Selasa, 4 Januari 2011

KANAK-KANAK BAGAIKAN CENDAWAN




Diperhimpunan;
Satu pagi yang hening,
lewat lima puluhan ini
aku lihat kanak-kanak pra
bagai cendawan baru bercambah
yang lembek dan mudah patah.

Tahun satu dan dua
cendawan yang lebih besar sedikit
tetapi belum mengerti apa-apa,
tahun tiga dan empat
cendawan yang mula menghimpit
dan menyakit rakan sebaya.

Tahun lima dan enam
cendawan yang mula mengembang
mnenunjuk kehebatan masing-masing
dengan debu debu hitam di kepala
mula berterbangkan, rasa kemiangan
kini kita  perlu menjentek ……

Oleh: Nurimanja
Catatan di dataran Ilmu,  pagi
Isnin, Di perhimpunan April 2004. sksa.






50 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG. Bab 4/ siri 3 Oleh Nurimanja PK..2002

Tok Wan Dolah juga dikenali dengan nama penuhnya Tuan Syaid Abdullah, dia seorang siak di masjid Sungai Star, sempadan di antara Pulau Pinang dengan Parit Buntar, Perak, Waktu aku belajar di sekolah Pondok di Tanjung Piandang Tok Wan Dolah selalu datang melihat aku, Aku cukup kagum dengan orang tua ini, selalu saja dia bagi semangat pada aku, Tok Wan Dolah lebeh banyak mengingati aku kisah-kisah nabi dan para ambiak dan pernah dia menyebut kepada aku, banyak-banyaklah menyebut nama Allah daripada menyebut nama manusia,

Aku juga pernah dengar daripada mulut Tok Wan Dolah sendiri, Aruah Tok Wannya dahulu pernah menebang batang nibung , kemudian merejam batang nibung itu ke arah perahu lanun, di kuala sungai Aceh, Malah ilmu keduniaanya luar biasa, pernah satu hari Tok Wanya menampar seorang tauke jual ikan di market, satu markek diam , tidak berani berkata apa.

Tok Wan Dolah ada menyebut jampinya; Allah di hadapanku, Muhamad di kananku, jika bergerak putus sendi, jika melompat patah kaki, Haq Hu Haq. berkat doa lailahaillallah. jangan amal bahaya kata Tok Wan Dolah pada aku, aku terdiam.

Sikap Tok Wan Dolah membuat aku rasa hairan, Bila dia datang ke kampung kami , tanpa disuruh , dia kan menebas ,dan mencabut rumput hingga cerah halaman rumah, kemudia dia membawa benih kopi, nangka madu ,dan belembing, bila aku tanya buat apa ini semua ? Tok Wan Dolah tersenyum menjawab, kalau halaman rumah semak, fikiran kita juga jadi semak, pokok-pokok ini kalau tidak berbuah pun , tidak mengapa , sekurang-kurang dapat juga burung bertenggek atau orang berteduh, dapat juga pahala.

Tok Wan Dolah yang aku tahu tidak pernah nampak dia sakit atau deman , sentiasa sihat,amalannya senang sahaja, solat lima waktu jangan lupa, solat subuh itulah yang ramai orang berat sekali hendak melaksanakannya, tetapi itulah solat yang tidak pernah Tok Wan Dolah tinggalkan , Pernah abang Halim kata, Tok Wan Dolah berjalan dalam gelap pergi solat subuh, di dadanya semacam ada lampu, liplap-liplap.

Dia masuk Hospital Parit Buntar pun kerana hendak pergi solat subuh, entah macamana di langgar lori ikan, berminggu dia terlantar di Ward itu, Setiap pagi bila masuk waktu subuh, bila dengar suara azan berkumandang, dia bergelut dengan kaki tangan Hospital herndak pergi solat subuh, sedangkan hidung dan tangannya dipenuhi wayer air dan udara, Sesekali dia memekek, Aku nak pergi solat , kamu tak bagi, dosa aku, semua kamu tanggung,

BERSAMBUNG.

Puan Suhaila berkata...

KELUAR DARI ALAM REALITI!

Aku berserah pada takdir
Beri apa saja pada aku.
Hendak belah hati aku
Hendak siat jantung aku.
Gorenglah aku garing-garing
Tapi jangan sampai hangus
Separuh aku semakin hilang
Separuh semakin mendatang
Suku lari terus menjadi tanda tanya
Lama kelamaan semuanya
Semakin pudar pulang-lah.
Terbang tinggi sangat
Jatuh sakit amat tapi bangkit!
Mungkin masih mamai
Tapi pasti tinggalkan alam mimpi
Berjaya dapat visa penduduk realiti
Namun perlu masa sesuaikan diri.
Sebab mungkin hari ni
Hijau tak lagi menyegarkan
Biru tak lagi menenangkan
Cinta tak lagi mengasyikan
Rindu tak lagi menyakitkan.
Aku sudah bebas bayangan cinta
Mencari cinta tertib dan Islami.


