Rabu, 1 Disember 2010

GAGAK RIMBA



wahai merak kayangan
mengapa kau datang lagi
mengapa bertamu di sini
sudah berkali ku katakan
aku cuma gagak rimba
langsung tiada sepadan
tidak mungkin kita seiring
pergilah kau ke sana
bersama teman merakmu
usah kau jejaki lagi aku
kita tak mungkin bersatu
aku tak mungkin jadi merak
tolonglah fahami sedalamnya
bukakan segala kewarasan
bentangkan akal luasmu
pandang jauh ke hadapan
bulatkan mata seluasnya
lihatlah siapa aku
aku gagak rimba
hanya layak di sisi gagak


Oleh: Petualang Tiga
UiTM
2.7.2010/2010 Julai 10 11:16







50 ulasan:

Petua Atuk berkata...

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

(dpd: blog AiMaN)

Sulaiman Embong berkata...

PETUA MASUK RUMAH BARU
Amalan khusus rumah baru
Bagi salam setiap kali masuk ke dalam rumah.

Bacalah bismillahiraahmaanirrahim 786 kali dalam rumah baru
Al-fatihah 41 kali
Ayat-Qursyi 5o kali
2 akhir ayat Al-Baqarah
Al-ikhlash- 3 kali
Al-Falaq dan an-Naas- 3 kali

Kembara Budiman berkata...

huh! petua lelaki je pmpuan pnye xde ke?

Atan Yahoo berkata...

SESAT SEMUA

bila hukum jadi mainan
bila akal lebih dipuja
bila nafsu kuasa segala
bila syaitan terbahak ketawa
sesatlah kita mereka sudah sesat
apa mahu sesat bersama
sesat di jalan sesat
lagi menyesatkan
usah lagi sesatkan kami
pancarkan sedikit cahaya suci
agar ternampak sinar penyuluh
agar mata kami celik
pilih lurusnya jalan
pimpin kami ini
kami tak rela lagi
sesat dalam terang...


Atan Yahoo
sarawak
4pagi

Salam berkata...

TOYOL SUDAH DATANG

ada toyol di mana mana ada toyol
toyol kecik toyol besar
toyol tua toyol kepala hitam
toyol bodoh toyol berijazah
muncul di mana sahaja
menyeringai tak kira masa
toyol kampong curi getah beku
toyol Bandar curi motor kereta
toyol dahulu telanjang bulat
curi duit celah bantal
di malam buta toyol sekarang
berkot bertali leher
curi duit berjuta di siang hari
toyol sudah datang...


Salam
teluk kumbar
3pagi

Mak Mah berkata...

SUAMIKU NELAYAN

3 malam aku tunggu
3 malam jugak aku jemu
3 malam tanpa kau
3 malam jugak macam kena pukau
3 malam hidup sorang
3 malam jugak gila bayang
tapi lepas tu bila tiba siang
aku kena lagi
kena tunggu kau 3 siang
kena hidup tanpa kau 3 siang
kena hidup sorang 3 siang
kau? asyik keluar keluar!
keluar! tangkap ikan-ikan.
oh patutlah,kau nelayan.


Mak Mah
kampung nelayan
8pagi

Man Pendek berkata...

astik petua laki je? petua pmpuan xde ke?

Pedang Kesatria berkata...

alamak! mcm2 jgk rahsia lelaki di bocorkan!

Petualang Tiga berkata...

kenapa sajak aku ada plak? hehe sajak terbaik ke ni?? hehehe sebenarnya ni bukan hasil karya saya ni atuk sy yg buat masa tu tp dia bagi guna karya dia atas nama sy.... hehe

Golok Buta berkata...

eh! geng pang8 petualang tiga dapat sajak terbaik!

Tanpa Nama berkata...

tjtrj3et34wrw

Tanpa Nama berkata...

rewrewrewrw

Tanpa Nama berkata...

werewgewr

Tanpa Nama berkata...

wetewtewgtesgfdsgdfhd

Jalal Rafzee berkata...

nampaknya sy lepas ulasan yg ada dulu mmg x sampai 50 wlpn sy tunggu 12 jam lain kali en nuri letak sajak seperti biasa semula...

Jalal Rafzee berkata...

ada org hntr info jd harap2 boleh cukupkan 50...

gelora maya berkata...

sajak petualang tiga dapat! peghh!!

Mona berkata...

untung petualang tiga dapat sajak di citra rasa!

Ustaz Sahzan berkata...

sajak petualang ni mcm sajak politik jer?

Pak Bostamam berkata...

lps ni sajak siapa plak dapat di siar di citra rasa...

