Selasa, 28 Disember 2010

DERITA INI & INGATAN DULU


 kategori sajak usia lama

1.DERITA INI

Di sebalik,
senyuman mekarku,
tersembunyi sebuah,
lukisan derita,

sampai bila,
akan ku,
sembunyikan,
tangisan ini

 
OLEH ATUK
ketika terkenang anak2 yg tak dapat balik beraya..


 
2.INGATAN DULU

Jadikan jalan ini gerbangnya
lipat kemas memori di dada
simpan sampai tiba waktunya
andai esok masih ada.

Usah hirau berapa lama
kita berdiri menatapi
wajah-wajah yang tinggal
fahami pemergian ini mesti dihadapi
bukan diratapi.

Kita yang tinggal
menggali kenangan
yang pernah tersemi
mengheret masa kembali
mengutip sisa-sisa harapan
punah dalam dakapan ingatan
terbekas di rantaian kerinduan.

 
OLEH: ATUK
merbok 3ptg.
3 .11, 2009




50 ulasan:

nurimanja berkata...

BUDAK PONDOK / BAB 1- siri 2
Oleh Nurimanja PK..2002

Semasa abang-abang aku masuk jawi (bersunat) aku yang paling takut tengok Tok Mudin, ayah kata Tok mudin datang , aku yang lari dahulu. Daripada orang lain, piSembungi dalam kelambu.

Memang aku ini penakut waktu kecil dahulu tengok orang India beragama Hindu pun takut, lari lentang pukang, Apa tah lagi mereka cerita hantu hantang kelopak jantung hantu datang aku sepak melambung dan macam-macam hantu,ada hantu sorok,hantu cek mah hela ,semuanya membuat hati aku jadi kecut.

Ketika usia aku lima atau enam tahun ,mula kenal kawan sebaya dengan aku,kami mula main guli, gasing, tudung laminit, kotak rokok, ayam sabung, wau, senapang kayu.dan ikan pelaga.dalam keadaan aku semput itu pun nak main juga gila punya kerja.

Itu pun aku maseh suka bermain, Mak selalu panggil aku balik, waktu tengah hari rembang ,tejerit-jerit mak panggil , biasanya hari sabtu dan ahad tidak ke sekolah.

Dua orang kawan aku lagi teruk, Leman dan Awang, mereka sudahlah hidung behingnus, telinga pula bernanah, bau busuk ini yang buat aku tak tahan , orang lain semua lari, tapi aku tetap berkawan juga dengan mereka.

kawan aku bernama Sulaiman, aku panggil ia Leman saja, dia ini semedang tarik siput beletong , berhingus dari darjah satu sampai dajah lima. Setiap hari aku bersekolah berjalan kaki,kecuali hujan ayah hantar dengan basikal buruknya. Dari darjahs atu sampai darjah empat aku maseh belum boleh membaca.aku tidak tahu dimana silapnya.

Waktu aku melengung di depan get Jin Seng Estate ke jalan masuk Ke kampungku, aku lihat beberapa orang budak permpuan berpakain baju kurung seragam sekolah Agama kayuh basikal mudar mandir dahulu kemudian, di tepi jalan raya Jalan Siakap .

Akhir sekali aku berhenti sekolah, selalu sakit pergi sekolah seminggu dua atau tiga hari, jika lelah atau asma kuat berminggu tak pergi sekolah. Guru besar itu baik, bertahun nama aku tak dipotongnya, malah diberi nama ubat suruh ayah beli, apakah jadah nama ubat itu, aku pun tak tahu, mopiko ke, moroko, amako ke. aku memang tak ingat lagi.

BERSAMBUNG.

Gerangan Hamba berkata...

TINGGALKAN SATU NYAWA

Kali pertama pandang jeling-jeling
Kali kedua senyum malu kucing
Kali ketiga mula himpit rapat sikit
Kali keempat pegang belai membelai
Kali seterusnya peluk nikmat terasa
Tersingkap segala hijab
jadi hubungan terlarang
Benih mula tertanam dalam diam
Mula hilang akal sudah bungkam
Fikiran sudah buntu
mana hala nak tuju
Cari rumah terbiar
cari tandas kosong
Cari semak samun
cari masjid dan surau
Tinggalkan satu nyawa...


