Sabtu, 8 Januari 2011

KINI AKU PUN MENGERTI



-sajak punya dua pengertian-

 
Dalam percaturan hidup ini, 
aku amat terasa telah tertipu
pada senyum  manis bibirmu
pada keayuan wajah  mogelmu
pada kata janji lembut lidahmu

Tetapi lewat dini hari,
sesuatu aku harapankan
adalah palsu dan kemusnahan
aku yang susah untuk mengerti
ternyata terperangkap seorang diri.

Jika adanya hari esok,
usah kau menunggu harap
sebuah kemesraan dari hatiku
semuanya telah terbakar hangus
dari api keraguan dan kepercayaan.
 
Pada hari-hari hadapan,
pun untuk sampai bila-bila
aku telah mengerti sandiwara
lakonan senyum wajah dan lidahmu
adalah bicara yang tiada nilai harga
begitulah bagiku buat selamanya ......
 
 
Oleh: Nurimanja,
catatan buat yang mengerti,
tarikh: 21hb, Julai, 1977 sajak lama.


 
 

50 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 6 siri 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Di Serawak aku telah diletakan di bahagian ke enam Sarikei, kawasan pendudukannya ramai keturunan Melayu Melanau, aku di tugaskan di SK Anamg Galau , Kuala Rajang, Kawasan Peleman Datuk Pertinggi Haji Abd Rahman Yaakub sebagai guru sementara tidak terlatih, lebih lima tahun aku tinggal tidak pernah tukar di mana-mana sekolah,

Semasa cuti aku di arah berkursus di Maktab Perguruan Batu Lintang BLTC . Di Serawak aku sering sahaja sakit tetapi aku tetap teruskan tugas sebagai pendidik kecil di daerah pendalaman , dengan gaji RM 220 ringgit sebulan apa yang aku boleh buat, ramai di antara kawan-kawan aku yang belum sain kontrak , sudah meninggalkan bumi kenyalang ini,

Namun aku juga bawa sadikit wang dibekal oleh ibu untuk tambang balik jika ibu kata tidak sesuai tempat aku ditugaskan.tetapi aku menyembunyikan keadaan sebenarnya.Aku tahu bila tuhan menetapkan lahir seorang itu dan bila besar bertugas dimana saja sudah ditakdirkan kita di situ hidup kita penuh maana.

Waktu aku diterbangkan dari Lapangan terbang Kucing ke Sibu aku menaik Poker. lebeh kurang ada tiga puluh orang di dalam kapal terbang itu, aku , Ustaz Isa , Ustaz Rosdi, Aku merasa macam cemas bila kapal terbang enjinnya berbunyi macam motobot, enjin bagai nak tercabut. sesekali rasa macam hendak jatuh, aku jadi panik dan cemas, muka pucat. Maklumlah pertama kali naik, berbeza dengan MAS.

Bila sampai ke Sibu , kami di hantar pula ke Sarikei, Di situ esoknya kami diberi taklimat oleh Pegawai Pendidikan Daerah, sebelum di hantar aku ke Kuala Rajang , Ustaz Isa ke Belawai, Ustaz Rosdi ke Selalang. Aku sendiri ke Kuala Rajang.(kampung abang dan siti hajar).

Setelah setahun dua aku di sekolah yang serba daif dan ketinggalan dari arus pembangunan, aku tetap tekatkan hati mendidik anak bangsa di pendelaman , ini amanah Allah , aku telah dipilih sepatutnya aku terima dan mendidik anak yang dahagakan ilmu keagamaan., jangan fikirkan soal gaji, jangan tanya apa yang negara berikan kepada kita, tanyalah apa yang telah kita korbankan masa dan bakti kita kepada negara.

Di sinilah aku mula belajar erti kehidupan bila aku melihat , bagai mana Nek Haji Hamid membuat sampan dengan beliung, mengunakan paku dari kayu belian, bumbung rumah juga dari kayu belian di susun seperti papan kecil dan tidak pula bocor, tidak ada air paip terpaksa menum air tadahan hujan.

