Khamis, 20 Januari 2011

BICARA GAMBARAN QIAMAT





 

Ingatlah di Yaumahsyar,
(hari perhimpunan di padang mahsyar)
ada manusia berjalan dengan mukanya
mengikut kelakuan hidupnya  di dunia dulu.

Setiap umat akan berlutut,
(tersembuh duduk mengadap Allah swt)
diarah setiap seorang akan mengadap Allah
lalu di mahkamah agong merekaakan dibicarakan.

Allah itu pengasih penyang,
(sedia mengampun akan dosa hambanya)
cuma bagi mereka  benar insaf dan menyesal,
tetapi bagi yang ingkar azabnya amatlah pedih.

Rahmat Allah itu amat luas,
( itupun jika kamu tahu rahsia kelebihanya)
jika kamu tahu rahmat, tidak perlu ingat syurga
cukuplah  sekadar terlepas dari seksaan api neraka.

Begitu juga bagi orang kapir,
(mereka  orang yang bukan beragama islam)
jikalau mereka tahu rahmat Allah tidak putus asa
nescaya mereka akan cari rasa nekmat Allah swt ini.


Oleh: Nurimanja,
catatan lama maseh segar,
untuk dihidupkan kemabli dlm suasana.
tarikh: 20 /01/2011. selamat hari thaipusam.







50 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 8 siri 4 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK (B).

Selain itu aku juga kerja punggut telor ayam seminggu dapat dua tiga puluh biji aku himpun, pada hari selasa, ayah akan jual di pekan hari, dekat simpang tiga.balik ayah beli tulang sup, apun balik, kacang rebus, buah durian atau nenas seringgit lima biji.aku tidak pernah ambil duit, asal dapat beli makanan sudah cukupdan seronok.

Selain itu aku juga kumpul buah nyoir (kelapa) tua yang gugur, himpun dua tiga bulan sekali ada orang datang ambil , aku jual, yang ini memang aku kebas semua duit kelapa, waktu aku kecil lagi aku dah pandai simpan duit, bila aku nak ke sekolah agama aku sudah ada duit nak beli sebuah basikal sport.abang jali abang ipar aku tolong beli dengan harganya tujuh puluh ringgit sahaja.

Dapat basikal langkah panjanglah aku kawal kambing dengan basikal, semacam koboi naik kuda, Ada pula satu topi koboi warna hitam ayah beli, bukan main suka lagi aku pakai, satu hari aku pakai bawa ke sekolah dalam kelas kena warning dengan guru besar,dia kata” Masuk dewan atau kelas tak payah pakai topi, tapi dua tiga orang aku dan termasuk ustaz zazi, dia tak kata kata apa pun pakai songkok hitam dan kopiah putih.

Aku nak kata apa, terima sajalah, sebab aku suka yang berlain dari orang lain, kebetulan yang pakai topi itu aku, kena batang hidung, ramai kawan-kawan tengok muka, aku tunduk diam saja buat muka sadin.Sebenarnya guru besar tak tahu aku tak boleh kena cuasa panas atau hujan sikit, mula selsema bersin macam kambing aku juga, dan mudah sakit kepala

Esok aku tak bawa lagi topi koboi warna hitam ada tali ikat dileher, lagi bagus, kalau aku bawa pun, ramai kawan aku, mereka semua pakat hendak cuba pakai pula, habis kemek remek topi kesayangan ak itu.nanti koyah, boleh aku pergi jaga kambing, langsung tak payah. Nanti semua keluarga kambing peliharaan aku tidak kenal aku lagi.

BERSAMBUNG.

Teksi Manaf berkata...

JARI YANG KAKU

jari yang kaku membuka kembali
lembaran semalam
mengunkap kembali kisah hitam
tapi sayang ingatan telah padam.
jari yang kaku
terkapai mencari arah
terketar memegang tongkat usia
darahnya mengalir laju
selaju air mengalir kelopak matanya
jari yang kaku
membulat harapan tangan di tadah
mengait seribu simpati
meronta ronta di dalam hati
kerana hidupnya bagaikan
di hujung tanduk
jari yang kaku
dulunya putih lembut dan gebu.
kini dingin sejuk membeku
terlukis seribu garis kenangan
tersimpan sejuta parut kepedihan
jari jari yang kaku
pasti engkau mampu tersenyum
segala perit dan kesusahanmu
akan di balas satu persatu
hidup si sana pasti tak jemu

Teksi Manaf
sajak simbolik utk sayembara

Nurse Lisa berkata...

