Rabu, 26 Januari 2011

SEKIRANYA AKU MASIH





Sekiranya aku masih bernafas,
ketauhidanku pada yang satu
mengabdikan diri setulis hati
cuma terserah kehadratMu
Ya Allah! Ya Rabby!

Sekiranya aku masih bernyawa,
ketabahan ubat penawar jiwa
demi bagi memantapkan ujian
buat menilai erti sebuah keimanan

Sekiranya aku masih hidup kini,
kesabaran adalah ujian keimanan
betapa pun rasa terhina diri ini
dunia bukanlah nilai harga sebenarnya.


Oleh: Nurimanja,
5 Ramadhan/ 23/Ogos/2009
Surau Furkhan Bandar Baru Perda, Penang.





50 ulasan:

Pejuang Islam berkata...

MARAK MENYALA

seperti api marak menyala
membakar hangat di dasar
kelihatan sukar pandangan kasar.
cuba kupadamkan marak menyala ini
tetap membara merata
menjadi hangat di luar diri
menjadi kasar dilihat pandangan.
dari kekaca jendela bisu
kita menatapi purnama bulan
suramnya sama dari teduhan
bumbung kenangan
kita merasai basah gerimis
gigilnya serupa kita cantumkan
bisu dan kenangan
resahnya janggal sekali.


Pejuang Islam
11malam
kelantan

Ai Kutubudin berkata...

AKU LELAKI BERDIRI

udara api tercantum satu
kepada senja diri
aku akan bertitik
cuma waktu harinya
aku sendiri belum tentu
aku lelaki wujud dari dunia diri
kekadang aku kukuh
ketika lainnya aku patah
dalam nafas sendiri
wahai hari payah,
aku masih berdiri
atas kaki sendiri
masih mencari diri sendiri.
Kesempurnaan terlukis kaki langit
warna-warni pelanginya.
Kesempurnaan tertumpat di dada air
bergulung sembah ombak Kesempurnaan
tergenggam dalam zatNya
hambaMu ini kerdil sekali.


Ai Kutubudin
sajak tentang ketuhanan

Pengli[pur Lara berkata...

LANTARAN

seperti bayu yang menderu
kubisikkan rindu pada kekasih
hanya sepi yang dingin
memelukku dalam kelam malam
biarkan kelam
seperti malam sepanjang zaman
andainya engkau rembulan
menerangilah tika malam
andainya engkau mentari
bersinarlah di siang hari
andainya engkau bintang
berkerdipanlah menghiasi
pergilah camar pergi jauh
kembaralah ke hujung dunia
cinta itu tiada sempadan
ku kan menanti walau ke senjahari
kerna rindu ini tak pernah berhenti


Penglipur Lara
Kuala Lumpur
11malam

Diana Sanubari berkata...

APA ITU KAWAN?

satu itu bagus,
dua itu baik,
tiga itu sedang sahaja,
empat itu melampau.
apa guna banyak teman baik,
kalau ada pun tak berguna
kalau ada hanya yang berpinggiran,
kalau ada hanya yang bergantungan
kalau ada hanya yang cuba simpati,
hidup di sini ibarat roda bergolek
roda tidak digunakan lagi,
dibuang ke tepi tengah ke hujung.
kadang dibiar di tepi begitu sahaja
sampai masa basah sampai masa
roda itu reput busuk buruk
insan bergelar manusia begitu,
sikap sebentar tidak ingin
hidup ingin besar kadang teman hanya sebagai alas meja
lapik kaki dipinjam sebentar
yang akhirnya nanti akan disisihkan tanpa sebab

Diana Sanubari
UUM
2ptg

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA : SUSUNAN: NURIMANJA.
ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 2


Pada satu malam Ali Canon di antara rasa sedar dan tidak sedar dirinya di datangai seorang perempuan muda yang cantek jelita, berbau harum semerbak, terasa memberi kesegaran pada tubuhnya. Perempuan muda itu telah membantunya menghidupkan api jamungnya dan membantu mengubati sakit demannya. hampir seminggu perempuan itu datang mengubati penyakitnya itu


Kini Ali Canon sendiri rasa hairan bila dia terasa tubuhnya pulih dan sudah mula diresapi kembali tenaga, yang mana sebelum ini dia sememangnya tidak bermaya, dua tiga hari dia tidak menjamah ubi kayu atau pun keledek rebuh, pisang dan jangung yang diambilnya di kebun. memang seleranya hilang, dirinya rasa bagai dipukau pula, tubuhnya lemah, tenaganya hilang dan tidak bermaya.

