Isnin, 10 Januari 2011

MENGAPA ENGKAU ENGAN SUJUD





Kitab Al Quran telah diturunkan,
isinya tiada ragu dan perlu bimbang
semuanya dari Allah serua sekelian alam
sebagai ubat segala penawar bawa ketenangan.

Quran inilah satu peringatan Allah,
bukan buku ciptaan omongan Muhamad
terimalah kenyataan pesan kata bererti ini
sebagai satu seruan, sah, nyata, terang dan benar.

Allah itu mencipta langit dan bumi,
keduanya berputar mengikut paksinya
kita hidup bagai tiada tempat perlindungan
malainkan tiada pertolongan selain daripadaNya.

Perhatikan tentang kekuasaannya,
tentang perkara terang dan tersembunyi
manusia dicipta dari hasil segumpal tanah
dilahirkan  keturunan dari seripati air yang hina
perantaraan pertemuan manusia Adam dan hawa.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan kuliah jumaat,
dari diary akhir tahun 1976. 





50 ulasan:

nurimanja berkata...

. BAB 6 siri 4 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Di Kampung Hilir Rajang itu ada enam biji sahajaada kotes kah untuk kaki tangan kerajaan tempatan , Guru Besar, Pagai Pertaniah, Aku, Polis Kampung, Pengelola Talicom , Pegawai Perhutanan.Rumah yang aku duduk itu pun kira nasib sahaja, kerana Pegawai Kelenik Desa tidak mahu duduk kerana dia sudah dapat sebuah rumah kosong dekat kelinik, tempat dia bertugas.

Aku terpaksa makan cara konterek tiga puluh ringgit sebulan sehari sekali saja hantar laut tengah hari , nasi masak sendiri.
selepas aku tinggal di kuater bujangan.

Di sinilah aku kenal dengan cikgu penolong kanan bernama cikgu Kana mengajar tulisan jawi dan agama, dia pun cuma setahun saja lagi untuk bersara, aku yang terpaksa mengabil tempatnya , waktu perhimpunan dia memperkenalkan aku kepada murid dan guru-guru SRK abng Galau, Rajang,

Entah bagaiman ada seorang myrid tahun dua yang melentas di hadapannya , tidak sangka pula aku, dia sanggup menyebak pungkur murid itu, kerana menganggu dia sedang berucap, lama aku berfikir, mungkin dia kan bersara,memikirkan tentang anak-anaknya yang tiga belas orang, seorang yang bungsu maseh dalam darjah satu.

Bila ada waktu terluang aku menulis cerpen , derama radia, puisi dan rencana untuk majallah atau akhbar tempatan di Serawak akhbar-akbar ada yang siar, ada juga yang tidak disiarkan mungkin menyentuh hal perkauman orang bumi Kenyalang , tidak dapat disiarkan.

Pernah juga aku memenangi hadiah cerpen dan sebuah antologi cerpen bersama penulis Kenyalang diterbitan oleh Dewan Bahasa Cawangan Serawak, dan dua buah cerpen aku termuat di dalamnya bertajuk HATI dan terkorban.

Di RTM Kuching aku sering juga menghantar cerpen dan Derama Radio dan gurindam di ruangan hiburan, dapat jugalah aku duit sagu hati sadikit.nama juga agak terkenal juga masa itu di bumi Kenyalang, sebab masa itu penulis di Serawak kurang, tidak berapa ramai yang menghantar derama Radia atau cerpen di RTM kucing.

BERSAMBUNG.

Ustaz Muda berkata...

CELIKKAN IA SEGERA

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan cepat kau makan
suruh mengaji engkau terkedu
apa betul tak tahu
atau buat tak tahu
jika betul tak tahu
carilah tok guru
penuhkan dada dengan ilmu
agar lebih tahu
agar senang nanti
mahu ajar anak isteri
agar kelak tidak terbatuk
anak isteri minta ditunjuk
apa lagi kau tahu
lagu faisal tahir
sampai terjuih bibir
lancar sekali dihafal
siap dengan iramanya sekali
suruh baca muqaddam
terus tergagap alif ba ta
hati dah buta celikkan ia segera…


Ustaz Muda
1.1.2011
11malam

Abang berkata...

BANTAL

semalam di sebalik bantal merah
yang melindung esak ketakutan
lelap kedua mata
dalam air jiwa yang penuh
mengharap mimpi fantasi menjelang
meneman malam panjang
sehingga subuh
setelah mata terbuka
yang kelihatan jelas dari jendela
dengan buaian angin
menebarkan kain putih digantung
adalah satu lagi realiti hari-hari
di dalam bilik kecil sempit
dan berbau lavender
air liur masih berbaki
di ruang tekak
ditelan rasa pahit
bercampur apa saja
hari ini walau celaka
tetap harus didepankan.


