Sabtu, 28 Januari 2012

PEMINAT DUA TOKOH SI GELADANGAN





Sajak ini tidak ada kena menena dengan dua tokoh  
Sasterawan negara

Aku terlihat
Di pekan kecil Teluk Kumbar
ada dua tokoh geladangan Persis  gaya lagaknya semacam
Pak  A samad Said dan Pak Osman Awang.

Seorang china
Saban hari memekul se batang kayu
Mengalas beg palastiknya Dengan rambut dan janggut panjang putih
hebat semacam sastrawan negara

Seorang lagi melayu
Ternyata pakaiannya tidak terurus
Membaca sajak di mana saja Persis gaya lagak seorang penyair Agong
Membicarakan isu semasa

Sebenarnya mereka berdua
Mungkin peminat sastrawan negara
Tetapi sayanganya mereka cuma geladangan yang terbiar tidak terjaga
kini jadilah mereka seniman jalanan.
Di pekan kecil ini saja.


Oleh:  Nurimanja,
Cuti tahun baru china 23 Januari 2012
catatan Jam 10.30  pagi  Di pingger jalan Gerai roti canai salam




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

7.CERPEN INI PERNAH TERSIAR DALAM MAJALAH WARTA JOHOR 1980. BERTAJUK; H A T I O R A N G K A M P U N G . Oleh; Nurimanja.

Siri 1

SUDAH setahun Pak Cik Nur tidak nampak batang hidung lagi, orang-orang kampong baru tahu, dulu mereka mengangap buat apa Pak Ndak Mahmud menghantar anak belajar ke sekolah Arab. Boleh buat apa? Sekolah Arab boleh tertiarap. Begitulah ejekan orang-orang kampong pada Pak Cik Nur.

“Cuti sekolah panjang penggal ini, anak Pak Ndak tak balik?” Tanya Mat Kasa pada Pak Ndak Mahmud yang duduk di hujung balai lintang masjid.

Tabiat Pak Nda Mahmud memang begitu, bila hari jumaat sahaja, pagi-pagi lagi suruh Mak Ndak Mah masak nasi, Pak Nda Mahmud hendak makan awal-awal, sebab dia hendak pergi solat jumaat. Kadang-kadang belum lagi pukul sepuluh, Pak Ndak Mahmud sudah duduk di balai lintang masjid, menanti orang solat jumaat datang.

Lebai Noh Tok Siak kampong Tanjung Nipis pun menyampuk juga, “ Haa..Tak balik ke Ustaz kita tu?” Pak Ndak Mahmud pusing-pusing curut cap teko di bibir dengan jari jemarinya, senyum nampak gigi merah kuning sebab selalu sangat baham curut cap teko kegemarannya itu.

“Entah… Katanya ada kursus di maktab perguuan , batu Lintang , Kuching. .tak dapat balik nampaknya tu,”

“Berapa lama dia mengajar di sana Pak Ndak?” Tanya Mat Kasa lagi.
Tersenyeh ingin tahu?

BERSAMBUNG ESOK!

Tinta Azimad berkata...

Nama watak dalam cerpen ini ramai yang telah pun lama meninggal dunia.

Al Fatehah!

Begitulah yang difahamkan olh En Nuri...

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1
1 Saizul Maizav
2 Bos Kacak
3 Roy Rashid
4 ustaz muda
5 ABul Hassan
6 Tan Sri Yunus
7 Tuan Haji
8 Datin Maimun

KUM 2
1 Pak Kassim
2 Kembara Budiman
3 Mat Noh
4 datuk hasbi
5 Ziarah Makrifat
6 Lagenda Pulau
7 Jalal Rafzee
8 Nur Atikah

KUM 3
1 Ustaz Rahman
2 Prof Lanang
3 Inspektor Halim
4 Bulan Terang
5 En Sanusi
6 Prof Naquib
7 Sufian Al Zahri
8 Doktor Hasmawi

KUM4
1 Ustaz Nasarudin
2 Zainal Arifin
3 Datuk Borhan
4 Datuk Murad
5 Raja Muda
6 Ustaz Mahfuz
7 Sulaiman Embong
8 Penyair Agung

Saizul Maizav berkata...

DI RUANG INI

Menyusur lorong kehidupan
meniti hari yang panjang
sukar temui kerana tiada
tanda noktah perhentian
Di ruang ini cuma dengki
bersarang di lubuk hati
umpat keji mainan seharian
kawan umpama masa berada
musuh jika tidak berharta.
Perjalanan ini menyusur denai hari
kerap terpijak duri keangkuhan
dibakar mentari hangus
kalbu merintih simpati

Saizul Maizav
sajak berkenaan masayarakat di tempat sy

Bos Kacak berkata...

