kategori sajak berkumpulan 4 orang
Satu masa nanti kita pasti dirisik
pertunangan sejak azali
dihujung hidup berkahwin maut
hantarannya sakit dan nazak
tamu hadir menghadiahkan tangis
pengantin dimandi
dipakaikan baju putih
wangian gaharu
pengantin bersanding sendirian
diarak keliling kampung
kompangkan azan dan kalimah kudus
aqadnya talkin walikan liang lahad
bersaksi nisan-nisan
siraman mawar keluarga
malam pertama bersama kekasih
yang dindingnya tanah
menuntut janji perkahwinan
kullunafsin zaiqatul maut..
pertunangan sejak azali
dihujung hidup berkahwin maut
hantarannya sakit dan nazak
tamu hadir menghadiahkan tangis
pengantin dimandi
dipakaikan baju putih
wangian gaharu
pengantin bersanding sendirian
diarak keliling kampung
kompangkan azan dan kalimah kudus
aqadnya talkin walikan liang lahad
bersaksi nisan-nisan
siraman mawar keluarga
malam pertama bersama kekasih
yang dindingnya tanah
menuntut janji perkahwinan
kullunafsin zaiqatul maut..
Ustaz Muda,Al-azhar,Ustaz mahfuz,Pejuang Islam
selepas mendengar al bayan di masjid
tanpa tarikh/terbit 27/12/2010.
50 ulasan:
TANAH JERLUS
Sesisip angin sekata bayu
sekontang jiwa semalam…
Rindu datang bukan lusuh
Perginya kasih dibalik sepi..
Lurah-lurah kenangan
masih merah dibawah sana…
Jerlus dalam watak terlarang
lemas dalam ciptaan kisah…
Seriang burung-burung
berpasang terbang
itulah kiasan kita…
Kita sering terbang tinggi
tanpa ingat akan daratan…
Sekilas pengertian aku mul
mengerti akan simpulan kasih ini…
tapi mengapa kuteringat
bila cuba melupa,
kumenangis bila cuba tertawa…
Arkeena
ketika berada di beranda rumah
DEPAN MATA
Walaupun depan mata kau
Ada orang cekup kau terlalu mahu,
Tolonglah maniskan muka sebolehnya.
Senyumlah gelaklah bersama dia.
Walaupun bahagia tu bukan kau punya
Walaupun cuma perit pedih kau rasa
Tapi tolonglah, bahagiakan dia.
Maka kelak kau juga akan bahagia.
Jangan cuba-cuba renung apa yang dah jadi milik dia,
Takut-takut kau akan tergoda,
Bimbang binasa dalam tak sengaja.
Biar hancur hati kau sayang,
Biar meraung jiwa kau sayang,
Di hujung waktu
punya lebih baik untuk kamu.
Redhakan dugaanNya.
Imtiyaz
Perak
11malam
LUKISAN ATAS KANVAS
mulanya titik-titik bertaburan...
kularikkan menjadi lakaran
garisan yang bertemu
melukis iras wajah yang bertamu...
pena yang menari kian rancak
tinta berdansa kian hebat
mengisi ruang kosong penuh lohong.
kuaturkan serpihan tinta
menghimpun cerita tentang wajah terlukis penuh rahsia
lumrah percaturan sebuah kehidupan
telah nyata terjadi tetap terjadi
kugenggam sebaris kata
demi lakaran impian yang terlukis
untuk kusudahi harus kupegang
takkan sepi dunia bila laut pasang
buat pengingat tatkala
lakaran tak menjadi
sebagai kanta muhasabah diri
agar tinta tak tumpah kanvas hati
kuharapkan bingkainya kasih
kejap memeluk lukisan cinta
menjadi hadiah buat hati yang lara
agar merasa bahagia selamanya...