Gerangan hamba
selepas membaca surat khabar

Hambali Maliki berkata...

JALAN ATAS TANAH

jalan saja ke depan
jangan pandang belakang
tak payah pegang pinggang
tak capai tangan bersembang-sembang
tak pandang mata dalam-dalam
belakang terkejar-kejar
jalan sebelah-sebelah
toleh tepi kadang-kadang
laju-laju jalan
bila bicara sama kau,
aku rasa macam disyurga itu.
nama kau firdaus juga.
alahai,aku rasa mabuk.
mabuk simpang siur.
ikatan yang gah ini
rrapi dan kemas ini,
kita berdua pegang satu tanah.
tanah persahabatan.
tanah yang masih hangat.
tanah yang masih merah.
tanah yang masih gebu.


Hambali Maliki
selangor
11malam

Hafiz Zikrillah berkata...

AKU MAHU GELANGGANG INI LAGI!

Bila di Gelanggang aku berbeza.
Aku jadi lupa pada pekik lolong
Jerit maki si gila di kota neraka
Bebel kosong si bodoh yang leka.
Aku di sini cuma aku hanya aku
Bersama isi jiwa
seringkali meronta berbeza
Tak seperti aku yang disana
Tunduk mundur hanya tahu kecewa.
Izinkan aku menjadi aku
Di Gelanggang ini
Aku sedang saying mahu menjerit
meronta lagi di sini mahu bermanja
bercinta lagi di sini
orang mahu aku
Orang mengerti aku hargai aku
Tak seperti di kota neraka itu
Yang selalu buat aku tersendu.


Hafiz zikrillah
sajak simbolik harap qalam paham maksudnya

Razak Abu berkata...

CINTA MONYET

mengapa sedemikian rupa
mengapa diberi bunga
pada monyet yang terlompat
langsung tiada guna
bunga bukan mainan si monyet
bunga buat si kumbang
bunga buat pencinta cinta
bunga-bunga cinta
hanya layak buat pencinta
pencinta hargai cinta
cinta si monyet hanya mainan
hadir di waktu masih hijau
masih terkial melompat
tanpa arah tuju pasti
tanpa landasan lurus telus
hanya mainan semata cinta monyet

Razak Abu
penang
2pagi

Qalam Mutiara berkata...

Gerangan Hamba dengan sajaknya TINGGALKAN SATU NYAWA. Ternyata begitu serius sekali pengucapannya kerap berjumpa menerima padahnya. Maaf kalau saya katakana apa benda yang anak muda kita makan dinihari, menjadikan mereka mudah terangsang untuk melakukan perkara luar batasan pada hokum syarak atau Islam. Baru berkenalan baru sebulan dua, sudah lebih lagak dan gayanya bagai suami isteri. Budaya timur telah tercemar. Jangan sekali duduk berdua-duaan nanti ada orang ketiga nanti mengasut (iblis) lakukan apa yang kamu suka. Bila sudah terlanjur, iblis akan bertepuk tangan dan bersorak ria, dan meninggalkan kamu dalam derita dan sanngsara.malu tidak terhingga. Buang saja anak dimana anda suka. Itulah godaan iblis yang berjaya merasuk hati anak muda. Semoga kita berwaspada. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak sdra Hambali Maliki buat sahabat lelaki dan perempuan bertajuk JALAN ATAS TANAH Tajuknya juga agak tepat sekali, sebenarnya selama ini belum ada lagi orang berjalan bawah tanah? kecuali dalam terowong atau jejambat atau monurel. Kecuali orang mati untuk disimpan kerana tidak bernyawa lagi. Mungkin sdra penulis menceritakan tugas harian bersama kawan-kawan sepejabat yang mungkin terlibat dlam perjalanan tersebut. perlulah berhati-hati dalam mengelolakan kerja . Sajak ini juga rasanya ada satu atau dua menolok, agak sukar untuk diterjemahkan. Keduanya berkaitan dengan tugas apa yang perlu apa yang sepatutnya untuk diterbit atau dibuang. Sesekali kena berbincang, tolong menolong minta pendapat, bagai satu ikatan dalam persahabat, berjanji sama ada pekerja baru lama dan masih mentah. Akan terus bantu membantu. Begitulah agaknya. Amin. ( Cuma satu andaian sahaja ).