Kadangkala penuh dengan najis burung merpati. Kekadang nasib aku tidak baik tangki semen yang disedia, di naiki pula oleh kambing orang kampung melepaskannya dalam tangki semen minuman aku, berkelampung timbul, itulah perjuangan dan pengorbanan dalam perjalanan hidup.

BERSAMBUNG.

Zainal Arifin berkata...

HANYA CORETAN

aku ada pena
mampu mencoret apa sahaja
jelmakan apa sahaja
tiada yang bisa menghalang
selagi dakwat masih penuh
selagi fikiran tiada buntu
selagi akal masih kewarasan
mahu cerita tentang burung
terbang bebas sepuas hati
mahu tulis tentang laut
ombak dan pantai berkejaran
mahu coret tentang cinta
penawar rindu buat kekasih
mahu titipkan rasa syukur
pada tuhan sekalian alam
agar diri tiada terlupa
segala nikmat kurniaan sementara
dan pena ini kan terus berlari
selagi ada izin-Nya pasti...


Zainal Arifin
Saya pertaruhkan sajak ni utk bertanding

Tuan Haji Abkam berkata...

AKU DAH SEDAR

Aku kini telah sedar,
Luasnya mataku kau bukakan,
Tidak mampu aku toleh
sedikit ke kanan,
Tampak besar kelopakku
Namun tiada sinar harapan,
Yang ada hanya kegelapan,
Walaupun mataku
Punyai jurang yang teramat.
Aku telah sedar mata dalam hati,
Hatiku mungkin telah mati,
Yang ternyata bila aku telah sedar,
Aku menjadi hambar lalu pudar,
Kerana aku tak lagi tegar,
aku harap akan terus-terusan sedar.
Bila aku telah sedar,
Mungkin kesabaranku sudah ranap,
Bila semua harapan yang aku harap,
Lemah tertiarap,
Dibawa terus kelautan dalam,
Binaan masa silam,
Namun harap aku takkan tenggelam
Mungkin tiada siapa fahami citraku,
Membuka mata namun ingin waktu,
Bagi kisah yang sedikit membunuhku,


Tuan Haji Abkam
sajak yg akan sy pertandingkan

Jalal Rafzee berkata...

SEAKAN BARU SEMALAM

cepat sekali masa berlalu
seakan baru semalam
tidur berbantal lengan ibu
terbuai dakapan tangan ayah
bersama rakan bogel di sungai
menangguk si anak udang
mencari kepah buat hidangan
menangkap ketam nipah
melastik si anak ayam
berkejaran di putih pantai
hirup bayu laut china selatan
bina istana pasir indah
mengail ikan tembakul
menangkap belangkas kembar
bakar sotong di sisir pantai
minum air kelapa muda
panjat pohon jambu air
melihat air mata sang penyu
mengira bintang di langit
rasa baru semalam...


jalal rafzee
sajak sy utk pertandingan

Encik Sanusi Rostam berkata...

PELUH DI DAHI

terbias peluh di dahi kehitam
melabuhkan jasad yang keletihan
mencari cari sisa kekuatan
untukku meneruskan kehidupan....
belaian dingin angin kesepian
menenagkan jiwa yang keresahan
terkira kira langkahku seterusnya
membatu atau ke sana jua...
tiba tiba aku mendapat satu berita
mengegarkan hati mengoncang jiwa
terkumat kamit lumatnya rasa
air mata jatuh akhirnya...
bayangkan seperti
hilang anak sendiri
yang selalu di jaga di kasihi
penantian ibu menunggu kepulangan
anaknya kembali dengan kejutan...
adakah tiada sedikit pun simpati
yang terbit dari hati suci...
biar mereka tiada dalam hidup kita
cukuplah anggap kita bersaudara...


Encik Sanusi Rostam
sajak yg sy pertaruhkan..

