Rabu, 2 Februari 2011

LUAHAN SI KODOK



sajak pilihan ahli cr.

Masihkah kau ingat
sewaktu kita di bawah tempurung
itulah dunia kita
di situ kita bermain bersama
di situ kita menangis bersama
di situ kita meniti hari
disaat kau mula menjengah keluar
aku merelakan demi bahagia
aku merelakan demi cinta
aku merelakan demi cita
kau mula melompat bebas
mula kenal isi dunia
mula mabuk lupakan segala
aku kau tinggalkan sendirian
kau mula jijik padaku
katak di bawah tempurung
jangan kau lupa
kau juga kodok sepertiku
kau tak mungkin jadi katak pisang
tolong kembalilah...

 
OLEH: HADI HAMZAH
Bandar Baru Teluk Kumbarjam 10pagi /2010 Ogos 6 23:30
Diterbit semula tarikh: 02/02/2011





50 ulasan:

Ziarah Makrifat berkata...

GUDANG MIMPI

berhari-hari aku ukir rindu
helai-helai kenangan kita
tersudut lelah di gudang mimpi
sambil menanti sabar dan percaya
pada saat bertuah itu
saat kau mungkin terjaga
cari dan tataplah ia
serta benarkan ke hatimu
bahawa arca rindu ini
telah terkalung
sejumlah kata-kata jujur
fragmen puisi murah
berhias frasa cinta
ku pahatkan saat bulan
menari angin menyanyi
merai dua jiwa
di ambang bersatu
sehingga waktu itu
bila mana kau benar terjaga
telah yakin mahu
kembaralah ke sini
ke gudang mimpi-mimpiku
dimana ia telah abadi
terpamirkan lewat
tingkap-tingkap kaca
di himpunan walang
sekian gundah jiwaku
dengan harapan bila kau ketemukan
genggamlah ia jangan pernah lepas
kerna sesungguhnya arca itu
aku hanya untukmu.


Ziarah Makrifat
sajak simbolik

Mahligai Syahdu berkata...

TAK KISAH PUN

jika dahulu kamu pelesit
apa aku kesah
jika dahulu kamu penderhaka
apa aku kesah
jika dahulu kamu penjenayah
apa aku kesah
jika dahulu kamu peragut nyawa
apa aku kesah
jika dahulu kamu penagih tegar
aku juga tak kesah
ada aku kesah?
yang aku lihat sekarang
wajahmu yang terang
terpancar nur keinsafan
berseri bagai purnama
biar mereka mencemuh
biar mereka mencaci
biar mereka puas sendiri
kerana yang pasti
hidayah suci milikmu
hargailah setulus hatimu
hidayah kurniaan tuhanmu
kau insan terpilih…


Mahligai Syahdu
perak
2.1.2011

Roslan Bidin berkata...

BERJALAN DI ATAS KAYANGAN

kamu selalu mimpi pelangi
bersama aku terasa ada satu
hujung jari menyentuh jantung
mengganggu iramanya
menjadi tak keruan
serasa mahu katup
bibir dengan jemari
kerana senyuman ini
sudah mula meninggalkan kesan
merasa haba datang dari lilin kamu
menyemarak meresap ke dalam jiwa
kurasa ruang kosong
di dalam jantung ini berisikan
seorang kamu tak mungkin dilupakan
mari sayang, berpimpin tangan
mari berjalan atas kayangan


Roslan Bidin
sajak fantasi saya

Sumpah Keramat berkata...

SENYUM SURAM

Waktu itu kau menginginku,
Tak lepas dampingiku,
Tak lemas disampingku,
Ketika aku nafasmu.
Mana nafasmu itu,
Pandangku tidak lagi,
Tegurku jangankan lagi,
Sedih akan perilaku.
Terima kasih padamu,
Kasih dijadikan batu,
Aku disamakan kaku,
Cinta yang hilang tak pernah layu.
Penjelasan tak padan,
Sungguh-sungguh aku tak tahan,
Laungkanlah kejujuran,
Sakit bukanlah seksaan.
Moga kau menoleh,
Jarimu menyerap jernihku,
Mataku tumpu rautmu,
Senyummu untuk senyumku.


