Ahad, 12 Disember 2010

LAGAKNYA





Lagaknya umpama profesur,
Lagaknya umpama doktur,
Lagaknya umpama ulamak,
Lagaknya umpama pendita besar.
Sayang jiwanya kosong

Sayang hatinya santai
Sayang kalbunya kalut
Sayang akalnya fikir duit
Bukan lagak hancur Tapi akal jua,
kerna Diperintahnya negara hancur

Tapi bulan yang sentiasa besinar
Walaupun malap cahaya tetap ada
Buka seperti matahari yang cerah pada waktu siang
Malam hanya Membebankan rakyat
Takbir! Allahuakbar!

Oleh: Bulan Terang  (4)n1
11mlm  2009.
seleapas ceramah tok guru




50 ulasan:

Qalam Mutiara. berkata...

TOP FIVE, AND SEVEN SETAKAT INI. 12/12/2010.


1. Penyaier Agung 14,

2. Saizul Maizav 6, Abul Hassan6, mat noh 6, orang lama 6,
Ustaz Raman 6, Ustaz Sahzan 6 Penyajak Istana6, Atuk 6

3. Bulan terang9, Pak Awang 9

4. Pak Ngah but 7, PuteriBunian 7,

5. Ustaz muda5,Serikandi Juwita5 Tengku Anita5, Saidatul Husna5 Pedang kastria5, Bob kuli 5 Nabil Quldi,5 nurimanja 5,

6. Sheikh Al Habib 4, Suara Pulau 4, Suara rakyat 4, Putera Damien 4,
Puteri Bunga 4, Puteri Salju 4, Ezad Emir 4 Geletek Malam 4 Gelora maya 4, Pak Bostaman 4,

7. Ustaz Deris 3, Ustaz Zamree 3, Ustaz Nasiruddin 3, Zainal Ariffin 3,Zuraifah 3,Teratai Mekar 3, Seri suri 3, Sarah 3, Juragan 3, Pak Kassim 3, Guru Yahya 3, hmballah 3 Guest 3 ibnu Siddiq 3.Inspektor 3, jalal rafzee3, jalil jangut 3, jeffry.kaber 3 Arafat, Julia 3,
Kavin Chong 3, Ku Dania 3, Qulbai Khaisai 3, Roslan Bidin 3.

Bos Kacak berkata...

MAKCIK PAKCIK NAIK DARAH

sabar makcik sabar
sabar pakcik sabar
jangan naik darah
nanti jantung bermasalah lagi parah
mana makcik tak marah
anak berderet sepuluh kepala
tambah lagi makcik pakcik
sekilo tahan tiga hari
makcik tak tahan lagi
mana pakcik tak marah
baru je tukar minyak merah
konon nak jimatsimpan pergi mekah
dah naik lagi pakcik tak puas hati
pakcik sakit hati
rakyat tetap didahulukan makcik
banyak lagi kita beri pakcik
berkorban sikit
kita kan satu malaysia....


Bos Kacak
selepas melihat banyak staff saya mula mengeluh

Lukiee berkata...

KAWAN SERIBU WAJAH

cuba lihat wajah itu
senantiasa berlegar
kadang terlindung di balik topeng
topeng ciptaan jiwa
terkadang berwajah jahat
jelas sekali di mata kasar
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kebaikan
terkadang berwajah baik
manis sekali lembut hati
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kejahatan
terkadang jadi buntu
terkadang jadi keliru
kawan seribu wajah...


Lukiee
penang
10.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

Sdra. Bos Kacak dengan sajaknya bertajuk: MAKCIK PAKCIK NAIK DARAH. Cuma menceritakan hal keadaan sekarang yang mana semua kos pebelanjaan seharian kian naik, Minyak naik , darah pun naik, kena sabar dan perihatin sikit kata si penulis. Sebenarnya harga minyak Msia paling murah belum sampai dua ringgit. Negara lain, Indonesia, Thailand, Singapura empat ringgit dan tiga ringgit ke atas. Kerajaan sudah subsidi banyak. Miskin kita di Msia masih mampu masuk api dan air, ada yang bekereta. Di India yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Tiada ada rakyat sama rata. Semoga PM akan memerhati semua ini . demi 1 Msia. Rakyat diutamakan. Kita menyokong gagasannya. Amin

Qalam Mutiara berkata...

