Khamis, 23 Disember 2010

ORANG MUNAFIKUN




Orang munafikun itu
mengaku dirinya Islam
di kalangan orang beriman
hatinya tidak pun ikhlas
tetapi Allah membernarkan
mereka bersama orang beriman.

Tetapi sesungguhnya
Allah amat mengetahui
isi hati orang munafikun itu
Allah sengaja membiarkan
untuk menilai kebenara mereka.

Bila Allah memerentah
orang yang beriman sujud
mereka beriman lantas sujud
bagi orang munafikun gagal
tulang belakang mereka keras
tertunduk atau pun terdongak
selama 40 tahun kira lamanya
Allah menampakkan impaknya
sewaktu kepuraan di dunia dulu
kini terimalah padah akibatnya.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
dari penceramah bebas 2009.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 11.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________


Hadi terus mengambil parang panjang aruah ayahnya yang tersangkut di hujung bentul di bawah rumahnya. Dia terus mengasah dan menajamkan mata parang panjang itu, berkilat dan tajam nampaknya, biar sekali lembas berpuluh rumput selaput tunggul putus berderai jatuh ke tanah.


“Hadi, sekarang kita tidak susah lagi. Pemerentah suruh kita tanam padi dua kali setahun. Ada diberi benis dan baja percuma. Jual padi pula ada tambahan subsiti lagi. Tak banyak sepuluh ringgit seguni. Jadilah kalau kita dapat sepuluh guni, tentu sudah dapat seratus, cukuplah,” Hadi dengar dengan teliti kata-kata ibunya.


Hadi terbayang bagaimana dia boleh mengumpul dan menabung wang hasil jualan padinya. Malah dia juga boleh mengambil upah dari tanah sawah orang lain jika padi di sawahnya sudah selesai, tentu banyak dapat duit. Ibu tentu suka sekali.


Bila banyak wang. Hadi bolehlah meminang anak siapa yang dia suka, ibunya akan turut sahaja. Kalau ibu pilih lebih berkat. Ibu pasti pilih menantu yang yang solehah, tidak tinggal sembahyang, dan yang taat perentah ibu bapa dan patuh akan kehendak suami, serta ada sikap bertanggungjawab terhadap pengurusan rumah tangga.


Kalau Hadi sudah khawin, mak tentu dapat timang cucu, mak tentu boleh cium cucu, mak boleh tolong jaga cucu, menantu mak pun senang untuk memasak di dapur. Hadi rasa cukup bahagian hidup berumah tangga. Hidup sebagai orang kampong biasa sahaja. Ahh! Alangkah indahnya ada anak dan punya isteri yang taat pada perentah Aallah swt.


Hadi senyum lagi, Bila Hadi nampak mak timang cucu, mak main cak cekur udang gamait dengan cucu, mak main cuk cuk empin dengan hujung jari mak geletek ketiak cucu mak. Cucu mak pun ketawa kerana terlalu geli. Ketawa terkekeh-kekeh, mak pun turut ketawa sama.

Bila terlalu geli, cucu mak pun terkencing di atas riba mak. Lalu mak pun memekek
“Ahhh! Cucu mak dah kencing….” Mak akan berkata cucu mak ini nakal selalu membasahkan kain mak. Hadi senyum mengulum,. Tanda senang hati.


BERSAMBUNG.

PENYAIR AGUNG berkata...

IKAN BAKAR


* 1 ekor ikan (bawal/merah)
* 1 serai-diketuk
* daun limau purut-dihiris
* air asam jawa
* daun pisang dan aluminium foil
* bahan2 kisar:-
* @5 cili merah
* @5 cili kering
* @5 cili api
* @5 biji bawang merah
* @3 ulas bawang putih
* @3 batang serai
* @garam

Cara-cara

1. panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
2. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
3. bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
4. hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

Raja Muda berkata...