Sumpah Keramat
30.12.2010
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

GUDANG MIMPI oleh Ziarah Makrifat nampaknya bagai membicarakan kisah silam yang dihimpun semuanya memori lama, seskali dibuka dan diingatkann kembali, bila mana satu cerita yang diangap bagai arca memori cinta . mungkin segalanya dahulu tidak dikecapi atau kesampaian , namun kini biarkan disimpan dalam lipatan memori Atau setidaknya diterjemahkan di dalam gudang mimpi. Seandainyalah kau masuk di
dalam mimpi malam, gemgamlah harapan dan biarkan arca cinta masih kukuh untukmu dan aku .begitulah agaknya pengucapan si penulis . Cuma andain sahaja. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
TAK KISAH PUN sajak oleh Mahligai Syahdu bagai membicarakan kisah hidup sesaorang yang mungkin secara umum memperkatakan jenis manusia yang selalu sajak bergelumang dengan kerja-kerja yang menjijikan. Si penulis pun tidak pernah ambil kisah atau perduli. Tetapi kini amat mengejutkan, tetapi boleh bertukar wajah dan perwatakannya menjadi seorang yang mendapat hidayah atau pertunjuk dari Ilahi. Sebenarnya sebagai seorang isalam kita tidak boleh menuduh orang yang jahat itu sewenangnya. Kalau dia bertaubat dan menginsapi apa yang pernah dilakukannya.kita pula yang meannggung dosa. Semoga kita berkata sesuatu yang benar saja. Amin (U).

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BERJALAN DI ATAS KAYANGAN sajak oleh Roslan Bidin penceritaannya agak Jauh mengerawang sehingga menjelajahi alam fantasi, sesekali sememangnya akal manusia boleh menerjah ke luar batasan, semacam cerita difilem Hindustani, dalam satu lagu berpuluh boleh tukar baju.malah dia akan terasa dunia ini melik mereka berdua.Terkejar sana, terkejar sini,bersama dengan irama pinggul bergoyang dan dada bergelombang. Asyik menari hingga keawan biri dan taman Firdausi, hingga ke hujung dunia, bila sajak hendak berdekatan,lantas tersedar ternyata kosong, kembali ke alam nyata.bagai terbagun dari mimpi lena. Amat mengecewakan. Itulah akhir cerita penyakit di alam fantasi. (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

SEYUM SURAM sajak oleh Sumpah Keramat dengan penceritaannya bagai menyentuh hati lara, Pengucapanya terasa bagai jiwa-jiwa. Mungkin kisah lama agaknya, dahulu pernah bermesra dimana saja berdampingan, entah kenapa pula lewang kebelakangan ini agak susah pula untuk senyum dan bertegur sapa. Dimana
rasa silapnya. kepercayaan dan kemesraan bagaikan hilangan segalanya. Kini tinggal mengharap senyummu dan senyumku dapat bersatu seperti dulu. Semoga dapat diselesaikan segala sengketa lama . Amin (B)

Tanpa Nama berkata...

seram cerpen ni

Suara Misteri berkata...

eh! selalunya geletek pagi lawak2 kenapa ada politik plak?

Pak Ngah But berkata...

geletek pagi lama xnmpk pegi mana plak?

Jalal Rafzee berkata...

geletek pagi dulu kata dh berhenti keja balik ker?

Raju LInggam berkata...

huh hu?? kenapa digelar dgn nama tu? pelik jgk

Olie Pajutdy berkata...

ingatkan sapa la hu hu rupanya mat sabu? hehe

Karim Ghani berkata...

mat sabu ni lama xnmpk selalu nampak hadi awang dan nik aziz jer?

Helilintar berkata...

kenapa nama di huh huh plak geletek pagi?

Angker 13 berkata...

menarik sajak en nuri ni

Brader Joe berkata...

eh! sajak en nuri skrg byk tentang nasihat...

