Ada toyol di mana mana ada toyol
toyol kecik toyol besar
toyol tua toyol kepala hitam
toyol bodoh toyol berijazah
muncul di mana sahaja
menyeringai tak kira masa
toyol kampong curi getah beku
toyol Bandar curi motor kereta
toyol dahulu telanjang bulat
curi duit celah bantal
di malam buta toyol sekarang
berkot bertali leher
curi duit berjuta di siang hari
toyol sudah datang...
toyol kecik toyol besar
toyol tua toyol kepala hitam
toyol bodoh toyol berijazah
muncul di mana sahaja
menyeringai tak kira masa
toyol kampong curi getah beku
toyol Bandar curi motor kereta
toyol dahulu telanjang bulat
curi duit celah bantal
di malam buta toyol sekarang
berkot bertali leher
curi duit berjuta di siang hari
toyol sudah datang...
OLEH: SALAM
Teluk Kumbar
3pagi2010 Disember 1 20:30
Teluk Kumbar
3pagi2010 Disember 1 20:30
50 ulasan:
3.PROTIS SUDAH TERBALIK
-buat penyokong fanatik
Dahulu minta rakyat protis
hari ini sudah jadi terbalik
rakyat pula cuba memprotis
membantah berpaling tadah
kerana janji tidak ditunaikan.
Dahulu rakyat diarah protis
bantah kerajaan sedia ada
tiada keadilan dilaksanakan
hari ini ada protis terbalik
pakatan sendiri timbul angkara
Protis sudah mula terbalik
siapa sebenar buat pembohong
rakyat sudah pandai menilai
jangan cuba diperbodohkan lagi
untuk pembohong kedua kali.
Oleh: Suara Bebas,
Menunggu janji tidak laksana
2010 sewaktu protis di Pulau Pinang. Cuma renungan sahaja!
BADAI MENGHEMBUS BAYU
masa itu aku lalu
seperti badai menghembus bayu
masa yang datang aku kaku
bagai pohon yang keliru
ingin ku rebut gengaman padu
sekilas terdengar jeritan itu
sampai aku terpaku
terleka dengan langit biru
bersuara tapi membisu
tanpa tahu arah tuju
ku cari sejenak nafas baru
tiada muncul jua waktu?
Ustaz Rahman
sajak yg agak simbolik utk hantu raya mengulasnya
SUJUD
Selangkah kaki menumpang masuk.
Masih mentah masih berdarah.
Sekitar tangan berpantun.
Mengikut rentak selari puisi.
Dengan mata yang melihat.
Rencana yang bergerak.
Ampun sujud menyembah.
Moga rahmat dicurah.
Kemarau yang panjang.
Tiada hujan air pantai lebat.
Mulai karam di hujung tasik.
Sungai deras kering di sedut aur
Mengaji perlahan
Menangis tersedu.
Kepala kapal berjalan terhenti.
Sudah masa menyembah ilahi
Ketika itu ia sedang sujud
Pak Kassim
pengalaman bertemu seorang musafir ketika solat subuh di surau
BUNGA UNTUK PUTERI
Sekejap kalau ada,apa rasa.?
Bunga-bunga semalam.
Ada pun mata yang melihat.
Mana ada yang hitam.?
Bunga-bunga semalam.
Ada pun bunyi yang teriak.
Mana ada yang lain.?
Saya datang dengan seraya,
Menurut kehendak penuh duri
Kalau tiada hampa lah saya,
Mawar hitam untuK permaisuri.
Semalam dia terjaga.
Saya hendak mawar itu.
Yang mana.? Yang hitam.
Biar saya cari.
Panglima Ketot
sajak simbolik jiwa2 cerita dulu kala... hehe
ARCA
kerikil tetap tajam
memberikan lukanya
masin percik ombak
memberikan pedihnya.
bersatu di hatiku.
mendepani cermin persegi kaku
sebesar wajah dahulu
ada isyarat di arca
diri yang dahulu juga.
sebahagian usia telah pergi
terbawakan oleh waktu,
tiada tertahankan pada arca,
diri yang dahulu juga
seharusnya rasa malu ini
mendahului waktu yang pergi
sejauh usia telah dipinjamkan.
itulah diriku.