Setelah beberapa minggu Ali Canon berasa pelik pula, dia mempunyai kekuatan luar biasa, malah hatinya
juga mulai rasa senang dan girang berkerja di siang hari dikebunnya. Walaupun sesekali dia rasa curiga,
tapi dia tidak memperdulikan itu semua. Malah dia bercadang untuk meluaskan tanah hutan itu dijadikan
kebun tanaman makanan hariannya.

Apa yang menjadi tanda tanya kepada Ali Canon, kehadiran perempuan muda harum semerbak itu yang sering datang menganggunya di hujung malam, kira-kira jam tiga pagi hingga empat atau lima pagi dia akan pergi.Yang menghairankan Ali canon, bila siang rasa curiga, tetapi bila menjelang malam langsung tidak rasa takut dan curiga pula.

Malah jika perempuan muda itu tidak menjelma Ali canon bertambah resah gelisah pula, sanggup dia tidak tidur dan bersengkang mata, Saban malam dia tetap menunggu perempuan muda harum semerbak itu, bila dia datang harum baunya akan mengusai sekeliling pondoknya. Ali akan terpukau untuk bersuara dan selalunya menyerah apa yang berlaku kepadanya.

BERSAMBUNG.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


MARAK MENYALA sajak oleh sdra Pejuang Islam pengucapanya ada sadikit berbau sindiran tajam buat mereka yang mengerti. Pembicaraannya tentang api kemarahan yang membakar agenda yang tersembunyi. terasa bagai api makan sekap padi di kilang padi, ketinggianya selama ini , akan mulaui menurun dan meredap secara senyap lalu menghancurkan diri sendiri. Ternyata keadaan mulai muram seperti mana mentari dulu diserang gerhana. Kini resahnya kian gelisah apa cerita bagai tidak menjadi. Bila kedah dan pulau pinang diberi bantuan puluhan jutaan ribu ringgit, bagi membangunkan negeri. Dimana Azizan dan Guan Eng? Jangan cuba mengaku kemajuan negeri konon usaha mereka sendiri…rakyat yang tahu tembelang akan gelak memanjang .Rakyat yang tidak tahu terus jadi kacang hantu. Semoga mereka tahu, jangan jadi orang bisu. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

AKU LELAKI BERDIRI sajak oleh sdra, Ai Kutubudin penceritaannya untuk mecari
kebesaran Allah yang menjadikan segala alam maya ini bersama insan ciptaanNya. biasalah bagi seorang hamba kekerdilan dan kedhaifan pastinya tidak dapat dinafikan
kelemahan dan kekurangan lumrah juga bagi kita, kekadang apa yang kita hajat tidak dapat apa yang kita tidak hajat kita perolehi. Setiap kejadian tuhan pasti ada baik dan buruknya dan kita sebagai manusi cuba menacri hikmahnya agar dapat mengambilpengajaranbuat panduan. setiap kejadian adalah ketentuan daripada Allahswt pada hambanya. Amin (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

LANTARAN sajak oleh sdra Penglipor Lara dengan sajak sadikit ada jiwa-jiwa rasa hati rangmuda kini. Nampaknya begitu setia bisikan rindu pada kekasihnya , biar pun sepanjang zaman malam tidak berbulan dan bintang penantian rindu kasihnya tidak akan berhenti. Begitulah kasih sejati.. tetapi sayang orang yang dirindu bagai menyepi kilu dan bisu pula untuk berkata. Walau apa pun semoga Penglipur Lara tidak tersilap memilih dan membezakan yang mana satu intan atau pun kaca. Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

APA ITU KAWAN? Sajak sdri Diana Sanubari pengucapanya menyentuh tentang kawan. Biasanya begitu berkawan biar seribu dan berkasih biar satu. Apa-apa pun Ini mungkin sebahagain kehidupan asrama di alam kampus pendidikan pengajian tinggu tanah air. Terlalu susah untuk cari yang satu untuk boleh diharapkan, bila sama susah dan sama senang. Selalunya hak kita hak dia, hak dia hak dia. Ini yang menjadi Kacau, kekadang nma anak orrang kaya barang keperluan harian guna kawan punya. Maaf cakap ini pun bisa berlaku. Hidup cuma hendak meminjam dan cuba
mengena saja, kawan yang baik ini selalunya jadimangsa. Tetapi yakinlah orang yang sabar tuhan tetap bersama.ada ganjaran di kemudian hari.Amin (TB)

Salina berkata...

ada perempuan yg tolong ali conan ni?