Mat Toopa
ketika di cafe
MOHON ILAHI
mohon Ilahi singkir cinta duniawi
membawa luka kehampaan hati
laut racun membasah diri
menarik realiti hilang imaginasi
sedar semua rupa fantasi
mohon Ilahi singkir cinta duniawi
andai suratan takdir terukir
cinta diimpi tak kan termiliki
tiap kali aku berlutut,bersujud
aku bermohon suatu saat
ku bisa hilang cinta kamu
anugerahlah diri oh Ilahi
cinta padamu utuh hakiki
megah semayam kekal terjamin
janji mahligai cinta Islami
Datuk Murad
Selangor
26.12.2010
TANAH JERLUS sajak daripada sdra/sdri Arkeena. Pengucapanya bagai perbandingan Atau simbolek pada alam berbunyi tanah jerlus, Biasanya tanah begini tidak menakung air dan tidak kuat kedudukannya. Malah boleh jadi perangkap bagi sesiapa yang tidak tahu kedudukannya.. Begitulah kisahnya kehidupan kita. Berkasih sayang dan salin bermesra bagai kehendak alam. Tetapi kekadang biasa berlaku perselisihan dan kecurangan. Setelah lama berduaan dan bagaikan burung terbang di awan kita bila berpisah terasa amat parah. Hati juga enggan melepaskan kisah kenangan lama. Tetapi apakan daya sudah ditakdirkan, mungkin si dia bukan milik kita. Kini jika kau menangis atau ketawa tetap masih terasa , Insyaallah lambat laun akan melupainya. Amin
ULASAN:
DEPAN MATA sajak sdra. Imtiyaz berbunyi bagai merentih untuk menerima sesuatu takdir buat sesaorang mungkin sahabat atau bekas buah hati diambil orang agaknya. Begitulah buat seorang yang mengerti akan hukum qada dan qadar, kita manusia sekadar cuma dapat merancang sesuatu kebaikan tetapi yang menentukannya adalah Allah swt. Begitulah bujuk sdra. Imtiyaz agar sedia Menerima apa yang kita rasa tidak begitu menyenangkan tetapi bila kita sudah biasa itulah satunya kegembiraan buat kita di kemudian hari kelak. Kalau bukan jodoh atau bukan hak kita , tentu ada hikmahnya.Amin.
LUKISAN ATAS KANVAS sajak sdra Mat Toopa pengucapannya bagai bersimbolik juga kali ini dimana digambarkan bayang kehidupan sesaorang itu bagai melakar lukisan kekadang terbayang akan sesuatu hasil yang indah dan mempersonakan. Begitulah kehidupan kita , manusia sudah pun atau boleh merangcang tetapi yang menentukannya Allah swt. Oleh itu manusia diminta mengambil jalan tengah. Setelah berusaha dan berikhtiar untuk mengharapkan sesuatu yang indah, tetapi gagal juga meperolehinya, angaplah itu sebagai satu takdir yang telah diusahakan tidak menjadi mungkin tidak diizinkan Allah. mungkin ada hikmah disebaliknya. Amin
Datuk Murad dengan sajak zuhudnya meluahkan rasahati segala kemewahan dan kekayaan terasa bagai tidak abadi, ia sekadar membolehkan kita hidup untuk melepaskan dari dihimpit kesusahan, dan kemeskinan dikumpul banyak mana pun akan bertambah kegelisahan cinta harta ini dirasainya tidak abadi .Tetapi cinta yang abadi hanya padmu Ya illahi. Begitulah sajak Datuk Murad kali ini yang bertajuk: MOHON ILLAHI. Pengucapannya boleh mengingatkan atau menyedarkan kita agar memburu harta di dunia untuk senang beramal dan mendekatkan diri dengan Allah. bukan bertambahnya harta , kian jauh pula kita daripadaNya. Amin.
ULASAN BOLA SEPAK PIALA SEZUKI 2010
Ada beberapa kelemahan Malaysia tak patut dilakukan;
suka membiarkan lawan menguasai bola, dan sering membuat jaringan,ini jika dibiarkan lambat atau cepat bola akan masuk ke dalam kawang gol kita. Bolrh menyebakan lawan mendahului gol.
