Sabtu, 8 Januari 2011

BAHASA SUDAH MATI


kategori sajak pensyarah IPTS 2009

 
Bahasaku jiwa bangsa
telah lama meniti gelombang hidup
dalam lipatan 500 tahun
menjadi tunjang kemelayuan.
Bahasaku kini
semakin tua
dimamah dihakis setiap masa
dalam ketaksuban
bahasa asing
yang pernah memijak
kemelayuan ini.
Bahasaku belum terpinggir
daripada kehitaman
daripada terpelosok di dalam peti
kerana masih ada cahayamu
jika tekad masih terpahat di hati
bahasa itu jiwa kita.


Olie Pajutdy
ketika dikampung
2ptg
3.10.2009




50 ulasan:

PENYAIR AGUNG berkata...

PELBAGAI CERITA

telah lalu jalannya
telah tahu ceritanya
cerita jenaka ada dukanya
cerita silam ada lukanya
cerita semalam ada indahnya
hari ini lain pula ceritanya
bila hati bercampur emosi
tak ada lagi yang pasti
pada kaki ini yang melangkah
terasa kaku pada bibir ini
yang berkata terasa bisu
pada hati ini yang menyayangi
terasa benci pada jasad ini
yang bernafas terasa mati
pada tika ini kiranya aku lari
bukan mengejarmu
tapi dari mengenalimu
dan pada tika ini
andainya aku menangis
bukan kernamu
tapi kerna bayanganmu
runtunan rindu ini
adalah sepi sepi yang berduri
apalagi bila menyendiri...


PENYAIR AGUNG
menyahut cabaran jalal dalam pertandingan sajak dah lama sy simpan sajak ni

Ustaz Sahzan berkata...

PAGI TAK BERNYAWA

pagi tak bernyawa
sekalipun matahari
sedang berusaha keras
mencelah dari kepul-kepul awan
kumpulan karbon monoksida
berkepuk menyelubung jalan-jalan
deruan ganas jentera bergerak
semuanya tak seperti semalam
kelmarin seretan langkah kaki
dipaksakan gagah mahu sudah hamper
kosong disuruh penuh
semuanya tak ada erti hari ini
kerana hari ini aku seorang sendiri
tidak rasa selamat seperti selalu
bisa saja ambil semua
apa ada tak terasa


Ustaz Sahzan
sekadar mencuba ok! jalal sajak ni sy letak

Ustaz Rahman berkata...

TENTANG SIANG DAN MALAM

bila siang mendatang
kita minta dicepatkan ke malam.
setiap senggangnya adalah masa
untuk bulan dan langit malam.
setiap terik siangnya kita redah.
biar kulit dan isinya terbakar
sehingga kemerahan.
mengejar matahari sebelum benamnya
kita saksikan di tepi pantai.
tentang hujan baru
kau kenali indahnya.
tentang awan baru
kau sedari cantiknya.
tentang malam baru
kau nampak dinginya.
semuanya kita baru-baru kongsikan.
adalah semata membiar
aku lihat senyuman
biar segaris di wajah.


Ustaz Rahman
sajak yg baru sy tulis semalam kerana semua saizul maizav punya pasal jd sy hantar sajak ini

Pak Kassim berkata...

ADIL

setiap kali itu aku akan berlari
terus menghadap matahari
mencari pelangi menjari awan
mencari apa saja di langit
tanpa sedar aku cuma berlari
tanpa tujuan dari awal
tak adil tapi mana ada adil
dan saksama di tangan manusia
akan dibayar nanti
akan dibalas kemudian
akan dihitung satu waktu nanti
buat masa ini biarlah
lepaslah diamlah

Pak Kassim
apalah punya saizul tapi takpa sy sahut cabaran sajak baru buat pagi ni

Qalam Mutiara berkata...

SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN QALAM

Bicara TENTANG SIANG DAN MALAM hasil nukilan seorang guru persara yang dicabar kewibawaannya untuk mencipta sebuah sajak secara sepontan Ustaz Rahman.
Pengucapannya berbicara tentang kehidupan seharian kita sebagai manusia yang mana sering saja bergelut cabaran dan keadaan semasa.seperti matahari yang timbul tenggelam. Begitu juga kitaran alam yang dibayangkan si penulis dengan penomina hujan, panas, malam siang, dan segalanya punya gambaran seperti manusia yang kadangkala baik , sakit, marah, benci, tetapi tetap terus melayari kehidupan. Justeru itu kita perlu redha, apa saja kemungkianan yang Allah beri sebagai qada dan qadar setelah kita berusaha. Amin. Tempat ketiga.

