Ahad, 12 Disember 2010

BILA AKU PULANG KE DESA





 Bila aku pulang ke desa
ada saja berita menyedihkan hati
lepas satu, satu, dengar  pergi
lelama habis semua sekali...

Dahulu pun mak uda meah
lepas sebulan dua pak anjang sharif
hari kini pula pak ulong jantan
entah siapa pula lagi selepas ini......

Hati pun rasa sayu dan pilu
bila sesekali aku mengenangkannya
habis lepas satu, satu lagi pergi
untuk meninggalkan desa ini.

Yang tinggal cuma anak muda
aku pun tidak kenal mereka anak siapa?
mereka juga bagai terpinga-pinga
melihat aku pulang ke desa.


Oleh: nurimanja,
bila hampir bertahun
lama tidak pulang ke desa
catatan 10hb, desember, 2010.

50 ulasan:

nurimanja berkata...

_____________________________________________________________________
SIRI 1.


CERPEN BERSIRI KHAS SEMPENA MAAL HIJRAH 1432. KISAH LAGENDA.
BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA. 20/6/1981


Sebuah kisah dipendalaman yang terpencil di sewak.
___________________________________________________________________



HADI terasa tekaknya pahit macam jadam. Mukanya panas berpinau-pinau, kelihatan dunia ini bagai kekaburan. Suhu badanya naik entak berapa F mungkin lebih daripada
badan suhu manusia normal. Dia mengeliat beberapa kali. Badannya terasa lemah.

Cuaca di luar cukup membosankan. Angin pagi yang bertiup lembut , sesekali menyelinap masuk di celah-celah dinding lalu menjamah dadanya yang terdedah itu. Sesekali Hati gelisah dua tiga malma ini dia sering kali terjaga malam. Kerana diganggu mimpi yang sedeh sekali.

Aruah ayahnya bagai mengarahkan Sesutu kepadanya, walaupun tidak bercakap, tetapi Hadi dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dia telah lakukan . Begitu juga dengan wajah tua ibunya, bagai terbongkok-bongkok mengangkat air dan kayu api di tepi sungai.

Dalam bilik sewa rumah kongsinya itu memang tidak pernah tersusun. Sejak hadi masuk rumah sakit sehari dua dulu hingga kini semuanya berselerak, semak samun dan cukup membosankan. Tetapi inilah bilik rumah kongsi sewanya bersama Madian.

Hadi terpaksa tinggal di sini, sehingga kesihatannya kembali pulih, mungkin sehari dua lagi, Dia sudah bertekad datang ke Bandar ini untuk mencari rezeki yang lebih. Untuk ibu tuanya yang berada terpencil di hujung kampong.

Walaupun rumah sewa sekangkaang kera dan terletak di tanah haram di pinggir bandar kuching ini kepunyaan mandornya sendiri, tetapi sewanya tetap kena bayar, cuma RM50 sebulan termasuklah api dan air. Tetapi keadaannya cukup membosankan kerana di kelilingi sampah sarap.

Disebabkan pulang kerja dari pagi hingga petang dalam keadaan leteh, mereka tidak menghiraukan bau busuk keadaan sekeliling, lalu tidur dengan lenanya, dan pagi esoknya sambung bekerja lagi.


SAMBUNGAN

Man Alzalna berkata...

KATA-KATA TERAKHIR

bahawa saat senjakala hampir tiba
matahari bangkit perlahan tenggelam
membenam cahayanya kedalam lautan
menutupi lembaran harinya
sebagaimana seorang lelaki tua
menghitung jari-jemari
membilang garis kedut didahi,
ada pesan ingin aku sampaikan
ada kata ingin aku bisikan;
maaflah andai kita tak lagi bersama
ketika dalam mimpi dalam jaga
entah kerana apa atau bagaimana
bukan sengaja aku memutuskan cinta
tetapi perjalanan sudah nokhtah
lalu kita terpaksa berpisah,
namun bila aku tak menjadi sesiapa
simpanlah sedikit dari kenangan
bahawa aku meletakkan cintamu
disudut yang paling dalam,
simpanlah airmata biar jadi permata
kerana kehidupan menentukan arah
pada helaan nafas terakhir
setelah kulafazkan kata

Man Anzalna
Kelantan

Faqkru Raqabah berkata...

PERLAYARAN KITA NANTI

Hidup ini umpama satu pelayaran
Diatas sebuah bahtera usang
Yang merentasi lautan bergelora
Menuju ke pulau yang kekal abadi
Kita yang terpilih pernah berjanji
Hidup mati hanya untuk berbakti
Namun kita lupa pada yang Esa
Apa tujuan kita di cipta
Ramai yang hanyut dan juga tengelam
Karam di tengah pelayaran
Kerana melanggar perintah nakhoda
Dan tidak mengikut haluan sebenar
Berbahagilah hidup mereka
Yang berjaya sampai ke sana
Mendapat nikmat yang tak terhingga
Bertemu dengan yang maha Esa

Faqkru Raqabah
Johor

Qalam Mutiara berkata...