Puan Suhaila
saya isteri kepada zainal arifin kalau en nuri x kisah terima sajak sy

Yusmanira berkata...

ADIK

adik
Jangan sekali main dengan hati
Mudah patah, bahaya.
Jangan terpedaya kata buaya
Bahaya jiwa merana

Adik
Jangan ikut kata hati sentiasa
Kelak badan binasa
Jangan pernah benci cinta
Dia pemurah beri kita
Peluang ke dua dan seterusnya.


Yusmanira
sajak penjaga blog harap qalam x kisah

Ustaz Helmi berkata...

JIKA DI IMBAS KEMBALI

Jika menoleh kembali
pada garis garis kenangan
tentu ada berita gembira atau duka
Menoleh dan terpandang
Kembali parut parut luka.
Meraih cerita semalam yang hilang
dari helaian novel kehidupan.
Lalu kenangan pun memutik
calar hati berkabut lagi
penyesalan seakan tiada kesudahahan

Ustaz Helmi
saya sahabat ustaz omar kalau en nuri x kisah terima sajak sy ni

Haji Hamdan berkata...

TUHAN

Tuhan
Kekadang terasa sayang-Mu
Bersama kurnia hidayah
Kekadang terasa murka-Mu
Seiring patahnya mujahadah
Tuhan,
Terlerai ribuan taubatku
Terungai semua janjiku
Kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir
Tuhan,
Aku masih setia
Mengemis di jendela usia
Terus mencari wajah diri
Menadah keampunan Ilahi!


Haji Hamdan
salam saya penjaga blog sahabat kpd tuan haji abkam

Qalam Mutiara berkata...

Puan Suhaila dengan sajak nukilannya bertajuk: KELUAR DARI ALAM REALITI Pengucapan yang dimaksudkan sajak, penyerahan diri pada Khalid dan takdir qada qadar sepenuhnya. Kerana kenyataan dan reality hidup di dunia ini bagai tidak kemana, melaikan ada satu perjalanan yang lebeh benar dan Abadi. Soal cinta di dunia juga tidak kemana berbentuk sementara. Hanya cinta dan kerinduan haqiqi pada Allah swt dan agama Islam sebenarnya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

ADIK sajak nasihat dan peringatan dari sdri Yusmanira menceritakan dan cuba melarang jangan sesekali suka bermain dengan hati,pastinya jika tersilap langkah akan merana diri, begitu juga jangan sekali ikut kata hati, silap langklah tergadai jiwa dan raga. Oleh itu boleh menilai dengan berwaspada sebelum menyerah dan terus percaya tanpa menyelidik dan usul pereksa. Semoga keadaan tidak begitu buat adik-adik. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Helmi dengan sajaknya dengan tajuk JIKA DIIMBAS KEMBALI atau cuba mengenang masa lampau yang telah berlalu. Sesiapa pun ada cerita yang tersendiri dalam memory hidup ini. Ada kenangan yang baik atau pun yang berduka semuanya sudah jadi lumrah dalam kembara di bumi Allah ini Dia juga merakan segala suka duka kita, sebagai sebuah citra yang perlu dinilai dan di selidik akan baik burunya cerita lakunan kita di dunia fana selama ini. Semoga banyak kebaikan. Amin

Qalam Mutiara berkata...

TUHAN sajak nukilan sdra Haji Hamdan berbentuk puisi ketuhanan . Bagaimana Pengucapannya melahirkan rasa cinta, rindu dan sayang pada kewujudanMu.Dulu mungkin ada kesukaran yang menghimpit dan sering bergelut dengan keadaan masa yang amat menyeksa, untuk menunaikan segala perentahMu. Kini bila usia di ambang senja,Ingatan dan kerinduan begitu kuat menjelma. Dan hari-hari yang dinekmati ini dihabiskan dengan mujahadah dan menyerah diri sehalus debu memohon segala keampunan Llahi ya rabbi. Semoga taubat diterima Allah swt. Amin!

Seri Suri berkata...

hehehe btol apa yg dikatakan sajak ni bila atas pentas tgk bdk2 beribu mmg cendawan

Ustaz Majusio berkata...

kuat imaginasi en nuri sy selama ni x perasan plak murid2 mcm tu byk di tafsir sebagai cendawan

Ustazah Janariah berkata...

mmg benar bila kanak2 x terhitung jumlahnya

Julia berkata...

btol tu en nuri kalau berdiri atas tingkat tinggi mmg mcm cendawan

Ustaz Sahzan berkata...

kalau berdiri di tempat koridor nmpk mcm cendawan hangit sbb nmpk hitam je...