Qalam Mutiara berkata...

ADIL . Wah!sajak pak kassim kali ini lebih terbaik dari hari-hari yang lalu, bagai ada kejutan pula. Sayangnya sayembara puisi tak ada hadiah cuma suka-suka sesama kita.
Tidak mengapa pak Kassim ada kemampuan bila dicabar walaupun telah bersara. tak siapa sangka cempedak boleh jadi nangka.Sebab pak kassim orang jenis komedi kita
Kena ulas cara komedy juga. Pengucapan Pak Kassim ada dua tiga perasaan dalam
Perjalanan hidup ini terasa ingin mencari kebenaran. Tetepi bagai gagal dan kecewa dirasakan, menilai keadilan pun sebaliknya. Mengubat rasa duka sesame manusia, si penulis memelih jalan diam, dan berserah kepada yang berkuasa untuk dinilai hari yang Kemudian. Syabas! Pak kassim. Amin. tempat ketiga tiada tempat keempat.sama hebat dengan ustaz rahman..

Qalam Mutiara berkata...

SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN QALAM
Sajak Ustaz sahzan PAGI TAK BERNYAWA dalam kategori ahli baru blog CR buat mencuba sayumbara menulis puisi sekadar menyambut cabaran menilai kewibawaan. Sajak ustaz sahzan punya daya sembolik tersendiri, saya cuma dibaca dari sudut mata biasa, pengucapannya menceritakan kehidupan manusia seharian bergelut untuk tempat bertugas atau bekerja di satu pagi yang muram. Tetapi terasa lewat kebelakangan ini, suasana tidak seindah dan semesra seperti hari dahulu, bagaikan bersendirian dan mencurigakan, tetapi jika ada yang cuba pula untuk menopoli, kerenah memerntah sesuka hati, biarkan saja, jangan perdulikan semua, agar hati tidak terasa. Bersabar sebaik mungkin, semoga tuhan bersama orang sabar. Amin sajak ini tempat kedua kurang ½ Markah dengan sajak tempat pertama.

Qalam Mutiara berkata...

PERBAGAI CERITA sajak dihasilkan oleh saudara Penyair Agong memaparkan pengucapannya Berbagai Cerita dalam kehidupan kita seharian yang pasti dilalui dan ditempuhi sebagai seorang manusia yang masih bernyawa. Dari kecil sehingga dewasa tidak dapat lari dari kemelut kehidupan suka duka, miskin kaya, hina mulia,dan sebagainya. Tetapi bila perasaan terganggu , kaki bagai engan melangkah,bibir juga kelu membisu, rasa sayang bertukar benci, hidup pun bagai rasa nafas terhenti. Begitulah bila hati mula tersadar terasa ingin lari meninggalkan segala- segala yang adadisisimu selama ini. kerna terasa hati kita pun bagai tidak seirama lagi bunyinya. Begitu perasaan si penulis dalam berbagai cerita untuk diluahkan buat renungan khalayak. Amin. sajak ini diberi sajak terutama.

Karim Ghani berkata...

ha! dgn taik kambing pun ada!!

Nabil Quldi berkata...

patutlah en nuri selalu sakit sbb minum air kotor

Salam berkata...

tahi burung merpati pun ada! aduh...

Pak Awang berkata...

sdih sy dgr wlpn ada tahi burung merpati pun en nuri minum ker?

Nurse Lisa berkata...

mmg mcm2 dugaan en nuri tempuhi ni

Si Kecil berkata...

perit btol penderitaan en nuri

Adithama berkata...

mcm mana en nuri lalui sampai 5 thn? sy sehari pun xtahan

Saudagar Emas berkata...

en nuri mmg sy respek la sbb bukan calang2 org boleh terima

Jaringan Gua berkata...

en nuri ni msti dah pnh rasa susah sbb tu dh biasa

Ustaz Sahzan berkata...

sajak ni mcm ada 2 maksud tersirat mcm jiwa2 ada politik pun ada...

PENYAIR AGUNG berkata...

MCM SAJAK SAYA NOMBOR PLAK? ADA 2 PERGERTIAN TAPI SAYA TAK PERASAN ITU PUN QALAM YG BERITAHU

Pahlawan Melayu berkata...

inilah sajak unik ada 2 maksud

Pak Kassim berkata...

sajak macam jiwa lagi 1 maksud xdpt tangkap

Aziz Moktar berkata...

sajak mcm en nuri kecewa di tipu jer..

