Isnin, 20 Disember 2010

JIRAN



kategori sajak saudara baru




Bersahabat biarlah setia
Perasaan sahabat kenalah dijaga
Kepentingannya utamakan dari diri kita
Begitulah kalau mahu bersahabat dengan sesiapa
Jiran kita anggaplah keluarga
Kerana jiran orang yang terdekat dengan kita
Tengok-menengoklah,
bantu-membantulah sesama jiran
Kehormatan jiran kenalah dijaga
Keburukkan jiran jangan dijaja-jaja
Beri-memberilah sesama jiran tetangga
Ketika jiran tidak ada di rumahnya
Rumahnya kenalah kita jaga
Sikap kita jangan sampai mengganggu jiran kita
Begitulah di antara rukun berjiran dengan kita



Oeh: Leonard Abdullah
ketika seminggu memeluk islam bersama lagenda pulau
20.9.2009







50 ulasan:

nurimanja berkata...

Tanpa Nama nurimanja berkata...

sadikit tambahan: potong kuku ini

Petua ustaz saya orang banjar:

3 hari saja: jumaat, isnin dan khamis. hari lain tu, ada bencana atau musibah, papa kena miskin,sakit lambat sembuh, rezeki tak datang.

mulakan memotong kuku dari jari telunjuk kanan dahulu. sampaike jari kelingking.Sambung pada jari kelingking kiri sampai ke pada
jari ibu kanan semula. (pelekan?)


Itulah yang sadikit dapat saya difahamkan. sampai hari ini umur ustaz saya sudah 62 orang sangka 40 puluhan.

Badrolshah berkata...

ASYIK

Keresahan menerpa
pada terbit rasa kerinduan
jiwa yang terbungkam kelam
menyasau dan tersasar
sedang keindahan itu bukan nyata
hanya bebayang maya.
aku kembali menjejak tanah;
tanah yang sebati dengan darah.
aku kini pulang
menghirup titis-titis air;
air bertakung pada mata.
saujana merimbun pengalaman
alam bebas tangan tergenggam.
Seringkali aku kurang pasti
antara pesona dan sebenar cinta
yang mana hati terpaut?


Badrolshah
selangor
10pagi

Penglipur Lara berkata...

JIKA SAYA SAYANG

Jika saya sayang akan selalu hilang dari kewujudan...
Jika saya sayang sikap ambil berat ini sering datang...
Jika saya sayang memerhatikan...
Jika saya sayang matanya membuatkannya tenang....
Jika saya sayang tanganya ingin selalu genggam....
Jika saya sayang sakit di hati sakan selalu pendam....
Jika saya sayang sering mengizinkan
Jika saya sayang sakitnya menjadi tak pernah hilang..
Jika saya sayang diam dan berusaha menjadi tenang....
Jika saya sayang membebaskan dia terbang
akhir sekali jika saya mencintai
Akan selalu melepaskan dia pergi...
Sampai dia kembali ke sisi...


Penglipur Lara
Kedah
12.12.2010

Satria Juragan berkata...

MEMORI KITA

aku usung memori usang,
pulang ke asal ke masa
kita masih boleh tersenyum dketawa.
ke masa tangan
kita masih bergenggam
buat aku tersenyum kecil,
khayal sejarah telah tergores
jika engkau juga begitu,
aku masih di sini.
tetapi engkau perlu segera,
kerana engkau semakin memudar.


Satria Juragan
Sarawak
11malam

Puteri Bunian berkata...

KAU NAK APA?

Dulu aku nampak mukanya
tapi cuma dalam hati
tapi dulu masa aku masih ada cinta
aku masih ada sayang
aku masih gila
masih dalam kesamaran
sekarang aku terkedu
nampak nama kau pada skrin telefon
aku jadi buntu apa yang kau mahu
cintaku sudah kau tolak
cintaku bukan yang kau mahu
telah aku menjauh buat bodoh
hidup kau bukan lagi penting bagiku
jadi apa yang kau nak?
ada apa lagi yang aku boleh bantu?


Puteri Bunian
KUISS
14.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

Badrolshah dengan sajaknya: ASYIK ternya pengucapannya sering diganggu gugat dengan dunia khayalan dan fantasinya. Dia sering mengambarkan sesuatu yang indah dan mencari kesepadanan dengan cinta yang dicipta dalam dunia keasyikannya. Tapi sampai kini belum lagi dia temui. Sebenarnya kau kena berani bila bertemu dengan orang sebaya dan secantek denganmu. Jika kau diam sampai bila pun cintamu akan menjadi fantasi yang asyik , tetapi bukan dibumi nyata. Tak perlu kau menagis, bulatkan tekat. Jika mempu tak perlu tunggu. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Penglipur Lara sajak JIKA SAYA SAYANG kau ingin menceritakan sesuatu untuk khyalayak,sebenarnya mereka yang telah berusia telah lama mengelamani soal cinta begini. Tetapi apa yang nyata bila kita saying tidak pula rasa cenmburu ataupun rasa curiga,dan sesama mereka percaya mempercayai, pergilah kemana hingga ke hujung dunia. Cinta yang tulus ikhlas tidak akan mudah dapat dipisahkan dan dimusnahkan oleh siapa saja. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Satria Juragan dengan sajaknya MEMORI KITA. Pengucapannya rengkas dan padat. Cuba mengenangkan kembali kisah lama yang waktu dulu-dulu semasa kita berdua bersama. Diwaktu hujan renayai-renyai, tangan pun tergengam. Masihkah kau ingat? Kini telah terpisah , namun sesekali masih mengkar bermain dilipatan hati.Tapi jika kau masih sendiri si penulis masih sudi untuk menemani. Agar hari tidak dimamah usia, sebelum terlewat dan pudar semuanya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Puteri Bunia anak en nuri dulu pun study kat kuiss sekarang di sintok kedah. Pengucapanya amat mudah dan tegas saja. Kalau dulu mungkin si penulis ada hati dan perasaan untuk diberi, tetapi si jejaka pula menolak , setelah hati tertutup. Dia datang pula untuk pujuk rayu. Ini yang menjadikan persoalan Benar atau palsu, cinta atau nafsu Kena berhati-hati, jangan menyerah hati tidak tentu arah. Bila sudah luka , anda sendiri yang parah. Selidik dulu asal usulnya kerana kini ramai yang berlakon jadi Casanova. Semoga berwaspada . Amin

