Khamis, 30 Disember 2010

MATA YANG MENYASIKAN

  

akan kehidupan alam semesta
kita pun mengerti akan segalanya
setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Inilah putaran di alam maya
telah dijadikan tuhan pencipta
untuk manusia melihat dan berfikir
sebelum kita datang dan kemudian pergi.

Matalah yang menyasikan
bersama perasaan hati dan jiwa
apabila sesuatu keadaan itu berlaku
kita pun dapat mengetahui dan mengerti.


Oleh: Nurimanja,
29hb, Disember, 2010.
selepas menonton Tv animal.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 2 Oleh Nurimanja PK..2002
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Aku tahu cerita Tuk Nyang Naim , bukan calang orang dan sebarangan. Kata mak, Tuk Nyang Naim tidak akan pergi menziarahi orang mati yang tidak pernah sembahyang atau turun ke masjid berjumaah.Itulah ketegasannya bila dia dilantik jadi AJK masjid pagi petang siang malam ,orang yang tidak tinggalkan solat. orang yang kuat beragama, dia uga orang yang disegani dan dihormati oleh masyarakat Pekan Tanjung Piandang.

Pernah juga pada satu hari waktu mak dan Tuk Nyang Naim berkerja di bendang, hujan ribut hendak turun, suasana menjadi gelap seolah-olah seperti langit hendak runtuh. Tuk Nyang Naim memerhati ke langit, dia saolah-olah sedang berhadapan dengan sesuatu yang cemas,dia semacam ternampak bala musibah akan turun dari langit, hitam datang laju berputa-putar ke arahnya.

“Kalian Nampak itu, putaran kepala angin?”kata Tuk Nyang Naim, sambil menunjukan jari telunjuknya kearah warna hitam tegak berdiri memutar segala macam daun dan rumput ramapai yang kering dibawanya naik ke udara.

Kemudian mak nampak,Tuk Nyang Nain membaca satu ayat, kumat kamit mulutnya, lalu dia menghemburkan ludahanya kearah langit, seketika kemudian angin dan hujan tidak jadi , seperti beraleh di tempat lain.

Memang itulah kelebihan Tuk Nyang Naim yang sangat disegani oleh orang kampong malah sikapnya yang tegas itu membuat adik beradik tidak berani angkat muka, Tuk Nyang Naim pernah tidak pergi mengziarahi mayat seseorang yang meninggal dunia di hujung kampung, bila ditanya , Tuk Nyang Naim menjawab, "Dia tidak pernah nampak mendirikan solat, engkar perentah Allah SWT, tidak mengakui Keasaan Allah yang maha berkuasa. dia menyedut udara tuhan tidak mahu bersyukur. jadi kapir dan kupur dengan Allah". begitu tegas bunyi kata-katanya.

BERSAMBUNG.

Datuk Murad berkata...

3 PAGI

di jam tiga pagi
terjaga dari lena nyenyak
terganggu oleh bisik suara halus
yang menyentap lubuk hati
ah… persetan
cuba pejamkan kembali
namun bisikan itu
masih terngiang di cuping telinga
makin lama makin galak
seakan bergelak ketawa
di pesta suka ria
makhluk halus tanpa akal
datang tiada diundang
hadir tiada dipelawa
dasar hidung tak mancung
pipi pula tersorong
pergi kau ke sana segera
sebelum dirimu kusembur ridsect…


Datuk Murad
apabila banyak nyamuk plak di kampung

Professor Lanang berkata...

TAHNIAH DARI SUZUKI

dari jauh nampak gigi
rajagobal senyum puas hati
anak buah semua menjadi
dapat julang piala Suzuki
air mata turun ke pipi
tanda gembira tak tahan lagi
sudah dikota segala janji
dalam jiwa tersimpul mati
ini semangat yang kita cari
sejak dahulu hingga kini
moga mereka tak lupa diri
sudah terbayang habuannya nanti
kami turut tumpang sekali
rasa gembira di hati kami
kita dah naik setapak lagi
moga terus kita mendaki
hingga sampai ke puncak tertinggi
akhirnya pada malam ini
kuku harimau dah tajam kembali
tahniah sekali lagi…

Professor lanang
ketika selesai menyaksikan bola sepak

Saudagar emas berkata...

