Memaparkan catatan dengan label marahkah?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label marahkah?. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Februari 2011

MARAH BILA KENA ROBOH



sajak kireman,

Gerai-gerai perniagaan
kian banyak diroboh oleh majlis
kerana mencemar situasi sekeliling
itulah alasan yang selalu diberi MPPP.

Gerai-gerai di taman perumahan
selalunya menyakitkan pandangan
menganggu ketenteraman awam
bukan sahaja tidak ada kebenaran
berniaga pula kotor tiada kebersihan

Orang Melayu kita mesti sedar
gerai-gerai tumbuh di bahu jalan
adalah salah disegi undang-undang
terganggu keinderaan pembayar cukai.

Gerai-gerai yang di pingger jalan
adalah kepunyaan orang melayu
tanpa lesen  berniaga secara haram
kalau terkena cirit berit sakit deman
kepada siapa yang perlu kita saman

Tidak perlu kita marah kerajaan negeri
dulu kita yang pilih kita yang pangkah
hari ini jangan bersedeh jangan gelabah
kini terima sahajalah sebarang musibah.


Oleh: SUARA BEBAS,
Berkatalah dengan benar.
catatan dua hari yang lalu 2011.