Qalam Mutiara berkata...

Sajak sdra Hafiz zikrillah nama bagai pengikut tabligh barang kali sering ikut takzirah puak tablight masjid kapitan keeling. Ustaz al bukhairy iman masjid ka[ital keeling itu guru saya. Sekarang lama tak jumpa. Termasuk aruah ustaz baijunid kelawai dan ustaz Yusuk masjid rawana perak rood. Menyentuh tentan sajak AKU MAHU GELANGGANG INI LAGI. (Cuma andain saja). Mungkin sdra telah pun menjalani dua keadaan yang berbeza. Dahulu mukin agak mengikut rentak perasaan anak muda, buat kerja yang tidak memberi faedah terasa bodoh dan kosong. Kini mungkin sudah ada gelanggang berkumpul sesame penyampai dakwa (tablight) terasa damai dan tenang lalu mahu kekal selamanya begini. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Razak Abu CINTA MOYET tajuk sajaknya kali ini menceritakan bahawa anak muda kini mudah dipengaruhi cinta moyet, jumpa sekali terus jadi, esok jumpa yang lain pula jadi lagi, dan begitulah seterusnya. Lalu jadilah lagi Berory Marantika atau Pusilima. Dengan lagu malam senin terima surat , malam selasa terus bercanda , malam rabu darling I love you. Bila sudah terlanjur , barulah tahu , cinta moyet tak tahu malu. Tanggung sendiri buat malu mak ayah ibu. Semoga anda dan sahabat anda tidak begitu. Amin.

Apek Liew berkata...

SUP TULANG


Bahan-bahan

* 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
* 3 biji bawang merah - dimayang halus
* 1 ulas bawang putih - dimayang halus
* 2 in halia diketuk
* 1 sup bunjut
* 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
* bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
* 3 biji ubi kentang
* garam dan gula secukup rasa
* 1 btg celery jika suka
* 1 kiub pati ayam
* air
* bawang goreng dan daun sup

Cara-cara

1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..

Mr Aiman berkata...

dih plak aku baca sjak atuk ni

kembara Budiman berkata...

atuk dgn org lama suka buat sajak sdih2....

Lelangit Biru berkata...

mengenang kenangan lalu ke atuk ni?

Gerangan Hamba berkata...

sian atuk anak2 x ambik peduli pun psl dia...

Hafiz Zikrillah berkata...

sayu je baca sjak atuk ni...

Raja Muda berkata...

kenapa sajak atuk ada 2 plak?>??? ni yg jeles ni

Qalam Musoffa berkata...

sajak atuk en nuri terbit dua plak ker????

Guest berkata...

tringat atuk aku plak bila baca sajak atuk ni

Naga Samudera berkata...

smoga anak2 aruk baca sajak atuk ni

Pendita Raya berkata...

sajak atuk aku plak kali ni? ape2pun atuk tinggal dgn aku skrg....

Golok Buta berkata...

sup tulang apek liew halal ker ni?

Budak Rap berkata...

jgn letak tulang balik baya sudah apek...

Apek Liew berkata...

wa sula lupa ala mau tulis lalam lesepi wa punya nyonya tulis kasi sama wa... itu sup tulang halal ma...

Sadaqallah Azim berkata...

sup tulang kalau melayu yg bagi aku snggup cuba kalau bukan islam was2 la...

Jengking Perak berkata...

msih was-was halal ke resepi apek liew bagi ni????

Pak Kassim berkata...

sepatutnya jalal jgn siar resepi kalau bukan melayu yg kasi sbb kami was2...