PUDAR DAN KONTANG

sudah pudar keikhlasan
sudah kontang kerohanian.
Bilakah pertelingkahan ini akan damai
agar keamanan tersemai
sekarang cuma sekadar
berpaut pada kasih keredaan Ilahi
di bawah bayangan sejati

Bos Kacak
sajak politik semasa

Ustaz Muda berkata...

JENDELA WAKTU

dari jendela waktu ini
aku merenung jauh
mengutip memori usang
ku potretkan sebuah kehidupan
dalam lukisan tidak berbingkai
sudah kian lusuh dan berdebu
ku tutup jendela waktu itu
penuh dengan debu kenangan
tidak lagi memeritkan mata
biarpun cebisan masa
meninggalkan kelopaknya
namun tunas yang berputik
menyerikan halaman
meninggalkan memori indah

Ustaz Muda
sajak terkenang

Abul hassan berkata...

KEBUMI

ketika ini aku kaku di katil
meratapi sengsara yang ku lalui
suara kini sudah tiada
kerana terperangkap di kerongkong seksa tangan kaki kehilangan kuasa
kelopak mata berpadu
bunga minda layu membeku
aku terkedu dan termanggu.
menunggu hari untuk dikebumi nanti

Abul hassan
sajak sedih

Tuan haji berkata...

BANGUN

Aku rebah masih bersambut
masih berpaut tetap bertaut
tetap bersahut aku bangun
Kerana aku bukan kalah
ku terus menrenung butir permata
berharap semuanya akan sempurna

Tuan haji
sajak simbolik maaf agak tunggang langgang tak ada idea dan masa utk diperbaiki lagi

Tan sri Yunus berkata...

MASA AKU KECIL DAN BESAR

Masa aku masih kecil,
Dunia terlalu kecil pada aku,
Aku cuma pernah lihat
Bukit dan sungai jernih,
Aku cuma pernah dengar,
dentum guruh, titisan hujan,
Masa kini aku sudah dewasa,
Dunia masih bulat semakin singkat,
Aku melihat realiti besi bergerak,
semua ciptaan manusia,
Aku juga mendegar lagu bingit
ngauman enjin dan segala propaganda

Tan sri Yunus
sajak terkenang

Roy Rashid berkata...

UFUK LANGIT

Di tepi pantai ini aku lihat
Satu lukisan yang panjang...
Terukir diufuk langit...
Garis biru berwarna warni....
Berlari disana sini....
Tiupan sang bayu terus membelai...
Sambil membisikan kata-kata
Membuatkan hati terasa sendu
Terkenangkan sesuatu

Roy Rashid
sajak memuji keindahan tuhan

Datin maimun berkata...

HATI DAN PERASAN

Apakah ada hati pada diriku
Apakah ada perasaan pada diriku
Mengapa ada hati dan perasaan
Apakah antara hati perasaan sama
Jika ingin mengucapkan sesuatu
apa perasan juga persamaan
Apakah punya perbezaan

Datin maimun
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

1.Saizul Maizav berkata...

DI RUANG INI (TBD)-P

Menyusur lorong kehidupan
meniti hari yang panjang
sukar temui kerana tiada
tanda noktah perhentian
Di ruang ini cuma dengki
bersarang di lubuk hati
umpat keji mainan seharian
kawan umpama masa berada
musuh jika tidak berharta.
Perjalanan ini menyusur denai hari
kerap terpijak duri keangkuhan
dibakar mentari hangus
kalbu merintih minta simpati

Oleh: Saizul Maizav
sajak berkenaan masayarakat di tempat sy/29 Januari 2012 2:47 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Saizul Maizav kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: DI RUANG INI. Tema masyarakat nampaknya. Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja. Mesejnya kisah kehidupan masyarakat tempat tinggalnya yang bersikap kurang mesra dan curiga mengcurigai nampaknya.Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

2. Bos Kacak berkata...

PUDAR DAN KONTANG (LSS)

sudah pudar keikhlasan
sudah kontang kerohanian.
Bilakah pertelingkahan ini akan damai
agar keamanan tersemai kembali
sekarang kita cuma sekadar
berpaut pada kasih keredaan Ilahi
di bawah bayangan Islam sejati

Oleh: Bos Kacak
sajak politik semasa/29 Januari 2012 2:48 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Bos Kacak masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: PUDAR DAN KONTANG Tema simbolik politik nampaknya Pengucapannya bersahaja tetapi boleh diterima Maksudnya menyentuh tntang isu politik tanah aiar yang seang bergolak khuusnya orang melayu yang berpecah belah minat kepaa kerja onar dan mungkar. di dunia ini. . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

3 Ustaz Muda berkata...

DARI JENDELA WAKTU (LSS)

Dari jendela waktu ini
aku merenung jauh
mengutip memori usang
ku potretkan sebuah kehidupan
dalam lukisan tidak berbingkai
sudah kian lusuh dan berdebu
ku tutup jendela waktu itu
penuh dengan debu kenangan
tidak lagi memeritkan mata
biarpun cebisan masa
meninggalkan kelopaknya
namun tunas yang berputik
menyerikan halaman kehidupan
meninggalkan memori indah
untuk masa depan yang cerah.