NAFAS

Dada berat, Sarat.
Aduh seksanya.
Adapun aku bernafas,
Sesak. Sepertinya lelah.
Sepertinya mahu lelap.
Tolong aku Tuhan,
beri aku waktu
untuk bernafas lagi..*
aku mahu udara segar
aku mahu oxsigen
nafas ku kian pudar
jangan ragut nafasku lagi
kerana ku ingin terus
menghirup sisa nafas yang tinggal
tolong berikanku nafas
nafas yang sedar disisimu
nafas yang boleh memberikan
aku hidup di dunia fana
untuk setahun lagi
jangan ambil nafasku lagi
maafkan lemparkan semua
nafas yang ada salama ni
simpankan ku nafas baru


Saudgar EMas
kelantan
11malam

Siti Hajar berkata...

ORANG GUA

Kau gelak sebab kau kata
kau tak pernah jumpa
orang macam aku.
Aku gelak berdekah-dekah
sebab dengar kau kata
kau tak pernah jumpa
orang macam aku aku pun pelik?
Kenapa tak pernah jumpa?
Kau tak pernah jumpa orang?
Habis selama ni
kau pernah jumpa siapa?
Haiwan? Tumbuh-tumbuhan?
Aku rasa mungkin ka uni orang gua
Yang zaman batu punya dan kau kuno.

Siti hajar
sarawak
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

Datuk Murad dengan sajaknya kali ini bertajuk jam 3 PAGI seakan sama dengan lagu alaharham seniamna agung P.Ramlee . Jam 3 pagi berbagai perkara boleh berlaku lebih lagi bila anda berada di kampung halaman,(barangkali pulang menghilang rindu) pastilah banyak nyamok di waktu malam jika tidur pula tidak berkelambu. Kenduri sankanlah sang nyamuk tiruk atau nipah hingga ke pagi, melainkan jika ada ubat nyanyuk dan ridset, jika tidak sampai siang tak boleh tidur. Ini cerita biasa bagi orang yang tinggal di kampong, tetapi berbeza, remas dan cemas bagi orang yang tak biasa dengan suasana kehidupan di kampong. Saya juga lama rasa tak balik kampong. Agak rindu juga, semoga dapat jenguk kembali. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Professor Lanang pula dengan sajaknya kali ini pasal bola bertajuk TAHNIAH DARI SUZUKI. Ternyata ucapanya kepada pemain bola sepak kita bombing rajagopal membawa kejayaan setelah hamper empat belas tahun menanti kejayaan, kini merangkulnya syabas dan tahniah dari siapa saja. Apa yang menarik kekalahan dahulu memang membakar semangat, apa bila dikutut dan dicaci, inilah satu cara untuk membakar semangat, tetapi cara ini kurang menarik, tetapi itulah caranya orang Dahulu kala mencabar hati kewibawaan anak muda, agar bangkit jangan leka. Lihat saja saudara Bambang Pamukas bermain dengan muka tiada nampak senyum,menunjukan dia bersungguh. Bila dia masuk dua gol telah terhasil. Semoga kita perlu mencabar semangat anak muda. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sdra. Saudagar Emas dengan sajaknya bertajuk: NAFAS Pengucapannya mencerita keadaan semacam menerima musibah bagai terlantar kesakitan. Terasa bergelut dengan antara hidup dan mati. Lebih mengkuatirkan hati cemas bergelut dengan banyak lagi perkara yang belum diselesai Jika tuhan menjemput tentu mata tidak terpejam. Tetapi dengan niat dan kesedaran doa yang Diharapkan makbul juga permintaan. Nadi masih terus berdenyut hidung masih terus bernafas. Mungkin Tuhan masih sayang pada anda. Amin .

Qalam Mutiara berkata...

Siti hajar dengan sajak ORANG GUA kebarangkalian ada cerita yang kurang menyenangkan
Buat kawan sejawat. Kekadang ada gurauan yang kurang menyenangkan hati, apatah lagi bila kita banyak memendam rasa dan keadaan bagai mengejek kita, hati sering kali mudah tercabar bila ada gurauan yang agak melampau. Lalu boleh berlakulah keji mengeji dan cabar mencabar, terucaplah apa saja yang dikira sesuai. Ini lumrah dalam kehidupan. Semoga satu keadaan kembali tenang dan damai semula . Amin

Saizul Maizav berkata...

tok naim ni mcm pnh en nuri cte je psl dia dulu

Tuan Haji Abkam berkata...