Ustaz Sahzan berkata...

eh! apek liew ke yg tulis atau anak dia??? sbb xnmpk pun mcm pelat

Harimau Berantai berkata...

sup tulang ayam ke lembu ni apek liew? hahahaha

Sudin Ramlee berkata...

sup tulang pun ada ka apek? hehehe

Capricorn berkata...

aku nk cuba sup tulang ni tp rsa 50/50 la...

Wasiril Azmi berkata...

hahaha mmg selalu bdk2 mmg takutkan tok mudim..

Mr David berkata...

dgn org indian pun en nuri takut ka?? ayoyo

Badrolshah berkata...

hantu che mah hela apa bnda plak ni???

Ravi Ramachandran berkata...

ayo.. sdih dgr itu en nuri takut sama org india? apa salah kami... hehehe

Pedang Kesatria berkata...

org india hitam sgt kot sbb tu en nuri takut??? hahaahahha

Orang Lama berkata...

bila baca en nuri main guli? tudung tin? tiba2 rasa mcm nk ke alam kanak2 plak..

Haji Hasbullah berkata...

nakal jgk en nuri masa kcik mcm2 bnda en nuri cuba...

Awang Leman berkata...

sdih bila en nuri kata leman dan awang teliga bernanah xde spa nk kawan terasa plak sy.. sbb nama pun sama.. hehhehehe

Mata Langit berkata...

wah! en nuri kwn x pilih bulu....

Satria Juragan berkata...

telinga bernanah pun en nuri kwn?? klu aku sah putus kawan... hehehehe

Sulaiman Embong berkata...

eh! nama sy pun ada jgk dlm cerpen ni...

Ustaz Majusi berkata...

mopiko utk kudis moroco tu nama negara dan amoko tu bahasa jepun... ubat dia sebenarnya nama apa???

Ustaz Nasarudin berkata...

seronok betol zaman kanak2....

Razak Abu berkata...

guru besar tu baik plak dgn en nuri????

Mawar Harum berkata...

bagus en nuri kwn dgn siapa saja tp kenapa takut dgn org india??? hahahha

Lukiee berkata...

dgn org cina en nuri x takut ker? hahaha

Kopi Susu berkata...

eh! kenapa x sunat kat klinik tok mudim sakit tu...

Jupri Halim berkata...

tok mudim?? sakit sgt ke? aku dulu sunat kat klinik je xde sakit pun

Guest berkata...

sambung lgi en nuri seronok baca wlpn dh baca dulu tp tetap best...

nurimanja berkata...

jawapan rengkas


-Taku orang India dan orang Putih. memang saya masa kecil terkurung, radia tidak ada, tak kenal dunia luar, negara belum merdeka.bahadi takut dekat jepun pun ada lagi bukan saya kedua ibu bapa saya. "Bila buat nakal mak kata "Aku bagi dekat hindu!"

Ramai juga orang kampung sebut hindu bukannya India. setahu saya Hindu itu agama, macam kita juga
Islam. tak sebut bangsa India, bahasa tamil. Agama Hindu. Dulu ramai orang kampung silap sebut.

-Sebab apa saya takut, pertama kulit dia hitam yang satu lagi putih pula , saya mungkin coklat.
bila dah sekolah barulah berani sadikit, bila dah dewasa ramai pula kawan saya cina dan india,
bila rumah dekat Estate.

Ada dua filem Estate dan Mualaf sama dengan tajuk cerpen saya. tapi mereka bukan palagiat cuma kebetulan saja sama.

- Dalam masakan bangsa apa pun kita boleh penda atau ubah.tidak halal boleh ganti yang halal, Mee Hailan atau sup tulang ini makan orang cina, kita ganti dan carilah yang halal, masak sama saja. saya
pun ada resepi tersendiri:

MEE UDAYAMTONG, ramai adik beradik suruh saya buka kedai kat teluk kumbar ini. Saya minta maaf takut nanti mee udang pak ngah mak long pula tutup. kerja potong rezeki orang lain ini tak digalakan islam.

Terima kasih Apek Liew dan Pak Bostaman dengan kerana sumbang resepi anda berdua. Mee hailam dan sup Tulang.

Oh ya! MEEUDAYAMTONG itu. cantum nama :mee-udang-daging-ayam-sotong