwa
melantun melodi cintaku…
yang menilis catatan cerita
hitam atau putih jalan kehidupanku

Oleh: Sulaiman Embong
sajak simbolik/25 Januari 2012 4:11 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Sulaiman Embong kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: BERGOYANG. Tema cerita simbolik pada alam .Pengucapannya kabur tapi boleh diterima Maksudnya Penulis menjadi bengung menilai kehidupan yang dilalui selama ini, dimana realitinya. Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

3.Raja Muda berkata...

DUNIA CEDERA (LSS)

Melalui ufuk senja
kulihat suratan hati terukir
mengatakan sebuah kata yang lepas,
bebas seperti rajawali terbang
suci seperti api malam
Dibayang wajah kulihat senyum
lambaian kasih yang tegar
tiada gentar menjelang
gelap malam yang mulai membayang.
Dalam temaram senja ini,
kulihat pelita memancarkan
harapan manusiawi yang suci
untuk dunia yang cedera,

Oleh: Raja Muda
sajak sinis/25 Januari 2012 4:12 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Raja Muda kini kembali mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: DUNIA CEDERA.Tema sinis nampaknya.Pengucapannya semacam bersimbolik pada alam. Maksudnya mengmbarkan biar dunia jadi porak peranda , asalkan kejayaan yang bukan hakiki di perolehi.. Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

4. Abang berkata...

SEPI BERTAHTA (TBD)-P

letih dengan penuh kepalsuan.
Sebelum malam ini beranjak gelap,
engkau dengan senyum sinis
masih memerlukan para pengikut
agar tempat ini hidup
menyandarkan makna ceritakan
kepada mereka yang masih setia
Sejenak aku lihat senja jadi gelap
matahari yang lepas dari cakrawala.
Kemudian sepi mulai bertahta

Oleh: Abang
sajak semangat/25 Januari 2012 4:15 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Abang Kambali kini mengetengahkan sajak yang bertajuk: SEPI BERTAHTA. Tema memberi semangat nampaknya. Pengucapannya biasa dan bersahaja.. Mesejnya mengambarkan situasi isu semasa.setiap kebenaran sepatutnya diberi sokongan walaupun secara senyap. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

5. Penyair Agung berkata...

ALLAH LIHATLAH (LSS)

Allah dan malaikatnya bershalawat
empat alam dan penghuninya
Kau penghulu pembawa washilah
cermin Tuhan di bumi ini
cintamu jalan lurus diatas neraka
diluar barisa ada cuma kebinasaan
Tapi lihatlah wahai Rasul
lihatlah umatmu kau penuh cinta
seolah tak ada lagi harapan
kerana kian mula berpecah
bagai serpihan buih di lautan

Oleh: Penyair Agung
sajak mengadu kepada yang Esa/25 Januari 2012 4:17 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Penyair Agung kini kembali mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk:ALLAH LIHATLAH .Tema parah nampaknya. Pengucapannya bersahaja Maksudnya Penulis cuba mengambarkan kehidupan yang bercangah dengan ketetapan Agama Allah.. . Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

6. Jengking Perak berkata...

SELAMAT (TBD)

Aku terasing di bumi asing
di jalan cinta dihiasi dosa-dosa
hanya tetap ku ingat di hati
agar aku sentiasa dapat hidup disini
lagi sepenggal dan aku cuba bertahan
berharap semoga sampai dengan selamat.

Oleh: Jengking Perak
sajak dilemma/25 Januari 2012 4:19 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Jengking Perak Kambali mengetengahkan sajak yang bertajuk: SELAMAT. Tema dilema nampaknya. Pengucapannya pendek biasa dan bersahaja.. Mesejnya rasa berbelah bagi dalam hati sama perjalannan ini diteruskan atau berhenti untuk kembali dengan selamat.. Maaf .cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD

Qalam Mutiara berkata...

7.Ustaz Mahfuz berkata..

CENGKAMAN (LSS)

Cengkaman amarah didada ini
tak dapat ku tahan lagi
terasa ingin amuk di serata semesta
pergi ke setiap penjuru dan pelusuk dunia
lintasi waktu cuba dinginkan hatiku
Akan kurobek langit yang masih biru
Ku pecah dinding galaksi
sampai bergetar tidakku perduli
biar pun batu yang jatuh menghujani kepala.

Oleh: Ustaz Mahfuz
sajak marah/25 Januari 2012 4:22 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Ustaz Mahfuz kini kembali mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: CENGKAMAN .Tema marah nampaknya.Pengucapannya semacam bersimbolik Maksudnya Penulis cuba menentang kehidupan yang bercangah dan mencengkam perlu ditentang. . Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mtiara berkata...

8. Suara Rakyat berkata...

RAKYAT BIASA (TBD)

kami bukanlah sesiapa.
tapi ingatlah bahawa kami bukan
orang yang terhina.
mungkin kami lemah sahaja
tapi kami juga ada
akal,hati,agama, dan maruah.
usah persendakan
layan kami seperti sampah.
jangan membantu menindas kami.
kami tahu kau bangga
dengan apa yang kau ada.
tapi jangan lupa satu perkara:
kau juga rakyat biasa seperti kami semua

Oleh: Suara Rakyat
sajak bukan saya punya sajak sumbangan dari ayahanda saya luahan tak puas hati katanya.25 Januari 2012 4:26 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Suara Rakyat Kambali ini mengetengahkan sajak ayahndanya yang bertajuk:RAKYAT BIASA. Tema keluahan rasa nampaknya. Pengucapannya biasa dan bersahaja.. Mesejnya rasa ketidak puasan hati pada mereka yang diangkat menjadi wakil agaknya. Maaf .cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Mozaire berkata...

taib kwih org putih ke

Dam Catur berkata...

taib tu nsem sgt ke smpai mat salleh tu suka kt dia

Zainal Arifin berkata...

aik! mcm mana dia kwin org putih plak

Salam berkata...

huh! untung taib

Tetamu Malam berkata...

anak kacukan la taib dpt

Jeffry berkata...

untung la klu dpt mcm taib

Nahul Hidzar berkata...

dia gna ilmu pengasih ke

Badrolshah berkata...

mcm mana org putih tu boleh suka kat taib

Brader Joe berkata...

nama aku pun ada sekali dlm cerpen ni hehhee

Harimau Berantai berkata...

org putih plak cium tangan dia? hehhee

Tok mahat berkata...

aik! hahaha sronok bapak taib org putih cium tangan dia

Geletek Malam berkata...

mcm mana la org putih tu boleh sngkut kt taib? dia org kmpung jer

Jalil Janggut berkata...

org kampung kwin mat salleh? pergh!!

Prof Lanang berkata...

aik! dh hbis ke? kenapa pendek sgt

Ustaz Mahfuz berkata...

x sempat nk baca cerpen ni dh hbis aduhai

Pak Kassim berkata...

ada smbungan x cerpen ni

Syeikh AL Habib berkata...

kisah benar ke cerpen ni?

usop Nayan berkata...

cerita org kmpung ke en nuri? tp setahu sy xde plak org kmpung ni kwin mat salleh