Mona berkata...

seram plak ada pmpuan dtg tgh2 malam

Ustaz Zamree berkata...

pmpuan tu sapa plak?

Brader Joe berkata...

berani ali canon ni aku seram oh

Ezad Emir berkata...

pmpuan mana plak ni? suspe plak...

Ustaz Rahman berkata...

pmpuan tu pontianak ker?

Tuan Haji Abkam berkata...

pmpuan tu org bunian agaknya

Zainal Arifin berkata...

roh org mati dibunuh agaknya pmpuan tu

Seri Suri berkata...

meremang bulu roma dgr pmpuan tu dtg malam2....

Ummu Akilah berkata...

pmpuan tu menjelma malam je ke?

Abang berkata...

apa plak nama pmpuan tu en nuri/

Lukiee berkata...

perempuan tu sapa? kenapa dia dtg bau harum?

Danial berkata...

seram plak baca cerpen en nuri kali ni

Pak Kassim berkata...

ni baru la btol2 misteri! ni yg best ni sambung lagi en nuri

Nakhoda Belantara berkata...

kenapa ada pmpuan tu ali canon ni cergas plak?

Ustaz Majusi berkata...

pelik dia trus jd kuat bila pmpuan tu dtg

Ustaz Sahzan berkata...

langsuir agaknya pmpuan tu

Sharifah berkata...

mngkin pmpuan tu hantu kot....

Bos Kacak berkata...

mmg x boleh tidur la nampaknya baca cerpen en nuri ni

Tetamu Malam berkata...

kenapa pmpuan tu tolong dia?? sapa pmpuan misteri tu?

Jengking Perak berkata...

tgh2 malam sah hantu la yg dtg pondok dia tu

Emily Bayans berkata...

pmpuan tu org gila agaknya? hehe

Atan Yahoo berkata...

pmpuan tu bagi ubat kuat ke kat ali cnaon ni?

Saudagar Emas berkata...

pmpuan ni bomoh agaknya dia jampi supaya ali canon jd cergas

Puan Rosnah berkata...

perempuan tu tua ke? atau sebaya dgn dia?

Tok Mahat berkata...

pmpuan tu dtg dari mana? pelik

Golok Buta berkata...

tgh2 hutan mana ada org melainkan hantu la kot

Guest berkata...

kenapa pmpuan tu boleh dtg ali canon panggil ker?

Raja Muda berkata...

cerita benar ke en nuri? seram sy baca dh ni

Zain Issac berkata...

misteri la pmpuan tu dtg dari tgh2 hutan plak?

Roslan Bidin berkata...

pmpuan tu org kmpung situ jgk ke makhluk halus?

Putera Damien berkata...

makhluk asing agaknya pmpuan tu

Mat NOh berkata...

pmpuan tu bagi apa kat dia bila pmpuan tu dtg dia dihat

Haji Hamdan berkata...

pmpuan tu x bercakap ke en nuri?

Zuraifah berkata...

ali ni kena pukau agaknya dgn pmpuan tu

Jessica Liew berkata...

jin ke atau pari2 pmpuan tu?

Petualang Tiga berkata...

yang aku thu pmpuan tu bukan manusia....

Harimau Berantai berkata...

pmpuan tu bangsa apa en nuri? mlyu ker?

Adi Csna berkata...

apa agaknya ubat pmpuan tu bagi sampai cergas je ali conan

Ali Conan berkata...

tiba2 rasa seram plak en nuri harap2 apa yg en nuri cerita ni x terjadi di alam nyata kepada saya.... seram2...

Encik Sanusi Rostam berkata...

ni sambungan kisah sani buta ke en nuri?