Tuan Haji Abkam(maaf tumpang toi jgk sumbang resepi)

Bahan-bahan ( 4 ORANG )

* 1 PAKET NANGKA (YANG JUAL KAT PASAR TU)
* 200 G TULANG IKAN TALANG MASIN
* 1 PAKET SANTAN/1 BIJI KELAPA
* 2 CAMB SERBUK KARI IKAN
* 1 CAMB SERBUK CILI
* 2 LABU BAWANG BESAR (1 DI MAYANG DAN 1 DI TUMBUK)
* 3 ULAS BAWANG PUTIH DIMAYANG
* 2 CAMT HALBA CAMPUR
* AIR ASAM JAWA
* DAUN KARI

Cara-cara

1. RENDAM DALAM 10 MINIT TULANG IKAN MASIN KEMUDIAN CUCI DAN REBUS DENGAN AIR SEPARASNYA DENGAN SERBUK KARI DAN SERBUK CILI.
2. REBUS DALAM PERIUK BERASINGAN NANGKA SEHINGGA AGAK LEMBUT, CUCI DAN KETEPIKAN.
3. MASUKKAN BAWANG YANG DITUMBUK TADI KEDALAM REBUSAN IKAN MASIN TADI, APABILA IKAN MASIN AGAK LEMBUT MASUKKAN NANGKA TADI.
4. SETELAH MENDIDIH, MASUKKAN SANTAN DAN AIR ASAM JAWA TADI DAN DIDIHKAN LAGI.
5. TUMIS DARAT - DALAM KUALI BERASINGAN PANASKAN 4 CAMB MINYAK DAN TUMIS BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH, HALBA CAMPUR DAN DAUN KARI.
6. TUTUP API KARI TADI DAN TUANGKAN TUMISAN DARAT TADI, TUTUP PERIUK DAN RASA ASAM GARAM

Geletek Malam berkata...

tok nyang naim? ni asik pak ngah arif ker?

Kembara Budiman berkata...

tok naim ni mcm wali je alim btol..

Petualang Tiga berkata...

xkn dia xpegi ziarah org mati klu x smbhyg???

Golok Buta berkata...

tok naim ni ada lagi en nuri?

Jalil Janggut berkata...

tok naim ni pandai buat magik jgk nampaknya

Adi Cana berkata...

tinggi btol ilmu dia? dia menuntut kat mana ni?

Ezad Emir berkata...

tok naim ni prg mesir ke? alim btol dia ni

Sadaqallah Azim berkata...

tok naim ni msti org tabligh ni

Ustazah Janariah berkata...

kepala langit hitam?? pelik

Lagenda Pulau berkata...

mcm mana dia boleh tahu kepala langit?

Nabil Quldi berkata...

warak btol tok nyang naim ni

Emily Bayans berkata...

ada gambar x tok naim ni??

Atan Yahoo berkata...

xkan dia xnk ziarah org mati?? sian org tu

Pak Kassim berkata...

ayat apa dia baca?? dia bagithu en nuri x?

Supain Sipaun berkata...

tok naim ni guna sihir ke?

Badrolshah berkata...

tok naim ni umor brapa?

Kembara Budiman berkata...

tok naim ni ada lagi ke dh meninggal?

Nasruq Haqq berkata...

dia baca ayat tuju angin agaknya

Malik Wariya berkata...

tok naim ni org jawa ker?

Pengeran Indera berkata...

tok naim ni belajar kat mana? indon ker?

Muhamad Rabbi berkata...

en nuri x ambik ilmu dia ker?

Mak Mah berkata...

tok naim ni x kwin ker?

Jeffry berkata...

tok naim ni msti guru silat ni sbb tinggi ilmu dia

Abang berkata...

tok naim ni meninggal masa umor brapa?

Pak Bostamam berkata...

patutlah en nuri hebat menulis sajak rupanya en nuri pun ada bau2 bacang dgn tok naim..

Ustaz Majusi berkata...

tok naim ni xde anak ker?

Kamal berkata...

mcm david coverfiled la tok naim ni

Ustaz Rahman berkata...

tok naim ni msti byk berguru ni

Jengking Perak berkata...

tok naim ni org banjar ke jawa?

dam catur berkata...

resepi apa plak tuan haji ni bagi?

Tetamu Malam berkata...

xde tulis pun resepi apa ni tuan haji?

Encik Mahatdir berkata...

nampak mcm kari ikan masin jer...

Angker 13 berkata...

ikan masin masak apa ni tuan haji?

Danial berkata...

eh! ikan talang masin masak apa ni? asam pedas ker?

Ustaz Nasarudin berkata...

tuan haji ni xbgi thu resepi apa ni? tp rasanya ikan masin masak kari...

Abul Hassan berkata...

ikan masin masak gulai ke ni?

Intan berkata...

mcm sedap je kna cuba resepi tuan haji ni

Ustaz Muda berkata...

lapar plak perut aku bila baca resepi tuan haji sbb ada ikan masin kesukaan aku

Lukiee berkata...

eh! nampak mcm sedap jer resepi yg x thu apa bnda tuan haji bagi ni