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Atan Yahoo bertajuk: SESAT SEMUA, pengucapannya mengingatkan kita .dan cuba menyedarkatkan kita. Apakah kita akan ikut, bila sesaorang itu dikira pada pandangan umum/ramai dan agama sudah diperkudakan oleh syaitan yang suka sesat dan menyesatkan, perlukah kita sokong dan mengikutnya? Bertekad sajalah PRU 13 nanti, jangan diberi undi untuk petualang ini. Percayalah bila wang kerajaan negeri sudah habis, mereka akan tinggal begitu saja. Selamatkanlah ketuanan melayu kita. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

TOYOL SUDAH DATANG. Sajak hasil karya Salam teluk kumbar, menceritakan Tentang terlalu ramai orang yang suka menyamar sebagai Toyol, mengelap dan mengebas akan wang siapa saja untuk kepentingan dirinya sahaja. Mereka yang suka mencuri ini tidak kira peringkat usia, atau pun kedudukan, pangkat dan darjat, kira masuk, boleh rempuh, sekaut sebanyak mana mungkin yang boleh! Kehidupan orang sebegini biasanya tiada asas agama,aqidahnya juga lemah,tentang wujudnya balasan hari akhirat oleh Allah swt. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Mak mah dengan sajak kesedihannya bertajuk: SUAMIKU NELAYAN. Mungkin nelayan morden agaknya. Kerisauan yang bergayut di tangkai hatinya bermalam –malam. Penuh sabar menunggu dengan hati seorang isteri. Setelah bertemu, masih kena menunggu pula bersiang-sing lagi lama nya. Itulah tugas seorang nerlayan, dan kesabaran menunggu itulah hati buat seorang isteri nelayan. Dengan kata lain, di laut suami mencari memungut rezeki, di rumah si isteri gelisah menanti. Inilah ujian nilai keimanan. Amin.

Malik Wariya berkata...

petua masuk rumah baru pun ada!

Datuk Borhan berkata...

utk apa petua ni sulaiman embong???

Datuk Murad berkata...

sy selalu beli rumah xpnh baca apa2 plak?

Datuk Murad berkata...

sy beli rumah doa selamat atau apa2 pun upah kepada org surau la..

Capricorn berkata...

kenapa kena baca semua tu?? tkut rumah masuk hantu ker?

Seksyen 18 berkata...

yg aku thu doa selamat je yg lain2 xthu plak?

dam catur berkata...

mana dapat pasal info ni sulaiman embong???

Pedang Kesatria berkata...

surah apa plak sulaiman embong bagi ni???

Golok Buta berkata...

mana plak nk cari surah2 ni sulaiman embong?

Jupri Halim berkata...

bismillahiraahmaanirrahim 786 kali biar btol sulaiman?? en nuri pecaya x?

Umar Haslam berkata...

dekat2 1000 jgk kena baca bismillah...

Mat Toopa berkata...

baik buat doa selamat je nk kna baca sampai 700 kali lama tu!

Pak Kassim berkata...

sulaiman embong dpt mana plak? yg aku thu buat doa selamat jer...

Mata Langit berkata...

boleh dipercyai ke petua sulaiman embong ni???

Pejuang Islam berkata...

sulaiman embong ni byk ilmu jgk sy pun dh lupa pasal ni...

Naga Samudera berkata...

sulaiman embong ni keje pejabat agama ke???

Hambali Maliki berkata...

sulaiman embong byk jgk ilmu agama dia...

Comel berkata...

laki x ska ke pmpuan mcm tu???

Mr Aiman berkata...

bila plak sy sumbang info pasal ni lelaki dan wanita ni????

Inspekstor Halim berkata...

aku sokong lelaki mmg x suka di kongkong! hehe

Firdaus Amirul berkata...

hebat jgk aiman ni smua hal lelaki dia thu??

Puteri Bunga berkata...

aiman ni dr motivasi ke?

Daus Kasman berkata...

aiman pun sumbang info jgk!

Sudin Ramlee berkata...

best jgk tgk org ramai sumbang sajak....

Ibnu SIddiq berkata...

boleh ke kalau ahli nk sumbang info?

Ibnu Siddiq berkata...

RAMAINYA

Di sofa pendek ketat dengan kayu.
Sopan kaki menggeletar sayu.
Bising-bising kotak peti.
seluruh warga tiada pergi.
Cuma yang disini masih disini.
Melihat lagi rakan-rakan berfoto.
Ramai sekali. Melihat lagi.
Ada rakan-rakan bergambar.
Asyik nya. Melihat lagi.
Ada rakan-rakan ketawa.
Suka nya. Aku bila lagi.?
Menangis bersama pabila sedih.
Ketawa juga pabila gembira.
Pantun ku selalu tersedu.


Ibnu Siddiq
Terengganu
1pagi

Guest Door berkata...

Sajak Ibnu Siddiq ini nampak gayanya dia sendiri yang faham, Biasanya kalau QM baca dua tiga kali dia x dapat tangkap dia bagi dekat saya untuk ulas. Saya pun main hentam keromo, Maaf Ibnu Siddiq, maksud yang ada kau seorang yang faham, dan kata kawan saya, kau tulis kau baca, kau gantung dekat dinding, orang tenguk cuma geliling kepala. Sebab tidak tahu maksud dan maananya. Ayat pun lompat-lompat, hendak kata tekateki jauh sekali. (cerita macam kisah orang nak korban, tak begitu tepat, macam majlis perkhawinan sikit-sikit ada. Yang pelik ada menangis ada pula
ketawa) kalau kau niat nak pekena QM, dia pun tiada ada keikhlasan untuk cuba mengulasannya. (aku cuma buat andaian sahaja, macam mereka juga GD) harap makluk.