MENGEJAR CINTA

makin hari kumakin keliru..
erti hidupku sebenar
untuk kebahgiaan diriku?
atau keluarga?
atau tuk orang lain..
keliru perlukah aku mengejar cinta?
atau menerima cinta mengejar ku?
apa yg perlu kulakukan…
ku tak pasti setiap hari…
ku sepi di sini mengintai cintaku,
untuk memastikan sesuatu…
relevenkah aku dihatinya…?
sebab kuinginkan suatu kepastian…
kuingin cintaku lebih hargai diriku
lebih dari cinta mengejarku…
namun kadangkala makin kuintai,
kumakin takut makin keliru…
entahlah mungkin aku mahu dikejar?
mahu cintaku mengejarku jua?


Nurse Lisa
sajak utk pertandingan

Latif Bomba berkata...

MAHU KAMU SAYANG AKU

aku mahu kamu
berlegar diruangan fikiran
bergayut disisi kehidupan
ketenangan pasti terasa
melihat manis senyuman
kongsi hubungan hati insan
walau jauh berbatu
rasa dekat disisi
aku mahu kamu
selam ke dasar hatiku
sana pasti ketemu
namamu indah terukir
semadi di mahligai indah
bertatah permata berkilau
jadi tugu megah
teguh sepanjang masa
aku mahu kamu
terus rindu aku
terus sayang aku
sampai akhir waktu sahabat…


Latif Bomba
sajak utk pertandingan ini

Pilot Bahrin berkata...

LEBUH RAYA (pilot bahrin)

di tengah perjalanan ini
lebuhraya lurus kulalui
berteman sahabat sejati
sebuah kesepian pasti
berkelana sendiri
tuju sebuah destinasi
cari sejalur cahaya suci
buat penyuluh hidup ini
warna-warna indah pelangi
bersama keasyikan duniawi
jauh kutinggalkan pergi
segalanya kutinggalkan kini
cuma yang tinggal disisi
sebuah kotak baldu wangi
isinya sehelai selendang suci
hasil tenun pandai bistari
buat tautan kasih murni
moga ibu lembut hati
terima daku pulang kembali pasti

Pilot Bahrin
sajak utk sayembara puisi

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak nukilan Teksi Manaf yang bertajuk: JARI YANG KAKU.Bunyi pengucapannya bagai ada sesuatu yang ingin diceritakan oleh sdra. Teksi Manaf.Mungkin kisah hidup seorang ibu yang pernah bekorban , kini mungkin dalam keadaan tenat sakit menderita sehingga membawa kurang bergerakannya. Mungkin dulu kuat berfikir sehingga kena strok akibat tekanan darah menahan sabar menghadapi kerenah kehidupan diri ataupun keluarga sehariannya. Kalau dahulu dialah yang melakukan semuanya,kini apakan dayaketentuan telah diterima. Semoga ada hikmah dan kebaikan disana nanti. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak MENGEJAR CINTA oleh sdri Nurse Lisa selamat bertugas dengan penuh kesabaran, ganjarannya bukan gaji tetapi keikhlasan hatimu pada tuhan. Pengucapanya terasa diri si penulis dalam kekeliruan, dan bertanya pada diri, dimana tuhan jadikan aku ini adakah untuk keperluan orang lain, keluarga, atau untuk dicinta, atau sebaliknya, hanya aku sahaja yang kena melayan perasaan orang. Sehingga aku jadi kering kontang. Sesungguhnya tiap pekerjaan kamu itu satu ibadat dikira ada ganjaran pahala disisi Allah swt, amin. (B)

Qalam mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


Latif Bomba kini berjinak kembali dengan puisi, dulu lama tidak menjenguk muka di blog CR ini. Sesekali kita pun terasa tekanan hidup ini yang sedeh gaji askar dan Polis sahaja diambil kira, bomba dan postmen kurang pula untuk diperkata. Sepupu saya juga ampak menderita di pejabat pos lumut, kini mungkin ada nampak sadikit. ceria. Pengucapan sdra Latif Bomba dengan sajak bertajuk MAHU KAMU SAYANG AKU. begitulah keadaannya bersahabat kerana Allah adalah berakah, dimana pun kita
berada, akan terasa keindahannya, doa mendoa, sesame dapat pahala. semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pilot Bahrin dengan nukilan sajaknya yang bertajuk: LEBUH RAYA . Ternyata rasa penceritaanya bagai menanggung perasaan dalam menjalani kehidupan dalam tugas seharian. Kesepian sering menemaninya, mungkin diankasaraya, dari satu distinasi ke distinasi yang lain. Semua memory boleh ditinggal pergi, tetapi rasa kesayuan hati amat sukar untuk diubati, lebih parah dan resah bila ibu yang ditinggal pergi, ciumlah tangan ibumu sebelum anda berangkat pergi. Kerana doa dan pemohonannya akan mudah diberkati allah. Amin (U)

Saizul Maiazav berkata...

wah! upah makan je duit xde plak?