Tok Mahat berkata...

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

. Khemah, beg tidur dan tikar getah
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup

Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:

. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

Saizul Maizav berkata...

untung la leonard dapat jiran yg baik bkn macam aku ni

Salam berkata...

sajak jiran plak? aku meluat dgr pasal jiran2 ni

Karim Ghani berkata...

susah nk cari jiran yg baik2...

Mozaire berkata...

kalau tinggal tempat kat org baik jiran pun baik2 la... hehehe

Ustaz Sahzan berkata...

jiran akan jd baik kalau kita baik dgn mereka jgk/...

Ustaz Rahman berkata...

sy langsung x berjiran sbb kat kondo biasalah hang tempat hang aku tmpt aku

Ibnu Siddiq berkata...

leonard ni penjaga blog ke?

Marjinah Markonah berkata...

leonard ni sapa xpnh tgk pun?>

Madah Pujangga berkata...

lama menghilang leonard?????

Pak Kassim berkata...

jd secara keseluruhan ada 10org msuk islam campur dgn leonard ni

Diana Sanubari berkata...

byk jgk org msuk islam kat blog ni rupanya

Mak Mah berkata...

semua laki je msuk islam?? pmpuan xde ker??????

Pak Kassim berkata...

en nuri bagi tips potong kuku ni bru la phm sikit

Mat Noh berkata...

sy bru nk bagi tips ni tp en nuri dh bagi xpyh la sy bagi

Bob Kuli berkata...

rupanya ada cara jgk nk potong kuku ni

Nabil Quldi berkata...

ustaz 60 an tp muda macam 40an??? mcm cikgu jgk la muka masih nmpk muda... hehehhehehe

Ustaz Muda berkata...

cikgu tiru petua ni rupanya patutlah cikgu nmpk muda masa skola dulu

Seksyen 18 berkata...

qalam ni bagi cari air mcm ala komandor jer...

Spider Leman berkata...

qalam ni mmg suka camping ke?

Datin Maimun berkata...

susah jgk klu sesat dlm hutan thu cari air...

Putera Damien berkata...

byk cara cari air rupanya dalam hutan kalau aku mati dh agaknya...

Pangeran Indera berkata...

susah jgk nk cari air qalam thu plak?

Sharifah berkata...

eh! kalau qalam ni sesat hutan msti boleh hidup....

Guest berkata...

qalam ni boleh msuk rancangan dicovery la...

dam catur berkata...

mana ko belajar ari air dalam hutan ni qalam musoffa?

Haji Atang berkata...

ni kalau letak qalam dalam hutan msti dia boleh hidup kalau kita xthu la

Angker 13 berkata...

tok mahat pun bagi tips jgk???

Mat Toopa berkata...

tok mahat ni bekas pengawai hutan ke?

Atan Yahoo berkata...

msti tok mahat ni dulu keje kat dalam hutan ni

Ustaz Majusi berkata...

tok mahat ni pun bekas tentera macam qalam musoffa ker?

Sufian Al Zahri berkata...

tok mahat pun bagi petua dalam hutan???

Jalal Rafzee berkata...

tok mahat ni askar ke dulu?

Kopi Susu berkata...

tok mahat ni msti askar pencen sbb selalunya hanya askar yg thu pasal tok mahat tulis ni

Tinta bayu berkata...

eh! tok mahat pun bgi tips di hutan jgk?

Lukiee berkata...

lps ni xtkut la pegi hutan sbb byk tips kat sini

Capricorn berkata...

kena salin ni sbb nnt aku nk msuk hutan jgk...

Harimau Berantai berkata...

ada jampi x msuk hutan ni?

Arkenna berkata...

byk kena ingat ni?? susah la..

Ustaz Mahfuz berkata...

semua info pasal hutan je kali ni?

nurimanja berkata...

Saya sebenarnya orang bugis kata aruah bapa dari kuala langat selangor,kemudian pindah ke perak,

Ibu dari bandar baru kedah, atuk
dari keturunan jawanis. jadi ada
darah dan bugis.

Cuma ustazsaya hampir 90% kebanyakannya orang banjar dan di kerian saya berkawan 99% dengan
ustaz-ustaz berketurunan banjar.

Apa-apa pun saya mengangap apa bangsa pun asal islam tetap bersaudara. bukan islam sahabat
setia untuk berbicara. amin