Mat Noh berkata...

menarik baca sajak en nuri mcm mendengar kuliah subuh plak?

Rossa Long berkata...

eh! sajak ni xphm la en nuri

Vijay Kumar berkata...

syirik mungkar ni apa plak?

Miss Kim Cheung berkata...

kuliah subuh ni apa plak?

Teratai Mekar berkata...

insaf baca sajak en nuri ni

Nuri kecil berkata...

smoga semua berubah baca sajak en nuri ni

Umar Haslam berkata...

sajak mcm rendah diri je ni?

Geletek Geli berkata...

sajak berkorban demi cinta ker ni hadi?

Muhamad Rabbi berkata...

sajak mcm rendah diri tentang kekurangan diri jer ni

Ustazah janariah berkata...

sajak mcm hadi ni rasa diri dia hina saja?

Wasiril Azmi berkata...

sedih plak mengenang sajak hadi ni?

Yusof Lim berkata...

esok sajak sapa plak tersiar?

Budak rRap berkata...

eh! en nuri nmpknya skrg byk sajak ketuhanan saja...

Raja Muda berkata...

eh! sajak ketuhanan lagi ke? sajak berbentuk cerita xde ker?

Abang berkata...

ali conan ni mmg cari penyakit la kenapa nk pegi balik?

Lelangit Biru berkata...

eh! langsuir tu ada lagi ke kat teratak tu?>

Qalam Musoffa berkata...

berani ali conan x takut kena pukau lagi ker?

Tengku Anita berkata...

rasanya kalau langsuir tu jmpa ali conan msti dia x lepas dh ali conan

Diana Sanubari berkata...

rasanya mngkin ali conan tu plak pukau pontianak tu? hahaha

Budak Surau berkata...

kenapa x kwin je dgn hantu senang cerita? hahahaha

Nabil Quldi berkata...

apalah keistimewaan ali conan sampai hantu tu terpikat kt dia?

Jalil Janggut berkata...

hantu tu x berupa jd manusia ker?

Penjayak Istana berkata...

eh! dorg lepas ali conan jd umpan ker?

Ustazah Hamidah berkata...

kenapa biar dia pegi sorg diri?

Malik Wariya berkata...

eh! dia nak pegi buat apa? nak sambung kembali ke cinta dulu?

Ustaz Saad berkata...

mcm man ada pekampungan org asli plak?

Lagenda Pulau berkata...

cerpen en nuri ni makin lama jd makin menarik la

Putera Damien berkata...

cerita ni kalau buat filem msti pecah panggung lbih 40juta... hehehe

Sudin Ramlee berkata...

apa akan jd kat ali conan nnt?

Jupri halim berkata...

eh! kalau dia kena tangkap dgn hantu mcm mana?

Nur Atikah berkata...

rasanya dia jmpa hantu lain plak kot? hehehe

nurimanja49@gmail.com berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

Sajak ketuhanan susah sikit nak faham. Syirik ini menduakan tuhan, tuhan ada satu sahaja (esa) dia pergi pula bertuhan dengan pokok jin atau pun syaitan, hantu jemalang. mungkar ini: buat kerja yang dilarang oleh Allah , judi, minum arak, berzina, dan lain lagi
yang dikira jahat. Kuliah itu: ceramah berkaitan agama.

- Dulu dia gelar mantan Tun Dr Mahatdir. bnyak buat dosa hu hu, dekat Tv. semasa Zainudin maidin jadi menteri penerangan. dan ustaz Hamid othaman , mereka berdua ini mangsa IT dalam internik disebarkan keburukan peribadi, bila serangan tohmah dan fitnah tak dapat disangkal, lalu bungkus. macam hari ini juga, Lepas Toyo, Rais Yatim, kita tunggu lagi serangan peribadi.

- Saya janji kemarin nak cerita pasak bahadi burung murai gila dan andartu kena jampi pengasih.
hari ini saya siar satu dulu bahadi Murai Gila.