Abang
3.1.2011
terengganu

Seri Suri berkata...

PUTRAJAYA 2011

dalam kekaguman hasil
fikir manusia hebat
jelmakan jadi mercu tanda
terhebat di rantau ini
tiada pernah terfikir
tiada pernah terduga
daerah yang dulunya hijau
dibayangi hutan kelapa sawit
kini berdiri megah
daerah permainan jin bertendang
jadi tumpuan manusia
mata semua terbuka luas
bagai tiada tertutup lagi
hasil rezeki tiada putus
melimpah ruah tiada terambil
namun siapa yang tadahnya
siapa yang pantas menarik
siapa yang bijak merenggut hasil
adakah kita semua masih leka dengan indah suasana
masih dibayangi rasa kekaguman
hanya melihat dari kejauhan
yang masih rela merelakan
siapa agaknya yang bijak
pasti bukan kita siapa agaknya…?


Seri Suri
sajak baru buat je tadi dan hantar utk sayembara

Julia berkata...

BERHATI-HATILAH HATI

hati sila berhati hati,
cepat cepat tinggalkan rasa itu,
rasa inisaya tak lelah
tak mampu lagi pikul.
macam biasa lali selalu sangat
rasa tinggi wujud tapi entah siapa.
penat sudah kait conteng
atas kanvas bagi ratakan semuanya.
tapi belum lagi datang dalam hati.
takdir Tuhan kerjakan untuk kita.
kita kerja terima dengan senyuman.
sebab bisa itu nikmat
nikmat selamanya untuk sana indah.


Julia
sajak utk sayembara sama dengan seri kami buat spontan jer..

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

SAJAK nasihat daripada sdra Ustaz Muda tidak masukah program tv awani Iamn Muda? Ulasan secra santai: Sajak bertajuk. CELIKAN IA SEGERA mengucapan biasa bagaikan nasihat seorang da i, kepada kenyataan yang perihatian apa yang telah berlaku lewat kebelakangan ini. Terasa ada sadikit berbau sinis tajam yang terasa menghentam dari belakang, buat mereka yang lupa dan buat-buat alfa. Bagi yang lupa agar segera mengingati semua. Berpesan dengan kebenaran, berpesanlah dengan penuh sesabaran. Amin. (TB) ++ banyak tok guru al quran.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak oleh Abang penghijrah yang berjihat, masih enggan pulang bertugas dirantau orang menyedut angina pantai timur Terangganu. Pengucapan agak sembolik. Dalam kehidupan sesaorang yang ingin memburu kemewahan dengan kerelaan dan ketakutan sering berbelah bagi dalam diri. Kerana ingin mengejar dan bermain dengan fantasi kemewahan merelakan segala. Di bilik kecil mengharap kemewah yang belum tentu menjamin masa depan yang lebih sempurna. Kini bersama maruah yang tercalar terus melangkah ke depan dengan jiwa yang lelah dan hati yang parah. Cuma secebis kehidupan di sebalik BANTAL MERAH. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak bertajuk: PUTERAJAYA 2011 oleh seri suri telah menyeksakan anda berdua Dengan pilihan nama mencuba sayembara puisi CR. Di awal tahun mesti tugas menimbun. (sebab itu saya bagi peluang sedia sajak utk seminggu) tetapi tidak apa sekadar suka-suka. Kami pun mengulas secara santai dan menangkap maksudnya saja.

Sebuah kota jadi rebutan pembangkang untuk mendiaminya. Kini pun masih bukan kita yang dapat merebut hasil kekayaannya. Begitu persoalan yang berani diketengahkan oleh penulis, dan mengajak kita renung bersama, adakah kemegahan ini perlu diperhati, bukan dikecapi bersama rezeki disekeliling kemewahannya? Adakah untuk orang bijak mentakbir negara ? Atau pun untuk orang bijak bermain bersandiwara? Semoga yang ikhlas Allah membenarkannya. Amin. (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BERHATI-HATILAH HATI sajak dari seorang pendik anak bangsa, kini mungkin begelut dengan tugas harian. Keringat yang tumpah adalah pahala nilainya.. Pengucapan cikgu Julia terasa bagai berbau jiwa-jiwa, Apa pun yang si penulis hendak disampai satu peringatan yang tegas dan total berhati-hati dengan hati, Cara penceritaanya pun bagai pernah dikecewakan, malah teralu biasa , bagai satu lukisan yang tidak siap dan sering merumbakkannya. Kini biarkan hati bersendiri, jika ada ketentuan tuhan atau pun jodoh yang ditetapkan, Itulah seadanya, bukan mahu ditagih dan diminta. Amin.(B)

Ustazah Hamidah berkata...