Lambat dapat membaca atau buat andaian bila kawan hantar dimana bola . dan hantaran juga kurang tepat. Cuma ada seorang dua yang boleh dan cepat membaca di mana dia mesti berada bila bola dihantar
Selalu membiarkan kawan terkial-kial berseorangan tidak membantu kawan yang terkepung cuba menghadapi lawan ( tidak seperti Indonesia satu msia bawa bola tiga orang mereka serbu) ini kelemahan ketara
Setiap bola yang dihantar kedepan, jika kelihatan lapan tak perlu lagi menahan bola itu,biar saja dia jatuh atau meluru kehadapan terus mengikutinya arau terus saja sepak dengan kencang atau sumbat dari jauh.
Bola kencang goli tak akan dapat menangkapnya. Jika dapat pun bola itu akan melantun ke depan, kiri atau pun kanan. Masa itu kawan-kawan mesti naik serentak dan untuk bantu atau cober bola itu ke gol. Ini kurang dilakukan. Main dengan penjaga gol tinggi kena banyak bola cober.
Bola rembuk dari jauh juga kurang di lakukan, amat mengecewakan sampai depan pintu gol pun masih hendak bawa lagi. Ini membuat penonton marah. Pemain macam
Ini eloklah dikeluarkan segera.
hahhahhahahahaha
boring plak xde cerpen...
harap2 esok ada cerpen semula
cerpen lama2 pun jadi la boring xde cerpen ni
eh! di mana cerpen plak?
huh! apa la viger ni malaysia dh menang la
x kisah la viger janji malaysia menang... hehhe
eh! apa viger ni kutuk malaysia plak?
viger ni kutuk malaysia nnt dorg jtuh semangant plak?
malaysia dah menang x pyh di pertikaikan lagi
main x kisah la macam mana janji menang...
mmg malaysia main byk kekurangan tp menang pun dh cukup la
AGAK MISTERI TGK MALAYSIA MAIN WALAUPUN MAIN AGAK KURANG MEMUASKAN TAPI MALAYSIA TETAP MENANG????
smoga malaysia x leka sbb lps ni ada lawan lagi
harap2 malaysia perbaiki mana kelemahan mereka
smoga malaysia x mengulangi kesilapan mudah
ape2pun syabas kat malaysia wlpn main x best
selamat malaysia menang klu tidak malu la tempat sndiri
malaysia harap goli je yg hebat klu x dah kalah
malaysia menang semalam pun menang nasib je harap lps ni berusaha bersgguh sikit
malaysia menang smalam pun sbb indon x boleh fokus sbb ada pancaran laser
malaysia menang 3-0 saja jangan terlalu over confident
perlawanan penentuan hari rabu ni apa saja boleh berlaku
harap2 malaysia pamer aksi yg lebih baik lps ni
perlawanan harus di lupakan perlawanan akan dtg kena beri tumpuan
pelik btol malaysia main sambil lewa saja pun boleh menang...
keeper malaysia paling hebat! hehe
seram plak baca sajak dorg ni
sajak mati plak ni yg rasa insaf ni
mengerunkan baca sajak kumpulan ni
insaf dan takut sajak ni
tgk gambar kat sajak ni teringat cerita 2 alam
kenapa letak sajak pasal mati plak? seram la sbb sy rumah dpn kubur
sajak ni yg buat aku seram nak buat rondaan malam2...
sajak pasal apa plak ni??? seram la
kenapa sajak pasal kubur plak ni??? seram2....
sy tinggal rumah sorg2 ni sajak plak pasal kubur.....
takut jgk baca sajak mati ni
harap2 malaysia x kena ganyang bila pegi indon nanti
smoga malaysia terus di geruni!! haha
Apa-apa pun Msia kena turun sebagai saekor harimau yang digerunkan. bila sudah ada bahadi. Inilah yang membuat musuh jadi lemah.
Lagu bersemangat dari angkatan tentera itu pun baguds juga boleh membakar semangat juang yang tinggi
dimainkan rtm 1 malam itu.
Sekarang anda kena main sepak keluar dan bertahan.bagi separuh masa pertama. Separuh masa kedua kalau boleh buat kejutan di saat akhir, bila mereka sudah leteh.
Kini geruda telah terluka sayapnya,
terbang mereka akan rasa pincang. Sepatutnya, harimau Msia perlu mengekalkan belang yang digerunkan.
Catat Ulasan