Qalam Mutiara berkata...

SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN QALAM
Sajak kedua nukilan Ketua pengelola blog kini, dulu bekas pengelola asal blog Cr Sdra. Zainal Arifin sajaknya bertajuk: HANYA CORETAN. Pengucapannya yang saya dapat terjemahkan membawa messej perjuangan untuk terus menulis tentang kehidupan, mengcoretkan apa yang dirasa menceritakan apa yang dilihat untuk tatapan khalayak, semoga dapat sadikit panduan atau tauladan untuk melengkapkan diri dalam hidup ini. Begitulah kata si penulis , akhirnya mengingatkan kita bahawa Apa yang dikurniakan Allah jangankita lupa, hanya sementara. Dengan keizinanNya Kita boleh berkarya dan terus mencoret dan mencatatkannya. Amin

Qalam Mutiara berkata...

SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN QALAM MUTIARA

Sajak ketiga daripada Tuan Haji Abkam yang rata-rata bagai keliru bunyi unggapan dan pengucapannya. Bila si penulis menyalahkan matanya selama ini tidak dapat menilai erti keindahan sebenarKita mulai rasa sedar bila rasanurbari yang membukannya bagaikan bukan muslim mendapat hidayah, Itulah pertunjuk kebenaran. Sesekali terasa penyesalan yang melukakan hati kerana selama ini tersasar tangkapan. Bila terkeang kisah lama rasa kecewa bagaikan tenggelam di lautan dalam. Namun di hati bukan lagi untuk tenggelam kedua kali, dan selepas ini tidak ada lagi cerita yang boleh membunuhku. Ada sadikit kaitan dengan cerita berlalu. Amin

Qalam Mutiara berkata...

SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN QALAM MUTIARA.

SEAKAN BARU SEMALAM sajak keempat: mangsa kompirasi yang hamper tersengkir dari tugas harian. Nukilan sdra. Jalal Rafzee. Pengucapannya menceritakan dalam kehidupan ini, cerita yang lama masih terasa baru semalam. Kekadang kita pun rasa bagai tidak percaya bila masa kita telah tercungguk disini. Bila masa kita besar dan Kenapa kita ditugaskan bekerja begini? berbagai andain bermain semua memory lama akan datang kembali, kekadang dalam igauwan dan mimpi malamhari. Untuk lebih baik kita lakarlah cerita perjalanan hidup yang diredhaai Allah, agar bila tua nanti, tidak ada ingauwan yang mengerikan. Semoga perjalanan hidup anda diberkati Allah swt selalu. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN: QALAM.

Sajak pertama SPCKSK blog citrarasa bertajuk PELUH DIDAHI nukilan rasa Encik Sanusia Rostam mengetengahkanPengucapannya bagai ada ceriata dalam perjalanan hidup yang berbaki ini penulis mengharap kedamaian dan jua ketenangan, kerana dunia ini hanyalah sementara, kesana jua kita akhirnya.Tetapi ada pula kejutan mengila, menggongcang urat sarap dan jiwa, bagai kelu lidah untuk berkata. Sekadar dapat mengalir air mata, itu musibah dalam kehidupan. Angkara menjelma sesama kawan. Walaupun hati rasa berduka pili, bagai kehilangan satu kemesraan, namun hati seorang muslim masih mampu mengangapnya kita masih bersaudara. Pengucapannya ada rasa kesayuan dan kesdihan, walaupun pada mulanya cukup mengharap pada ketenangan dan kedamaian. Tetapi manusia Cuma mempu merancang, Cuma tuhan yang menentukannya. Amin.

Encik Sanusi Rostam berkata...

wah!! tahniah kpd semua ahli kerja penjaga blog kerana kita telah memperoleh kemenangan yang pertama!!!

Jupri Halim berkata...

x sangka dapat no 1 jgk bos punya sajak

Ahmad Qatarunada berkata...

tahniah bos dbb menang pusingan ni!