Mak Mah berkata...

kanak2 ni mmg di ibaratakan cendawan.. hehe

Angker 13 berkata...

selalunya mcm tu la kanak2 bila masuk sekola hari pertama

Brader Joe berkata...

x perasan plak aku sbb semalam aku teman anak aku masuk darjah 1...

Danial berkata...

cendawan plak mcm2 sajak perumpamaan en nuri ni.

Qalam Musoffa berkata...

manusia kalau tgk dari atas kalau naik kapal terbang nmpk mcm semut jer...

Ustaz Zamree berkata...

inilah rupanya kalau anak murid terlalu byk...

Awang Leman berkata...

menarik sajak perumpaman en nuri ni...

Shukri Latif berkata...

x terpikir plak manusia ni mcm cendawan.. hehe

Atan Yahoo berkata...

bdk2 terlalu byk mcm2 ragam ada...

Busur Berduri berkata...

bdk2 masa perhimpunan mmg lemah tp masa PJ cergas sntiasa...

Ustaz Saad berkata...

kat perhimpunan cerita lain kat kelas lain plak?

Harimau Berantai berkata...

hari pertamalah katakan mmg smua masih malas lagi

Badrolshah berkata...

mcm2 sajak2 en nuri ni smua kretif belaka...

Abang berkata...

manusia pun mcm cendawan ada yg segar ada yg lembik

Ustaz Zulkainaab berkata...

kdg2 nk tergelak jgk tgk gelagat bdk2 di perhimpuanan ni

Ustaz Rahman berkata...

bila baca sajak en nuri terkenang masa sy mengajar dulu skrg dh bersara dh

Geletek Malam berkata...

kdg2 rasa terhibur jgk gelagat bdk2 drajh 1 ni...

Diana Sanubari berkata...

kenangan x boleh dilupakan adalah zaman masa masuk darjah 1... hehehe

Saizul Maizav berkata...

rindu plak nk nk skola balik bila baca sajak en nuri ni

Abul Hassan berkata...

zaman skola la zaman yg paling best sekali

Karim Ghani berkata...

itulah kanak2 masa perhimpuanan la dorg nk jd lembik...

Cikgu Rahim berkata...

perhimpunan mmg agak membosankan bdgi bdk2 waktu rehat dorg cergas balik la

Jengking Perak berkata...

aku bru je hntr adik aku mmg benar apa yg en nuri tulis ni smua lembik je... hahaha

Nabil Quldi berkata...

tok wan dollah dgn tok wan naim ni dua beradik ker?

Bob Kuli berkata...

btol ke jampi en nuri bagi ni? tok wan dollah bagi betol ke? sy cuba td masa kat market masa teman isteri sy beli ikan tauke tu jual agak mahal sy baca doa en nuri tampar tauke tu sekali dia tendang balik peryt sy tersungkur dpn market tu selamat org mlyu byk klu x mati dh sy...

Brader Joe berkata...

td bob kuli kata dia cuba xjd sy plak cuba tampar apek jual asyur sekali dia lanyak sy! selamat sy sempat lari

Budak Rap berkata...

ayat tu btol ke en nuri? sy try jgk kat kawan sy dah lama sy dendam dgn dia? tp lain plak jdnya....

Mat Noh berkata...

ada pantang larang x en nuri?? sy cuba td berjaya!! tp sy cuba kt anjing sy baling batu baca ayat ni anjing tu tunduk...

Pak Awang berkata...

tok wan dollah ni mcm badang plak?

Ustaz Nasarudin berkata...

guna tangan je belah pokok biar btol?

Putera Damien berkata...

eh! tok wan dollah ni tinggi ilmu dia ni...

Pak Ngah But berkata...

dia bomoh ke en nuri tok wan dollah ni?

Hamba Allah berkata...

sy cuba ayat ni jd!!!! hahaha sy cuba kt gengster kt kmpung sy ni sy tolak kepala dia dia tgk sy terus tunduk selamat dia x balas balik terima kasih en nuri..

Satria Juragan berkata...

ayat ni mmg ajaib la sy guna td bila pak cik sy suruh beli barang td sy saja2 nk cuba berkesan la sbb pak cik sy terus kata kejang otot... hehehe terima ksih en nuri...

Lukiee berkata...

org bukan islam boleh cuba x en nuri?? kt tmpt sy ni byk kongsi gelap...

Saizul Maizav berkata...

mcm iron man je tok wan dollah ni dada ada lampu?