Memaparkan catatan dengan label ada ertinya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ada ertinya. Papar semua catatan

Ahad, 20 Februari 2011

TOPENG (



 sajak pilihan ahli Cr.


Topeng terlekat dimukamu
hingga aku tak dapat meneka
rupamu putih atau hitam?
wajahmu kedut atau tegang?

kamu juga suka bertukar topeng
hingga aku tak dapat mengagak
kamu Cicakman menyelamatkan insan
atau Profesor Klon musnahkan kehidupan!

 
Oleh: Geletek Malam
Bayan Lepas
2010 Mei 29 13:08





Khamis, 30 Disember 2010

MATA YANG MENYASIKAN

  

akan kehidupan alam semesta
kita pun mengerti akan segalanya
setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Inilah putaran di alam maya
telah dijadikan tuhan pencipta
untuk manusia melihat dan berfikir
sebelum kita datang dan kemudian pergi.

Matalah yang menyasikan
bersama perasaan hati dan jiwa
apabila sesuatu keadaan itu berlaku
kita pun dapat mengetahui dan mengerti.


Oleh: Nurimanja,
29hb, Disember, 2010.
selepas menonton Tv animal.