Oleh: Ustaz Muda
sajak terkenang/29 Januari 2012 2:49 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Ustaz Muda masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: DARI JENDELA WAKTU.Tema terkenang nampaknya Pengucapannya bersahaja sadikit kabur tetapi boleh diterima Maksudnya dalam hidup ini kita perlu banyakan amal makrup dan jauhi kerja mungkar. Binalah masa depan yang ceria. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

4. Abul hassan berkata...

KEBUMI (LSS)

ketika ini aku kaku di katil
meratapi sengsara yang ku lalui
suara kini sudah tiada
kerana terperangkap di kerongkong
seksa tangan kaki kehilangan kuasa
kelopak mata berpadu
bunga minda layu membeku
aku terkedu dan termanggu.
menunggu hari untuk dikebumi nanti

Oleh: Abul hassan
sajak sedih/29 Januari 2012 2:54 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Abul Hassan masih setia walaupun dalam keuzuran kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: KE BUMI Tema sedih dan misteri nampaknya Pengucapannya begitu sayu dan amat terasa menyanyatkan hati. Maksudnya semacam bergelut dengan maut untuk menjemputnya kembali dari menanggung seksa yang berat untuk ditanggung. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

5. Tuan haji berkata...

BANGUN (TBD)

Aku rebah masih bersambut
masih berpaut tetap bertaut
tetap bersahut aku bangun
Kerana aku bukan kalah
ku terus menrenung butir permata
berharap semuanya akan sempurna

Oleh: Tuan haji
sajak simbolik maaf agak tunggang langgang tak ada idea dan masa utk diperbaiki lagi/29 Januari 2012 2:56 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Tuan Haji kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi tajuk: BANGUN Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja. Mesejnya berusaha berterusan untuk mencari kesempurnaan dan kedamaian. .Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

6. Tan sri Yunus berkata...

MASA AKU KECIL DAN BESAR (TBD)

Masa aku masih kecil,
Dunia terlalu kecil pada aku,
Aku cuma pernah lihat
Bukit dan sungai jernih,
Aku cuma pernah dengar,
dentum guruh, titisan hujan,
Masa kini aku sudah dewasa,
Dunia masih bulat semakin singkat,
Aku melihat realiti besi bergerak,
semua ciptaan manusia,
Aku juga mendegar lagu bingit
ngauman enjin dan segala propaganda

Oleh: Tan sri Yunus
sajak terkenang/29 Januari 2012 2:56 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Tan Sri Yunus kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi bertajuk:MASA AKU KECIL DAN BESAR Tema terkenang katanya. Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja. Mesejnya sekadar menyatakan perbezan sewaktu usia kanak2 dan dewasa yang dialaminya sahaja .Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

7.Roy Rashid berkata...

LUKISAN DI UFUK LANGIT (LSS)

Di tepi pantai ini aku lihat
Satu lukisan yang panjang...
Terukir diufuk langit...
Garis biru berwarna warni....
Berlari disana sini....
Tiupan sang bayu terus membelai...
Sambil membisikan kata-kata
Membuatkan hati terasa sendu
Terkenangkan kemasa lalu.

Oleh: Roy Rashid
sajak memuji keindahan tuhan/29 Januari 2012 2:58 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Roy Rashid masih setia dengan blog Cr. kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: LUKISAN DI UFUK LANGIT Tema memuji keindahan alam nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya jika merenung keindahan alam ciptan tuhan kita kembali menginsafi diri tentang kebesarananNya. . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

8.Datin maimun berkata...

HATI DAN PERASAN (TBD)

Apakah ada hati pada diriku
Apakah ada perasaan pada diriku
Mengapa ada hati dan perasaan
Apakah antara hati perasaan sama
Jika ingin mengucapkan sesuatu
apa perasan juga persamaan
Apakah punya perbezaan

Oleh: Datin maimun
sajak simbolik/29 Januari 2012 3:02 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 3 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Datin Maimun kini kembali masuk pusingan ke 3 dengan mengetengahkan sajaknya yang diberi bertajuk: HATI DAN PERASAAN Tema simbolik tapi semacam jiwa2 nampaknya. Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja. Mesejnya ingin menyatakan persoalan diantara hati dan perasaan yang yang sering bermain dan dialaminya.Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Tinta Azimad berkata...