Sajak bertajuk: KATA-KATA TERAKHIR oleh Man Anzalna pengucapannya ingin mengambarkan bahawa seorang tua itu bagai hari hamper senja umpama dan mantari pun kian turun (bukan bangkit) mengenelamkan cahayanya di dasar laut.begitulah keadaannya. Seorang yang telah lanjut usia perlulah kita ini perbanyakkanlah muhasabah diri, menghitung saja kiraan dosa dan pahala, usah lagi membuat onar, berilah wasiat yang berguna dan baik utuk renungan gendarasi akan datang, kerana hidup ini Allah yang menentukan,sebelum nafas terakhir berhenti, kitalah yang sepatutnya memelih jalan yang diredhaiNya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Faqkru Raqabah dengan sajaknya PELAYARAN KITA NANTI Pengucapannya ingin mengingatkan kita hidup ini bagai pelayaran sementara di dunia fana ini, semuanya tidak kekal abadi, akhirat juga kita temui.Dan sebelum lahirkan kita sememanganya datang daripadaNya, ibu dan bapa cuma perantaraan jalinana cinta mereka saja. Persoalanya manusia mudah lupa. kita perlu bertanya pada diri untuk apa, mengapa kenapa dan sebaba apa Allah melontar kita dalam pelayaran hidup ini? Adakah sekadar menekmati keindahan dunia ini? Sebenarnya kebaikan di dunia ini tidak abadi, ianya cuma menjaminkan perhitungan kita akan kebaikan di akhirat kelak. Amin.

Tanpa Nama berkata...

weggsdgdsg

Tanpa Nama berkata...

ttyhrtu

Tanpa Nama berkata...

e5yryery

Tanpa Nama berkata...

jk56ju65u56

Ustaz Rahman berkata...

Nasi Briyani


Bahan-bahan ( utk 1 family boleh kot?hehe )

* BAHAN ASAS :
* Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
* Rempah briyani (slalunya fmly Aufa pakai ADABI)
* Susu cair dan minyak sapi
* Perwarna kuning
* Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
* BAHAN UTK KISAR :
* Halia (besar ibu jari)
* Bawang putih (9 biji)
* Bawang merah (7biji)
* BAHAN HIASAN :
* Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng

Cara-cara

1. 1.Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
2. 2.Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani ADABI dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
3. 3.Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras.. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
4. Bila nasi da masak.. tunggu skejap.. jangan trus letak perwarna.. takut nanti warna tu kembang meresap ke smua nasi.. bila da rasa perlu, baru letak perwarna dan hias dengan bahan hiasan.. :)

Hadi Hamzah berkata...

eh! nama aku plak ada??

Abang berkata...

ingatkan bdk pondok kenapa tukar plak en nuri???

Seri Suri berkata...

penghijrah yng pulang plak?

Encik Mahatdir berkata...

madian ke? ingatkan mahatdir td? hehe salam perkenalan sy penjaga blog...

Jalil Janggut berkata...

ni cerita pasal apa plak ni?

Ambuyak berkata...

hadi ni keja apa plak?

Brader Joe berkata...

hadi ni pengganggur agaknya...

Mozaire berkata...

eh! nama abang sy plak dlm cerpen kali ni hadi hamzah...

Zainal Arifin berkata...

dia ni sakit apa?

Halilintar berkata...

kenapa dgn hadi ni????

Olie Pajutdy berkata...

hadi ni demam panas ker?

Adi Cana berkata...

eh! hijrah yg pulang?? pulang ke mana plak?

Ai Kutubudin berkata...

cerpen ni berkisar tentang apa?

Ai Kutubudin berkata...

cerpen ni berkisar tentang apa?

Saizul Maizav berkata...

cerpen baru kan ni?? xpnh baca pun...

Jupri Halim berkata...

alamak! cerpen lain plak?? ingatkan bd pondok?

Muhamad Rabbi berkata...

cerpen apa plak ni?? mne bdk pondok?

Sarah berkata...

semalam intro lain skrg cerpen lain plak?

Abul Hassan berkata...

cerpen baru ke xpnh baca pun...

Ustaz Majusi berkata...

hadi ni budak pondok ker?

Abu Hanifah berkata...

ustaz rahman ni mamak ke?

Malik Wariya berkata...

ustaz rahman bagi nasi briyani plak????

Mamu Kassim berkata...

alamak! hbis la resepi rahsia mamak telah didedahkan ustazz rahman...

Supain Sipaun berkata...

nasi bruiyani??? wah! sedap2...

Julia berkata...

nasi briyani kena cuba ni...

Pak Kassim berkata...

nasi beriyani resepi paling aku tunggus selama ni...

Panglima Ketot berkata...

wah! nasi briyani!! ustaz rahman ni msti keling ni...

Kembara Budiman berkata...

aku selalu buat nasi briyani guna perencah jer..

Ustaz Zamree berkata...

nasi briyani! thnkz ustaz rahman!

Ustaz Sahzan berkata...

anak bini sy mmg gemar nasi briyani ni...

Teksi Manaf berkata...

hadi ni sapa plak??? misteri jgk cerpen ni...

Tetamu Malam berkata...

cerpen ni nampaknya lagi la suspen...

Pedang Kesatria berkata...

hadi ni hijrah ke mana plak?

Ustazah Hamidah berkata...

eh! cerpen ni baru kan??? sbb xpnh tgk pun sebeleum ni...

Arkenna berkata...

cerpen ni nampak mcm menarik jer....

Lukiee berkata...

cerpen kali ni psal hantu ker?

Bayu Bulan berkata...

cerpen yg agak menarik jgk...

Juragan Desa berkata...

hadi ni x keje ker?

Penglipur Lara berkata...

hadi ni asyik termenung jer...

Capricorn berkata...

kisah apa plak hadi ni? cerpen sedih ker?