KAWAN SERIBU WAJAH sajak dari nukilan Sdra Lukiee seorang yang begitu berminat dengan bahasa melayu, lebih fasih dari Apek Liew dan boleh jadi macam sdra Lin Swe Tin kalau tidak salah saya seorang penyair dari negeri pantai timur. Kali ini sdra Lukiee pengucapannya dengan kisah manusia seribu wajah. Biasalah manusia yang mahu hidup atau terdesak akan mencari berbagai helah untuk dilakukan. Ada muka Nampak baik dalam hati jahat pula. Ada wajak bengis tak tahu senyum, tapi dalam hati tuhan saja yang tahu, niat buruknya. Kekadang kita pun jadi susah untuk menekanya. Cuma berwaspada selalu dengan manusia bertopengkan ke pura-puraan.

Hamba Allah berkata...

CENDOL


Bahan-Bahan:
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan
Cara:
Bancuh tepung beras & tepung pulut dengan santan setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air & daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau & bila setengah masak, masukkan pati santan & terus kacau sehingga masak. Bila telah masak bolehlah diangkat & sejukkan.

Tanpa Nama berkata...

y54y54

Tanpa Nama berkata...

t34t43t43r32

Tanpa Nama berkata...

jjrt24141412141242

Tanpa Nama berkata...

14221412414

Bulan Terang berkata...

eh! sajak sy plak disiarkan? tp ni sajak semasa sy bulan skrg sy x memuja bulan dh,..

Qulbai Khaisai berkata...

sokong sajak bulan terang ni tp kenapa skrg dh berpaling tadah???

Suara Rakyat berkata...

sajak ni mcm perli BN jer...

Ustaz Sahzan berkata...

sajak wlpn simbolik rasanya dapat tangkap jgk maksud bulan terang ni

Muhamad Rabbi berkata...

bulan terang ni bulan ke??? aku ingatkan dia org kita

Mr Aiman berkata...

rupanya bulan qulbai je org bulan??? bulan terang pun sama org bulan...

Ibnu Siddiq berkata...

ingatkan bulan terang ni org kita rupanya puja bulan jgk...

Kembara Budiman berkata...

dulu bkn main puja bulan je bulan terang ni skrg bru dia thu...

Haji Atang berkata...

sy dulu memuja bulan jgk lps dh thu buruknya rupa bulan sy pun berpaling tadah...

Pak Bostamam berkata...

masih keliru lagi bulan terang ni masih parti bulan ke dh kluar?

Tok Mahat berkata...

kalau bulan terang masih di parti bulan jom kita pulaukan dia...

Brader Joe berkata...

jangan bulan terang baca sajak dia dia msuk bulan semula...

Tanpa Wajah berkata...

bulan dgn matahari??? hehe aku pun paham...

Ustaz Majusi berkata...

kenapa BN di gambarkan sebagai matahari ye????

Marjinah Markonah berkata...

bulan terang ni PAS rupanya...

Imtiyaz berkata...

bulan terang pnya sajak ni mcm perli BN jer...

Lukiee berkata...

bulan terang ni dh kluar ke blum???

Arkenna berkata...

org skrg susah nk percayakan bulan dh...

dam catur berkata...

lps ni sajak sapa plak en nuri?

Raja Muda berkata...

bila plak sajak sy nk disiarkan ni...

Salam berkata...

depan rumah aku hari2 jual cendol...

Malik Wariya berkata...

hamba allah ni niaga cendol ker?

Abul Hassan berkata...

hamba allah buka bussines cendol plak?? ni msti uptrend x jalan ni... haahhaha

Atan Yahoo berkata...

hamba allah x ajar cara2 nk msuk MLM ker? hahahahah

Budak Rap berkata...

selamat hamba allah x bagi resepi MLM... hehehhehe

Abang berkata...

cendol plak?? kenapa x letak je MLM hamba allah... hahahahaa

Mata Langit berkata...

buat cendol plak Hamba allah ni..

Emily Bayans berkata...

cendol ni bnda apa plak ni?

Pak Kassim berkata...

aku tgk cendol nk termuntah plak sbb dia macam gelema....

Ummu Akilah berkata...

cendol pulut xde ke hamba allah?

Kembara Budiman berkata...

cendol ni kalau buat sndiri x berapa sedap kalau beli sedap la..

Golok Buta berkata...

baik beli je nk buat susah la...

Badrolshah berkata...

cendol plak hamba allah ni??? hehhe

Brader Joe berkata...

aku suka jgk cendol ni nk kena cuba ni...

Mozaire berkata...

aku mmg suka makan cendol ni..

Jalil Janggut berkata...

cendol?? kat tempat aku byk jual...

Pangeran Indera berkata...

cendol ni brapa ringgit je??? aku xpnh makan pun..

Putera Damien berkata...

cendol dgn bubur cha cha sama ker?

Guest berkata...

cendol kalau makan masa musim panas! perghhhh!!!

dam catur berkata...

cendol mmg sedap! hehehe