Jengking Perak berkata...

untung ayah en nuri sbb en nuri x ambik upah duit? ambik upah makanan jer..

Raja Muda berkata...

eh! semalam xde pun cerita pasal ayam hari ni ada telur ayam?

Danial berkata...

seminggu dapat 20biji! banyak jgk tu

Ummu Akilah berkata...

telur ayam je itik xde?

Raza Abu berkata...

jual telur pun boleh beli mcm2..

Tetamu Malam berkata...

murahnya basikal sport hanya rm70 jer?

Ibrahim Lee berkata...

kcik2 lagi en nuri dh pandai menabung

Mat Noh berkata...

abang jali?? mcm knal je dia suami kenapa kak sabi kan?

Mozaire berkata...

hahahha pegi skola pakai topi koboi plak? hahahaha

Atan Yahoo berkata...

xpnh buat dek org en nuri pegi sekola pakai topi koboi plka? hehe

Muhamad Akmal berkata...

klu sy pakai topi koboi zaman skrg pegi skola msti kena gelak.. hehe

Ezad Emir berkata...

mcm mana en nuri terpakai topi koboi pegi sekola plak? hehe

Umar Haslam berkata...

wah! dpt basikal lagi rajin en nuri kawal kambing2 tu

Angker 13 berkata...

takut plak baca gambaran hari kiamat ni

Teratai Mekar berkata...

seram la sajak hari kiamat ni...

Adi Cana berkata...

harap2 kiamat lambat lagi takut baca sajak ni

Ustaz Razali berkata...

sy disini ingin memohon maaf dulu sy selalu jgk memburukan blog ni masa tuan ghamidi masih ada skrg tuan ghamidi dah koma sy terpikir semula berdosa main2 fitnah2 ni jd sy ingin bersama2 dia bawah puak en nuri kalau en nuri x keberatan

Haji Masdan berkata...

gambaran hari kiamat ni amat mengeletarkan badan sy bila baca jd sy harap en nuri sudi terima saya di blog ini sy sy kluar puak haji ghamidi

Haji Hamdan berkata...

seram plak baca sajak gambaran hari kiamat ni

Malik Wariya berkata...

amat mengerikan tentang hari kiamat ni

Lukiee berkata...

Yaumahsyar,apa bnda ni en nuri?

Abang berkata...

gerun plak sy dapat bayangkan mcm mana hari kiamat nnt seram la...

Shukri Latif berkata...

heheh sian en nuri kenapa pakai topi koboi msa msuk kelas?

Jalil Janggut berkata...

insaf baca sajak gambaran hari kiamat ni

Mei Ling berkata...

oh..mcm ni rupa hari kiamat ni?

Vijay Kumar berkata...

mna en nuri thu mcm ni rupa gambaran hari kiamat? sapa bagithu en nuri?

Raju Linggam berkata...

eh! hari kiamat org islam sama org india sama ke lain?

Hantu Gigi berkata...

sayang sungguh en nuri dgn topi koboi tu...

Puan Rosnah berkata...

berapa RM topi koboi msa tu en nuri?

Guest berkata...

kat mana plak en nuri beli topi koboi tu?

Haji Atang berkata...

topi koboi? mahal x? mana en nuri dpaat?

Bulan Terang berkata...

sajak pasal perhimpuan haram ke suara rakyat?

Tuan Haji Abkam berkata...

sajak simbolik jgk suara rakyat ni

Orang Lama berkata...

sajak ni suara rakyat hentam sesumpah ker?

Wasiril Azmi berkata...

menarik jgk sajak suara bebas ni...

Suara Misteri berkata...

ada sinis jgk sajak suara bebas ni tuju kpd siapa? sesumpah ke? hehe

Haji Khali berkata...

sajak pasal pehimpunan haram yg repomasi dulu ke suara rakyat?

Teksi Manaf berkata...

sajak simbolik sgt susah nak phm la suara bebas...

Abul Hassan berkata...

eh! suara bebas ni sajak politik berkenaan pasal apa?

Rossa Long berkata...

kenapa byk nama haiwan dlm sajak suara bebas ni