HITAM ITU MENAWAN

jika kau tanya padaku
apa aku suka tentang kamu
pasti kujawab setulus hati
aku suka mata bundarmu
jauh menikam ke lubuk hatiku
buat lena malamku terganggu
aku suka licin kulitmu
tanpa kedut tanpa calar
senang ku usap sepanjang waktu
aku suka hitam warnamu
walau hitam manisnya terserlah
tiada jemu daku menatap
aku suka suaramu merdu
buat daku sentiasa merindu
tiada jemu daku bertemu
aku suka gayamu menawan
buat daku tiada puas
memicit butangmu saban waktu
engkaulah kesayanganku laptopku...

Raja Muda
sajak utk laptop saya

Tinta Bayu berkata...

MIRA

Senyum bersamaku
Satu memori berterusan
Mira,Jangan pergi dulu
Tunggu aku di pohonmu
Seperti dalam mimpimu
Yang mana daunnya biru
Dan bunganya palsu
Kau khabarkan padaku
‘Tika langit berpecah
‘Tika awan berlaga-laga
‘Tika hujan turun berdarah
‘Tika kita semua lupa
Mengapa kita masih disini lagi?
‘Tika saat sudahpun berhenti
‘Tika saat rebah, gugur mati


Tinta Bayu
sajak utk kekasih sy.. hehe

Che Mazuki berkata...

SERI WAJAH

manis wajahmu
berseri bagai purnama
apa rahsia agaknya
tolong khabarkan segera
apa petua kau amalkan
apa ubat kau gunakan
tenang wajahmu
setenang air di kali
sejuk mata memandang
tiada jemu mata menatap
indah wajahmu
terpancar nur suci
buat hati terdetik kagum
buat hati ingin berdamping
senang hati bila disamping
apa rahsiamu wahai teman
dalam bisik halus
buat aku terpaku
jaga wudukmu tanpa putus...

Che Mazuki
Tanjung Piandang
19.12.2010

Farah Hani berkata...

TELEKUNG BURUK

telekung buruk belakang pintu
tampak semakin lusuh
telah pudar warnanya
telekung peninggalan nenek
terbiar di situ sekian lama
apa agaknya maksud tersirat
pasti ada sesuatu di situ
telekung buruk kucapai
masih ada bau nenek
rindu tiba menerjah di benak
sayu ingatkan saat silam
segera kisah lama terpapar
saat sama meniti hari
saat suka duka kehidupan
antara aku, nenek dan adik
adik kini semakin meranum
sudah dibangku sekolah
aku terlupa pesan nenek
segera telekung kulipat kemas
kuletak atas bantal adik
moga dia faham
maksud hatiku
maksud hati nenek...


Farah Hani
Penang
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

Raja Muda dengan sajak laptopnya HITAM ITU MENWAN. Pada mulanya pengucapannya agak mengelirukan juga, tangkap pertama mungkin gadis hitam manis, kemudian mungkin kereta barudipasarkan. Nah akhir sekali tenyata sebuat laptop baru yang dipunyai oleh si penulis, Lebih menyakinkan lagi si penulis pun telah menyatakan sendiri, akan kebenaranya. Ini mungkin laptop yang cangih keluaran baru dan terkini agaknya? .

Qalam Mutiara berkata...

Tinta Bayu sajak buat kekasihnya bernama MIRA mungkin satu memori yang masih kental bersemadi hingga kini. Tetapi mungkin keadaan telah menentukan perpisahan akan berlaku.
Bila berjauhan mungkin berbagai andain akan berlaku dan berbagai khabar cerita pula mula menceritakan. Pastikan janji boleh sedia? Kini mungkin semuanya akan terhenti, rebah dan Gugur mati. Cumna andaian sekadar andaian saja. Semoga tidak begitu. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Che Mazuki barangkali sedang mengikuti seminar agaknya dan mungkinmelihat ada tokoh yang mungkin dilihat bercahaya muka kerana ketokohannya atau mempunya aura keikhlasannya yang terpancar keluar. Biasanya seorang yang hidup dalam kekalutan dan kekejian atau pun melakukan kejahatan, wajahnya sering berada dalam kebimbangan, terutama orang berutang. Siang jadi ketakutan kalau bertemu dengan orang dipinjam utang, malam menjadi kebimbangan dan igauan, bagaimana cara nak bayar utang. Orang begini cahya muka atau aura seri wajah agak susah untuk menyinarkan cahayanya. Contoh mana ada muka perompak, lanum, penjahat muka berseri wajah. Semoga kita tidak begitu. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