6 biji je?? sikitnyer

Kembara Budiman berkata...

6 biji ke kuaters? tp besar x rumah tu?

Danial berkata...

hanya ada 6 je? 1 kuaters tu brapa org duduk?

Tetamu Malam berkata...

mcm mana en nuri hanya guru biasa boleh duduk kuarters tu?

Pangeran Indera berkata...

kuartes tu mcm rumah apa? rumah flat ke teres?

Olie Pajutdy berkata...

eh! en nuri pun dapat tumpang toi? wlpn tmpt tu semua pegawai besar duduk

Tanpa Wajah berkata...

lauk pun dorg hantar ker? wah!

Pak Bostamam berkata...

lauk ada org hantar masa tgh hari? mcm hotel plak?

Adi Cana berkata...

eh! nama sy pun ada jgk??? hehe

Ezad Emir berkata...

cikgu kana laki ke pmpuan? kenapa pelik sgt?

Seri Suri berkata...

huh! murid lalu depan pun kena sepak? kejam sgt tu

PENYAIR AGUNG berkata...

HUH! TAKKAN SAMPAI MCM TU SEKALI EN NURI? SY PERNAH JUGAK MENGACARAKAN MAJLIS DI PERHIMPUNAN BYK MURID2 LALU DI HADAPAN SY TAKDE SAMPAI SEPAK SY CUMA BERHENTI BERUCAP KERAN HORMAT KPD MEREKA KERANA MEREKA PUN MANUSIA JUGA

Busur Berduri berkata...

mcm kucing plak dia buat bdk2 siap sepak2 lagi?

Jalil janggut berkata...

bdk2 tu menyumpah dia baru dia thu

Julia berkata...

cikgu xde adap! main sepak2 plak murid2

Ustazah Janariah berkata...

cik kana ni laki ke pmpuan? nama mcm perempuan saja

Badrolshah berkata...

takkan bdk2 nak lalu kat depan pun x boleh?

Sharifah berkata...

sian msti malu bdk2 yg kena sepak tu

Pilot Bahrin berkata...

bdk2 pun ada maruah jgk boleh plak sepak2?

Bob Kuli berkata...

kalau aku la cikgu sepak2 aku? aku sepak balik! peduli apa buat mcm aku xde maruah je sepak2 plak?

Raja Muda berkata...

mcm mana murid2 nk hormat cikgu kalau cikgu sepak2 murid2 plak?

Sarah berkata...

kalau aku jadi bdk2 kena sepak tu sah aku akan pindah skola malu tu

Teratai Mekar berkata...

hina sangat ke bdk2 yg lalu tu? boleh plak disepak?

Sudin Ramlee berkata...

ni bukan murid yg kurang ajar tp cikgu yg kurang ajar

Dang Anum berkata...

mesti malu gila bdk2 tu kena sepak

Ustaz Saad berkata...

en nuri ni menulis dah lama rupanya

Ustaz Majusi berkata...

patutlah en nuri berpengalaman menulis cerpen dan sajak rupanya dah lama en nuri menulis

Ustaz Sahzan berkata...

mcm mana en nuri boleh minat menulis? pengaruh rakan ke?

Salam berkata...

en nuri star menulis masa umor brapa

Ustaz Muda berkata...

msti en nuri setaraf A Samad Said masa ni

Nabil Quldi berkata...

mana en nuri dapat ilham menulis ni?

Jeffry berkata...

wah! selalu tersiar ke? best tu

Ku Dania berkata...

en nuri msti ramai peminat masa ni

Nur Atikah berkata...

en nuri x kwin lagi ke masa ni?

Jalal Rafzee berkata...

en nuri masa ni dh kwin ke? atau x kwin lagi? atau dah ada gf kat kampung? atau single lagi?

Encik Mahatdir berkata...

panjang jugak perjalanan kisah hidup en nuri ni

Si Kecil berkata...

sambung lagi en nuri

Adithama berkata...

seronok plak baca kisah hidup en nuri

Puan Rosnah berkata...

boleh buat buku ni riwayat hidup en nuri

Tok Mahat berkata...

en nuri umor brapa masa ni?

Comel berkata...

sambung lagi x sabar nk thu seterusnya