Jengking Perak
sajak simbolik sedikt harap qalam atau hantu raya dpt tangkap
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Penceritaan lama agaknya, kini kembali dalam ingatan, mungkin sewaktu muda-muda dahulu, mungkin ada pengalaman atau cerita yang pernah ditempuhi. Gangguan alam orang muda biasa mencari kebebasan kekadang terasa melewati batas, mingikut rasa kelodakkan hati nurani yang bagai memanggil-manngil dan menyeru agar kita mengikut arah bujukan iblis yang entak kemana arah dan hala tujuan. Bagi orang yang beriman masih sempat tarik nafas, berastagfar dan memperbetulan keadaan semula. Untuk kembali kepada keyakinan ketaqwaan Illahi (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Penceritaannya mungkin berkaian dengan perjalanan kehidupan sesaorang yang rasabanyak bersalah diwaktu muda-muda dahulu, kini kesedarannya mulai menyelenap masuk di dalam hatinya, terasa ingin bertaubat dan kembali kepada kebesaran Illahi, dengan keinsafan itu dia sering menangis dan tersedu, bila mendengar bacaan ayat-ayat suci ilahai. Kini dia sedar dan bertekat unytuk kuat beribadat. Atau sujud. (U)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak menceritakan kehidupan yang telah melewati usia, saban hari merenung cermin yang dilihat muka anda juga, saban tahun berlalu, akhirnya tersedar wajah telah pun banyak berubah, keadaan masih juga di situ, tidak berubah, sesekali terasa malu pada diri dan keadaan, lebih menyedehkan melihat kawan-kawan yang telah pun menuju ke arah kejayaan dalam hidup ini.(TB)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak simbolik yang tetapi ceritanya agak berbelik-belit, Apa yang dapat diandaikan Ini mungkin cerita lama bagai memory dalam ingatan. Barangkali ibu anda meminati sesaorang yang disenangi, tetapi anda pula ingin memelih kehendak hati, akhir kerana
takut murka atau jauh hati ibu takut durhaka, anda terpaksa juga turun bagai apa yang dikata.kini perlulah dicari. (B)
kenapa adi cana halang plak? bagi je la malik wariya pergi jmpa ali conan
cerita ni panjang lagi ke? seram plak dh ni
eh! xkn dorg bertiga je? org kmpung x tolong sekali ker?
kalau x berjaya la rancangan dorg? apa la jd kat dorg bertiga nnt
sajak berkenaan bencana alam ke ni?
kenapa Nya en nuri tulis huruf besar?
sajak peringatan utk kita semua
sajak pasal tsnami dulu ker?
sajak tentang Allah murka nampaknya
sajak mcm ni la menarik sajak ingat mengingati
sajak ketuhanan nampaknya dari en nuri?
sajak salam ni toyol apa plak?
semua pasal hantu plak? en nuri letak langsuir salam letak toyol
toyol dalam sajak salam ni mengambarkan seorang pencuri kan?
toyol ni org yg suka menipu ke salam?
rasanya sajak salam ni di tujukan kpd org yg menipun duit org dlm MLM
sajak toyol ni ingatkan pasal toyol rupanya simbolik
nampaknya ahli skrg suka buat sajak simbolik plak skrg
nampaknya en nuri byk sajak ketuhanan minggu ni ahli plak semua sajak simbolik
sajak toyol plak? seram plak malam2 ni
huh! kenapa ada sajak dalam sajak plak?
viger silap terbit ke kenapa ada sajak plak dalam sajak en nuri ni?
protis terbalik plak? pelik sajak ni
eh! BN menang td! tahniah kpd calon BN
nampaknya BN menang besar jgk sbb PAS 2000 BN menang 6000 majoriti 4000!!!!!
nampaknya lagi byk en nuri berkempen kat sini ada peluang BN nk menang lagi di merlimau
rasanya faktor kemenangan BN ada jgk sbb blog en nuri ni
x sia-sia kluar pembangkang sbb dorg pun kalah kat tenang
sian qulbai monyok je muka dia aku tgk td? hahhaha
hbis la qulbai kat tenang dh kalah pengkiut dia plak byk yg berpaling tadah
prostis terbalik plak? pening sajak ni
sajak saja yg ada suara bebas mana?
eh! skrg dh hbis di tenang bila suara bebas dan guest door dtg balik ni?
sajak yg agak menarik sajak dalam sajak ni
hantu tu thu x dorg buat plan nk tangkap dia?
eh! hantu tu siang dia pegi mana?
eh! hantu lain xde ke en nuri? xkn hantu langusir saja?
sajak protis ni kenapa ada kat sini bukan kat luar? tinta azimat silap terbit ker?
sajak dalam sajak plak? aneh btol.. hehhee
isu pasal politik xde ke en nuri?
JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.
- Maaf lupa Tinta Azimat tugas dia pagi tadi x jawab. aduh!!
- Nya ganti nama Tuhan atau Allah.
- sajak dalam sajak ini khas untuk ahli cr yang pernah jadi warga kerja saja. mungkin Geletek pagi akan kembali.
- Sebenarnya bukan blog Cr sahaja banyak lagi blog yang lebih berani, kami banyak bahan lagi yang belum didedah. cuma tunggu, semacam ular berbisa kena bedal, atau pukul,bergerak saja. pukul....
- Maaf tiga orang anak muda ini mungkin tidak akan kembali lagi ke blog ini, tetapi sumbangan mereka akan diterima, bila masa sahaja. aku niat jihat (anj) suara bebas dan Guest door.
- Apa pun kami akan cuba menangkis jika ada serangan atau peluru berpandu, demi menegak kebenaran, kerana kami anak muda yang akan mencorak zaman demi negara 1 Malaysia. bukan memutar belitkan keadaan.
- Sajak malam ini esok akan terbit, kerana cerita misteri belum
taip lagi, mata pun dah mengantuk. harap maklum...
Catat Ulasan