TELEKUNG BURUK sajak daripada Farah Hani menceritakan kain telekung buruk yang masih tersangkut di sebalik pintu, entah berapa lama. Sehingga adiknya pun telah bersekolah. Ternyata ada pengajarannya buat si kakak yang melihat tetang kelalaian adiknya mengerjakan solat lima waktu. Semoga dengan mengenang kaian telekung buruk neneknya yang ditinggalkan agar adiknya yang melihat pula di atas bantal akan sedar nanti dan diharap tergerak hati untuk sujud pada pada kebesaran Illahi. Amin.

Supain Sipaun berkata...

wah! ada lagi cerpen hadi ni

Brader Joe berkata...

rasanya sampai siri 20 cerpen hadi ni

Ustaz Nasarudin berkata...

eh! cerpen ni kenapa cerita pasal lain plak?

Ustaz Sahzan berkata...

mmg kretif cerpen en nuri ni ada imbas ke belakang dan imbas ke depan??

Ummu Akilah berkata...

mcm mana hadi ada bini plak?

Kembara Budiman berkata...

semalam hadi sakit skrg dh sihat siap ada bini plak?

Golok Buta berkata...

en nuri msti terlangkau cerpen ni

Badrolshah berkata...

bukan ke dulu hadi keje sebagai buruh kasar ker?

Sarah berkata...

hadi ni sebenarnya keje petani ke buruh kasar?

Nuri Jaguh berkata...

eh! selama ni xpnh pun cerita pasal bini hadi

Danial berkata...

dulu cerita hadi xde bini skrg mcm mana ada bini plak?

Tetamu Malam berkata...

eh! semalam cerpen ni sedih skrg ada gembira plak?

Abul Hassan berkata...

cerpen ni aku dah mula pening

Angker 13 berkata...

en nuri silap terbit cerpen ker?

Tok Mahat berkata...

kenapa jd cerita lain plak?

Sudin Ramlee berkata...

eh! dulu hadi mana ada bini skrg ada plak?

Sharifah berkata...

mana datang plak bini hadi ni?

Puteri Bunian berkata...

semalam dia tinggal dgn madian skrg ada bini plak?

Zuraifah berkata...

eh! hadi ni keje pertanian ker?

Jengking Perak berkata...

hadi setahu aku dia miskin mcm mana dia dapat duit beli biji benih?

Ustaz Muda berkata...

cerita ni dia imbas ke dpan ker?

Nabil Quldi berkata...

hadi terkenang masa hadapan plak?

Zainal Arifin berkata...

hadi ni mana 1 btol? dia keje sebagai buruh kasar ke keje kat petani?????

Seri Suri berkata...

hadi twligt zone ker ni?

Saizul Maizav berkata...

hadi ni bermimpi ker?

Siti Hajar berkata...

panjang lagi ke cerpen hadi ni?

Ustazah Hamidah berkata...

hadi ni umur brapa? dia tua ke muda?

Julia berkata...

cerpen ni mcm ada x kena jer...

Nur Atikah berkata...

ni mak dia ada semalam mak dia kat kmpung????

Putera Damien berkata...

mmg misteri la cerpen hadi ni

Jalal Rafzee berkata...

penyair agung bagi ikan bakar plak? wah!

Mozaire berkata...

esok makan ikan bakar plak la nampaknya aku ni

Guest berkata...

huh! mcm sedapo je ikan bakar penyair agung bagi ni

Salam berkata...

bila baca menu penyair agung teringat plak ikan bakar kat belakang seagate tu

Umar Haslam berkata...

teringin plak nak makan ikan bakar? hehe

Ku Farah berkata...

esok beli kat pasar malam la ikan bakar nanti.. hehe

Pak Kassim berkata...

ikan bakar je air asam mana penyair agung????

Pak Ngah But berkata...

huh! ikan bakar ni resepi turun temurun ker?

Madah Pujangga berkata...

ikan bakar mmg favourite aku ni

Spider Leman berkata...

ikan bakar? mcm sedap je msti cuba ni