KAMI WARGA BLOSyabas! dan Tahniah!! Dan selamat sejahtera buat anda
ahli yang baru mendirikan rumah tangga, bertunang, dan menyambung pelajaran atau naik pangkat mendapat
kenaikkan gaji baru.

Dan buat ahli yang ditimpa musibah
takziah, pada keluarganya yang sakit, meninggal dunia dan sebagainya. Terutama Bob Kuli dan Abul Hassan. Harap bersabar tabahkan hati, semuanya ujian dari tuhan.menguji keimanan kita. emoga kembali ceria semula .Amin!

Prof Lanang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ziarah Makrifat berkata...

BINGIT

walau suasan membingitkan pagi ini
tapi aku tertidur mendengarnya,
mimpiku bumi hampir merekah
aku tak ingin terjaga
Langit yang mendung dibulan
demi kesatuan yang ku mimpikan.
Langit tumpahkan hujan perlahan
menyaksikan ia meledak dijalan
Aku terjaga hampir senja
hingga kini belum mengerti
jika hidup ditakdirkan melawan

Ziarah Makrifat
sajak tentang mimpi

Kembara Budiman berkata...

MENANTI RINDU

Aku begitu menanti
Sampai benda tak bernyawa pun
kukhabarkan kebosanan ini
mual perut ini menanti sesuatu
Sampai muntah aku menulis puisi
hingga semua puisi kucatatkan
kepada awan,angin,hujan
Terhempas hembus nafasku
Tapi suara menimbang dalam hatiku,
Dari kuyup laut biru…?
Suara berat menelan rindu

Kembara Budiman
sajak simbolik

Nur Atikah berkata...

PURA PURA

hanya sebuah mimpi di bawah senja,
danau lebur terhempas angin lalu
Jiwaku menjadi roboh , pedih, perih
Bagai ribuan busur panah menujam …
menyimpan rindu cinta yang busuk…
Ratusan minit sudah terlalui…
Apa yang ingin di dusta?
dalam bening mata tak bisa sembunyi
Pura-pura merindu…
Dengan derai air mata hati…
terlarut dalam arus waktu

Nur Atikah
sajak jiwa2

Mat Noh berkata...

PINCANG KAKI MELANGKAH

semua pertanyaanku hanya terlempar
ke langit kelabu yang masih asing
rasa menggores kebimbangan
jiwa yang mengaku hanya diam
bagai pengecut dalam tempurung
Disetiap hujam kata memaku pilu semakin terhampar jatuh
mengapa masih ada tak percaya,
benci masih saja melemah di logika
pincang kaki enggan melangkah
mengemas tajam tatapan mata
yang lebih jujur daripada bicara

Mat Noh
sajak sinis

Jalal Rafzee berkata...

LANTAKLAH

Entahlah mengapa aku sudah tak peduli
lantaklah apa yang akan terjadi
sudah letih berharap
menghempas semua tanya
Biarkan saja semua pertanyaan ini terlempar ke atas sana awan
biarkan bintang dan bulan mengerti

Jalal Rafzee
sajak politik

Lagenda Pulau berkata...

LUSUH

Kau tampak lusuh dan berdebu
garis hitam merona kelopak matamu
Ku tahu kau lelah saat senja
kau duduk termenung menatap jalanan
Yang selalu menghantarkan kehidupan
Ketika lelah menyerang
jiwa kau masih tetap tegar
Tiap malam beserta doa kuberharap
Tuhan murahkan rezeki ayah
Jagakan kesihatan jauhkan bahaya

Lagenda Pulau
sajak buat ayahanda sajak sambungan dulu kerana ayah sy diserang angin ahmar

datuk hasbi berkata...

NAMA

sebuah nama itu sentiasa
mengalir di pembuluh nadiku ini
mengintip dalam relung hati
namanya selalu dalam goresan hati,
terbingkai kata saat gemuruh ombak
terhapus kala ku rapatkn jemariku
agar menyakinkan hati
kaulah bertahta dalam sanubari

datuk hasbi
sajak sedih dan terkenang

Pak Kassim berkata...

PEJAMKAN MATA

Semenjak ku pejamkan mata
hilang sudah bulan
tapi ke manakah perginya matahari?
Saat ku dikelilingi kegelapan
ku inginkan cahaya matahari
tapi yang ku temui hanya
kerlipan bintang yang menyakitkan
Deru angin tidak kurasai lagi
Kicauan burung bagaikan lenyap
Dimanakah diriku ini?
kerana tempat ini tak seperti
yang ku selalu harapkan

Pak Kassim
sajak tidak puas hati atas kepimpinan di negeri tempat sy ni

Tanpa Nama berkata...

ergrher