Zainal Arifin berkata...

dapat no 3 pun jadilah janji jalal last sekali? hehhee

Putera Damien berkata...

wah! hebat jgk sajak en sanusi ni nmpknya esok kena baut sajak bagus la nanti

Asyar Mujid berkata...

beza sajak bos dgn sajak tuan ghamidi sbb sajak tuan ghamidi mcm nk hentam org jer..

Jalal Rafzee berkata...

harap2 bos belanja kami la nanti? hehe

Hambali Maliki berkata...

tahniah buat bos nanti naik gaji kami? hehehe

Ahmad Qatarunda berkata...

bos xnk buat kenduri ke menang sayembara ni?

Encik Sanusi berkata...

abang sanusi jgn lupa adik iparmu ni dah janji dulu kalau abang menang nak belanja sy

Tuan Haji Abkam berkata...

tmpat ketiga nampknya saya? lps ni kena lebih gigih buat sajak ni

Danial berkata...

eh! bos penjaga blog dpt no 1 ker?

Saizul Maizav berkata...

penyair agung dgn ustaz sahzan boleh kalah dgn bos????

Ustaz Saad berkata...

mmg layak menang sbb sajak en sanusi hebat

Nur Atikah berkata...

kemenangan yg x dipertikaikan sbb mmg layak bos menang

Ustaz Omar Sharif berkata...

harap2 en sanusi boleh ajar kami buat sajak lps ni?

Abul Hassan berkata...

nampaknya bos jgk menang? t xpe masa byk lagi

Mei Ling berkata...

eh! sayembara tu apa plak?

Sayembara Muzik berkata...

sayembara? kenapa nama sy qalam sebut?

Sayembara Muzik berkata...

sayembara? kenapa nama sy qalam sebut?

Ustaz Zaidi berkata...

sajak bos ni agak tinggi jgk

Puan Rosnah berkata...

dulu en sanusi ni xminat pun sajak skrg kat rumah pun asyik menulis sajak je keje dia?

Zuraifah berkata...

huh! en sanusi yg menang ker?

Lelangit Biru berkata...

5thn kat sarawak jauhnyer

Mat Toopa berkata...

en nuri snggup ke sarawak pendalaman tu kalau sy mmg x sggup tp selamat sy xkne kat pendalaman

Kembara Budiman berkata...

pendalaman plak dorg letak en nuri? x complain ker?

Muhamad Akmal berkata...

RM220?? sikitnyer..

Jeffry berkata...

en nuri nk makan apa 220 jer?

Raja Muda berkata...

klu sy jd kwn2 en nuri pun sy blah x tahan pendalaman plak?

Ummu Akilah berkata...

en nuri mmg berani sahut cabaran kalau sy xthu la

Golok Buta berkata...

kalau saya tinggal kat sarawak yg pendalaman tu? mati dah agaknya

Bob Kuli berkata...

apa bnda plak poker tu? mcm main judi jer? kat pub malam sy ni poker mmg org kata judi

Sarah berkata...

kalau x biasa boleh muntah tau naik kapal terbang ni

Ayu Manja berkata...

kebetulan saya keje sebagai pramugari...

Mozaire berkata...

kalau sy la sah dah terjun dari kapal sy ni kalau cemas mmg buat benda2 tak masuk akal

Abang berkata...

eh! berpecah plak? ingatkan sekali

Ustaz Sahzan berkata...

jangan tanya apa yang negara berikan kepada kita, tanyalah apa yang telah kita korbankan masa dan bakti kita kepada negara saya pun guna prinsip ni di sekolah

Sudin Ramlee berkata...

kayu berlian pun ada?

Tengku Anita berkata...

alamak! loya tekak sy bila en nuri kata minum air tadahan hujan berkarat la

Sharifah berkata...

x sakit perut ke minum air hujan?

Atuk berkata...

bdk2 muda kena baca cerita en nuri ni bru dorg thu susahnya hidup