Tuna Tatiati berkata...

nampak ada 1 maksud je jiwa2 yg lagi 1 yg mana?

Badrolshah berkata...

sajak 2 maksud mcm mana tu?

Jalil Janggut berkata...

sajak en nuri ni kalau masuk bertanding boleh kalahkan sajak en sanusi ni

Geletek Malam berkata...

menarik sajak ni kretif lain dari yg lain

Seniman Jalanan berkata...

susah nk buat sajak ada 2 maksud kalau sajak simbolik senang la jgk

Laila Mellisa berkata...

hebat sajak en nuri ni kretif ada 2 maksud

Ustaz Zaidi berkata...

sajak ni nmpk mcm jiwa2 tapi bila di amati lagi macam sajak di tujukan utk tok guru jer dgn sesumpah jer...

Ustaz Kamarudin berkata...

saya memohon maaf secara terbuka kepada semua jikalau sajak sy menguris hati qalam dan en nuri tp bolehkan saya ingin mendaftarkan diri di pihak anda? en nuri bolehkah lagi terima org bulan? saya dah keluar sbb qulbai semakin menjadi sy dh sedar sy jauh menyimpang sbb sokong dia

Amat Arif berkata...

harap qalam boleh terima saya? saya dan ustaz kamarudin dah sedar sbb qulbai skrg pandai main bomoh utk mencapai cita2 dia...


harap encik nurimanja dan encik qalam terima saya disini

Brader Joe berkata...

kat mana plak sajak ni ada 2 maksud nampak ada 1 jer?

Geletek Malam berkata...

baca byk kali pun tetap sajak ni bunyi jiwa2 mana ada 2 maksud en nuri?....

Olie Pajutdyy berkata...

eh! sajak saya plak disiarkan kali ni?? hehe terima kasih en nuri!!!!

Budak Rap berkata...

sajak olie ni boleh diterima sbb kretif jgk mcm sajak en nuri jgk

dam catur berkata...

nampaknya skrg ahli aktif plak sajak di siarkan? ada peluang la aku nnt

Teksi Manaf berkata...

kali ni en nuri menumpukan sajak ahli lama ke baru?

Penjejak Badai berkata...

sajak simbolik jgk olie ni

Panglipur Lara berkata...

sajak agak samar jgk maksudnya

Rossa Long berkata...

sajak olie plak kali ni? nampaknya sajak dia pun agak menarik

Muhamad Rabbi berkata...

olie ni laki ke pmpuan?

Sadaqallah Azim berkata...

sajak geng2 tabligh xde ke en nuri?

Siti Hajar berkata...

sajak tentang perjuang bahasa nampaknya

Ku farah berkata...

sajak ni mmg kena dgn tema bahasa jiwa bangsa

Saidatina Ayubi berkata...

sajak kali ni agak menarik mengetengahkan bahasa

Yusri Nawab berkata...

btol yg olie kata ni bahasa jiwa bangsa

Qalam Musoffa berkata...

en nuri punya sajak mcm mana boleh ada 2? nmpk 1 je maksudnya jiwa2

Kopi Susu berkata...

sajak en nuri dan olie ni dua2 nmpknya menarik

Jamburi Yusofo berkata...

esok sajak sapalah plak siarkan?

Hantu Raya berkata...

JAWABAN RENGKAS SAHAJA

- Dua orang teka tepat Ustaz Zaidi dan Ustas Sahzan sajak en nuri dikira ada masud bila kita baca dengan memberi tangkapan fikiran yang lebih kuat atau dipanggil mumbastik ada dua penceritaan.

- Erti sayembara ini Semacam dg perdandingan kalau musabaqah perlumbaan ada saingan secara sihat .

- Ustaz Kamarudin dengan Amat Arif biasa saja kita sesama kita 1 malaysia, tidak kira hidup berbilang bangsa, kita ikut apa yang tuhan suruh, jauhkan apa yang tuhan larang.

- bukan saja bulan dan atau bulan mata satu, roket pun kalau rasa tak puas hati dengan kepempinan mereka join dengan kita, kami
bebas mencari jalan tengah. demi kebenaran.

-Sajak kategori tabglig 2009 sudah terbit dulu. ada bagus kita terbit lagi dulu mungkin persara.

-sekian kalau ada soalan terlepas pandang, kami minta maaf, al maklum kita manusia biasa, Amin.