Memaparkan catatan dengan label cuma renungan sahaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuma renungan sahaja. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Julai 2011

UNTUK MENCARI KETENANGAN




Jika mahu ketenangan!
buang saja sikap yang keji ini.
Keluh kesah , risau ragu dan bimbang.
rasa takut , curiga, berburuk-sangka,
rendah diri.mudah kecewa dan menyerah kalah.

Jika mahu ketenangan !
amalkan saja sikap yang  terpuji.
redha, bersyukur dan bertawadok.
berikhtiar, berdoa, bertawakal, yakin,
alhamdulillah, insyaallah ketenangan akan ada.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dengar ceramah bebas,
22hb, Julai, 2011. lepas ziarah jenazah.Syarif roti canai.
Al fatah, semoga rohnya dicucuri rahmat di sisi tuhan.
Kerana perjuanganan hidup bergelut menanggung  beban.




Khamis, 6 Januari 2011

KITA SESAMA KITA



-minta seniman jalanan buat lagu-


Bila kita sesama kita
menulis bukan kerna nama
sekadar mmengisi masa
meluahkan rasa isi perasaan.

Ingatlah wahai kawan
hidup ini bukannya lama
sekadar mimpi semalam
yang terkejut dari tidur lena.

Aku yang masih mencari
sesuatu yang benar dan abadi
maseh termanggu tidak mengerti
selepas hidup pasti adanya mati.

Kawan cuba kau bayangkan
dunia ini pentas sandiwara
yang menonton kita sesama kita
ceritanya rekaan kita bersama.

Tuhan kenapa engkau jadikan?
manusia hidup penuh beban
memekul di kepalanya yang kecil
lalu jatuh rebah dan tersungkur.

Nyatakan kebenaranmu kawan
kita mencatat perkara biasa
merakam apa sahaja yang  nyata
meluahkan semula untuk semua

 
Oleh; Nurimanja,
Catatan biasa sahaja,
untuk renungan kita sesama kita
3hb, Januari, 2011 jam 12 malam hari.